klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, December 29, 2009

ALiA
bahagian 11/37  


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/

 





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"



 “Wah, Ajay susah betul nak jumpa kau sekarang ye?” Maziah bertanya pada temannya.

“Mestilah susah. Orang sedang hangat bercinta. Mana ada masa nak jumpa orang lain,” Alia berkata selamba sambil mengunyah keropok. Dia terasa dengan tindakan Ajay yang selalu mengelak untuk berkumpul dan belajar bersama mereka.

“Memang aku sibuk sangat sekarang ni. Maklumlah, kena uruskan pemilihan bakal atlit baru untuk tahun depan.” Ajay memandang wajah Alia yang sedikit pun tidak memandang kearahnya.

“Alia, kenapa kau tak dating setiap kali ada perjumpaan olahraga?” Alia tersenyum lemah.

“Aku malas nak fikir lagi. Tahun depan dah kita dah tak ada kat sini lagi. Jadi aku rasa, takde maknanya aku buat semua tu. Biar ketua yang baru tu, buat keputusan. Sekarang aku nak tumpukan perhatian dalam pelajaran aku.” Alia menjawab panjang lebar. Ajay terdiam.


“Alia baik kau minta cuti awal. Tengok, dah semakin melarat pulak penyakit kau ni,” Sara berkata serius. Alia angguk lemah. Setelah dua minggu sukan antara sekolah berakhir, Alia merasa kurang sihat.

“Masa kau kecil dulu, kau tak pernah kena demam campak, ke?” Soal Maziah hairan. “Tak,” Jawab Alia sepatah.

“Orang kata, kalau dah kena masa kecil, bila dah besar, tak mudah kena jangkit. Betul ke?” Ros bertanya musykil.

“Tak tahu pulak. Kenapa? Kau dah kena masa kecil dulu?” Soal Sara pula.

“Aku kena masa aku umur 9 tahun. Aku dan adik aku 2 orang tu kena serentak. Kasihan aku tengok mak aku jaga kami semua,” Ros menjawab perlahan.

“Itulah. Jangan sakitkan hati mak. Susah macamana pun, mereka akan sedaya upaya membuat yang terbaik untuk kita. Bila dah senang, jangan lupa orang tua,” Pesan Sara panjang lebar.

“Wah!!!! Pandainye bagi nasihat kat orang, kau tu macamana? Dah minta maaf tentang hari tu?” Imah menolak kepala Sara.

“Hhehehehe. Sudah bebb. Marah mereka untuk kebaikkan jugak. Betulkan?” Sara tersengih.

“Aku ingat nak balik esok je. Dah lewat jugak ni. Takut nanti takde bas pulak,” Alia berkata perlahan.

“Aku nak jumpa pengetua jap. Nak bagi tau dia, aku nak balik kampung esok.” Ucapnya lemah.

“Kasian kat kau ye, Lia. Kalaulah kami tak berpindah rumah, ada jugak teman kau balik kampung,” Ajay menepuk bahu Alia.

“Huhuhuhuuu. Janganlah buat aku sedih. Aku susah hati, sebab takde orang nak bayar tambang aku. Huhuhhuhu,” Alia menggosok matanya, pura-pura menangis.

“Mangkuk punya budak. Tambang dia je yang dia kira. Kalau setakat tambang tu, aku boleh bagi. Keselamatan kau macamana?” Ariy ketuk kepala Alia.

“Ketuk.. ha.. ketuk. Ingat kepala aku ni kayu ke apa. Sesedap hati korang je ketuk kepala aku,” Marah Alia. Mereka yang lain tergelak melihat Alia menggomel.

“Biar penyakit aku ni berjangkit kat korang. Boleh rosak otak aku ni kalau kamu semua selalu ketuk. Nanti dapat kawan tak betul, tak nak mengaku pulak,” Alia menggosok kepalanya. Pura-pura sakit. Kemudian di berlalu meninggalkan teman-temannya dan berjalan perlahan menuju ke bilik guru.

Tuk..tuk..tukkk.

“Masuk,” Perlahan Alia masuk ke dalam bilik pengetua. Dia tersengih melihat wajah Pn.Hamidah yang sentiasa tersenyum itu, namun beberapa saat kemudian, senyumannya mati bila matanya terpandang wajah Harimau merangkap monyet tak jadi yang duduk dihadapan Pengetua.

“Errr.. saya mengganggu ke?” Soalnya gugup.

“Mengganggu sikit,” Syah menjawab selamba.

“Syah? Perangai macam budak-budak.” Marah ibunya.

“Duduk Alia. Ada apa ni?” Soal Pn.Hamidah lembut. Alia duduk dengan sopan namun sempat jugak menjeling wajah tampan disebelahnya.

“Kenapa muka awak merah dan ada bintik-bintik pulak tu?” Soal Pn. Hamidah cemas sambil menghampiri Alia. Syah turut memandang wajah Alia.

