klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, November 17, 2009

ALiA
bahagian 5/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

‘Ehhhhh. Macam kenal je lelaki tu? Apa dia buat kat sekolah ni?’ Ros berbisik sendirian. Dia mengekori lelaki tersebut. Ketika matanya leka memerhati lelaki itu, Ros terlanggar seseorang.

“Rosma? Apa kamu buat kat sini. Jalan tak tengok orang,” Cikgu Hanif memarahi Ros.

“Errrr. Maaf cikgu. Hehehehehe. Er… Cikgu, siapa lelaki tadi tu?” Dengan gugup Ros bertanya.

“Budak ni, tanya soalan macam tu. Dia guru ganti cikgu Roziah. Nantilah kamu berkenalan dengan dia,” Cikgu Hanif beredar. ‘Dia guru ganti cikgu Roziah? Jadi dia anak Pengetua? Alamak!!!!! Alia mampus kau kali ni!!!!’ Ros berlari laju menuju ke kelas 5A. Belum sempat masuk kelas, loceng pun berbunyi.


“Alia.” Ros menjerit di depan kelas 5A. Semua mata memandang ke arah Ros.


“Rosma kenapa terjerit-jerit ni? Masuk kelas kamu lagi,” Cikgu Zamri yang mengajar subjek Sejarah itu memarahi Ros. Semua pelajar kelas 5A tergelak melihat Ros beredar dengan langkah longlai.


“Nasib kau Alia,” Ros berkata lemah. “Sara, kau nak tahu satu cerita sensasi tak?” Soalnya perlahan. Sara yang duduk di hadapan Ros, menoleh seketika.


“Mestilah aku nak. Cerita apa?” Soal Sara perlahan. Bimbang akan di dengar oleh guru mereka. “Lelaki yang Alia sepak kaki hari tu, anak Pengetua. Cikgu baru tu. Tentu dia ingat kita, kan.” Ros menjawab serius.

“Apa?” Sara menjerit.



“Sara… kenapa menjerit ni. Kalau nak bermain, berdiri kat luar sana,” Marah cikgu Ana.


“Errr. Maaf cikgu,” Sara tunduk malu. Semua mata memandang mereka. Sara dan Ros tunduk. Masing-masing memikirkan apa yang bakal berlaku jika Alia tahu.


“Alia dah tahu?” Soal Sara lagi. Ros geleng kepala.


“Tak sempat nak bagi tau dia,” Jawabnya perlahan.


“Eh… Sara, Ros. Cuba kamu tengok kat luar tu, Pengetua dan lelaki hari tu lah,” Ariy pula bersuara.

“Takkanlah dia guru ganti tu?” Soal Ariy keliru.

“Wau… hensemnya guru baru tu,” Terdengar suara pelajar perempuan yang memuji ketampanan guru sandaran tersebut. Ariy, Sara dan Ros gelisah.

“Kau rasa dia balas dendam tak?” Soal Sara sambil memandang wajah Ariy.

“Entahlah. Tapi kalau dia berfikiran macam budak-budak, memang dia akan balas,” Ariy berkata sambil tersenyum.

“Tentu Alia terkejut beruk. Hari tu, jambang sana sini. Hari ni, nampak hensem giler. Hihiiii.” Ros memuji. Sara menjeling tajam ke arah Ros.


Sementara di kelas 5A, pelajar membuat kerja masing-masing. Pengetua masuk kemudian diikuti oleh guru sandaran tersebut.

“Ok…. Kelas, ambil perhatian sekejap, kelas kamu akan di jaga oleh cikgu yang baru untuk sementara. Perkenalkan ini cikgu Syah Aiman. Beliau akan mengajar subjek Matematik dan juga guru kelas kamu. Saya harap kamu semua beri kerjasama dengan dia,” Puan Hamidah memandang wajah anaknya.


“Sekarang saya serahkan kelas ini untuk pengawasan kamu. Kalau ada apa-apa masalah, bagitau saya nanti. Untuk bantuan, kamu boleh rujuk melalui Amri selaku ketua kelas. Amri… tolong apa yang patut ya,” Puan Hamidah beredar. Syah berjalan tenang menuju ke meja guru. Semua mata memandang ke arahnya.


“Baiklah, kalau ada apa-apa pertanyaan tentang saya, tanyalah. Sekarang masanya. Kerana, bila saya mula mengajar, saya takkan layan soalan lain selain soalan tentang subjek yang saya ajar,” Syah bersandar dimejanya.


“Cikgu, dulu cikgu belajar kat mana?” Soal salah seorang pelajarnya.


“Saya bersekolah di Bandar, sekolah campur,” Jawabnya ringkas.

“Cikgu baru habis belajar ye?” Suara lain pula bertanya.

“Belum. Sekarang saya cuti. Dalam 5 tahun lagi tamat. InsyaAllah,” Syah menjawab tenang.

“Lamanya. Tak jemu ke belajar lama sangat. Cikgu ambil jurusan apa?” Maya menyoal sambil wajahnya jelas kelihatan kurang percaya.

“Hermmmm. Saya ambil jurusan perubatan. Cita-cita nak jadi doctor,” Syah menjawab sambil tersenyum.
“Owhhhh. Patutlah lama.” Mereka yang lain angguk kepala.


“Cikgu dah kahwin ke belum? Dah ada calon atau tak?” Suara Affan yang nyaring membuatkan pelajar lain tersenyum. Affan yang terkenal dengan perangai gila-gilanya itu sering membuatkan kepala cikgu yang mengajar pening.

“Saya belum berkahwin. Masih belajar lagi, kalau saya kahwin, isteri saya nak makan apa? Saya belum bekerja. Masih minta duit dari mak saya,” Syah tergelak. Semua pelajar kelas itu tergelak sama.

