klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, January 28, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 28

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




Mira memandang sekeliling kedai makan tersebut. Akmal berjanji hendak berjumpa dengannya di kedai tersebut. Setelah hampir 6 bulan Akmal menyepikan diri. Mira terkejut bila mendapat panggilan telefon dari Akmal. Sungguh dia tidak menyangka Akmal hendak berjumpa dengannya. Mira hampir melompat dan menjerit kesukaan bila mendengar suara perlahan Akmal. Apa yang pasti, cintanya pada lelaki itu masih kuat, walau berkali-kali cuba dinafikan.

“Assalammualaikum.” Mira menoleh ke arah lelaki yang memberi salam tersebut.

“Waalaikumsalam.” Mira menjawab perlahan. Dia berdiri dan membalas renungan mata lelaki tersebut.

“Awak apa khabar?” Mira masih mendiamkan diri.

“Awak. Awak dengar tak?” Akmal melambai tangan di hadapan muka Mira. Namun Mira masih setia merenung wajahnya sehingga menimbulkan riak hairan pengunjung yang lain.

“Mira,” Akmal tepuk bahu Mira perlahan. Mira tersentak dan tertunduk malu.

“Maaf.” Mira terus duduk tanpa memandang wajah Akmal yang tersenyum melihat kegugupannya.

“Dah lama sampai?” Akmal memulakan bicara.

“Baru jugak.” Mira menjawab perlahan. Akmal angguk kepala.

“Kita makan dulu. Lepas ni kita jalan-jalan. Ada perkara yang hendak saya bagitau awak,” Akmal tersenyum. Mira kerutkan dahi. ‘Perkara apa ye? Adakah dia akan luahkan perasaan dia pada aku?’ Mira berbisik sendirian. Kemudian dia tersenyum dalam hati. ‘Perasan.’ Mira kutuk diri sendiri.

“Masa last kita exam hari tu, saya dengar awak pengsan dan di hantar ke hospital. Awak tak apa-apa ke?” Sudah lama Mira ingin mengetahui perkara tersebut. Akmal tersenyum.

“Ye. Saya tak apa-apa. Cuma keletihan sebab tak cukup rehat. Sebelum tu, Tahniah!!! Awak dah jadi pelajar U sekarang,” Mira tersenyum halus.

“Terima kasih. Awak pulak. Saya langsung tak dengar cerita tentang awak,” Mira menghirup Ice Lemon Tea yang dipesannya sebentar tadi.

“Saya belum dapat tawaran lagi. Tak tahu nak masuk ke mana. Mak suruh belajar kat sini je, tapi ayah suruh sambung belajar kat luar negeri.” Mira angguk kepala.

“Mana-mana pun okey. Yang penting niat kita nak belajar.” Akmal angguk kepala mendengar kata-kata dari bibir comel itu. Akmal terus merenung wajah gadis yang terlalu dirinduinya. Mereka menjamu selera dalam suasana sunyi. Sesekali mereka berbalas senyum. Masing-masing mengambil peluang tersebut untuk menikmati saat-saat yang mereka tunggu selama ini.

“Zainal apa khabar?” Mira bertanya khabar berita sahabatnya itu. Semenjak tamat sekolah, dia jarang berhubung dengan Zuriana. memandangkan dia dan Zuriana berlainan Universiti membuatkan hubungan mereka agak renggang.

“Zainal sihat. Zuriana pun okey. Kadangkala kami bertiga pernah jugak keluar bersama. Tapi tak seronok keluar dengan mereka berdua tu, maklumlah orang bercinta, terasa pulak yang kita ni kacau daun,” Akmal tersenyum kecil. Mira geleng kepala.

“Iye ke?” Mira bertanya sinis. Rasa tidak percaya Zuriana dan Zainal tidak menyenangi kehadiran orang lain.

“Takdelah. Kami tetap sama macam dulu jugak. Kadangkala mereka berdua tu, tak mcam orang bercinta, nampak macam orang berkawan rapat.” Mira angguk kepala mendengar kata-kata dari mulut Akmal.

“Awak, errr....awak pernah dengar tentang Rita?” Mira pandang wajah selamba Akmal.

“Kenapa dengan dia?” Akmal bertanya hairan.

“Dulu, awak dan Rita....itukan...errr..” Akmal menanti dengan sabar ayat seterusnya. Tetapi hampa.

“Maksud awak, saya dan Rita bercinta?” Mira angguk kepala. Akmal tergelak besar. Beberapa mata pengunjung memandang hairan kearah mereka. Mira tertunduk malu bila perasaan akan pandangan mata dari pengunjung lain.

“Awak ni, perlahanlah sikit,” Mira berdengus.

“Sebenarnya, saya dan Rita tak pernah ada hubungan lebih dari seorang kawan. Sebenarnya, Azlan yang merancang supaya saya berkawan rapat dengan Rita. Kami bertiga sengaja hendak menguji awak.” Akmal tersenyum penuh rahsia.

“Menguji saya? tentang apa?” Mira kerutkan dahi. Tidak faham maksud tersirat.

“Adalah perkara yang ...nanti kita cerita lagi. Makan dulu.” Mira jungkit bahu.

“Rita dan Azlan memang dah lama bercinta. Tapi mereka tak nak bising-bising. Takut heboh satu sekolah, nanti kena tangkap oleh cikgu pulak. Kena hukum lagi,” Mira tergelak.

“Yelah tu. Kenapa nak rahsiakan dari saya?” Mira hairan. Akmal terus tersenyum.

“Rahsia,” Akmal tersenyum lagi. Mira kerutkan dahi. Tidak puas hati. Akmal batuk beberapa kali sehingga menimbulkan rasa hairan di hati Mira.

“Awak tak apa-apa? Kenapa muka awak pucat?” Akmal meraba pipinya.

“Yeke? Ni mesti sebab terkena hujan semalam. Masa main bola petang semalam, kena hujan. Pagi tadi rasa berat sangat hendak bangun, tapi bila memikirkan saya dah janji nak jumpa awak, saya gagahkan jua. Saya mesti jumpa awak hari ni. Sebab itulah, saya tak kisah sekalipun saya sakit teruk,” Mira geleng kepala.

“Lain kali, kalau tak sihat tak payah pergi. Lain kali boleh jumpa lagi.” Mira membebel.

“Saya takut takde lain kali. Takut tak sempat,” Akmal bersuara perlahan. Wajahnya berubah muram.

“Apa pulak tak sempat. Kalau hari ni tak sempat, esok masih ada lagi. Kalau tak sempat jugak esok, hari berikutnya pun masih ada.” Akmal terus merenung Mira yang leka bercakap.

“Saya rindu nak tengok awak membebel,” Akmal tersenyum senang. Mira muncung mulutnya.

“Ada-ada je.” Mira menjeling tajam ke arah Akmal. Akmal tersenyum dan geleng kepala.

Tuesday, January 26, 2010

ALiA
bahagian 18


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

“Assalammualaikum,” Alia memberi salam. Kedengaran suara tua menyahut salamnya. Alia masuk ke rumah tersebut dengan bacaan Bismillah.

“Sunyinya. Atok, Cikgu Hamidah mana?” Soalnya lembut setelah berjabat tangan dengan atoknya.

“Kat dapur tu,” Datuk Zamri menunding jari ke dapur.

“Kenapa panggil cikgu lagi, panggil mama. Baru mesra,” Usik Datuk Zamri.

“Belum biasa Tok,” Alia tersipu malu dan meninggalkan orang tua itu.

“Wah!!!! Banyaknya lauk,” Alia menghampiri ibu mertuanya yang sedang mencuci ayam yang telah di potong.

“Malam ni, Alia makan kat sini je. Banyak lauk ni,” Pn.Hamidah mempelawa. ‘Kalau aku makan kat sini, nanti mereka marahkan aku. Tapi, tadi aku dah ajak mereka datang, tapi mereka menolak, ahhh. Biarlah, siapa suruh tak mahu temankan aku tadi,’ Alia segera membantu Pn.Hamidah memasak. Mereka seperti ibu dan anak saling membantu dan sekali sekala bergelak ketawa bercerita apasaja.

“Seronok juga bila memasak bersama-sama. Biasanya, Alia buat sorang je kat rumah. Nenek kadangkala je tolong Alia kat dapur. Itu pun dia hanya bagi tau cara dan petua saja.” Alia bercerita tanpa dipinta.

“Yelah. Mama pun macam kamu jugak. Selalu buat kerja sorang-sorang kat dapur ni.” Pn.Hamidah sengaja membahasakan dirinya mama di depan Alia. Dia mahu Alia sentiasa ingat akan statusnya kini. Alia tunduk memandang lantai bila teringat yang dia kini sedang bersama keluarga mertuanya.

“Janganlah bersedih. Mungkin ada hikmah yang kita tidak tahu, dan Allah telah aturkan untuk kita. Lagipun, kahwin muda ni, ada baiknya, bagi mengelakkan gejala buruk. Mama lega kerana Alia yang jadi menantu mama. Sebab mama kenal Alia sejak berpindah ke sini dan mama sukakan ALia.” Pn.Hamidah menenangkan perasaan Alia. Walauapapun yang terjadi dia tetap menerima Alia malah amat senang sekali Alia menjadi menantunya.

“Tapi saya takut kalau rakan yang lain tahu, tentu mereka menjauhkan diri dari saya. Mereka akan kata yang saya ni jahat. Buat maksiat dengan cikgu sendiri pulak tu,” Alia mengesat airmatanya.

“Kenapa Alia cakap macam tu? Kami tahu Alia dan Syah tak buat apa-apa, itu sudah cukup. Jangan terlalu tertekan, kamu akan menduduki SPM hujung tahun ni. Mama tak mahu kamu gagal hanya kerana dugaan seperti ini.” Pn.Hamidah menasihati Alia sambil mengusap rambut Alia.

“Ni kenapa tak ikat rambut?” Pn.Hamidah bertanya. Alia tersengih.

“Eh!! Lupa pulak nak ikat. Tapi, Alia tak bawa ikat rambut.” Alia tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu. Pn.Hamidah geleng kepala.

“Dah 5.30 petang. Tolong kamu kejutkan, Syah tu. Dah petang macam ni dia tidur pulak. Hai…”

Pn.Hamidah mengeluh mengenangkan perangai anaknya yang suka tidur pada waktu petang.

“Hahhh!! Kejutkan Cikgu Syah?” Soal Alia cemas.

“Kenapa?” Soal Pn.Hamidah hairan.

“Err.. Takde apa-apa. Mana bilik dia?” Soal Alia gugup. Pn.Hamidah tersenyum. Tahu yang Alia gelabah.
“Tu. Bilik yang tertutup rapat tu.” Alia berjalan perlahan menghampiri pintu bilik Syah.

Pintu di ketuk, namun tiada suara yang menyahut. Alia garu kepala. ‘Macamana ni. Nak masuk atau tak?’ Otaknya masih berfikir tetapi, tangannya sudah menolak pintu bilik tersebut. ‘Alamak!!!! Dah masuk pulak. Macamana ni?’ Syah sedang berbaring menelentang di katil diperhati lama. Perlahan Alia melangkah kaki menghampiri katil Syah dan berkira-kira hendak mengejutkan Syah. Ketika Alia tunduk hendak menyentuh lengan Syah, lelaki tersebut menarik tangan Alia hingga menyebabkan Alia terbaring sama di atas katil tersebut. Syah tergelak halus melihat wajah pucat Alia. Alia kaku bila diperlakukan sedemikian oleh Syah.


“Kenapa?” Soal Syah lembut sambil tangannya membelai wajah lembut itu. Alia berusaha menolak tubuh Syah yang berat itu.

“Ehhh. Tepilah. Sakit tahu tak,” Alia berusaha lagi namun tetap tidak berjaya.
“Lepaslah. Cikgu, saya menjerit nanti,” Ugutnya. Namun Syah hanya tersenyum.
“Jeritlah. Biar semua orang tahu yang kita ni sudah berkahwin. Biar si Salman tu malu sendiri sebab mengorat isteri guru dia,” Syah berkata selamba. Alia menggigit bibirnya tanda geram dengan perbuatan Syah.
“Jangan buat muka macam tu, tergoda saya dibuatnya,” Syah sengaja mengusik Alia. Alia menjeling tajam wajah Syah yang jelas tersenyum bahagia.
“Tak sangka, saya kahwin dengan budak sekolah yang garang. Bertumbuk dengan budak lelaki pulak tu. Kelak, bila kita ada anak, kita ceritakan kisah lucu Alia tu pada mereka,” Syah memasang angan-angan. Alia mencebik.