“Ni macam demam campaklah, mama,” Syah memberitahu ibunya.

“Betul?” Soalnya ingin kepastian dan Syah angguk kepala.

“Saya ingat nak balik esok, Cikgu. Boleh tak?” Alia buat muka kasihan. Lama Pn.Hamidah termenung.
“Macam ni je, Syah kamu bawa Alia ke klinik, lepas tu hantar dia balik kampung terus. Takut berjangkit pulak kat budak-budak lain,” Alia dan Syah tersentak.

“Apa? Ehhh….. Tak payah Cikgu. Saya boleh balik sendiri,” Alia menolak.

“Yelah, ma. Syah dah janji nak jumpa kawan malam ni.” Syah turut membantah.

“Kamu ni, macamana nak jadi doctor kalau takde perasaan perihatin kat orang sakit? Dah, mama nak kamu hantar Alia petang ni jugak. Kalau dah lewat sangat, tak payah balik dulu. Esok baru balik. Faham?” Syah terkedu. ‘Biar betul mama ni. Alamak!!!!” Syah pandang wajah Alia yang pucat lesi itu. Akhirnya Syah angguk kepala perlahan. “Alia, balik ke asrama cepat. Kemas barang kamu, nanti berjangkit pulak kat kawan-kawan kamu tu,” Alia menurut.

Mereka keluar dari bilik pengetua dengan wajah tegang. Tiba-tiba Syah menghentikan langkahnya, dan Alia terlanggar Syah.

“Awak ni kenapa? Mata tu, awak letak kat mana?” Syah bertanya marah. Alia tunduk. Takut untuk membalas pandangan tajam dari gurunya itu.

“Errrrr. Maaf cikgu. Tapi, cikgu salah jugak, kenapa tiba-tiba berhenti,” Alia menjeling tajam. Kemudian Alia meneruskan langkahnya.


Sepanjang perjalanan ke kampung, mereka mendiamkan diri. Masing-masing tiada perkara yang hendak dibualkan. Mereka menghayati lagu yang berkumandang di corong radio. ‘I Want To Spend My Lifetime Loving You’ nyayian Tina Arena dan Marc Anthony dalam filem Zorro.

Moon so bright, night so fine
Keep your heart here with mine
Life's a dream we are dreaming


Race the moon, catch the wind
Ride the night to the end
Seize the day, stand up for the light


I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do


Heroes rise, heroes fall
Rise again, win it all
In your heart, can't you feel the glory?


Through our joy, through our pain
We can move worlds again
Take my hand, dance with me


I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I can spend my lifetime loving you


Though we know we will never come again
Where there is love, life begins
Over and over again


Save the night, save the day
Save the love, come what may
Love is worth everything we pay


I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I can spend my life time loving you

Tanpa menghiraukan Alia, Syah menyanyi lagu tersebut. Alia terlelap sambil menghayati lagu itu dan bermimpi lelaki bertopeng datang padanya sambil menghulur tangan untuk membawanya pergi. Indah sungguh mimpinya.

“Hoi… sedapnya tidur.” Syah menolak bahu Alia. Alia tersentak.

“Apalah cikgu ni. Kacau daun je. Orang baru nak syok jumpa putera idaman, dia dah kejutkan.” Marah Alia.
“Putera idaman? Yang pakai topeng macam Zorro tu?” Syah tergelak.

“Ehhh. Macamana cikgu tahu?” Soal Alia bodoh. Ketawa Syah semakin menjadi-jadi. Lucu melihat wajah naif itu.

“Saya pun ikut masuk mimpi kamu tadi,” Jawabnya selamba.
 
“Kelentong betul cikgu ni,” Alia merungut.

“Betul. Yang pakai topeng dan menghulur tangan kepada kamu tu, sayalah tu,” Syah ketawa perlahan.
“Ye ke? Cikgu tak sesuai jadi putera idaman. Takde sesiapa yang minat pun,” Alia menjawab perlahan.
“Apa kamu kata? Mana kamu tahu saya tak layak jadi putera idaman? Suatu masa nanti, saya akan jadi putera idaman awak,” Alia tersentak.

“Huhhhh. Perasan,” Alia menjeling tajam wajah Syah yang tergelak besar.

“Awak tahu lagu ni? Dah lama lagu ni,” Syah menumpukan perhatian pada pemanduannya.
“Tahu. Walaupun saya muda lagi, tapi lagu ni memang best. Layan habis.” Alia tersenyum.
“Dah lama lagu ni. Zaman saya sebaya kamu.” Mereka mula berbual.

“Jauh lagi kampung kamu tu?” Syah memandang wajah lesu itu. Alia angguk kepala. Krukk!!! Syah menoleh ke arah Alia bila terdengar bunyi dari perut Alia. Alia tersengih malu.

“Errrr.. Maaf Cikgu. Perut buat hal pulak, cacing-cacing peliharaan saya ni dah kelaparan,” Syah memandang wajah selamba itu. Syah geleng kepala.

“Cacing? Eiii!!!! Kamu ni. Kita singgah makan dulu. Saya pun lapar ni,” Syah mencari kedai makan yang berdekatan tanpa menghiraukan Alia yang tersengih panjang disebelahnya.

“Makan habis nasi tu. Lepas ni makan ubat.” Alia angguk kepala menurut sahaja apa yang disuruh oleh Syah. Alia berusaha menghabiskan nasi berlaukan ayam goreng dan sayur sawi.

“Bila terkena penyakit macam tu, kamu kena jaga pemakanan. Kalau tak nak kesannya menjadi warna hitam, jangan makan makanan berkicap. Elakkan dari memakan sambal belacan, nanti gatal sana gatal sini.” Pesan Syah panjang lebar.

Alia mendengar dengan tekun. Nak buat macamana, yang duduk di hadapannya itu bakal doctor. Itu kena tunggu 4 hingga 5 tahun lagi. ‘Asyik belajar, bila agaknya nak fikir soal kahwin?’ Alia bertanya dalam hati. ‘Tentu dia sudah ada teman wanita. Orang tampan macam Cikgu Syah ni, tentu ramai yang berkenan. Dan sebagai lumrah lelaki, mereka akan memilih yang mereka berkenan sahaja. Tukar teman wanita seperti menukar baju.’ Alia leka memikirkan perihal lelaki yang di anggap tidak setia.

“Hoi… Minah… Dah sampai ke mana?” Syah menepuk meja. Alia tersentak.

“Ke bulan. Guna kopi kapal api,” Alia menjawab spontan. Syah tergelak sakan sehingga mengalirkan airmata.
“Alia… Alia.. Dalam sakit macam tu pun, boleh buat lawak,” Syah geleng kepala.

“Yang cikgu suka sangat kejutkan saya ni kenapa? Boleh sakit jantung kalau macam ni selalu.” Alia merungut.
“Orang bagi nasihat, dia sempat termenung pulak.” Syah berkata marah.

“Cepat. Ubat tu makan lagi. Nanti berjangkit pulak dekat saya penyakit awak tu,” Syah meletak 2 biji penadol di tangan Alia. Sekelip mata ubat tersebut sudah ditelannya tanpa banyak soal.

“Cikgu tak pernah kena demam campak sebelum ni?” Alia bertanya hairan.

“Hehehe. Belum,” Syah tersengih. Sungguh tak sangka, mereka boleh berbual mesra seperti itu. ‘Ok jugak cikgu ni. Kalaulah Imah ada masa ni, memang aku akan kena usik.’ Alia berbisik sendirian lagi.

‘Dia memang cantik. Tapi aku tak patut menyukai pelajar sendiri. Kalau orang lain tahu, rosak reputasi mama sebagai Pengetua.’ Syah merenung wajah Alia yang kemerahan itu. ‘Tapi aku hanya guru sandaran saja kat sekolah tu. Dua minggu lagi, tamatlah kontrak aku,’ Syah mengingatkan dirinya.
“Cikgu!!!!! Dah sampai mana?” Giliran Alia pulak mengejutkan Syah.
“Puncak Everest,” Jawabnya pantas.

Alia muncung mulutnya. “Alah Cikgu ni, sempat pulak nak berangan. Jum balik. Nanti kita lambat sampai, kampung saya tu bahaya,” Alia memberitahu Syah sesuatu tentang kampungnya.
“Ok.” Mereka berdua pergi ke kaunter untuk membayar bil.

“Bahaya yang macamana?” Syah bertanya setelah mereka memulakan perjalanan. Alia menyandar sambil berpeluk tubuh.

“Biasalah kampung. Mereka tak suka tengok orang lelaki dan perempuan keluar berdua, balik lambat. Pendek kata, di kampung, kami dilarang bersosial yang boleh menimbulkan syak wasangka. Nanti kena cekup oleh tok imam. Kena kahwin free,” Alia tersengih dan Syah angguk kepala sambil tersenyum.
“Bagus jugak mereka buat macam tu, takde orang buat salah, kan?” Syah merasakan tindakan itu bagus untuk menyelamatkan generasi masa kini.

“Ye…. Memang bagus, tapi tetap jugak ada gejala buruk yang lain berlaku. Merompak, pecah rumah dan yang teruk tu, mengintai anak dara orang.” Alia berleter panjang lebar. “Masih ada jugak orang jadi orang minyak ye,” Syah tidak percaya, masih ada jugak orang yang buat kerja terkutuk itu. Alia tergelak.
“Apalah Cikgu ni. Orang minyak pulak.” Syah tersenyum.

No comments:

Post a Comment