klik untuk ke blog di alam angker

Friday, November 20, 2009

ALiA
bahagian 8/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

Hari ke-4 sukan antara sekolah berlangsung, acara pecut akhir pula sedang berlangsung. Alia begitu khusyuk bersenam meregangkan urat sebelum gilirannya mengambil acara.
“Hai Alia….” Suara halus kedengaran.
“Aiehhh. Siapa pulak yang panggil aku ni? Macam kenal je suara ni,” Alia menoleh. “Owhh!!!! Nita. Kau masih aktif juga ye?” Alia menyoal tanpa bertanya khabar.
“Kau apa khabar?” Alia tersengih bila terasa yang Nita sedang menyindirnya.
“Sorry. Aku ok. Sihat selalu. Kau apa khabar? Sihat je aku tengok. Makin cantik lagi,” Alia sempat memuji. Imah, Sara, Ros dan Maziah tersenyum bila Alia memuji musuh dalam selimut itu.
“Sebelum ni sihat je. Cuma rasa tak sedap hati je, bila tengok kau ada kat sini. Alan pun macam tak senang duduk aku tengok. Kau dah jumpa Alan?” Alia angguk laju sambil tersengih.
“Yups.” Alia tersenyum. Tahu yang Nita sedang marah.
“Patutlah. Aku pergi dulu. Kejap lagi acara 200 meter nak mula. Kau masuk final?” Soal Nita sebelum berlalu dengan wajah masam.
“Ye. Itukan acara wajib aku.” Alia menjawab selamba lalu meneruskan senaman.

“Kulit wajah Nita tu, dah tak licin macam dulu lagi lah. Tak berseri aku tengok.” Ros memeluk bahu Alia. Alia jungkit bahu. Malas hendak memberi komen.
“Tak perasan pulak aku.” Alia menjawab selamba.
“Sombong betul. Macamlah dia hebat sangat. Aku rasa dia cemburukan kaulah. Dia ingat kau nak mengorat Alan lagi, tu sebab dia tegur kau,” Imah mencelah.
“Biarlah. Aku dah tak ada apa-apa dengan Alan tu. Dulu pun aku dan dia berkawan baik. Kalau tak kerana Nita, tentu kami berdua masih akrab seperti dulu,” Alia menjawab panjang lebar.
“Nampak sangat Nita tu queen control. Kasian Alan,” Alia tersenyum kecil dengan kata-kata yang keluar dari mulut Ros.
“Apa nak dikasihankan, pilihan dia sendiri,” Alia menjawab perlahan.
“Betul kau takde perasan lagi kat Alan tu?” Maziah menyoal Alia. Alia tersentak. Air yang diminumnya tersembur terkena muka Ros.
“Sorry… sorry… sorry sangat. Ros, sorry ye? Yah punya pasallah ni. Apalah kau ni, berapa kali aku nak cakap, aku malas nak fikir hal macam tu. Buat sakit kepala aku je,” Alia geleng kepala.
“Kau ni, kan. Huhhhhh. Kot ye pun nak sembur air tu, semburlah kat tempat lain. Ingat muka aku ni pokok bunga ke?” Ros menggosok mukanya yang basah dengan air minuman. Alia tersengih sambil merapatkan tapak tangannya meminta maaf. Mereka yang lain tergelak sakan melihat Ros memyembur air ke arah Alia pula. Sedang seronok bergurau senda, mereka tersentak mendengar suara Ajay memanggil Alia.
“Alia… Cikgu Asri panggil. Melapor diri kat garisan permulaan sana,” Suara Ajay menghentikan gurau senda mereka berlima.
“Ok. aku pergi dulu. Doakan aku Berjaya ok,” Alia berlari anak menuju kegarisan permulaan acara 200m Final ketogeri perempuan A. Alia merupakan atlit yang paling kecil antara mereka. Alia begitu bergaya dengan baju jaket dan berseluar tracksuit warna biru iaitu baju seragam untuk SMK Air Putih. Alia menanggalkan baju jaketnya. Sekarang Alia hanya berrbaju t-shirt dan seluar ketat paras lutut.
“Hai Alia. Kita bersebelahan rupanya.” Nita menegur Alia.
“Hai. Good luck,” Alia menghulur tangan untuk bersalam.
“Thank,” Ucap Nita selamba.

“Semua peserta, ambil tempat masing-masing. Acara akan dimulakan sebentar lagi,” Suara pengadil memberi arahan.
“Kegarisan.” Suara pengadil bergema di seluruh stadium bagi memulakan acara pecut perempuan akhir pada petang itu.
“Sedia..”

Tummmmmm. Bunyi pistol yang menandakan acara tersebut sudah bermula.