“Berangan. Siapa nak jadi isteri awak? Ehhh. Lepaslah, Cikgu Hamidah dah tunggu saya kat luar tu,” Alia masih meronta cuba melepaskan diri dari lelaki yang selalu menganggu hidupnya. ‘Kenapa dengan dia ni? Kalau kat luar selalu buat aku marah, selalu nak kenakan aku. Cakap pun garang. Sekarang boleh jadi romantic dan bercakap lembut je dengan aku. Apa perasaan dia pada aku sebenarnya?’ Alia keliru.
“Apa pulak berangan. Dah kenyataan awak ni isteri saya. Alia yang harus sedar, bahawa kini awak sudah bersuami.” Syah mencubit hidung Alia.

Sedang asyik dia memikirkan perasaan Syah padanya, dia tidak sedar Syah telah mengucup dahinya dengan lembut sekali. Akibat terkejut, Alia menolak tubuh Syah sekuat hati dan berdiri jauh dari Syah. Alia menggosok dahinya yang telah di cium oleh Syah sebentar tadi dengan tangannya. Syah tersenyum lucu dan berlalu ke pintu bilik.

“Lain kali tak perlulah pukul orang, sekalipun awak tak suka dia, cakap elok-elok. Kasihan Salman tu. Kena pukul,” Syah tergelak mengenangkan pipi Salman lebam sebelah terkena tumbukan Alia.
“Siapa suruh dia gatal sangat, orang nak belajar dia asyik mengganggu je. Cikgu pun, kalau cikgu buat apa-apa kat saya, saya tak takut nak pukul cikgu tau,” Alia membela diri. Syah tergelak kemudian bersuara lembut.

“Sebelum terlupa. Nah. Ini untuk perbelanjaan Alia. Sekarang Alia sudah menjadi tanggungjawab saya. Kalau ada apa-apa yang Alia perlukan, jangan malu dan segan nak bagi tahu. Saya dah cakap kat abah dan abang-abang Alia, semua perbelanjaan Alia saya yang akan tanggung,” Alia masih mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang patut diucap tetapi dia tetap menyambut duit yang di hulur oleh Syah.
“Selebihnya, saya akan masukkan ke akaun Alia,” Alia angguk kepala dan dengan berat hati dia mengucapkan terima kasih. Syah tersenyum lebar.

“Errrrrr…Cikgu, masa kat bilik pengetua tadi, Cikgu Hamidah cakap, cikgu marah kat saya? Kenapa cikgu marah?” Alia baru teringat perkara yang mengganggu fikirannya semenjak dari balik sekolah tadi.
“Marah? Bila masa saya marah? Nak marah pasal apa pulak. Mama bohong tu.” Syah menyangkal lalu bergerak ke pintu. Dia memang marah semenjak gosip Alia dan Salman sedang bercinta tersebar di seluruh sekolah. Dia merasa lega bila mengetahui Salman hanya bertepuk sebelah tangan.

“Mari keluar. Nanti mama ingat saya buat apa-apa kat Alia. Satu minggu saya kena ceramah nanti.” Alia muncung mulutnya bila soalannya tidak dijawab.

“Tunggu sekejap. Ni apasal rambut tak diikat?” Syah bertanya dengan wajah tegang. Alia tersengih tiada alasan yang baik untuk diberi.

“Errr. Datang sini tadi rambut masih basah, getah ikat rambut pulak lupa kat asrama. Errrr…. Cikgu sendiri tu, jambang kat muka dah semakin tebal, bila lagi nak dicukur. Geli saya tengok,” Alia buat muka jijik. Syah menyentuh dagunya.

“Hensem apa,” Katanya selamba sebelum menolak pintu bilik. Malas mahu melayan kata-kata Alia. Alia mencebik sambil mengekori langkah Syah. ‘Hensem? Dah macam monyet aku tengok.’ Alia tergelak dalam hati.

“Monyet yang hensem tau. Dan juga suami awak. Ingat tu,” Syah berkata selamba. Alia tutup mulut dan berasa hairan, Syah seperti tahu apa yang sedang bermain difikirannya.
“Perasan,” Alia segera ke dapur membantu Pn.Hamidah menyediakan makan malam mereka.
“Syah dah bagi duit pada kamu tadi?” Soal Pn.Hamidah lembut sambil menyusun tapak di atas meja. Alia angguk kepala sambil tersenyum.

“Mama mahu ikatan kamu berdua kekal hingga ke akhir hayat. Jaga anak mama dengan baik ye,” Pn.Hamidah mengusap rambut Alia.

“Tapi, Alia masih budak lagi. Alia ni nakal, degil dan suka cari pasal dengan dia. Semua orang tahu yang kami tak sebulu,” Alia tunduk bermain kain tepi meja makan.

“Tak mengapa, Syah tu pun masih budak jugak. Sama-samalah kamu berdua mengatasinya.” Pn.Hamidah berkata tenang. Alia angguk kepala dengan lemah.

Sebelum balik ke asrama, Alia sempat mengambil MP3 Syah yang terletak kat atas katil lelaki tersebut.
“Cikgu, saya pinjam ni ye?” Alia buat muka simpati.

“Ehhhh. Jangan mimpi. Asyik nak dengar lagu je. Sini,” Syah merampas kembali MP3nya dari tangan Alia.
“Huhhh. Kedekut,” Ucapnya spontan. Alia terpandang telefon bimbit Syah yang terletak di atas meja ruang tamu, sementara menunggu Pn.Hamidah mengemas bekal untuk rakan-rakan di asrama, Alia membelek telefon bimbit Syah. Alia tersentak bila melihat gambar muka depan telefon bimbit tersebut adalah gambarnya.
“Gambar saya,” Alia berkata perlahan. Syah yang tersedar sesuatu segera merampas telefon dari tangan Alia.
“Gambar saya,” Alia seperti orang kena pukau.

“Kenapa Cikgu ada simpan gambar saya?” Soalnya pelik. Syah berlagak selamba dan terus menyimpan telefon bimbitnya ke dalam saku seluarnya.

“Cikgu,” Alia masih menarik baju Syah serta menghentak kakinya meminta penjelasan.
“Eiiii. Budak ni. Dah, balik lagi. Nanti risau pulak kawan-kawan awak kat asrama tu,” Syah menolak tubuh Alia ke pintu rumah. Datuk Zamri dan Pn.Hamidah tersenyum melihat gelagat Alia dan Syah.
“Tak aci macam ni. Cikgu ambil gambar saya tanpa kebenaran,” Alia membentak sambil kakinya melangkah meninggalkan rumah tersebut. Seketika kemudian, dia berpaling, merenung tajam Syah yang tersenyum.

*******************************

Monday, January 25, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 27

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




“Hai...” Mira menyapa Akmal yang sedang menikmati kuih karipap di kantin. Akmal tersentak. Kuih yang dimakannya terjatuh. Terkejut bila di sapa oleh Mira. Bagaikan bermimpi disiang hari.

“Hai,” Ucapnya sepatah. Mira duduk dihadapan Akmal sambil tersenyum.

“Berdamai?” Mira hulur tangan untuk bersalam. Akmal pandang tangan Mira di hadapannya. Teragak-agak dia menyambut tangan halus itu.

“Kita lupakan perkara lepas ye. Kita masih kawan,kan?” Mira bersuara perlahan. Akmal terdiam. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Kemudian dia angguk kepala. Mira tersenyum.

“Ok. Awak apa khabar?” Mira bertanya lembut bila merasa tidak selesa bila Akmal masih merenungnya.

“Errrrr...Saya sihat. Awak?” Mira tersenyum kelat.

“Macam yang awak nampak. Kat luar sihat. Tapi kat dalam tu, tak pasti. Sebab duduk kat dalam. Tak nampak,” Mira tersenyum. Akmal gelisah.

“Saya minta maaf jika menyakitkan hati awak. Saya tak bermaksud nak buat begitu,” Akmal tunduk merenung piring. Mira mengeluh.

“Tak mengapa. Niat awak baik. Saya je yang tak faham. Jangan risaulah. Saya dah okey,” Mira berusaha tersenyum.

“Baguslah. Sekarang bolehlah saya tumpukan perhatian dalam pelajaran.” Akmal bersuara perlahan. Mira angguk kepala.

“Janji awak tak cuba satukan saya dengan mana-mana lelaki sudahlah,” Akmal tersenyum.

“Ok. Saya janji tak buat lagi,” Mereka sama-sama mendiamkan diri melayan perasaan.

“Akmal, jum masuk kelas,” Mira tersentak bila mendengar suara Rita menyapa. Akmal angkat kepala dan tersenyum.

“Mira, saya masuk kelas dulu,” Mira membalas senyuman Rita yang jelas mengejek dirinya.

“Ok,” Mira hanya mampu melihat Akmal dan Rita berlalu.

“Sudahlah Mira. Dia dah ada kekasih. Baik kau lupakan perasaan kau tu. Lebih baik tumpukan perhatian dalam pelajaran. Pelajaran lebih penting. Nanti bila dan berjaya, baru fikir tentang cinta,” Mira berkata perlahan bagi memujuk hatinya yang merana. Mira tarik nafas perlahan dan menghembusnya. Hilang sesak di dada.

Sepanjang beberapa bulan terakhir sebelum ujian STPM bermula, hubungan mereka kembali seperti sediakala, Cuma bezanya, masa Akmal lebih banyak bersama Rita. Dan Mira hanya mampu memandang dari jauh Akmal yang ceria bersama Rita.

********************

“Mira, kau tahu tak, Akmal...” Zuriana menghampiri Mira yang sedang mengemas mejanya. Mereka baru sahaja selesai menduduki ujian STPM.

“Apahal?” Mira bertanya hairan.

“Akmal pengsan tadi. Dia di hantar ke hospital,” Bekas pensilnya terjatuh.

“Bila?” Mira bertanya cemas. Zuriana membantu Mira mengutip pen dan pensil Mira.

“ Lebih kurang 15 minit sebelum habis masa ujian tadi. ” Mira terduduk.

“Kenapa dia pengsan?” Mira bertanya hairan. Zuriana geleng kepala. Mereka bergegas balik ke asrama untuk mengemas barang.

“Nal, Akmal kenapa?” Mira tarik tangan Zainal yang sudah bersedia hendak masuk ke dalam kereta. Zainal memandang wajah risau Mira.

“Aku tak tahu. Dia masih di hospital. Belum sedarkan diri,” Mira melepaskan tangannya dari lengan Zainal. Terasa lemah segala sendinya mendengar khabar berita tersebut.

“Nanti, kalau ada berita, bagi tahu kita orang ye?” Zuriana pandang wajah Zainal. Mira mendiamkan diri sehingga kereta mamanya menjemputnya.

Friday, January 22, 2010

Temuramah bersama Albielek
 
sumber :http://mistisfiles.blogspot.com

Albielek adalah salah seorang yang terselamat dari Eksperimen Philadelphia, satu eksperimen oleh kerajaan Amerika lewat tahun 1940an. Beliau dikatakan telah mengembara melalui terowong masa yang dihidupkan oleh mesin masa; dua benda yang hanya muncul dalam fiksyen sains. Adakah semua yang dikatakan oleh Albielek dapat dipercayai?Mungkin bukan 100% tetapi di sana ada beberapa perkara yang menarik dan munasabah dari segi teori sains dan kronologi sejarah. Apa pun tidak salahnya kita mengambil tahu semua ini lantas berfikir sejauh mana kebenarannya. Temuramah ini dijalankan oleh tiga orang panel yang mengambil sebuah lokasi di Amerika.

S=soalan AB=Albielek


S: Saya ada satu soalan yang mana baik untuk memulakan temuramah ini. Bolehkah anda memberikan satu gambaran bagaimana mereka membuatkan sebuah kapal perang hilang dari pandangan serta-merta?Saya tahu ia menggunakan beberapa penjana...dan sekarang apa lagi yang mereka buat?

AB: Gambarannya ialah anda perlu mengherot ruangmasa normal ini. Apa yang mereka buat ialah mereka memutarkan ruangmasa yang mana kapal tersebut berada di dalamnya. Jika anda memutarkan ia pada 45 darjah kapal itu menjadi ghaib dari pandangan, jika anda memutarkan ia 90 darjah ia akan keluar dari realiti biasa dan ia bukan apa yang mereka mahu buat. Teknik asasnya, ialah apabila anda memutarkan medan masa. Akibatnya, isyarat radar akan melepasi seakan-akan ia tidak wujud. Apabila anda memutarkan ia cukup jauh, secara optiknya ia tidak wujud. Ia tidak nyata kepada mata di bawah pemerhatian biasa.