“Sekarang giliran saya pula tanya kamu. Perkenalkan diri kamu masing-masing.” Syah memandang wajah-wajah muda belia di dalam kelas tersebut. ‘Mana budak tu? Tak nampak pun. Dia bukan kelas ni ke?’ Syah memandang setiap seorang pelajar yang memperkenalkan diri mereka. Di luar kelas kedengaran bunyi orang berlari sambil ketawa.

“Aku dulu. Hahahahahahh. Padan muka. Lembab…. Werkkkk,” Alia menjelir lidah ke arah Ajay. “Takpe. Lain kali aku kalahkan kau,” Ajay menjawab sambil tercungap-cungap.

“Ehemmmm,” Syah berdehem. Alia dan Ajay berpaling ke arah suara tersebut. Hampir jatuh Alia saat terpandang mata lelaki itu. Mata yang dia kenal. Mujur juga Ajay sempat menyambut tubuh Alia yang hampir terduduk. ‘Alamak!!!!!! Ajay… lelaki yang aku sepak hari tu,’ Bisik Alia ke telinga Ajay. ‘Tentu dia terkejut. Padan muka. Sekarang bukan monyet lagi, lelaki macho idaman gadis. Hehehehehehe,’ Syah tergelak di dalam hati. Lucu melihat Alia yang tergamam tanpa kata.

“Errrr… boleh kami masuk?” Ajay meminta kebenaran. Syah angguk kepala. Mereka berdua segera menuju ke kerusi masing-masing.

“Kamu berdua dari mana? Kenapa lambat masuk kelas?” Soalnya tegas.

“Kami dari bilik guru. Jumpa cikgu Asri.” Ajay menjawab mewakili Alia. Alia hanya tunduk tanpa sedikit pun memandang wajah yang sudah bersih dari jambang itu. “Baiklah. Awak boleh duduk. Dan…. Awak..tunggu kejap,” Alia dan Ajay serentak memandang wajah guru baru mereka.


“Saya ke?” Alia bertanya. Syah angguk kepala. ‘Alamak!!!!! Dah mula dah….’ Alia garu dagu yang tidak gatal sambil merenung takut wajah serius itu.

“Kenapa pergi bilik guru tu? Awak berdua ada buat salah?” Soal Syah terus. Alia angkat muka.

“Eh… mana ada. Kami berbincang tentang persediaan untuk menghadapi sukan antara sekolah dua minggu dari sekarang,” Jawab Alia berani. ‘Ingat aku takut?’ Alia tersenyum mengejek.

“Owhh. Okey. Kamu boleh duduk.” Syah malas untuk bertanya lagi. ‘Masa masih panjang,’ Bisiknya. “Kamu berdua belum kenalkan diri. Sila kenalkan diri kamu,” Alia dan Ajay terkejut.

“Nama saya Fazli. Rakan-rakan panggil Ajay.” Ajay terlebih dahulu menjawab. Kemudian Alia pula.
“Nama saya Alia,” Alia terus duduk setelah memberitahu namanya.

“Aih… pendek je? Nama penuh?” Soal Syah selamba. Terbuka luas matanya bila mendengar pertanyaan guru barunya. Pelajar lain memandang hairan wajah Alia.

“Nama penuh jugak?” Alia bertanya dengan riak tidak selesa. Syah angguk kepala.

“Alia Najwa binti Alwi,” Jawab Alia lantang. “Okey. Awak boleh duduk,” Syah tersenyum dalam hati. ‘Keras kepala betul,’ Bisiknya.

“Terima kasih cikgu,” Ucap Alia perlahan bila menyedari dia berada di dalam kelas. “Hari ni untuk sesi perkenalan dulu. Besok saya akan mula mengajar.” Syah duduk di kerusi yang disediakan di kelas tersebut.

“Siapa ketua kelas dan penolong ketua kelas?” Syah bertanya sambil memandang ke hadapan. “Saya ketua kelas,” Seorang pelajar lelaki berdiri kemudian diikuti oleh seorang pelajar perempuan. “Nama kamu? Lupa pulak,” Syah garu kepalanya. “Amri,” Jawabnya ringkas. “Kamu?” Syah memandang pelajar perempuan pula. “Maya,” Maya menjawab perlahan.

“Okey. Nanti kalau ada apa-apa, saya akan tanya kamu berdua.” Syah berjalan mengelilingi kelas tersebut.
“Kamu buatlah kerja masing-masing, saya belum habis baca laporan cikgu Roziah lagi,” Syah berkata tegas. Syah ramah menegur anak muridnya. Ada yang buat ulangkaji. Dan ada juga yang sedang berborak kosong. Syah memandang sekilas ke arah Alia. Ketika itu Alia sedang leka menulis sesuatu dibukunya.
“Alia, kau okey ke?” Maziah menepuk bahu Alia. Alia tersentak dan melatah.

“Eh… mak badak jatuh longkang.” Semua mata memandang Alia. Syah memandang Alia sambil tersenyum mendengar Alia melatah. Alia tunduk malu.

“Yah….. kau ni. Malu aku tau. Janganlah pukul aku kuat sangat. Sakit tau,” Alia mengosok bahunya. Maziah tersengih.


“Kau ni, melatah pulak dia. Sejak bila kau melatah? Buat malu aku je, jadi kawan kau,” Maziah menolak kepala Alia. Alia buat muka masam. “Sejak korang selalu kejutkan aku.” Alia menjawab selamba.

“Aku tak apa-apa. Jangan risaulah.” Alia tahu kebimbangan temannya itu.

1 comment: