klik untuk ke blog di alam angker

Monday, December 14, 2009

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 12

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




“Boleh kita orang jalan sama?” Zainal menyapa Zuriana dan Mira. Mira dan Zuriana menoleh kearah suara yang menyapa mereka.

“Jalanlah. Takde siapa yang melarang,” Zuriana menjawab sambil tersenyum. Mira hanya mendiamkan diri dan meneruskan langkahnya.

“Tak sangka kita sekelas. Memang ada jodoh kita ni,kan?” Akmal bersuara ceria disebelah Mira. Mira menjeling sekilas sambil menggeleng kepala. Akmal tersenyum.

“Kamu berdua yang merayu masuk kelas kami, betul tak?” Zuriana angkat kening. Zainal mencebik.

“Mana ada. Masuk bilik guru tadi, terus mereka suruh daftar masuk kelas kamu,” Zainal mempertahankan diri.

“Zu, apalah kau ni. Sememangnya hanya kelas kita je yang ada kosong.” Azlan menyampuk.

“Owh!!!! Ye ke? Tak perasan pulak aku. Mira, kau perasan tak kelas kita je yang ada kosong?” Jari telunjuknya diletak dibibirnya.

“Manalah aku tahu.” Mira menjawab perlahan. Akmal tersenyum. Mira hairan.


“Apa?” Soalnya sambil mengangkat kening bila melihat Akmal tersenyum.


“Ingatkan bisu tadi,” Mira merenung wajah Akmal sekilas.


“Kalau saya bisu, takdenya saya belajar kat sini.” Akmal tergelak.

“Betul juga. Mereka,kan orang kurang upaya, tentu masuk sekolah khas,” Akmal sengaja mengusik Mira. Dia ingin menarik perhatian Mira.

“Cantik sekolah ni. Memang sesuai dijadikan sekolah berasrama penuh.” Mira tersenyum.

“Sekolah ni dipanggil sekolah berasrama penuh bukan kerana suasana sekolah ni cantik tetapi disebabkan, semua pelajar disekolah ni tinggal di asrama.” Mira menerangkan perkara sebenar pada Akmal.

“Owh!!!” Akmal angguk kepala tanda faham.

“Ok. Kami dah sampai. Pergi dulu,” Mira dan Zuriana membelok ke asrama Puteri. Akmal angguk kepala.

“Jumpa lagi nanti,” Ucapnya tenang. Mira tersenyum.

*********************

“Boleh saya duduk?” Mira mendongak melihat wajah pelajar lelaki yang menyapanya.

“Ehhhh..Awak.. duduklah,” Mira memberi ruang kepada Akmal.

“Dah sedia untuk bertanding?” Mira melirik Akmal disebelahnya. Lelaki itu begitu santai dan tenang sekali. Hampir 2 bulan Akmal dan Zainal berada disekolah tersebut. Pelbagai aktiviti mereka sertai. Dan selama itu juga, ramai pelajar perempuan yang tergila-gilakan mereka berdua. Pelajar lelaki pula, ada yang tidak puas hati terhadap populariti mereka.

“Ye. Awak nak tengok saya bermain bola?” Akmal bertanya lembut. Mira angguk kepala sambil tersenyum dan tersipu malu.

“Saya ingatkan awak tak datang. Azlan cakap, awak tak minat tengok orang main bola,” Akmal teringat kata-kata Azlan semalam.

“Tengok keadaan jugak. Sekali sekala melepaskan tension, okey jugak,” Mira menjawab perlahan. Dadanya berombak kencang bila dia perasan Akmal sedang merenung wajahnya. Mira gelisah dan serba tidak kena. Seketika kemudian, dia memandang sekilas ke wajah Akmal yang masih juga tersenyum padanya. Mira tersenyum malu.

“Tengok saya bermain sampai habis perlawanan ye?” Akmal berdiri tegak dihadapan Mira. Mira angguk kepala.

“Okey.” Akmal bersedia hendak masuk ke padang.

“Errr...Awak...good luck. Hati-hati ye. Jangan sampai cedera,” Akmal tersenyum dan melambai tangan padanya. Mira terus merenung Akmal yang semakin menjauh.

“Mira...Mira....Kalau kau suka dia, cakap jelah.” Mira tersentak bila bahunya ditepuk kasar oleh seseorang.

“Zu.... Sakit tahu tak? Merepek je kau ni,” Mira menepis tangan Zuriana yang berada dibahunya.

“Betul? Betul kau takde rasa apa-apa kat Akmal tu?” Mira berusaha mengelak bila ditanya oleh Zuriana.

“Sekilas ikan di sungai, aku tahu jantan betinanya. Kalau setakat hati kau tu, huhhhhh...memang aku faham sangat. Dag..dig...dug...” Zuriana semakin galak mengusik Mira. Mira menjeling tajam temannya yang suka sangat mengenakannya.

“Malas aku nak layan kau. Aku nak tengok hero pujaan aku bermain bola. Lagi baik,” Mira sengaja berkata begitu. Semakin seronok Zuriana mendengarnya. Mira tergelak melihat wajah ceria Zuriana.

“Mira, kau dan Akmal...ada apa-apa ke?” Tiba-tiba Zuriana bertanya serius. Mira tersentak.

“Maksud kau?” Mira pura-pura tidak faham.

“Aku tengok kau dan Akmal tu semacam je. Hubungan kamu berdua setakat kawan atau lebih dari kawan?” Mata Mira terus memandang Akmal yang beraksi lasak di tengah padang.

“Mana ada,” Mira menyangkal.

“Betul?. Tapi aku rasa kau bohong. Semenjak Akmal pindah ke sini. Aku tengok kau, macam si Syarifah dulu tu. Termenung sana, termenung sini. Kadang-kadang, senyum sorang diri. Kalau kau sukakan dia, apasalahnya kau luahkan perasaan kau tu,” Zuriana menasihati sahabatnya.

“Ishhhhhhhhhhhh. Kau ni. Ada aku pulak yang memulakannya. Tak nak aku. Malu beb,. Lagipun, dia tak pernah tunjukkan pada aku yang dia sukakan aku. Buat malu je, kalau dia menolak,” Mira geleng kepala.

“Sekurang-kurang kau mencuba. Supaya tidak menyesal kemudian hari,” Mira mendiamkan diri bila mendengar Zuriana membebel. Pada masa yang sama, mereka berdua terkejut bila sebiji bola hampir mengena kepala Mira.

“Mira. Kau tak apa-apa?” Zuriana bertanya cemas. Mira geleng kepala. Wajahnya pucat. Terasa angin bola tersebut begitu hampir padanya. Akmal mengutip bola yang disepak oleh pihak lawan.


“Mira, awak tak apa-apa?” Akmal sempat bertanya. Mira tersenyum kemudian geleng kepala. Akmal terus melontar bola tersebut ke tengah padang. Setelah berlari beberapa langkah ke dalam padang, Akmal menoleh sekali lagi ke arah Mira. Mira tersenyum.

No comments:

Post a Comment