S: Apakah itu medan masa?

AB: Medan masa adalah kesan dari realiti fizikal kita. Menurut Einstein ia adalah satu dimensi fizikal. Di dalam kata lain ia dimensi keempat.

S: Dan ia dapat digerakkan?

AB: Ia dapat dimanipulasi, ia dapat diperalatkan, dikawal. Anda akan dapat berbuat apa-apa dengannya.

S: Adakah anda menggerakkannya dengan magnet?

AB: Anda dapat menggerakkannya dengan medan elektromagnet dan medan R.F, walaupun ia bermakna modulasi medan-medan ini serupa dengan menjana medan-medan dengan kadar tinggi. Dalam lain kata, anda tidak memberi kesan kepada medan masa secara biasa iaitu secara radiasi elektromagnet yang biasa.

S: Apakah itu medan R.F?

AB: Radio Frequency. Benda yang sama pada radio, tv atau apa saja.

S: Jadi ia ada kombinasi dua perkara?

AB: Medan R.F berinteraksi di dalam sifat tertentu dan peralatan tambahan untuk menghasilkan medan tahap tinggi yang mana akan memutarkan medan masa.

S: Adakah satu objek atau orang sama ada pergi ke masa depan atau yang lepas menerusi terowong masa, tidakkah ini akan mencetuskan satu paradoks/sesuatu yang berlawanan sebab ini akan mengakibatkan sesuatu objek tidak dipunyai oleh masa yang khusus?

AB: Ya, betul kata anda.

S: Jadi, adakah itu menjadi masalah?

AB: Tidak, ia tidak menjadi masalah, sejauh yang saya tahu. Saya hanya berkata tentang Montauk. Mereka biasa menghantar orang menerusi terowong masa dan mengambil mereka kembali. Mereka telah menghantar sesuatu objek menerusi terowong masa itu dengan tidak bermaksud untuk membawa mereka kembali pada masa itu. Seolah-olah menyimpan mereka pada satu jarak. Saya memahami dari Dr. Herman Entenman yang berkata, telah berlaku pada satu peristiwa mereka telah kehilangan apa yang mereka hantar kerana terowong masa itu telah binasa disebabkan kegagalan peralatan. Jadi terowong masa itu telah musnah dan terpisah-pisah. Apa yang berada di sana hanyalah atom-atom yang hilang dalam keabadian, sekadar berkata. Tetapi lain dari itu, mereka tidak mempunyai masalah dalam menghantar sesuatu dan kemudian mendapatkannya kembali sama ada sesuatu objek ataupun seseorang. Masalah yang sebenar datang apabila anda dengan sengaja mencuba, yang mana telah dilakukan, untuk mengubah sejarah masa lalu dan mengubah apa yang berlaku pada orang-orang tertentu. Itulah yang terjadi ke atas saya. Sesuatu telah berlaku melibatkan makhluk asing yang dikirimkan ke masa lepas; kira-kira 100,000 tahun dahulu. Dan juga abang saya, saya tidak pasti berapa tempohnya. Saya dapat anggarkan dari apa yang dia kata, dalam 12,000 tahun dahulu, mungkin kurang di mana sesuatu dari masa kini telah dipaksa kebelakang pada dia dan mengubah seluruh dunia sekelilingnya.

S: Di mana penulis cerita The Philadelphia Experiment mendapat maklumat mereka?

AB: Ia adalah cerita yang panjang dan menarik. Saya terpegun sendiri dan kami menganggap pada beberapa lama, maklumat itu telah datang kebanyakannya sebagai spekulasi pada penerbit yang sebenar. Saya tahu siapa dia, tetapi namanya tidak muncul dalam cerita itu dan dia sememangnya tidak mahu namanya muncul. Tetapi dia ada bertanyakan perkara ini kepada Preston (Nichols) dari tahun 1982 hingga 1983 banyak soalan mengenai Philadelphia Experiment, dan Preston tahu tentangnya, dan pada masa itu, akhirnya mengakui tentangnya dan telah menjawab 1001 soalan lelaki tersebut. Dan lelaki itu telah menjadi pengarah sebenar filem tersebut.Kami anggap dia telah mengembangkan dengan spekulasinya sendiri pada hal ini kerana ada yang tak betul di sana, tetapi ini berdasarkan pada maklumat Preston dan dia mengembangkannya berdasarkan itu.

Hal ini berlaku begini. Kami telah membuat satu syarahan di New York dalam tahun 1989. Preston, Duncan dan saya sendiri dijemput untuk berkata mengenai Phoenix Project dan Philadelphia Experiment, yang mana kami telah terlibat di dalamnya. Salinan dari syarahan ini telah dibawa seseorang ke England dan didapati oleh EMI Thorn dan seseorang pula telah mendapatinya didalam simpanan.

Seterusnya, mereka datang ke New York dan mencari Preston. Mereka menjumpai alamat Preston dan datang ke rumahnya pada satu petang dan berkata, "Kami akhirnya menemui anda. " Preston berkata, "Apa maksud kamu?" Dia berkata , "Kami telah lama mencari diri anda. Anda adalah orang yang keempat dalam gambar ini"

Preston berkata,"Gambar apa pulak ni?" Dia menunjukkan satu potret keluarga yang dibuat pada tahun 1890 dari adik-beradik Thorn dari Thorn Industries. Satu dari penaung organisasi ini adalah Aliester Crowley dan terdapat seseorang dalam gambar itu iaitu orang keempat tersebut yang nampak lebih tua. Orang keempat ini dirujuk kepada Preston kecuali dia nampak kira-kira 10 tahun lebih tua dari rupa Preston pada masa itu. Dan mereka tahu orang keempat ini sangat penting dan Crowley berkeras pada masa itu yang lelaki ini bukan dari masa mereka, iaitu tahun 1890. Dia adalah dari masa depan, dan lelaki ini telah memberi dia seluruh sejarah eksperimen itu dan ia telah pun berada di dalam arkib EMI Thorn sejak 1890.

Pada suatu masa dalam tahun 60'an atau 70'an EMI Corporation dan Thorn Industries bergabung dan mereka membuat keputusan membuat satu filem. Mereka ingin memulakannya dalam tahun 1983 dan mereka datang ke Amerika untuk membuat pengambaran. Tetapi mereka telah berkata yang mereka mempunyai rekod sebenar eksperimen itu di dalam arkib mereka sejak 1890.

S: Dan anda berkata Preston dibawa kembali ke masa ini?

AB: Preston dibawa kembali mengikut kenyataan yang dibuat oleh Crowley dan berdasarkan rekod arkib tersebut.

S: Kami ingin mendapat penjelasan tentang sesuatu. Berapa umur anda sekarang?

AB: Mengikut sijil kelahiran 63 tahun. Tetapi apabila ditambah dengan tarikh sebenar kelahiran saya ia menjadi 73. Dalam istilah masa sebenar tidak mengira umur penyurutan saya ( Al-Bielek dijelmakan kepada Ed Cameron) menjadi 63 ditambah 30 menjadi 93 yang mana umur ini adalah ditambah dengan masa yang saya habiskan pada pelbagai projek rahsia kerajaan seperti Phoenix Project yang mana mereka membuatkan otak kanan dan kiri terpisah, macam sesuatu personaliti konjugat. Mereka buat ini semua untuk menjadikan anda bekerja dalam dua projek berbeza pada dua masa rujukan secara praktikalnya sebagai dua orang berbeza.

S: Jadi anda hidup lebih 93 tahun dalam badan seorang lelaki berumur 63 tahun?

AB: Ya.

S: Adakah anda membuat spekulasi bahawa Phildephia Experiment telah diatur oleh makhluk asing?

AB: Ia sangat pasti telah diatur. Lebih-lebih lagi pada masa kini. Di sana telah ada spekulasi dua bulan yang lalu menyebabkan hal ini hanyalah permulaan untuk mengetahuinya. Seluruhnya telah diatur.

S: Apa yang membuatkan anda berkata ia diatur oleh makhluk asing?

AB: Akhirnya telah didapati maklumat pada perjanjian Roosevelt, yang mana dia telah menandatangani satu penjanjian dengan makhluk asing dalam tahun 1934. Saya mula mencari mengenai hal ini dan mula nampak sesuatu darinya.

Pleiadians (satu dari puak makhluk asing yang diceritakan oleh Al-Bielek) telah datang lagi dalam tahun 1953 ketika mereka berkeras satu dari sebab mereka perlukan jika mahu mereka berurusan dengan Amerika. Kerajaan Amerika perlu menghapuskan semua senjata nuklear mereka. Tetapi kerajaan tidak bersedia melakukan semua itu, tidak di dalam tahun 1953. Jadi mereka semakin berlembut dan kemudiannya datang pula Grey ( satu dari puak makhluk asing) dan kerajaan membuat perjanjian dengan mereka.

Tetapi bila dilihat kembali pada tahun 1933 ketika perjanjian Roosevelt dengan "K" (satu puak makhluk asing) dan kerana itu dalam tahun 1934 Pleiadian telah pergi kepada Nazi Jerman dan bekerja dengan mereka. Tetapi di sana menyeberangi Atlantik terdapat dua kuasa yang bersedia untuk berperang di antara satu sama lain. Di sana terdapat satu kumpulan ET (extra-terrestrial) di satu pihak di Atlantik berkongsi maklumat teknikal dengan kami, ia ternyata bahawa di sana terdapat satu lagi pihak di Atlantik yang memberi maklumat untuk cuba menyeimbangkan, terutama sekali satu dari mereka mengambil berat dengan kelangsungan hidup manusia.

Saya akhirnya mendapat maklumat dari beberapa orang. Penegasan yang asal, saya memahami di sana ada hitam putih dalam hal ini, datangnya dari Billy Meyers di Switzerland.

S: Apakah E=MC2C2 timbalbalik cahaya bermaksud?

AB: Ia harus bermaksud C itu kepada yang keempat (dimensi). Bahawa bukan mempunyai makna yang lain memutarkan anda kepada satu dari lokasi hyper ruang yang mana C kepada yang keempat dan anda diluar elektromagnetik dan anda melepasi ke dalam satu dari kawasan eter.

S: Adakah tepat jika dikatakan yang mereka buat Eldridge (kapal perang USS Eldridge) ghaib ialah dengan memutarkan ia kepada dimensi lain?

AB: Itu yang terjadi tetapi bukan itu yang dimaksudkan. Apa yang dimaksudkan memutarkan medan masa jadi di sana tidak akan terjadi refleksi sama ada tenaga cahaya atau elektromagnet yang mana pada dasarnya sama seperti frekuensi.

S: Jadi mereka memisahkan dimensi masa...

AB: Ya, dan diputarkan ia dan semua mereka celaka kerananya. Tetapi sudah pasti tidak semuanya terjadi.

S: Mereka menghentikan seluruh putaran...

AB: ...menentukan lokasi medan di sekeliling kapal.

S: Bagaimana anda dapat mula memahami itu?

AB: Kerana saya bukan hanya mempunyai latihan fizik semuanya tetapi juga latihan khas yang mana datang dari Von Neumann kerana dia memahaminya. Pada masa itu bila anda merupakan graduan dari bidang Fizik dari universiti terbaik hari ini, selaras dengan tahap Ph.D, anda tidak benar-benar tahu apa yang berlaku kerana maklumat telah disembunyikan. Pemahaman datang kemudian. Semuanya hanya asas kepada pemahaman. Pemahaman yang sebenarnya terhadap apa yang terjadi datang dari kajian sendiri. Ini adalah mengapa Illuminati telah berdiri begitu lama kerana di sana terdapat asas pengetahuan yang kukuh, sebaik kemampuannya. Tetapi Von Neumann telah membayangkannya, bersama Hilbert, dan dia bersemuka dengan Hilbert dan mungkin Einstein dan Levinson.

S: Apa yang anda katakan pada seseorang yang mempunyai latarbelakang fizik yang mahu pemahaman yang mendalam, bagaimana mereka melakukannya?

AB: Bagaimana?Hmmm...anda harus belajar sedikit dari kesusasteraan dan maklumat dari Tom Bearden, sebagai contoh. Tetapi berhati-hati juga dengan Tom Bearden kerana dia juga meletakkan maklumat yang salah. Anda harus menapisnya dahulu. Dia telah meletakkan maklumat yang bagus tetapi selalu sahaja dia letakkan kesilapan di sana, terutama sekali ia terjadi dalam rujukannya mengenai kawalan cuaca yang dibangunkan oleh Rusia. Ia tidak benar. Kita (Amerika) mempunyainya sendiri. Dan yang lainnya, asas Fizik yang lain merujuk kepada lompatan elektron di dalam orbit terluar atom yang benar pada satu jangkamasa dan kemudian maya pada jangkamasa yang lain. Ini benar. Tetapi dia berkata apabila ia menjadi maya, ia pergi kepada alam masa kebelakang, kemudian ia jatuh kepada alam anti-zat. Alam anti-zat bukanlah masa kebelakang. Di sana ada alam masa kebelakang dan alam anti-zat. Jadi ada maklumat salah di sana. Dan dia menerangkan sebahagiannya betul, tetapi tidak sepenuhnya betul.

S: Jadi di mana anda mencari untuk maklumat tambahan yang lain?

AB: Di mana lagi? Saya hanya melihat kepada hasilkerja Von Neumann. Dia telah menyenaraikan 15 buku dan sebahagian darinya tidak berkait kepada hal ini. Dia mempunyai maklumat dan hasilkerja yang mana ternyata kembali kepada pendekatan teori yang mana telah pun dibuat.

S: Tetapi di sana tiada jalan kita boleh mendapatkan persamaan masa, betul?

AB: Ya, tidak. Ia sangat rahsia.

S: Berhubung dengan eksperimen bot, adakah kerana mereka telah menjana terlalu banyak tenaga, yang membuatkan mereka tidak mendapat apa yang diharapkan atau di sana terdapat manipulasi makhluk asing yang sebenarnya menjana medan itu seperti yang mereka harap-harapkan?

AB: Tidak, hanya putaran medan itu sendiri tidak menghasilkan masalah. Ia menjadi fakta bahawa mereka terkunci dengan eksperimen yang lain yang mana membawa mereka jauh disebalik tahap keenam yang mana mereka mampu menjana ke atas Eldridge. Mereka mampu menjana enam tahap dalam usaha untuk mencapai tahap 5 di mana tahap 5 yang diperlukan untuk memutarkan medan masa. Anda ketinggalan satu perkara. Anda memanipulasikan dari tahap tertinggi kepada yang dibawah, itulah mengapa mereka pergi kepada tahap keenam dahulu sebelum mendapatkan tahap kelima. Tetapi itu sendiri tidak berbuat apa yang terjadi. Anda mempunyai cara tambahan dan mempunyai faktor lain yang mana menyebabkan kuncian tersebut.

S: Salah satu yang menarik adalah berkenaan video ini yang kami lihat pendekatan anda dan abang anda yang unik dalam memahami masa, sejak anda mengalami satu pengalaman dengan masa di dalam cara yang tidak biasa/linear. Apabila anda telah mencipta satu gelung seperti gelung yang telah dicipta di antara tahun 1943 hingga 1983 dengan harapan untuk mengunci dua eksperimen berbeza, bagaimana gelung tersebut pecah?

AB: Ia tidak begitu. Ia berada di sana dan masih di sana tetapi selepas jangkamasa tertentu yang mungkin tidak memberikan apa-apa kesan. Bila anda mendapat 20 tahun selepas tahun 1983 ia tidak lagi mendatangkan masalah. Anda tidak kehilangan ia, anda tidak memindahkan ia. Ia hanya tidak memberikan kesan lagi. Ia mempunyai kesan melalui transit dan apabila anda kembali.

S: Ia terbubar?

AB: Tidak, hanya sesuatu tinggal di sana dan wujud seperti asap di udara. Ia berada di sana dan menghilang pada jangkamasa yang lama.

(memandang kepada 'boat experiment') Tiada yang diperkatakan kepada kami berkenaan pengembaraan tersebut, hanya apa yamg mereka buat dalam eksperimen itu. Kami tidak mempunyai ramalan tentang apa yang akan berlaku. Ia tidak dirancang atau diingini. Ia hanya terjadi.

Saya tidak kecewa tentang itu. Hanya satu perkara yang saya selalu fikirkan dan bertanya sama ada saya kecewa ialah sama ada atau tidak kami lebih baik mati dari membiarkan Duncan (Duncan Cameron) kembali ke tahun 1983. Saya menahan dia di atas kapal jadi dia tidak melompat keluar dari kapal kedua kalinya, sehingga kapal kembali ke ruangmasa normal. Dia tidak kembali menerusi pengalamannya itu dan telah mati. Apa yang terjadi adalah berbeza. Sama ada atau tidak mereka lebih baik adalah satu spekulasi yang liar dan ia adalah berat. Tetapi sudah pasti ia adalah berbeza. Saya tidak di dalam posisi untuk benar-benar mengharapkan apa yang dia buat. Dia tidak memberiakan amaran dia mahu berbuat akan ia. Filem itu menerangkan sebaliknya, tetapi sudah pasti filem tersebut mempunyai banyak spekulasi di dalamnya bahawa dia merancang untuk kembali disebabkan kekasihnya. Di sana tidak ada kekasih di penghujungnya, faktanya, ia adalah suatu bencana kepadanya.

S: Apa yang anda faham tentang anti-zat?

AB: Oh, itu datangnya dari Von Neumann. Von Neumann sangat sedar akan perkara ini. Dan di sana terdapat banyak hasilkerja dibuat untuknya sekarang. Hari ini kita telah membenarkan spekulasi tentang anti-zat dalam Fizik. Dan, sudah pasti, di sana ada perbincangan, keduanya di dalam suasana sains fiksyen dan dalam Fizik berkenaan apa yang anda harus lakukan untuk mencipta tenaga dari zat/anti-zat tanpa mencipta satu bom sangat berkuasa yang tidak masuk akal yang mana sangat membinasakan. Tetapi di sana terdapat banyak spekulasi yang sekarang kepada dua alam semesta, dan jika anda mendapat zat dari alam kepada alam yang lain apa yang akan terjadi?Dapatkah anda mengawal tindakbalas dan berapa banyak tenaga yang dapat dicipta?Itu yang menjadi spekulasi pada masa kini.

Tambahan pula, ia ada sedikit dari spekulasi kerana anda mempunyai aspek-aspek kapalangkasa UFO yang didapati oleh pihak kerajaan di Nevada. Itu yang diperbincangkan.

Bob Lazar telah membincangkan tentang element 115 dan fakta mereka menggunakan ia untuk menjana anti-zat dan sumber penjana anti-zat dan dari itu mereka dapat menguatkan gelombang graviti dan ini yang digunakan untuk memandu sistem pengangkutan mereka. Sekarang di sana tidak ada teknologi seperti itu di bumi ini. Dia berkata bahawa tidak ada cara kita dapat menirunya. Dia berkata lebih jauh, di sana tidak ada cara kita menjumpai atom element 115 dalam apa jua kuantiti kerana ia memerlukan keadaan fizikal yang berbeza sepenuhnya untuk menghasilkannya. Walaupun dia berkata kerajaan kita mungkin mempunyai dalam 500 paun benda ini, dan ia sangat berkuasa.

Dia berkata dia di arahkan kerana apa yang mereka panggil "satu peristiwa nuklear tidak berjadual", yang mana sejumlah saintis telah mati terkukus. Mereka pula telah diarahkan untuk menggantikan tempat saintis-saintis malang itu. Dan dari situlah dia mendapat maklumat. Dia telah berada di Los Alamos berkerja sebagai ahli Fizik. Dia telah mendengar berkenaan ini dan pergi bercakap dengan EG dan G dan kelihatannya dia telah diterima dan kemudian dia sebenarnya diletakkan di bawah sistem gaji tentera laut, itu yang dia kata, dan kemudian dia pergi ke Los Alamos dan akhirnya bekerja dengan UFO dan masalah UFO dan yang berkaitan dengannya.

Komennya bahawa mereka tidak benar-benar cukup orang yang berkelayakan. Mereka tidak memahami apa yang berlaku. Mereka tidak benar-benar faham apa yang terjadi kepada ini, dan dia berkata adalah mustahil untuk menghasilkan elemen 115 di bumi. Elemen itu telah pun ada di dalamnya. Lagipun mereka mempunyai teknologinya. Dia berkata sudah pasti ia bukan dibuat disana. Dia berkata dia boleh berkata sesuatu yang sangat mentah bagi seorang ahli Fizik. Tidak ada cara kita dapat membinanya, bukan pada abad ini. Tetapi 50 tahun dari sekarang, siapa tahu. Mungkin 20 tahun dari sekarang.

(menyebut tentang penggalian masa, implikasinya dan kebebasan)...benda-benda dapat dimanipulasi di dalam asas masa depan kita untuk mengubah garismasa. Sekali lagi untuk mengubahnya pada asas lebih besar, ia menjadi perkara kecil bagi seseorang. Jika ia menjadi asas besar ia akan memberikan kesan kepada seluruh planet, bergantung kepada apa yang memberi kesan akan ia. Sekarang kebebasan tetap memainkan peranannya, kemudian garismasa akan beranjak dan seluruh senario realiti berubah, selepas ia berubah anda akan tetap bebas tetapi, saya memahami asas kepada soalan anda: adakah ia seperti realiti yang lebih tinggi dan keluar dari minda anda dan setelah itu anda kembali bermain dengan realiti yang anda tahu, atau sebagaimana yang saya tahu atau orang lain tahu. Ia membangkitkan beberapa soalan yang serius. Dan berapa banyak kebebasan akan kita benar-benar punya?Dalam lain perkataan, siapa yang lain?...biarkan berkata, siapa yang punya kebebasan lebih dari kita?

S: Berbalik kepada had masa, mereka memisahkan medan masa dengan Eldridge, adakah anda bersetuju dengan Bearden bahawa dimensi masa berhubung dengan dimensi lain, dengan dimensi yang lebih tinggi?

AB: Ya, pada asasnya.

S: Bagaimana?

AB: Dimensi masa terlibat pada dimensi keempat dan kelima tetapi alam anti-zat anda juga terkunci didalamnya, tetapi ia tidaklah terkunci dengan cara itu, ia terkunci dalam dimensi keenam dan juga kesebelas. Dan anda dapat menerusi keseluruhannya, gubahan yang aneh, anda masuk ke dalamnya, menerusi manipulasi masa yang lebih tinggi, anda pergi ke kawasan alam yang lain. Sekarang bukan selengkapnya menjawab soalan anda pada apa yang Bearden berkata. Tetapi, seperti yang saya kata, dia membetulkan sekurang-kurangnya sejauh yang saya faham apa yang dia katakan, dan saya tidak pasti saya memahami semua yang dia katakan kerana saya tidak membaca kesemuanya.

Masa adalah, dalam ertikata yang lebih besar, di dalam realiti, adalah satu dimensi. Tetapi ia bukanlah sesuatu, pada tahap kita disini, benar-benar faham, dan kita sememangnya tidak melihat ia. Kita hanya melihat kesannya sahaja.

(menyebut tentang Bearden)...kerjanya yang sebenar sekarang ialah analisis pertahanan dan analisis strategi, benda yang sama yang dia telah lakukan ketika di dalam tentera dan dia lakukan ia untuk syarikat persendirian. Dan dia juga kelihatan tetap berhubung dengan Intelligence. Dia berkata yang dia telah bersara tetapi saya mempunyai keraguan terhadapnya kerana beberapa perkara yang dia katakan. Tetapi kebanyakan kajiannya dan dia telah berkata bahawa syarahannya kepada orang ramai adalah berharga, ketika dia mula berkata tentang hasilkerja Rusia, UFO dan modifikasi cuaca dan apa yang dia telah katakan, ini adalah kajiannya sendiri, ia bukan datang dari sumber sulit kerajaan, ia tidak melanggar maklumat sulit kerajaan mahupun maklumat yang mempunyai hak istimewa. Dia telah berkata, ini ialah kajian sendiri, ia tidak ada kena mengena dengan yang lain. Dia sangat jelas berkaitan ini dan saya pasti dia benar-benar betul kerana dia berada di dalam masalah yang dasyat.

Di sana hanya satu kawasan di mana dia 'mencucuk hidungnya' dan dia mendapati dirinya di dalam masalah, itulah ketika dia berkata tentang AIDS, sebab dan penawar AIDS. Dia mempunyai bukunya; AIDS: Biological Warfare; dan ia adalah satu bom. Dan dia mendapat lebih dari hanya tangannya dibanting bahawa kerana dia menyatakan mentah-mentah penyebab dan penawar yang berpotensi, (secara tepat), untuk bahagian yang terpenting. Dia menyinggung kepada penawar elektromagnet tetapi dia juga tidak menyatakan, walaupun saya tidak membaca buku dia sepenuhnya, dia secara tepat menyatakan di sana tidak ada hubungan electromagnetik. Di sana sememangnya terlalu jauh sebagaimana mekanisme tindakan diambilkira. Virus itu masuk ke dalam tubuh. Tubuh, jika ia bekerja, dan anda tidak 3/4 mati, sistem pertahanan tubuh akan menyingkirnya secara automatik. Dan kemudian ia berada di sana untuk jangkamasa tidak matang. Ia berlangsung selama 6 bulan , atau mungkin 10 tahun dan tiada apa yang berlaku. Kadang-kadang ia tidak memberi kesan langsung pada sesetengah orang. Mereka mendapati virus di dalam tubuh mereka setiap masa. Mereka mendapat seekor virus HIV ditambah tindakbalas di dalam ujian kerana tindakbalas antibodi dengan bahan kimia yang mereka gunakan di dalam ujian. Tetapi itu bukanlah bermakna seseorang itu secara automatiknya dijangkiti penyakit itu. Ia bukannya secara automatik.

Di sana terdapat faktor lain terlibat. Kelemahan sistem imun dan mekanisma tindakan kepada reproduksi virus itu. Apa saja yang bertindak seperti denyutan medan elektromagnet bermula. Itulah mengapa kebanyakan kes AIDS berlaku di dalam bandar-bandar besar, dan sedikit sekali di desa. Cuba anda pergi ke Denver dan anda akan tidak menjumpai kes-kes seperti ini.

S: Kenapa tu?Kerana di sana hanya gelombang elektromagnet mengapung bebas?

AB: Itu kerana pencemaran elektromagnet yang pekat di dalam bandar-besar kita. Masalah yang besar seolah-olah adalah stesen tv kita. Faktanya yang mereka menggunakan transmisi denyutan, transmisi kelas D untuk ketepatgunaan dan untuk mendapat gambar yang lebih baik dan jelas dan juga untuk mengelakkan masalah dalam penerimaan. Mereka juga menggunakan polarisasi berterusan secara tambahan. Tetapi transmisi sebagai ciri-ciri sebuah tv, mereka dapat lakukan ini pada AM di mana mereka tidak boleh lakukan ini pada FM. Ia sangat, sangat kompleks dan sangat payah. Tetapi dengan isyarat untuk tv, yang mana adalah AM atau fasiliti penyiaran AM Voice of America yang mana meliputi seluruh Afrika dan banyak tempat di dunia, yang mana menggunakan bermegawatt kuasa, ia juga modulasi denyutan kelas D. Dan ini menjana harmoni yang sangat besar dan ia sangat mengganggu fisiologi tubuhbadan. Ini mungkin kunci kepada apa yang berlaku kepada AIDS, peningkatan kes di dalam bandar-bandar.

Tetapi dia (Beardon) mendapatkan ini dan dia mendapat fakta bahawa kerajaan tahu sebabnya dan mereka mungkin tahu tahu penawar dan uh boy!...mereka datang kepada dia. Ini adalah sebahagian daripada polisi kerajaan, meraka tidak mahu penawar AIDS, itu adalah sebahagian dari program kawalan populasi. Tentera Laut telah membuat anggaran beberapa tahun dahulu di atas satu kajian sulit berapa banyak orang dijangkiti AIDS dalam tahun 2000, sebagai contoh. Kajian komputer mereka menjelaskan menjelang tahun 2000 di sana tidak manusia atau haiwan, di atas muka bumi yang tidak ada virus ini di dalam tubuh mereka. Dan mereka tidak tahu berapa banyak akan mati atau berapa lama mereka akan bertahan jika ada keturunan manusia yang tinggal.

Itu adalah kajian Tentera Laut (Amerika). Ia sangat sulit. Seorang rakan mendedahkannya dan Tentera Laut berhati-hati dalam mengambil tindakan ke atasnya. Memanglah dia telah mengancam keselamatan tetapi mereka tidak mengambil tindakan kerana jika mereka mengambil tindakan, dia akan mempunyai hak untuk tahu mengapa dan berusaha untuk mendedahkannya kepada orang ramai dan ini sudah tentu bukan yang Tentera Laut inginkan. Jadi mereka tidak mengambil tindakan ke atasnya. Sebaliknya mereka jumpa cara lain dan mereka dapat mengatasi dia, menyekat kebebasannya dan menggagalkanya. Tetapi dia telah pergi kepada khalayak atas hal ini dan kajian Tentera Laut tersebut dan Beardon telah berkata hal yang sama. Ia memulakan peningkatan kadar yang maju, dan dia berkata ia akan di luar kawalan 5 tahun seterusnya. Ia telah pun menjadi di luar kawalan di Afrika.

S: Modulasi kelas D ini, adakah anda mepunyai tv untuk memproses ia untuk menjadikannya merbahaya?

AB: Tidak, ia tidak dapat berbuat apa-apa dengan penerima. Ia adalah pemancar isyarat dengan sendirinya. Jika anda duduk berdekatan dengan dengan pemancar atau di dalam jarak yamg munasabah, anda akan mengukuhkan kriteria kekuatan medan, dan saya tidak tahu apa permulaan ini semua, tetapi jika anda teradiasi melalui isyarat dari pemancar ini, jika anda benar-benar dekat denagn menara fizikalnya yang sebenar, pemancar itu, anda akan teradiasi dan ini akan menjejaskan fisiologi anda.

Sekarang di sana ada contoh yang baik berkenaan ini. Pengukuran telah dibuat tentang perkara ini Portland, Oregon. Oregon mungkin unik dalam perkara ini di mana mereka mempunyai FM, AM dan pemancar tv di Gunung Olympia, dan itu satu koleksi yang tidak baik bagi pemancar-pemancar di satu lokasi. Berdekatan pemancar-pemancar tersebut adalah kediaman awam, orang tinggal di sana.

Kadar leukimia sangat tinggi di Portland, dan seorang doktor persendirian telah membuat kajian sendiri atas hal ini dan membuat hubungan apa yang berlaku, apa yang berbuat, kembali kepada sejarah kes, sejarah keluarga dan pelbagai lagi. Dia telah menjumpai orang yang tinggal di sekitar pemancar akan dijangkiti leukimia yang teruk dan dia hanya akhirnya menimbangkan yang jika mereka tinggal cukup jauh, kadar kematian leukimia adalah 100%. Di sana tiada pengeculian. Jika mereka bergerak keluar dari kawasan itu mereka akan dapat diselamatkan sebaik mereka tidak pernah menerima keadaan sebegini.

Tanda-tanda fisiologi di kawasan pemancar di dalam sebatu atau atau sangat-sangat keras. Orangramai tahu akan ini, dalam kes tertentu, mereka merasakannya dan berkata , "Saya tidak suka duduk di sini, mari pergi ke tempat lain," dan mereka pergi ke tempat lain dan menghindar darinya.

Saya telah berada di sana sekali dulu dengan seorang rakan bernama Bill yang bekerja sebagai ketua jurutera di stesen tv, AM dan FM tempatan di Portland dan selalu membuat senggaraan di bahagian pemancar. Dia berkata dia benci pergi ke sana. Dia berkata jika anda berada di sana selama satu setengah jam kepala anda akan sakit, dan anda tidak dapat berfikir secara waras.

Anda berjalan ke pintu dan mereka mempunyai tiub floresen ini di luar pintu, ia bercahaya siang dan malam. Dia memberitahu saya, "Itu bukanlah mempunyai wayar kepada apa saja." Saya berkata,"Apa yang kamu kata tidak ada wayar?" Dia berkata, "Di sana tidak ada hubungan(seperti wayar/kabel untuk mengalirkan arus elektrik). Kamu boleh memegang benda-benda di tangan kamu dan ia akan bercahaya seperti lampu pokok krismas. Itulah yang menunjukkan banyaknya RF di bangunan ini. Kami telah mengetahui tentang ini lama selama kami di sini. Mereka mempunyai masalah
di mana ada peralatan yang mengering sendiri terutama sekali peralatan solid state yang mudah terjejas dengan benda-benda seperti ini. Dia berkata ,"Kamu tidak akan ingin berada di sini terlalu lama. Saya juga tidak mahu. Saya hanya ke sini untuk bekerja.. Bila saya balik ke rumah saya mengambil masa untuk hilangkannya. Ia mengambil masa semalaman". Ia mengganggu fungsi normal otaknya. Dia tidak dapat berfikir apa yang dibuat, untuk apa dia ke sana, apa peralatan yang hendak di ambil atau apa yang sebenarnya dia bekerja. Pemikiran lanjutannya telah hilang.

S: Modulasi kelas D ini, adakah ia scalar?

AB: Tidak, ia menghasilkan bahagian RF dan bahagian harmoni yang mana adalah pemusnahan dan ia mungkin satu dari komponen scalar. Saya tidak fikir sesiapa ada melakukan kajian berkenaannya. Tetapi ia tidak berbuat dengan sengaja. Lihat, pemancar jenis tiub dan semuanya ini adalah tiub pemancar yang amat besar, semuanya menghasilkan sebahagian tenaga tinggi dan sebahagian transmisi jenis solar tanpa bermaksud untuknya. Ini adalah sebab mengapa, apa jua pemancar AM biasa menghasilkan sebahagian tenaga tinggi, dan jika anda mahukan penerimaan seberang laut, anda perlukan penerima jenis tiub terutama sekali yang direka oleh T. Henry Morey dan Tesla dalam tahun 1930an, untuk mendapat penerimaan yang konsisten dari seberang laut. Penerima solid state ini bernilai untuk sesetengah bahagian, ianya bukan untuk kegunaan komersil. Ia tidak berfungsi dengan baik. Mereka kehilangan sebahagian komponennya. Mereka kehilangan tenaga tinggi yang mana anda perlukan untuk memasukkan semula di dalam pemprosesan isyarat untuk mencegah kesan kelayuan yang teruk yang mana secara normalnya terjadi.

S: Bolehkah mereka letakkan 'mesej tersembunyi ini' pada CD atau kaset?

AB: Tidak pada pita magnetik kerana anda mempunyai julat frekuensi yang sangat terhad untuk ia bekerja. Mereka mungkin buat ini pada cakera laser. Mereka tidak buat ini pada CD kerana julat frekuensinya sangat menghadkan ia.

S: Adakah ada apa-apa yang dapat digunakan untuk melindungi diri dari ELF dan gelombang-gelombang ini?

AB: Ya, di sana ada satu alat dan saya mempunyai satu darinya. Saya tidak mengujinya lagi, ia adalah pertama kali saya lihat. Kami akan membuat ukuran untuk melihat apa yang ia boleh buat, peranannya. Tetapi di sana telah pun ada alat yang membantu dan tetap membantu. Di sana lebih dari satu pencapaian. 7.83 hertz resonan manusia adalah satu dari yang dapat dipercayai. Ia hanya dalam 35% berkesan. Ia tidak membantu setiap orang, tetapi ia sangat membantu.

Thursday, January 21, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 26

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





“Zu, aku suka kau,” Zainal berkata perlahan. Zuriana tergamam. Tidak menyangka Zainal akan berkata begitu padanya. 



“Jangan nak buat lawak. Kau berlakon ye?” Zuriana tampar bahu Zainal. Zainal geleng kepala.

“Tak. Aku memang maksudkannya.” Zuriana merenung tajam wajah Zainal.

“Kau tahu tak apa yang kau cakapkan ni? Ini soal hati dan perasaan. Sensitif. Tahu tak?” Zuriana berkata keras.

“Tahu.” Zainal masih menanti dengan sabar. Zuriana gelisah. Dia takut sekiranya Zainal hanya mempermainkan perasaannya.




“Aku nak balik,” Zuriana berdiri.



“Jadi kau tolak cinta aku? Mana janji kau semalam?” Zuriana tersentak. Dia teringat janjinya pada Zainal.



“Zainal, aku tak suka kau permainkan aku dengan cara ni. Kalau kau nak aku berlakon jadi pelajar 
perempuan tu, cakap awal-awal,” Zuriana bercekak pinggang. Zainal turut sama berdiri.



“Aku memang sukakan kau. Pelajar yang aku maksudkan itu adalah kau, Zuriana,” Zainal berkata yakin. Zuriana pandang wajah Zainal mencari kebenaran dalam kata-katanya.



“Bukankah kau janji ingin bahagiakan aku? Aku tuntut janji tu,” Zuriana serba salah. Zainal mengeluh.



“Aku tahu, kau mungkin tak percaya. Tapi, aku dah lama sukakan kau. Dan aku tak tahan bila tengok kau dan Azlan rapat sangat. Aku takut kehilangan kau.” Zainal meluahkan perasaannya. 



“Aku dan Azlan kawan biasa je. Tak ada apa-apa yang istimewa.” Zuriana berkata perlahan. Zainal tersenyum.

“Terima aku?” Zuriana garu kepala yang tidak gatal.

“Kalau tak, kau kena ketuk kepala sendiri,” Zainal tersenyum. Zuriana tunduk malu. Kemudian dia angguk kepala.

“Bagus. Kau dah tunaikan janji kau,” Zainal ketawa besar.

“Jangan bagi tahu orang lain. Kita buat macam biasa ye. Lagipun, kita masih belajar. Okey. Kurang sikit beban kat dalam kepala ni. Selesai satu masalah,” Zainal tersenyum senang. Zuriana geleng kepala.

“Aku pun suka kau jugak,” Zuriana berkata perlahan. Zainal tergelak besar bila melihat wajah Zuriana yang merona merah itu.

“Aku tahu. Tapi kau takut nak luahkan. Takut kena tolak. Betulkan?” Zuriana menjeling tajam pada Zainal yang tersenyum. Mereka sama-sama tersenyum senang.



************************************



“Mira....errrr..macamana nak mula ye,” Zuriana garu kepala. Mira memandang wajah Zuriana tanpa perasaan.

“Kalau kau nak tanya pasal aku dan Akmal. Baik kau lupakan,” Mira kembali merenung dinding bilik mereka. Zuriana duduk disisi Mira.

“Bukan pasal Akmal. Errr...kali ni pasal aku,” Zuriana tersengih. Mira angkat kening.

“Aku dan Zainal. Errrr...dia kata dia cintakan aku. Dan..... aku dah terima dia.” Mira pandang wajah Zuriana tidak percaya. Zuriana tergelak senang.

“Kau biar betul?” Mira duduk tegak.

“Aku sendiri pun tak faham. Kenapa mudah sangat aku terima dia.” Zuriana bersandar di katil. Mira turut sama.

“Baguslah. Dia lelaki yang baik. Tapi pastikan pelajaran kau tidak terabai,” Mira mengingatkan temannya. Zuriana angguk kepala.

“InsyaAllah. Dia pun tak mahu bising. Dia nak tumpukan perhatian pada pelajaran.” Mira angguk kepala.

“Kau dah jumpa Akmal?” Mira merenung tajam wajah Zuriana. zuriana serba salah. Mira mengeluh.

“Dia semakin kurus sekarang ni. Kenapa dengan kamu berdua? Dulu okey je aku tengok. Macam loving couple. Tiba-tiba je macam orang bermusuh,” Mira mengeluh lagi.

“Entahlah Zu. Malas aku nak fikir. Dia yang ketara sangat hendak menjauhkan diri dari aku. Aku marah kat dia sebab, pandai-pandai je nak satukan aku dengan Mazlan. Kalau ye pun dia tak suka kat aku, tapi janganlah tolak aku pada orang lain. Ingat aku ni barang mainan ke? Dah jemu, kasi kat orang lain yang masih berminat?” Mira membebel.

“Aku pun tak faham dengan kamu berdua ni. Akmal pun satu, dia nampak macam suka sangat kau. Tapi kenapa pulak dia nak mengelak diri dari kau? Lagipun, kamu berdua kan kawan lama. Parut kat tangan kau tu dan jugak kat lengan Akmal sepatutnya membawa kenangan yang sukar untuk dilupakan.” Mira mengesat airmatanya.

“Ianya tak membawa makna apa-apa pada dia. Dan, dia hanya menganggap aku sebagai kawan.” Mira berkata perlahan.

“Kenapa aku nak menangis. Huhhhh!!!!! Bodoh. Menangis kerana lelaki. Apa faedahnya. Okeylah. Sebenarnya aku yang syok sendiri. Selama ni, memang dia anggap aku sebagai kawan. Aku je yang berfikir jauh. Lupakan je. Jangan risau, esok aku tegur dia balik.” Zuriana geleng kepala. Zuriana kasihan melihat temannya itu.

“Kenapa kamu berdua suka sangat nak menyeksa diri sendiri.” Mira tersenyum kelat. Sudah hampir sebulan mereka berdua tidak bertegur sapa. Masing-masing tidak mahu mengalah.

“Memang patut kau tegur dia. Kasihan aku tengok Akmal. Kurus sangat. Kau pun, tak pernah nak pandang dia.” Zuriana menepuk bahu Mira. Selepas cuti sekolah yang lepas, Akmal berpindah masuk ke kelas yang lain. Memandangkan subjek yang diambil tidak sama dengan mereka bertiga. Mereka hanya akan berjumpa jika mengadakan study group bersama-sama Azlan dan Zainal.

Wednesday, January 20, 2010

ALiA
bahagian 17


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


“Alia!!!!” Alia berlari meninggalkan Sara yang sedang memanggilnya. Sara mengejar Alia dan diikuti oleh mereka yang lain.

“Alia tunggu dulu. Maafkan aku.” Sara menarik tangan Alia. Ketika itu mereka sedang berjalan pulang ke asrama selepas selesai kegiatan gerko pada petang tersebut. Alia menghentikan langkahnya.

“Maafkan aku. Ini semua salah aku. Aku… aku sakit hati bukan kerana Salman bercinta dengan kau. Aku sakit hati sebab kau bagi tau dia yang aku suka kat dia. Aku tak kisah pun kalau kau nak bercinta dengannya,” Sara berkata sedih.

“Kau gila ke? Kau kenal aku sejak bila? Dan aku bercinta dengan dia? Tolonglah Sara. Banyak lagi perkara lain yang aku nak buat dari fikir tentang budak tu. Dan aku hanya nak tolong kau, aku nak sedarkan budak tu, bahawa ada orang lain yang suka kat dia. Aku tak nak dia membazir masa dengan perkara yang sia-sia,” Alia berkata marah. Mereka yang lain mendiamkan diri. Membiarkan Alia dan Sara meluahkan apa yang tersimpan di hati mereka.

“Ok. aku minta maaf ye. Maafkanlah aku.” Sara buat muka sedih sambil kedua-dua tangannya memeluk tangan Alia. Alia merenung wajah Sara.

“Belanja aku makan coklat. Budak tu punya pasal, aku terliur setiap kali tengok coklat yang dia beri. Tapi, Ros jugak yang kenyang,” Mereka tergelak riang. Sara dan Alia saling berpelukan.

“Rugi aku tak tumbuk si Salman tu sekali. Kerana dia kita berdua bergaduh. Bagi free pun aku tak nak kat budak tu. Merosakkan suasana je,” Mereka tersenyum mendengar Sara mengutuk Salman.

Petang yang dingin kerana hujan baru saja teduh. “Sara, temankan aku pergi rumah pengetua,” Alia merenung Sara yang leka membaca novel.

“Eiii. Malas, lah. Kau ajak Ros tu,” Sara muncung mulut ke arah Ros. Alia memandang wajah Ros dengan riak sedih.

“Laaa… Aku nak gunting rambut Maziah ni. Kau ajak si Imah tu, dia free. Imah, kau temankan Alia ke rumah pengetua kejap. Kasian dia ni,” Ros menyuruh Imah menemani Alia sambil tangannya mengusap bahu Alia. Alia menepis tangan Ros yang berada dilehernya.

“Eiiii. Geli lah.” Ros tersengih.

“Aku tak nak temankan kau. Aku nak berehat ni. Ala… macam tak biasa ke rumah pengetua tu, dulu kau kan selalu ke situ?” Imah menjawab selamba.

“Ok. Jangan menyesal. Kalau pengetua bagi aku makanan sedap, aku tak mahu bagi korang,” Alia berkata sombong sambil berlalu.

“Ala… Katakan saja yang kau takut terserempak dengan Cikgu Syah. Kalau kau jumpa Cikgu Syah, bagi tau dia, kami kirim salam,” Mereka berempat ketawa riang. Alia berdengus marah. Kawan-kawannya itu, bukan mahu menolong, semakin menyakitkan hatinya saja. ‘Bagaimana reaksi mereka kalau tahu aku dah kahwin dengan Cikgu Syah tu?’ Alia gerun memikirkan apa yang bakal terjadi. Tentu mereka menjauhkan diri darinya. Bukankah orang yang ditangkap berkhalwat akan dipandang serong. Alia mengeluh mengenang nasib diri. ‘Kenapa aku diuji dengan ujian yang berat ini?’ Soalnya pada diri sendiri.

Tuesday, January 19, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 25

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/



“Nal, apahal kau nak jumpa aku?” Zuriana bertanya perlahan. Zainal gelisah. Matanya memandang sekeliling. Keadaan kelas sunyi. Dia sengaja mengajak Zuriana berjumpa di sekolah. Zuriana menunggu dengan sabar. Wajah gelisah Zainal membuatkan Zuriana merasa pelik.

“Kau ada masalah? Kenapa gelisah semacam je aku tengok. ” Zuriana hairan. Zainal mengeluh. Akhirnya dia menghembuskan berat.



“Errrr...Ada.” Zuriana angkat kening tanda tidak faham.

“Apa masalah kau tu?” Zuriana duduk tegak. Zainal garu keningnya. Zuriana menanti dengan sabar.

“Ok. Aku dah sedia nak dengar ni,” Zuriana menompang dagu menanti Zainal memulakan bicara. Zainal masih tidak tahu bagaimana nak meluahkan masalahnya pada Zuriana.

“Sebenarnya.....aku suka kat sorang pelajar ni.” Akhirnya Zainal dapat meluahkannya jua. Tersentak Zuriana mendengarnya. Wajahnya berubah. Hatinya bagai di tusuk sembilu. Pedih sangat bila mendengar Zainal menyukai perempuan lain. Zuriana tarik nafas menenangkan hatinya yang bercelaru.

“Errr..Ye ke? Jadi apa masalahnya?” Zuriana bertanya lemah.

“Masalahnya sekarang. Aku takut nak luahkan perasaan aku pada dia.” Zuriana angguk kepala. Zainal menatap wajah Zuriana yang muram itu.



“La.....Kau kan lelaki. Beranilah sikit. Kau tak takut dia dirampas oleh orang lain, kalau dilambat-lambatkan?” Zuriana tersenyum. Zainal menyandar dikerusi sambil mengeluh.

“Aku takut dia tolak cinta aku.” Zainal menompang dagu dihadapan Zuriana.

“Kalau kau tak bagi tahu dia, macamana dia nak tahu. Lagipun, kau kan lelaki. Kalau pun dia menolak, sekurang-kurangnya kau sudah mencuba. Yang penting hati kau puas,” Zuriana berkata perlahan. ‘Tak macam aku, kecundang dipermulaan jalan,’ Zuriana berbisik di dalam hati. 



“Ye ke?” Zainal bertanya tidak yakin.

“Ye. Kalau perempuan tu tolak cinta kau, biar aku tolong ketuk kepala dia. Bagi dia sedar sikit. Aku akan pastikan kau bahagia. Jangan risaulah.” Zuriana tersenyum. Zainal menarik nafas kemudian melepaskannya perlahan.



“Janji? Janji yang kau akan pastikan aku bahagia? Dan, kau mesti ketuk kepala dia kalau dia tolak cinta aku?” Zuriana angguk lagi. Zainal tersenyum.

“Okey. Aku percaya pada kau. Tapi, jangan mungkir janji ye?” Zainal terus tersenyum penuh makna.

“Okey. Mari balik.” Zainal berdiri sambil membetulkan rambutnya. Zuriana mengemas bukunya. Sedih hatinya hanya Tuhan yang tahu.



“Cepatlah.” Zuriana mencapai begnya dan menghampiri Zainal.



“Kau tak nak tanya siapa pelajar perempuan tu?” Zainal bertanya pada Zuriana. Zuriana tersenyum



“Ala....kalau kau nak bagi tahu, kau cakap jelah. Aku tak suka memaksa,” Zainal angguk kepala.



“Jumpa esok,” Zainal melambai tangan pada Zuriana. Zuriana tersenyum dan berlalu ke asrama.

Monday, January 18, 2010

 MERENTASI GALAKSI
sumber :http://mistisfiles.blogspot.com


"berbalam-balam
pada halaju yang tak bisa ku kejari dia
pada frekuensi yang tak tercapai maksud cinta"


-ritzail
sajak Kaki Langit
E-sastera.com




Adakah mungkin untuk menyeberangi ruang yang teramat luas; menyeberangi jarak-jarak pengembaraan antarabintang tanpa memiliki sekurang-kurangnya kelajuan cahaya?

Bagaimana anda dapat menyeberangi jarak di antara dua titik di mana memiliki nilai berjuta-juta kilometer dan dikira dalam bentuk tahun cahaya; dengan masa yang munasabah dan cara yang ekonomik?

Sekarang cuba anda bayangkan, bahawa kelajuan cahaya adalah 186000 batu sesaat, yang mana ditukarkan secara kasarnya kepada 669 juta batu sejam. Sebagai perbandingan, Proxima Centauri iaitu sistem bintang yang paling terdekat dengan kita akan mengambil masa 4 tahun cahaya untuk mencapainya jika anda membuat perjalanan dengan kelajuan cahaya, yang mana kita tidaklah mampu. Sebagai contoh,satu dari prob Pioneer telah meninggalkan sistem solar kita dan menuju ke arah Proxima Centauri dan tidak akan dapat berada di sana sehingga selepas tahun 28000 Masihi! Jadi anda sudah faham maksud kami? Inilah dia topik yang ingin dibincangkan di dalam artikel ini.Jadi sehingga sekarang, ketika kita telah menguji keperluan untuk mengembara di dalam jarak sebegini, kita perlu menimbangkan masalah-masalah yang timbul apabila membuat perjalanan dalam kelajuan mendekati kelajuan cahaya. Masalah-masalah itu sepertilah tenaga penggerak, sistem pemanduan, bahan api dan apa saja yang anda boleh bayangkan akan memberi kesan kepada kenderaan hatta kepada diri kita apabila memecut di dalam kelajuan cahaya dan membelah ruang masa, yang mana termasuklah 'pembesaran masa', peningkatan jisim, panjang penyusutan dan seluruh perubahan yang lain, yang menyaksikan membuat perjalanan seperti ini memerlukan satu tahap teknologi yang manusia hari ini belum lagi dapat mencapainya. Hakikatnya membuat perjalanan seperti ini memerlukan teknologi yang teramat-amat canggih, diluar kemampuan manusia pada hari ini, bahkan tiada apa yang dapat dilakukan jika kita mampu, sekalipun, mengembara sepantas cahaya.

Kita tahu yang jarak terdekat di antara dua titik adalah garis lurus, jadi di dalam dunia kita ini bolehlah kita menganggap cara yang paling pantas untuk pergi dari titik A ke titik B adalah dengan berjalan sepantas cahaya dalam garisan lurus di antara dua titik itu. Jika jarak titik A ke titik B adalah dari Bumi ke matahari, mungkin kita boleh sampai ke matahari dalam beberapa saat sahaja apatah lagi jika kita mahu balik kampung dari Kuala Lumpur ke Tapah; sebagai contoh. Tetapi bayangkan jika jarak A dan B tadi adalah sejauh Bumi ke galaksi lain yang mengambil jarak berdekalion-dekalion kilometer!Inilah masalah yang ditimbulkan di atas tadi. Jadi bagaimana? Mustahil? Sebenarnya, terdapat satu cara lain dimana kita dapat pergi diantara kedua titik itu, malah lebih pantas lagi!

Apabila anda berurusan dengan ruang masa dan anda memiliki kemampuan untuk menjana medan graviti yang kuat, cara yang terpantas untuk pergi dari titik A ke titik B ialah dengan menyimpang atau membengkok atau melengkungkan seterusnya memampatkan ruang masa antara kedua titik tadi; membawa kedua titik tadi lebih dekat bersama. Teorinya, lebih kuat medan graviti yang anda jana, lebih besar pembengkokan dan pemampatan ruang masa seterusnya lebih dekat pula jarak kedua-dua titik itu!
Banyak di antara kita memikirkan ruang masa adalah kosong ataupun tidak mengandungi apa-apa material tetapi ingat, ia tidaklah terlalu lama apabila manusia menimbangkan udara di dalam atmosfera adalah kosong atau hampa belaka. Lama kelamaan kita mulai sedar tentang komponen dan sifat-sifat yang ujud di dalam atmosfera kita. Sesungguhnya, ruang masa adalah satu entiti di mana satu daripada sifatnya ialah ia dapat dibengkok atau dilengkungkan oleh medan graviti.
Kita tahu yang graviti membengkok/melengkungkan ruang dan cahaya berdasarkan fakta yang kita mampu untuk melihat bintang-bintang yang mana kita tahu ia dihalang dari pandangan kita oleh saiz matahari. Kita menggunakan radio dan teleskop optikal untuk memetakan bintang-bintang dan jasad-jasad langit yang lain ketika bumi mengorbit mengelilingi matahari, jadi kita tahu dimana jasad-jasad langit ini berada. Ketika matahari berada di antara kita dan bintang, banyak kali para pengkaji melihat bintang-bintang ini berada di posisi berlainan.

Kita tahu yang graviti melengkungkan masa dengan fakta yang apabila kita meletakkan dua alat (biasanya jam atom yang paling tepat) yang mana dapat mengukur variasi minit dalam sesuatu masa, dan kita letakkan satu di suatu tempat pada paras laut dan satu lagi pada tempat yang mempunyai altitud yang tinggi sebagai contoh gunung Kinabalu, dan apabila kita membandingkan kedua-duanya, di sana menunjukkan masa-masa yang berbeza!Perbezaan dalam bacaan masa ini disebabkan fakta bahawa medan graviti adalah lemah apabila semakin jauh dari puncanya, dimana dalam kes ini punca graviti adalah bumi. Jadi jam atom yang diletakkan di gunung Kinabalu terdedah kepada kuasa graviti yang kurang berbanding jam atom yang di letakkan di paras laut. Jam atom biasanya digunakan untuk ujikaji ini dan jam atom yang terkini dikatakan tidak merubah lebih daripada 1 saat di dalam setiap 1 juta tahun!Betapa unggul dan tepat, sekadar untuk kita berfikir. Jadi, kesan medan graviti pada ruangmasa adalah sesuatu yang kita telah pun saksikan tetapi tidak bereksperimen dengannya. Ini adalah kerana kita tidak mampu menjana walau satu pun medan graviti sendiri (dengan selama ini dimanjakan dengan graviti bumi).

Sehingga sekarang ini, jisim-jisim besar seperti sebutir bintang, planet atau bulan menjadi punca yang terhad untuk menyedari kehadiran medan graviti. Oleh itu, sebagaimana medan graviti yang mengelilingi jisim-jisim besar seperti planet, bintang dan lainnya akan melengkungkan ruangmasa, apa saja medan graviti, sama ada secara semula jadinya wujud atau dijana, akan melengkungkan ruangmasa di dalam cara yang sama. Ini dapat dibuat dengan menjana satu medan graviti yang kuat dan menggunakan medan ini untuk membengkok/melengkungkan ruangmasa, membawa dari punca medan ke sesuatu destinasi dan membenarkan anda melintasi bertahun-tahun cahaya jarak ruangmasa dalam masa yang singkat dan sudah pasti tidak payah memecut sepantas-pantasnya seperti cahaya!Menariknya, anda bukan sahaja boleh menghidupkan ruang perjalanan luarbiasa ini malah boleh mematikan (ON/OFF) sepertimana jika anda mahu menjana atau tidak sesuatu medan itu. Kita boleh melengkung/membengkuk ruangmasa dan berada sesuatu jarak di antara dua titik dimana kita berada dan titik destinasi. Kemudian kita boleh meletakkan posisi kita di mana-mana yang kita mahu dan berhenti menjana medan graviti...membenarkan ruangmasa berada dalam bentuknya yang asal. Berdasarkan cara ini, kita dapat mengembara pada jarak-jarak yang tersangat jauh dengan sedikit pergerakan linear dan ini adalah bagaimana pembengkokkan ruangmasa dapat memendekkan jarak. Sehingga setakat ini, kami menggunakan istilah 'menjana' untuk menerangkan kemampuan untuk menghasilkan medan graviti, tetapi apabila kami tidak sedar apa jua cara untuk mencipta medan graviti daripada tiada, istilah yang lebih tepat ialah 'mencapai dan menguatkan' satu medan graviti. Dan ini adalah apa yang saya maksudkan apabila menggunakan istilah 'menjana'. Untuk memahami bagaimana graviti dijana atau 'dicapai dan dikuatkan', anda mesti tahu dahulu apakah dia graviti sebenarnya. Di sana terdapat dua teori utama berkaitan graviti. Teori Gelombang yang mana menyatakan graviti adalah sejenis gelombang dan teori yang lain adalah satu teori yang menyatakan penglibatan 'graviton', iaitu partikel sub-atom yang membentuk graviti, yang mana seakan-akan tidak masuk akal. Fakta yang menyatakan graviti adalah gelombang disebabkan saintis arus perdana menduga banyak partikel sub-atom yang tidak benar-benar wujud dan ini disebabkan kepayahan dan kekeliruan yang besar di dalam pengajian fizik partikel. Walau apapun, graviti adalah gelombang dan di sana ada dua jenis graviti. Omniplytikphening2lalat dan zcherritukulyntahapaapantah, hahahaha!Maafkan kami,sekadar gurauan untuk menghilang tekanan. Sebenarnya mudah saja. Graviti A dan Graviti B.

Graviti A bekerja di dalam skala kecil atau skala mikro. Manakala graviti B pula dalam skala besar. Kita sudah biasa dengan graviti B, yang mana ia adalah graviti yang membuatkan kita melekat ke bumi, membuatkan planet-planet mengorbit matahari dan satelit manusia mengorbit bumi. Kita tidak begitu biasa dengan graviti A. Ia adalah satu gelombang graviti kecil yang mana menjadi penyumbang besar dalam daya yang melekatkan 'jisim' yang membentuk semua proton dan neutron.
Anda mesti ada sekurang-kurangnya satu atom bahan untuk menjadi apa yang dikatakan sebagai 'benda'. Sekurang-kurangnya satu proton dan satu elektron dan satu neutron. Apa saja sub-atom seperti upquark dan downquark yang mana membentuk proton dan neutron atau proton-proton atau neutron-neutron atau elektron-elektron...huh...secara individunya bolehlah dipertimbangkan sebagai jisim dan belum lagi sebagai benda sehingga mereka membentuk satu atom. Jadi, itulah mengapa kami katakan yang graviti A memegang bersama 'jisim' atau 'bahan' yang membentuk proton dan neutron. Sekali saja satu atom terbentuk, daya elektromagnet juga satu faktor yang kukuh.

Graviti A adalah apa yang dilabel sebagai 'daya nuklear kuat' di dalam dunia Fizik semasa dan graviti A adalah gelombang yang anda perlukan untuk 'mencapai dan menguat' bagi membolehkan anda menyebabkan ruangmasa membengkok/melengkung sebagai keperluan perjalanan superjauh antarabintang. Untuk lebih jelas, ingat bahawa graviti A bekerja pada skala 'A"tomik atau sebenarnya sub'A'tomik dan graviti B adalah gelombang graviti 'B'esar yang bekerja pada jasad-jasad besar. Walau bagaimanapun, jangan membuat kesilapan pada anggapan saiz gelombang dengan kekuatannya, kerana graviti A adalah lebih kuat dayanya daripada graviti B. Anda dapat memecahkan graviti B dengan mudah dengam melompat-lompat terkinja-kinja seperti beruk dapat bunga. Huhuhu...jadi ini bukanlah satu medan graviti yang kuat.
Mencari graviti A tidak menjadi masalah kerana ia dapat ditemui di dalam nukleus setiap atom dari setiap benda dalam dunia ini, baju yang anda pakai, seluar, handphone baru anda, komputer ini, nasi goreng di dalam perut anda, apa saja, malah kucing anda sekalipun mempunyai sumber graviti A ini untuk memungkinkan perjalanan antarabintang anda. Akan tetapi...tetapi lagi...ya tetapi, mencapai graviti A di dalam element semulajadi di bumi adalah satu MASALAH yang BESAR. Serta, secara faktanya, kami tidak sedar terhadap apa saja jalan untuk mencapai gelombang graviti A menggunakan apa saja element-element di bumi, sama ada secara semulajadi atau secara sintesis dan disini mengapa...kita telahpun belajar bahawa graviti A adalah daya yang besar, yang memegang bersama jisim yang membentuk proton dan neutron dan partikel sub-atom yang lain. Ini bermakna yang graviti A dimana kita cuba untuk mencapainya adalah sebenarnya tidak boleh dicapai kerana ia terletak di dalam benda, atau sekurang-kurangnya di dalam benda di dalam dunia kita hari ini.

