klik untuk ke blog di alam angker

Friday, December 25, 2009

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 13

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





“Tahniah!!” Ucap Mira perlahan. Mereka berjalan seiringan menuju ke asrama.

“Terima kasih. Betul awak tak apa-apa tadi?” Akmal bertanya lagi. Rasa tidak puas hati dengan jawapan yang diterimanya tadi.

“Betul. Saya ok,” Mira cuba meyakinkan Akmal.

“Kalaulah bola tu terkena awak tadi. Itulah kali terakhir saya bermain bola.” Akmal merenung wajah pucat Mira. Mira turut sama merenung wajah Akmal. Fikiran mereka melayang.

“Mari, biar Mira tolong keringkan,” Mira menyapu peluh yang membasahi dahi Akmal. Akmal tersenyum.

“Sampai bila Mira sudi menyapu peluh Al?” Mira tersipu malu.

“Selagi Al sudi,” Jawabnya manja. Dan dia melihat Akmal mengangguk kepala.

“Mira..Mira...Awak tak apa-apa?” Akmal menyentuh bahu Mira. Mira tersentak. ‘Aku mengelamun rupanya. Kalaulah dia tahu. Uiiii...malunya aku,’ Mira berbisik sendirian. Sekali lagi Mira tersentak bila terasa tangan Akmal menyentuh dahinya.

“Mira demam ni. Mari, kita jumpa dengan penyelia asrama. Minta ubat,” Akmal menarik tangan Mira. Mira menepis perlahan.

“Upsssss...Sorry. tindakan refleks.” Akmal tersengih. Mira hanya tersenyum. Mereka berjalan seiringan menuju ke rumah penyelia asrama.

“Masih demam,” Mira mengelak bila Akmal cuba menyentuh dahinya.

“Saya ok. Tak apa-apa. Jangan risau. Nanti okeylah tu,” Mira berjalan sambil kakinya menyepak batu-batu kecil di atas jalan. Fikirannya terganggu. Dia keliru. Layanan yang diberikan oleh Akmal susah untuk dia tafsirkan. Akmal terlalu baik padanya. Dan Mira merasakan Akmal menjaganya seperti abang menjaga adik. Bagi Akmal, dia sangat menyayangi gadis disebelahnya itu. Tetapi agak sukar untuk dia meluahkan perasaannya pada Mira, bila melihat Mira seperti tidak merasa kasih sayang yang dia hulurkan.

“Nal, kau rasa, mereka tu sepadan tak?” Zuriana bertanya pada Zainal. Mereka mengekori Mira dan Akmal dibelakang.

“Macam orang lain jugak aku tengok.” Walaupun Zainal tahu Akmal menyintai Mira, tetapi dia tidak mahu memberitahu pada orang lain, bimbang mengganggu pelajaran Akmal. Ini kerana dia sudah berjanji untuk memastikan Akmal tidak leka dengan dunia remajanya dan mengabaikan tugasnya sebagai pelajar.

“Kalau mereka bercinta, tentu seronok, kan?” Zuriana tersengih. Zainal geleng kepala.

“Seronok kau kata? Kau nak tengok mereka berdua tu gagal dalam pelajaran?” Zuriana mematikan senyumannya. Kemudian merenung wajah Zainal yang selamba itu.

“Apa? Salah ke apa yang aku cakap tu?” Zainal turut sama membalas renungan Zuriana. Zuriana berdengus kasar.

“Tak semua orang akan gagal dalam pelajaran mereka jika bercinta. Bercinta bukanlah perkara yang menyebabkan kita gagal dalam pelajaran, tetapi, diri kita sendiri. Yang penting pandai bahagikan masa dan sentiasa ingat apa tujuan kita di sini,” Zuriana berkata tegas.

“Ye ke? Jadi kau tu pandai membahagikan masa untuk bercinta?” Zainal berkata sinis.

“Huhhhh!!! Malas aku nak layan kau. Bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni memang susah,” Zuriana berjalan pantas meninggalkan Zainal. Zainal terpinga-pinga.

“Oiiii..Tunggu.” Zuriana terus berlari balik ke asrama. Mira memandang hairan ke arah Zuriana yang sudah membelok ke asrama.

“Kenapa, Nal?” Akmal bertanya hairan.

“Entah. Tiba-tiba je, dia blah. Errrr...Mira, Zuriana tu er.....takpelah,” Zainal tidak jadi bertanya. Mira geleng kepala hairan dengan sikap Zainal itu.

“Okey. Saya pergi dulu,” Mira mengejar Zuriana. Azlan menghampiri Akmal dan Zainal.

“Tak sangka kamu berdua ni memang hero. Mira dan Zuriana yang susah didekati oleh mana-mana pelajar lelaki kat sekolah ni, pun boleh lembut hati melayan kau berdua.” Azlan tersenyum. Akmal dan Zainal tersenyum bangga.

“Kami berdua memang disukai ramai.” Zainal tergelak. Akmal tersenyum. Mereka bercerita dengan rancak sekali. Zainal berpaling seketika ke asrama puteri. Rasa bersalah menyebabkan Zuriana terasa hati dengan kata-katanya sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment