klik untuk ke blog di alam angker

Monday, December 7, 2009

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 11

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




“Mira, aku ada berita baik dan berita buruk ni. Kau nak dengar yang mana satu dulu?” Zuriana berpeluk tubuh menanti Mira memilih.

“Mana-manalah. Aku tak kisah,” Mira malas hendak melayan sahabatnya yang kadang-kadang terlampau aktif.

“Kau ni, kan? Okeylah. Si Asfa dan Mazlan bergaduh tadi. Gaduh besar. Tak lama lagi, si Mazlan tu mungkin akan kejar kau balik,” Zuriana tersengih. Mira geleng kepala. Rakannya itu, sentiasa ada cerita yang hendak disampaikan.

“Kejarlah. Takkan nak halang perasaan dia. Biarlah dia dengan dunia dia.” Mira berkata selamba sambil meneruskan bacaannya.

“Berita seterusnya. Hari ni, si Najwa cakap, ada pelajar baru mendaftar ke sekolah kita tengahari tadi. Dua orang pelajar lelaki. Dan, yang menariknya, dia kawan Azlan. Sebab Azlan yang tolong mereka uruskan kemasukan mereka ke asrama.” Mira tersentak. ‘Biar betul. Patutlah aku rasa semacam je,’ Mira menggenggam parut dipergelangan tangannya. ‘Mungkinkah dia?’ Bisiknya cemas.

“Kau dah jumpa mereka? Betul, mereka tu kawan Azlan? Bukan orang lain?” Mira bertanya lagi.

“Betul.” Zuriana menjawab geram. Mira gelisah. Mira membuang pandang ke luar tingkap. Lidahnya kelu bila melihat seseorang yang dia kenali berjalan perlahan sambil ditemani oleh rakan-rakannya. Mira leka merenung wajah pelajar lelaki yang sedang leka berbual dengan sahabatnya. Kadangkala Mira melihat dia tersenyum manis sekali.

“Mira..kau tak apa-apa? Apa yang kau tengok kat luar tu? Menarik je aku tengok,” Zuriana turut sama menjenguk keluar tingkap.

“Betullah. Pelajar lelaki yang hari tu. Kawan Azlan,” Zuriana menampar bahu Mira. Mira menggosok bahunya.

“Zu, sakit.” Zuriana tersengih. Pada masa yang sama Akmal menoleh ke arah asrama Puteri. Mira tunduk menyembunyikan diri dari dilihat oleh Akmal.

******************************

Akmal bersalaman dengan Azlan sebaik sahaja mereka berjumpa. Akmal seperti dapat merasakan seseorang sedang memanggilnya dan pada ketika itu dia seperti dapat melihat seseorang sedang memerhati mereka. Akmal berpaling ke arah asrama puteri.

“Apa yang kau tengok tu?” Azlan menegur sahabatnya. Akmal tersengih.

“Takde apa-apa. Aku rasa macam ada orang tengok kita dari asrama puteri tu.” Akmal menjawab tenang.

“Biasalah. Pelajar baru. Semua orang nak tengok rupa kamu berdua. Hensem ke tidak.” Azlan memeluk bahu Akmal. Akmal dan Zainal tersenyum.

Keesokan harinya, semasa Mira dan Zuriana pergi ke sekolah, tiba-tiba Zuriana menepuk dahinya.

“Alamak!!!! Mira, buku sejarah aku lupa. Kau tunggu kat sana sekejap. Aku nak balik ke asrama dulu,” Mira kerutkan dahi.

“Yelah. Pelupa betul. Suka sangat makan semut,” Zuriana muncung mulutnya, kemudian berlari ke asrama. Mira menanti Zuriana dengan sabar sambil matanya merenung padang bola yang luas itu. Damai rasanya bila angin pagi menghembus perlahan ke wajahnya.

“Assalammualaikum,” Mira tersentak. Dia terlalu asyik merenung padang bola yang menghijau itu tanpa menyedari seseorang menghampirinya.

“Errr…Waalaikumsalam. Errrrr…awak?” Mira gugup seketika. Lebih-lebih lagi bila melihat senyuman Akmal yang menawan itu. Degupan jantungnya semakin laju.

“Ye. Saya. Kita bertemu lagi.” Akmal masih tersenyum. Mira dapat merasakan wajahnya merona merah. Beberapa orang pelajar yang lalu di kawasan tersebut menoleh ke arah mereka berdua. Azlan dan Zainal tersenyum melihat Mira yang gelisah berada di sebelah Akmal.

“Apa awak buat kat sini? Tunggu saya?” Akmal sengaja mengusik gadis tersebut. Mira menjeling tajam.

“Bukanlah. Saya tunggu kawan saya. Ha…tu pun dia datang. Okey. Saya pergi dulu,” Mira terus menarik tangan Zuriana yang tercungap-cungap kerana berlari dari asrama menuju ke dewan. Dan tanpa mereka berdua sedar, sekeping gambar jatuh dari buku yang dibawa oleh Zuriana.

“Eh!!!Kenapa ni?” Zuriana tidak tahu apa yang berlaku hanya mengikut langkah kaki Mira.

“Dia tegur aku tadi. Terkejut aku dibuatnya,” Mira mengurut dadanya. Seketika kemudian dia berpaling ke arah Akmal dan rakan-rakannya.

“Itu je? Aku ingatkan dia pelawa kau jalan sama, ataupun dia cuba mengorat kau,” Mira menampar bahu Zuriana.

“Kepala otak kau. Manalah dia sudi nak mengorat aku. Cubalah berfikiran logic sikit.” Zuriana tersengih.

“Errrr..sebelum terlupa, tadi aku cari buku sejarah aku, tapi tak jumpa. Jadi aku sambar je, buku kau yang bersepah kat atas katil kau tu,” Zuriana menayang buku tersebut dihadapan muka Mira.

“Yelah. Takkan nak larang kau guna. Nanti, tak pasal-pasal, aku sendiri yang kena bawa balik. Membebankan bahu aku je,” Mira berjalan laju. Zuriana tergelak dan mengejar Mira yang sudah jauh ke hadapan.

“Mira…dia cakap apa kat kau tadi?” Zuriana cuba mengorek rahsia. Mira tersenyum.

***********************

“Kenapa dengan dia tu?” Akmal bertanya hairan.

“Al, dia memang macam tu. Tak suka sangat lelaki menghampirinya. Kecuali aku,” Azlan berkata bangga. Akmal kerutkan dahi.

“Iye? Ada jugak perempuan macam tu kat dunia ni?” Zainal bertanya bodoh. Azlan tergelak.

“Biasalah tu, Nal. Perempuan ni, macam-macam perangai. Ehhhh…Korang berdua dah tahu kelas mana korang ditempatkan?” Azlan pandang wajah Akmal dan Zainal. Mereka berdua geleng kepala.


“Ok. Mari aku hantar korang berdua ke bilik guru,” Mereka bertiga berjalan sambil bercerita.

No comments:

Post a Comment