Huhuhu...adakah impian kita untuk melancong ke galaksi Andromeda (sebagai contoh) terkubur? Nanti dulu...bumi bukanlah mewakili apa jua benda dalam semesta raya ini. Zat yang berbaki selepas penciptaan satu sistem solar adalah bergantung kepada penyumbangan faktor-faktor yang hadir ketika penciptaan sistem solar. Ini adalah benar sama ada anda percaya yang asal-usul alam semesta adalah satu situasi evolusi atau disebabkan satu kuasa lain (Tuhan sebagai contoh). Dua faktor penting yang mana menentukan apa jua zat berbaki selepas penciptaan suatu sistem solar: jumlah tenaga elektromagnet dan jumlah jisim semasa ketika penciptaan sistem solar. Sistem solar kita mempunyai satu bintang, ia adalah matahari. Tetapi majoriti sistem solar di dalam galaksi bimasakti kita adalah berpasangan dan sistem bintang yang berganda-ganda yang mana memiliki lebih dari satu matahari.

Secara faktanya, banyak sistem solar tunggal mempunyai bintang-bintang yang lebih besar dari matahari kita. Dan ingat, ia seharusnya ternyata memang besar, sistem bintang tunggal, sistem bintang berpasangan atau sistem bintang berganda mempunyai lebih dari jisim yang diperlukan dan tenaga elektromagnet semasa ketika penciptaannya. Saintis mempunyai teori yang berjela-jela di mana di sana mempunyai potensi kombinasi proton-proton dan neutron-neutron yang mana menyediakan element yang stabil dengan nombor atom yang amat besar daripada apa yang muncul dalam Jadual Berkala kita, walaupun tidak satu pun element-element berat ini terjadi secara semulajadi di dalam bumi. Sesetengah element lebih berat daripada uranium terjadi di dalam bumi di dalam jumlah yang dapat dikira, tetapi untuk bahagian yang besar, saintis mensintesis element berat ini di dalam makmal. Secara amnya, kestabilan element sistesis ini, element berat ini, berkurang sebagaimana nombor atom mereka bertambah. Walau bagaimanapun, ujikaji makmal untuk kajian ion berat di Jerman menunjukkan ini adalah benar pada titik tertentu sebagai separuh hayat untuk element 109 lebih lama dari element 108. Ini menunjukkan yang mereka mungkin menjadi satu kehadiran 'pulau kestabilan' dalam Jadual Berkala. Hujahnya ialah fakta yang pemerhatian dan teori kita adalah tepat dan fakta yang mana element stabil yang lebih berat dengan nombor atom lebih besar, lebih banyak proton, neutron dan elektron daripada apa jua element bumi yang wujud.

Sehingga setakat ini dalam sejarah, tiada saksi fizikal untuk membuktikan ini...kecuali beberapa organisasi rahsia dan operasi sulit beberapa negara.

Hubungan yang paling penting bagi element stabil dan lebih berat ini adalah gelombang graviti A amat melimpah-ruah di mana sebenarnya melebar melepasi perimeter atom tersebut. Element ini mempunyai graviti A nya yang tersendiri meliputi sekelilingnya, sebagai tambahan kepada gravity B yang sememangnya meliputi setiap benda. Tiada atom yang terjadi secara semulajadi di bumi mempunyai cukup proton dan neutron setakat ini untuk tumpukan graviti A melepasi perimeter atom jadi kita dapat mencapai ia. Walaupun jarak gelombang gravity A melepasi perimeter sesuatu atom adalah tidak terbatas, ia boleh dicapai dan mempunyai amplitud, panjang gelombang dan frekuensi, sama seperti gelombang-gelombang yang lain contohnya ombak di Pantai Cinta Berahi (opps..Pantai Cahaya Bulan...sudah tukar daa) atau lebih tepat di dalam spektrum elektromagnetik. Sekali anda dapat mencapai/mengakses gelombang graviti A, anda akan dapat menguatnya sama seperti gelombang elektromagnet yang lain.

Dan apa yang dikatakan oleh Albert Einstein tentang kelajuan cahaya tidak semestinya betul.


"bukan di luarmu
tetapi mereka di dalam mindamu"

-ritzail
sajak Relativiti
E-sastera.com

Sunday, January 17, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 24

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/



“Kenapa awak pandang saya macam tu?” Mira menolak wajah Akmal dengan buku rujukannya.





“Saya nak simpan setiap inci gambaran wajah awak untuk kenangan.” Akmal tersenyum. Mira hairan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Akmal.




“Mira.....” Akmal bersuara perlahan. Mira angkat muka memandang ke arah Akmal. Akmal tersenyum lagi. Mira hairan melihat kelakuan Akmal yang berbeza dari kebiasaannya. Semenjak balik dari kampung sebulan lepas, hubungan mereka sudah kembali rapat.



“Eiiiii....belajar lagi. Janganlah macam tu. Saya nak belajar ni,” Mira menutup wajahnya dengan buku rujukannya. Akmal mengalih buku yang menutup wajah Mira.



“Syamira....” Mira mengeluh. Kemudian dia turut sama membalas renungan Akmal yang sayu itu.

“Kenapa ni? Awak tak sihat? Kalau tak sihat, awak balik ke asrama. Rehat je, ye?” Mira bersuara perlahan. Tiba-tiba dia melihat airmata Akmal menitis. Mira gelabah.



“Kenapa ni? Akmal...saya minta maaf jika menyakitkan hati awak.” Mira sentuh bahu Akmal lembut. Akmal menarik tangan Mira.



“Saya tak apa-apa. Saya hanya nak luangkan masa bersama awak. Nak simpan kenangan ini,” Mira kerutkan dahi. Sejak kebelakangan ni, kelakuan Akmal sangat pelik.





“Suka hati awak. Saya nak belajar ni. Jangan ganggu tau,” Akmal angguk kepala. Mira meneruskan ulangkajinya tanpa menghiraukan Akmal yang masih leka dengan dunianya. Hampir 1 jam mereka diperpustakaan, Mira menggeliat dan menggosok matanya. Kemudian dia memandang ke hadapan. Akmal sedang enak tidur. Mira mengambil peluang tersebut untuk merenung wajah Akmal. Begitu tenang sekali wajah itu ketika tidur. Tertawan hatinya melihat wajah lelaki yang telah mengisi ruang hatinya.



“Akmal... Bangun.” Mira mengoncang bahu Akmal perlahan. Akmal membuka matanya perlahan. Dia tersenyum.



“Saya tertidur ye?” Mira angguk kepala.

“Mari. Semua orang dah balik,” Mira mengemas buku yang dibacanya. Akmal tersandar lemah. Mereka berlalu meninggalkan perpustakaan.



“Mira...kalau saya takde kat dunia ni lagi, awak mesti teruskan hidup ye. Cari lelaki yang baik untuk menjaga awak.” Akmal bersuara perlahan.



“Tahulah saya. Awak ingat saya tak pandai jaga diri?” Mira bertanya marah. Akmal tersenyum.

“Owh!!! Pandai jaga diri. Apa kata Mira terima Mazlan tu jadi kekasih Mira. Dia lelaki yang setia,” Mira pandang wajah Akmal dengan riak tidak percaya.



“Apa awak merepek ni? Awak dah lupa? Niat saya ke sini? Saya nak belajarlah. Bukan nak cari kekasih.” Mira berkata kasar.



“Janji pada saya, kalau saya takde kelak, awak mesti teruskan hidup dan lupakan saya,” Akmal memandang terus ke hadapan. Mira pukul bahu Akmal.

“Boleh tak jangan cakap perkara yang bukan-bukan? Suka hati saya lah nak sukakan sesiapa,” Mira membentak marah. Akmal tetap tenang.

“Mira,” Mira menoleh ke belakang bila namanya di panggil. Akmal turut sama menoleh.

“Ada orang nak jumpa kat pagar sekolah,” Mira tersenyum memandang wajah pelajar tersebut.

“Siapa?” Soalnya pelik. Pelajar tersebut angkat bahu.

“Tak tahu. Lelaki.” Mira garu kepala. Berfikir siapa yang datang menjenguknya.

“Saya balik dulu.” Akmal beredar.

“Tak nak temankan saya?” Mira bertanya pada Akmal yang sudah bersedia untuk berlalu.

“Tak mengapa ke?” Akmal bertanya bodoh. Mira tersenyum. Dari jauh Mira tersenyum melihat lelaki yang menunggunya di pintu pagar sekolah.

“Saya tunggu kat sini,” Akmal bersuara lemah. Kepalanya terasa berat. Mira angguk kepala dan terus berlari menghampiri lelaki yang sedang tersenyum menunggunya. Akmal memandang pelik ke arah Mira yang selamba memeluk lelaki muda tersebut. Timbul rasa cemburu dihatinya.

“Bila abang sampai?” Mira bertanya riang.

“Aih!!! Tak tanya khabar abang?” Mira tersipu malu bila di tegur oleh abangnya.

“Hehheehhee... Sorry. Suka sangat tengok abang kat sini,” Mira memeluk lengan Syamsuri.

“Ni kenapa lebih-lebih je ni. Biasa malu nak peluk abang,” Mira mencebik. Matanya melirik ke arah Akmal yang memandang sayu ke arah mereka. Syamsuri turut sama memandang ke arah Akmal. Akhirnya dia tersenyum.

“Nak buat pak we cemburu ye? Patutlah.” Syamsuri tersenyum. Mira tersipu malu.

“Mana ada. Dia kawan Mira lah. Kami cuma kawan je,” Mira berkata manja. Syamsuri geleng kepala.

“Abang sekejap je singgah ni. Minggu depan dah balik ke sana lagi,” Mira muncung mulutnya.

“Sekejapnya. Tak sempatlah Mira nak berbual dengan abang,” Mira membentak. Syamsuri tersenyum.

“Alahhhh...tak lama lagi abang cuti lama sikit. Nanti kita jumpa hari-hari,” Syamsuri menarik hidung Mira.

“Mira sihat? Tentu sihatkan, sebab ada orang jaga. Nanti kirim salam abang pada kekasih Mira tu. Okey. Abang pergi dulu. Kawan Mira dah merajuk tu,” Syamsuri memeluk adiknya sebelum berlalu. Mira angguk kepala.

“Abang...” Mira menelentang tapak tangannya sambil tersenyum. Syamsuri geleng kepala.

“Duit yang mama bagi tak cukup ke?” Syamsuri menyeluk saku bajunya dan mengeluarkan dompetnya. Mira tersenyum senang.

“Terima kasih,” Mira menyalami tangan Syamsuri sebelum lalaki itu beredar. Mira melambai tangan sambil tersenyum manis pada abangnya. Ketika dia berpaling, dia tidak nampak kelibat Akmal menunggunya. Kemudian, Mira tersenyum. ‘Tahu pun cemburu,’ Mira tersenyum lagi.

*************************


“Hai Mira,” Mira tersentak bila di sapa oleh Mazlan. Mazlan duduk di hadapan Mira. Mira hairan.

“Hai,” Jawabnya sepatah. Matanya meliar mencari Akmal.

“Kenapa? Cari Akmal? Akmal suruh aku datang jumpa kau.” Mira tersentak. Mazlan tersenyum.

“Maksud kau?” Mira bertanya pelik.

“Aku tahu kau dan Akmal berkawan baik. Dan aku tahu dia sayangkan kau seperti adik dia sendiri. Kerana itu, dia tidak mahu sesiapa pun melukakan hati kau. Dan, mungkin dia nampak kesungguhan aku untuk membahagiakan kau, jadi dia berikan peluang untuk aku memikat kau,” Mazlan berkata tenang. Mira tergamam. Terasa dunia berhenti berputar seperti otaknya yang gagal berfungsi. ‘Akmal...... apa yang awak buat ni? Kalau pun awak tak suka saya, kenapa paksa saya terima orang lain,’ Mira berbisik sendirian.

“Tak payah. Bagi tahu dia, saya dah ada kekasih,” Mira terus berlari ke asrama. Dia menangis sepuas-puasnya. Semenjak itu hubungan mereka renggang kembali. Akmal dan Mira sama-sama mengelak dari berjumpa.

************************