klik untuk ke blog di alam angker

Friday, November 6, 2009

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 6

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/






Keadaan riuh rendah di luar, membuatkan mereka tersedar dan berlagak selamba. Kelihatan 4 orang gadis menghampiri mereka. Salah seorangnya menolak tubuh Mira ke tepi sebelum menghampiri Akmal.


“Akmal, kenapa boleh cedera pulak ni? Sekolah kita dah kalah tau.” Faridah memicit bahu Akmal. Rakan-rakannya yang lain disuruh memicit kaki Akmal.


“Ehh. Tak payah. Aku dah ok.” Akmal menolak tangan mereka yang sedang memicit kakinya.


“Korang balik dulu. Nanti aku menyusul kemudian,” Akmal berkata lembut. Faridah merenung wajah tampan itu.


“Betul kau tak apa-apa?” Faridah bertanya lagi.


“Betul,” Akmal menjawab malas.


“Ok. Kita orang blah dulu.” Faridah mengajak temannya keluar. Sebelum beredar, sempat juga di menjeling ke arah Mira dengan pandangan cemburu. Mira pura-pura tidak nampak wajah kelat itu dan meneruskan bacaannya.


“Maafkan mereka. Mereka memang macam tu. Selalu kecoh.” Akmal meminta maaf diatas kekasaran Faridah dan rakan-rakannya.


“Tak mengapa. Mereka ambil berat akan hero mereka.” Mira berkata selamba. Akmal tergelak.


“Yelah tu. Kalau tak kerana muka hensem ni, jangan haraplah mereka nak tolong,” Akmal menjawab sambil ketawa. Mira mencebik.


“Perasan,” Ucapnya tanpa sedar. Akmal tergelak besar.


“Terima kasih sebab tolong saya tadi ye. Saya Akmal,” Akmal menghulur tangan. Mira menyambut dengan perlahan.


“Syamira,” Mira menyebut namanya. Mereka berbalas senyum. Akmal beredar meninggalkan bilik rawatan tersebut.


‘Siapa dia? Macam pernah jumpa,’ Akmal masih memikirkan pelajar perempuan tadi. ‘Syamira. Siapa dia ye?’ Lantaran leka memikirkan pelajar bernama Syamira itu, Akmal terlanggar seorang pelajar lelaki dihadapan pintu bilik rawatan.


“Ops… Sorry,” Akmal segera meminta maaf.


“Tak mengapa. Er.. eh. Akmal, kan? Ingat saya tak?” Akmal terkejut. Lama dia merenung wajah dihadapannya itu.

“Azlan? Anak mak cik Senah?” Soal Akmal ceria. Azlan angguk kepala. Mereka berpelukan.


“Kau apa cerita? Lamanya tak jumpa. Makin hensem kau ye?” Azlan menepuk bahu Akmal. Akmal tersengih.

“Macam dulu jugak. Cuma, makin hensem, seperti kata kau tadi,” Azlan dan Akmal tergelak sama.


“Ku dah jumpa awek cun sekolah kami?” Akmal angkat kening tanda tidak paham.

“Mari, aku kenalkan kau dengan awek cun sekolah kami tu,” Azlan menarik tangan Akmal. Akmal menuruti langkah Azlan.

“Tak sangka kita berjumpa kat sini dah lama kita tak jumpa ye. Semenjak kau pindah, aku tak dengar apa-apa berita tentang kau,” Akmal tersengih.

“Nak buat macamana, semuanya terburu-buru. Aku tak sempat nak jumpa kau,” Akmal mengeluh.

“Aku ada balik ke kampung kita 3 bulan selepas kami pindah. Tapi mereka kat kampung tu cakap, kamu pun dah pindah jugak,” Azlan tersengih.

“Tahun ni, sekolah kau jadi tuan rumah ye?” Akmal memandang sekeliling. Azlan angguk kepala.

“Siapa pelajar perempuan tu?” Akmal mencuit bahu Azlan.

“Mana?” Azlan memandang kearah yang ditunjuk oleh Akmal.

“Owh….Mira. tu lah awek cun yang aku cakap tadi. Tapi dia tak macam awek cun yang lain. Yang ni, ada masalah mental sikit,” Azlan tersenyum bila melihat wajah Akmal.

“Sakit mental? Tadi ok je dia tolong aku kat wad tu? Macamana orang sakit mental boleh ada kat sini?” Bermacam-macam soalan yang keluar dari mulut Akmal. Azlan sudah tergelak.

“Maksud aku, dia tidak mengganggap dirinya cantik. Dan tak suka bila orang puji dia cantik. Tapi dia memang cantik,kan? Kalau tak, tentu kau tak bertanya tentang dia,” Azlan menyiku Akmal yang masih leka memerhati Mira.

“Entah. Tapi, ada sesuatu tentang dia yang menarik minat aku untuk mengenalinya,” Akmal masih leka memerhati gelagat Mira yang sedang leka membaca buku. Beberapa saat kemudian, Mira angkat muka dan pandangan mereka bertaut. Azlan angkat tangan melambai ke arah Mira.

Mira membalasnya sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment