klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, November 24, 2009

ALiA
bahagian 6/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


Alia tidur nyenyak di kerusi belakang bas sekolah yang membawa 40 orang pelajar untuk menghadiri sukan antara sekolah yang berlangsung di stadium negeri. Mereka menginap di asrama SMK Padang sepanjang tempoh sukan antara sekolah tersebut berlangsung. Hari pertama sukan berlangsung semua acara saringan sahaja. Pada hari kedua, upacara perasmian sukan MSSM. Alia dan Ajay berdiri di hadapan selaku penolong dan ketua pasukan.

“Ajay… aku mengantuklah,” Alia merengek. Ajay memandang muka Alia.

“Aku pun mengantuk jugak. Apalah lama sangat berucap tu,” Ajay menguap.

“Kau rasa Alan ada ambil bahagian tak tahun ni?” Soal Alia serius. Ajay garu kepala yang tidak gatal.

“Entah. Aku dah lama tak hubungi dia. Tak tahu cerita terkini tentang dia. Maklumlah orang bijak, mana nak berkawan dengan kita yang tak seberapa bijak ni?” Ajay buat muka sedih. Alia tergelak.

“Ye tak ye jugak. Manalah ada masa nak bersukan lagi, kan?” Alia berkata perlahan.

“Tapi aku dengar, sekolah mereka jadi tuan rumah tahun ni. Mungkin dia ada ambil bahagian,” Ajay berkata perlahan.

“Boring betullah. Kalau mereka yang lain ikut serta, kan best. Diaorang tu, langsung tak minat sukan.” Alia muncung mulut ke arah temannya yang bertugas sebagai ahli bulan sabit merah. Mereka berempat hanya duduk di khemah ketika majlis perasmian berlangsung. Setengah jam berlalu, dan upacara menyalakan obor-obor pun tiba. Semua peserta mengeluh lega.

“Errrrr….Ajay, aku rasa nak pengsan ni. Aduh!!!!!! Cepat, tolong aku,” Badan Alia condong dah hampir terjatuh, tetapi sempat di sambut oleh Ajay.

“Hahahaaahhhaa. Kena tipu. Aku gurau je.” Alia kembali berdiri tegak dan tersenyum lebar.

“Alia!!!!!” Ajay merenung wajah selamba Alia dengan perasaan marah.

“Hihihihiiii. Kau marah? Aku boring tahap tenuk dah ni.” Alia gosok tengkuknya yang terasa lenguh.

“Sekali lagi kau buat macam tu, aku biarkan kau jatuh. Budak ni, kalau selalu macam ni, boleh kena sakit jantung aku dibuatnya,” Ajay membebel. Alia tergelak mendengar temannya membebel. Hilang rasa mengantuk. Setelah berdiri hampir 1 jam, mereka semua bersurai ke khemah masing-masing.

Sebelum acara dimulakan, Alia dan rakan-rakannya duduk agak jauh dari khemah mereka sambil menikmati keropok dan mendengar lagu dari MP3 nya. Alia tersentak bila seseorang memanggil namanya. Imah, Ros, Maziah dan Sara mendongak memandang wajah empunya suara.

“Alan?” Serentak mereka menyebut nama sahabat lama mereka.

“Eh…Alan. Kau ikut juga rupanya? Aku ingatkan kau dah tak minat bersukan lagi,” Ariy yang baru datang menepuk bahu teman lamanya itu. Mereka saling berpelukan.

“Alia… kau tak nak tegur aku ke?” Alan memandang Alia. Alia tersenyum kelat. “Hehehehehe. Sorry ye. Keropok ni sedap sangat. Lagi pun rasa tak percaya pulak bila tengok kau ada di sini jugak,” Alia buat muka blur. Alan tersenyum kelat. ‘Tentu dia masih marahkan aku,’ Bisik Alan lemah sambil merenung wajah yang semakin cantik itu. ‘Makin cantik pulak Alia ni?’ Alan leka seketika menatap wajah Alia yang semakin cantik dari 2 tahun lepas.

“Jum… kita jalan-jalan dulu. Acara kau, petang nanti, kan?” Soal Alan terus setelah agak lama mendiamkan diri.

“Mana kau tahu, acara aku petang nanti?” Soalnya pelik.

“Acara pecut semuanya pada sebelah petang. Dan aku masih ingat, kau hanya minat acara pecut. Betulkan?” Alan tersenyum. Alia angguk kepala. Alia cuba berlagak tenang dan menganggap Alan sebagai teman biasa seperti mereka yang lain.

“Err… kamu berdua berboraklah dulu. Tentu banyak hal yang kamu berdua nak ceritakan,” Maziah menarik tangan temannya yang lain.

“Eh… apa pulak. Jum ar… ikut sekali,” Alia hairan.

“Diaorang masih makan tu, kita beli ayam panggang dulu. Lepas tu, balik sini lagi,” Saran Alan. Alia angguk kepala.

Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat orang menjual makanan. Pelbagai cerita yang di kongsi bersama. Lupa segala sengketa yang berlaku 2 tahun lalu. Alia mula dapat menerima tindakan Alan meninggalkannya dulu.

“Kau ingat tak masa Affan di hukum berdiri dalam tong sampah dulu? Dah tu bawa penyapu pulak. Macam bodyguard kat pintu. Dia masih nakal macam dulu jugak,” Alia bercerita sambil tergelak mengenang kisah lalu.

“Ingat. Sampai bila-bila pun, aku akan ingat. Bila Zimah nak ke tandas, dengan selamba dia turunkan penyapu tu, kemudian bertanya, ‘Cik Adik Manis nak ke mana?’. Wajah Cikgu Rasidah, merah sangat waktu tu. Marah betul dia.” Alan turut ketawa bebas bila mengingatkan kenakalan sahabat lamanya.

“Selepas tu, dia dihukum berdiri di luar kelas. Kat luar kelas, dia usik kita yang sedang belajar kat dalam kelas pula.” Alia geleng kepala.

“Affan memang nakal sangat, yang terbaru, tahun lepas, dia kenakan cikgu Hadi, kita orang lupa bawa baju sukan. Cikgu Hadi hukum kami, suruh bongkokkan badan kemudian pusing 5 kali. Dia cakap tak tau. Lepas tu dia minta cikgu Hadi tunjukkan. Cikgu tu pun, tunjuklah. Sebenarnya cikgu tu tak tahu yang dia dimainkan oleh Affan. Kami yang lain tahu, hanya tersengih,” Alia tersenyum mengingatkan kenakalan Affan. Alan hanya tersenyum.

“Rindulah kemesraan lalu. Kalau aku tak berpindah sekolah, tentu kita semakin rapat, kan.” Ucap Alan perlahan sambil merenung wajah yang sentiasa tersenyum itu. Agak lama Alan merenung Alia. Timbul satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.

“Alaaa… jangan cakap macam tu, kita tetap kawan, kan. Lainlah kalau awek kau tak benarkan kita berkawan,” Alia menjawab sambil memandang wajah Alan yang leka merenungnya.

“Errrr… kenapa? Aku makin cantik sekarang, kan? heheheheeeee. Tentu kau menyesal tinggalkan aku dulu,” Alia berseloroh bagi menghilangkan rasa tidak selesa bila direnung oleh Alan. Alan tersenyum.
“Ye,” Jawabnya ringkas.

“Apa yang ya?” Alia bertanya pelik. Perangai Alan pelik sekali. Kalau dulu, Alan seorang yang periang dan selalu menghiburkan hatinya. Kini, Alan jauh berbeza.

“Ye aku menyesal tinggalkan sekolah lama. Dan, kau memang semakin cantik,” Ucapnya tenang sambil merenung tunak wajah Alia yang kemerahan itu. Merah sebab cahaya matahari atau kerana rasa malu, Alan kurang pasti.

“Errrrrrr. Malunya,” Alia sentuh kedua-dua pipinya dengan tangannya. Kemudian Alia tersenyum.
“Mana ada cantik. Aku masih seperti dulu jugak.” Alia kembali serius.
Alan tergelak. Lucu dengan gelagat Alia.

“Kau masih tak berubah. Tetap suka merendah diri,” Alan geleng kepala.

“Laaaa…Aku memang rendah pun. Tak payah kau cakap, aku tau,” Jawab Alia sambil tersengih.

“Yelah tu. Jum, kita ke sana,” Alan menarik lengan Alia.

Sedang asyik leka menikmati ayam panggang dan berbual sambil bergelak ketawa bersama Alan, Alia terlanggar seseorang. Alia hampir jatuh dan sempat di sambut oleh Alan. Ketika itu juga, orang yang dilanggarnya tadi menoleh ke arah mereka berdua.

“Errr… cikgu buat apa kat sini?” Soal Alia gugup. Syah memandang hairan ke arah pasangan remaja dihadapannya itu. ‘Siapa pulak budak ni? Tak pernah nampak pun kat sekolah. Kekasih dia agaknya?’ Bisik Syah dalam hati. ‘Buaya darat jugak perempuan ni,’ Syah memandang sinis wajah Alia.

“Aihhhh. Saya yang patut tanya kamu soalan tu. Dating ye? Tak ada acara hari ni?” Soal Syah serius. Alan bingung.

“Alia, siapa ni? Cikgu korang ke? Tak pernah nampak pun kat sekolah dulu?” Alan hairan.

“Dia guru baru. Guru sandaran je. Anak pengetua,” Bisik Alia ke telinga Alan. Syah yang melihat terasa sakit hati. ‘Mengata akulah tu?’ Bisiknya tidak puas hati.

“Cikgu Hamidah ada datang tak?” Soal Alia ingin tahu.

“Ada. Agaknya dia kat khemah kamu. Kamu buat apa kat sini?” Syah mengulangi soalannya.

“Lapar cikgu,” Jawabnya ringkas. Syah merenung tajam wajah Alia sehingga membuatkan Alia tunduk. Gerun dengan renungan tajam dari guru yang sering mencari kesalahannya.

“Errr.. Kami pergi dulu ye cikgu,” Alia menarik tangan Alan. ‘Muda-muda lagi dah bercinta,’ Kutuknya dalam hati. ‘Kau cemburu?’ Suara lain pula menyampuk. Syah geleng kepala. ‘Takde maknanya aku nak cemburu,’ Syah geleng kepala. Alia mempercepatkan langkahnya. Alan mengejar dari belakang.

“Alia… Tunggulah. Kenapa ni?” Alan menarik tangan Alia. Alia menoleh dan sempat juga memandang sesusuk tubuh yang masih merenung tajam ke arah mereka berdua.

“Takde apa-apa. Cepatlah. Nanti mereka bising kita lambat bawa ayam panggang ni,” Alia meneruskan langkahnya. Alan segera mempercepatkan langkahnya.

 

No comments:

Post a Comment