Kelihatan para peserta dengan pantas memecut dan berusaha untuk menghabiskan larian mereka. Suara sorakan dari penyokong masing-masing berlawan dengan suara nyanyian oleh pasukan yang merasakan jaguh mereka bakal berjaya mendapat tempat digarisan penamat. Syah berdiri bila melihat semua pelajar sekolahnya bersorak memberi sokongan kepada peserta harapan mereka. Dari jauh mereka dapat melihat Alia sedang mendahului peserta lain. Dan ketika sampai di garisan penamat, mereka melihat Alia jatuh tersungkur. Mereka tidak pasti sama ada Alia memenangi acara tersebut atau tidak. Kelihatan beberapa orang ahli PBSM datang membawa pengusung menghampiri Alia. Syah yang melihat kejadian tersebut, segera berlari ke arah mereka yang mengerumuni Alia.
“Alia, kau ok ke?” Soal Maziah bimbang.
“Kaki aku sakit,” Alia menjawab sambil airmatanya menitis membasahi pipinya yang mulus itu. Dalam kesibukan mereka memujuk Alia, Syah mengambil peluang tersebut untuk merakam vedio. Dia tersenyum melihat wajah Alia yang jelas keanak-anakan itu. Tidak cukup dengan vedio, Syah merakam pula gambar Alia dari pelbagai sudut dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya. Syah menghampiri anak muridnya itu setelah selesai menangkap gambar Alia.
“Sini saya tengok,” Syah dengan selamba membelek lutut Alia. Alia tersentak. Tidak sedar bila Syah berada di situ. Maziah memberi ruang kepada Syah untuk melihat kecederaan rakannya itu.
“Macamana luka dia? Teruk sangat ke?” Soal Pn.Hamidah bimbang.
“Tak teruk sangat, Cikgu,” Syah sedar situasi mereka. Dia harus membahasakan ibunya cikgu bagi mengelakkan kontroversi.
“Luka ni mesti dicuci. Nak saya bawa dia ke klinik?” Syah menawarkan diri. Pn. Hamidah termenung memikirkan tindakan yang harus di ambil.
“Bawalah. Kamu ada acara lagi petang ni?” Puan Hamidah bertanya sambil memandang wajah Alia yang jelas menahan kesakitan. Alia geleng kepala. Bibir digigit kerana sakit yang teramat sangat di lutut dan tangannya. Syah membelek luka di tangan Alia. Begitu perihatin sekali Syah mencuci luka di tangan Alia. Alia tertunduk malu. Maklumlah, guru yang selalu dikutuknya itu begitu mengambilberat tentang dirinya. ‘Memanglah dia tolong. Dia kan cikgu,’ Bisiknya dalam hati bagi mengelakkan rasa bersalah pada gurunya itu. Maziah membantu Alia berdiri dan berjalan menuju ke kereta Syah. “Maziah, awak ikut sekali,” Ajaknya. Maziah dengan pantas angguk kepala. Mereka berdua duduk di belakang.
“Lia, aku nampak Nita tolak kau tadi. Kau perasan tak?” Maziah memulakan perbualan sebaik sahaja kereta bergerak.
“Memang aku rasa ada orang tolak aku tadi. Tapi tak perasan pulak siapa. Betul ke dia tolak aku?” Alia bertanya lagi. Maziah angguk kepala.
“Kenapa dia tolak aku ye?” Alia garu dahinya. Maziah tersenyum.
“Dia cemburu bila tahu si Alan tu ada jumpa kau lagi. Aku terserempak dengan mereka kat tandas tengahari tadi. Tengah bergaduh. Cemburu punya pasallah tu,” Maziah berkata perlahan. Syah hanya menjadi pendengar.
“Laaa… Apasalahnya dia jumpa aku. Kami memang berkawan sejak dulu lagi. Budak ni nak masuk ICU agaknya,” Alia berkata geram.
“Kalau aku jumpa dia, aku belasah dia cukup-cukup,” Alia menggenggam tangannya. “Aduh!!!!” Alia melihat tangannya yang masih berdarah.
“Huhuhuuhuhu. Sakitnya,” Alia mengesat airmatanya yang menitis kerana terlalu sakit. “Itulah. Sakit-sakit macam tu pun, masih nak marahkan orang.” Syah memandang wajah Alia yang memuncungkan mulutnya dari cermin pandang belakang.
“Sibuk je!!!” Alia menjawab halus. Syah geleng kepala.
“Degil. Keras kepala,” Alia menjeling tajam wajah selamba Syah yang sedang memandu itu.
“Sudahlah. Kau ni tak pandai bersabar. Biasalah, perempuan, kalau kekasih dia jumpa perempuan lain, tentulah dia cemburu. Perkara biasalah tu,” Maziah menenteramkan sahabatnya. Wajah Alia masam. Syah tergelak kecil. Wajah Alia yang masam itu mencuit hatinya.
“Kenapa cikgu suka sangat ketawakan saya?” Alia bertanya marah. Sakit hatinya bila Syah asyik mentertawakannya.
“Takde apa-apa. Kenapa perempuan suka sangat ikut emosi dalam setiap perkara ye?” Syah bertanya kembali. Alia membuang pandang keluar cermin kereta. Malas mahu menjawab soalan Syah yang dirasakan hanya menyakitkan hatinya.
“Tu sebab aku tak nak fikir hal macam tu sekarang ni. Baru bercinta, dah sanggup buat orang macam tu. Kalau dah kahwin, agaknya dia sanggup bunuh orang hanya kerana hal kecil.” Alia betul-betul marah.
“Sudahlah. Memang perangai Nita macam tu. Lagipun kau dan Alan tu, takde apa-apakan?” Alia angguk kepala.
“Tapi aku tetap tak puas hati. Kalau dia bincang elok-elok, pastu tanya betul-betul apa hubungan aku dengan Alan, aku tak kisah. Ni, sakit kaki aku tau.” Marahnya lagi. Maziah geleng kepala. ‘Ingatkan dah reda. Sambung balik,’ Bisik Maziah malas.
“Ok. dah sampai. Simpan lagi marah kamu tu.” Syah berkata selamba sambil menoleh ke belakang. Alia dan Maziah memandang wajah Syah.
“Dapat berjalan?” Soal Syah terus menikam anak mata Alia yang galak itu.

Alia angguk kepala. Dia berusaha keluar dari kereta sambil dibantu oleh Maziah. Syah mendukung Alia bila melihat anak muridnya itu begitu susah untuk berjalan. Alia terkejut. Begitu juga Maziah. Tindakan spontan Syah itu membuatkan mereka berdua terdiam tanpa kata.
“Ehhhh. Lepaslah. Orang pandai jalan sendirilah,” Alia berusaha untuk melepaskan diri dari dukungan Syah. Syah tidak mempedulikan rengekan Alia. Akhirnya Alia mengalah. Sakit tangan dan kakinya bertambah dengan sakit dihatinya. Syah tersenyum. Maziah juga tergelak bila melihat Alia muncung mulut.
“Nurse, tolong dia ya. Kaki dia luka sebab terjatuh tadi,” Syah berkata perlahan. Nurse tersebut tersenyum dan angguk kepala. Seketika kemudian, seorang doctor datang menghampiri mereka sambil tersenyum ramah.
“Kenapa kaki ni?” Soalnya ramah sambil menyentuh lembut kaki Alia yang berbalut itu. “Terjatuh,” Jawab Alia pendek. Doktor muda itu tersenyum.
“Nakal sangat ye, tu sebab jatuh ni. Betulkan?” Doktor Adam bertanya. Alia tunduk malu. Dengan perlahan dia membuka pembalut luka Alia dan mencuci luka tersebut. Syah yang melihat keramahan doctor muda itu, berasa kurang senang.
“Tak pun, bergaduh dengan boyfriend ya?” Doktor muda itu menoleh ke arah Syah yang berwajah gelisah. Maziah sudah tersenyum. Sementara Syah dan Alia tersentak sambil memandang wajah masing-masing sebelum memandang wajah Dr.Adam semula.
“Ehh. Mana ada. Saya terjatuh masa berlari dalam acara olahraga tadi.” Jawab Alia pantas. Syah angguk kepala mengiakan.
“Betul ke? Mana cikgu kamu?” Maziah menunding jari ke arah Syah. Dr. Adam terkejut sambil memandang wajah Syah yang tersenyum.
“Kamu?” Soalnya lagi. Syah angguk kepala.
“Saya ingatkan kamu teman lelaki dia ni!” Katanya jujur.
“Hahh. Dia?” Alia dan Syah saling berpandangan.
“Berapa umur kamu?” Soalnya sambil mencuci tangan setelah siap membersihkan luka Alia.
“25 tahun. Saya guru sandaran je kat sekolah mereka,” Jawab Syah tenang.
“Saya ingatkan masih belasan tahun tadi.” Mereka tergelak. Setelah membayar bil, mereka bertiga beredar.
“Ingat, jangan lupa cuci selalu luka tu” Pesan Dr.Adam.
“Ye. Terima kasih Doktor,” Ucapnya sebelum berlalu.

Alia berjalan perlahan sambil dibantu oleh Maziah. Syah hanya memerhati dari belakang. Syah mahu mendukung Alia tadi, tetapi Alia menolak. Syah tersenyum melihat kaki dan tangan Alia yang berbalut. Macam orang hendak bertinju lagaknya. Ketika berada di dalam kereta, Syah tidak mampu menahan keinginan untuk ketawa. Akhirnya dia ketawa besar.
“Kenapa cikgu?” Soal Maziah hairan. Alia juga memandang hairan ke arah Syah.
“Bila tengok Alia macam tu, teringat kat kawan saya masa kat U dulu. Dia masuk acara tinju. Kalau tengok betul-betul, memang sebiji macam orang nak pergi bertinju.” Alia terkejut. Begitu juga dengan Maziah. Beberapa saat kemudian, Maziah turut ketawa. “Cikgu!!!!!” Marah Alia sambil memukul bahu Syah yang duduk dihadapannya. “Aduh!!! Apa ni? Marah sikit nak pukul orang,” Syah menggosok bahunya. Alia yang tersedar akan tindakan kasarnya tertunduk malu.
“Padan muka. Siapa suruh ketawakan saya?” Alia menjeling tajam. Maziah dan Syah masih ketawa dan Alia pula tersandar malas.

No comments:

Post a Comment