klik untuk ke blog di alam angker

Saturday, November 14, 2009

ALiA
bahagian 4/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
 
 
“Wah!!!! Kalau anak Pengetua, tentu hensem. Hihihiii. Maklumlah mak dia cantik. Aku dengar suami Cikgu Hamidah tu orang Pakistan.” Suara Imah bergema di dalam bilik nombor 6 Asrama Tun Teja ketika rakan-rakan yang lain sedang leka membuat kerja masing-masing. Maziah menghampiri Imah lalu duduk disebelahnya. 


“Betul ke? Wau… tentu ramai peminat dia nanti.” Sara dan Ros turut serta. “Tak sabar aku nak tengok bakal cikgu baru kita tu. Hensem sangat ke dia tu?” Sara berbaring di atas katil Imah sambil merenung siling bilik mereka.


“Eleh, kau apahal pulak tak sabar nak tengok muka cikgu baru tu, budak hensem kelas kamu tu macam mana? Kena reject ye?” Maziah menolak bahu Sara.


“La…. Apalah kau ni, aku hanya nak tahu bagaimana rupa anak Pengetua kita tu,” Sara menjawab sambil duduk memandang rakan-rakannya.


“Korang bayangkan, kalau bapa dia orang Pakistan, tentu bakal cikgu kita tu banyak bulu kat badan dia. Dan muka dia penuh bulu. Maklumlah orang Pakistan ni, kan banyak bulu. Macam mereka yang jual karpet kat pasar tu. Hihiiii gelinya,” Sara ketawa terbahak-bahak.

“Hoi minah…. Apa yang lucu sangat tu?” Sergah Alia yang baru keluar dari bilik mandi. Sambil mengeringkan rambutnya yang panjang itu, dia duduk di sebelah Maziah.


“Eiiii. Otak kau ni kotor betul. Tak patut kau cakap macam tu,” Ros buat muka jijik. Mereka yang lain hanya tersenyum.


“Apa yang jijik sangat tu?” Soal Alia hairan.

“Ni, kawan kita yang pemalu ni, ada ke patut, dia cakap yang anak Pengetua kita tu badannya berbulu macam orang Pakistan yang jual karpet tu,” Maziah buat muka buruk.


“Kalau berbulu dada ok jugak. Macho,” Imah pula menyokong Sara.


“Eiiii Ni lagi sorang. Lain dari yang lain,” Ros geleng kepala. Alia cuma tersenyum.


“Orang kata, lelaki yang berbulu dada ni, romantic, penyayang. Aku suka lelaki yang romantic tau,” Imah berangan.


“Lelaki yang penyayang dan romantic tak semestinya berbulu dada. Apalah korang ni, berdiri bulu roma aku dibuatnya.” Alia segera menyarung baju kebadannya. Kadangkala rakan-rakannya bercerita sesuatu yang melebihi had umur mereka.


“Sara, kau dah tegur secret admire kau tu?” Alia bertanya sambil memasang bedak kemukanya.

“Belumlah. Malas aku nak fikir. Simpan dalam hati je,” Jawab Sara malas. “Dah mengalah? Cepat betul? Aku ingatkan kau benar-benar nak tackle dia,” Maziah memandang wajah Sara.


“Aku malas nak fikir tentang hal itu lagi. Aku nak tumpukan perhatian pada pelajaran dulu. Cukuplah sekadar tengok dari jauh,” Sara menjawab tenang. Bagi Sara itu lebih baik kerana dia seorang yang tidak suka terjebak dalam soal hati dan perasaan.


“Bagus. Macam tu lah. Bila kita barada dalam keadaan sekarang ni, memang banyak dugaan. Bila hati kita sukakan seseorang, kita terpaksa kawal perasaan kita tu. Memang sakit,” Alia berkata sambil berpeluk tubuh. Semua mata memandang kearahnya.


“Alia, kau ni, bercakap macam ada pengalaman je aku tengok. Kau ada orang yang kau berkenan ke?” Maziah memandang wajah Alia. Begitu juga mereka yang lain.


“Kenapa?” Soal Alia pelik. Dahinya berkerut seribu. Dia membalas pandangan rakan-rakannya dengan pandangan pelik.


“Aku kan suka baca buku cerita. Kalau korang tak percaya, nanti aku suruh korang baca buku tu,” Alia berkata selamba.

“Tapi cara kau bercakap macam pernah mengalaminya. Betul ke kau tak pernah bercinta sekalipun?” Mereka berempat mencari kebenaran di wajah Alia. Alia tersengih. 

“Oklah. Aku memang pernah sukakan seseorang masa kita di tingkatan 3. Aku tak tahu kalau itu dikatakan cinta.” Alia terdiam seketika mengingati kisah yang ingin dilupakan. Temannya setia menanti.

“Aku rapat sangat dengan dia. Ke mana sahaja kami tidak pernah berengang. Tetapi aku ingatkan kami hanya teman biasa. Kemunculan Nita dalam hubungan kami membuatkan aku sedikit keliru. Aku cemburu,” Alia tunduk sambil tersenyum lemah.


“Maksud kau? Lelaki tu Alan?” Soal Imah tidak percaya. Alia angguk kepala. “Kenapa kau tak bagitau kita orang?” Sara pulak menyampuk. “Tunggulah aku habis cerita dulu.” Alia marah.


“Ok..Ok… Sambung,” Alia menarik nafas panjang.

“Semakin hari hubungan aku dengan Alan semakin renggang. Kemudian, dia bagi tau aku yang dia nak belajar betul-betul, supaya dapat masuk sekolah yang lebih baik. Dia tak mahu terus leka bila bersama dengan aku. Aku kan minat bersukan.” Alia tersenyum pahit. Masih terakam kejadian 2 bulan sebelum peperiksaan percubaan PMR.


“Alia, mulai hari ni, kita jangan berjumpa lagi ye. Aku nak tumpukan perhatian pada pelajaran aku. Aku dan Nita bercadang nak memohon sekolah Sains yang sama. Aku dah bagi surat letak jawatan dalam bola sepak dan olahraga.” Alan berkata serius.


“Betul ke? Kau nak lepaskan begitu saja? Selama ni result kita ok je. Kau ada masalah lain ke?” Alia bertanya sebagai kawan. Semenjak Alan berkawan rapat dengan Nita, perangainya juga berubah dan mudah marah tidak tentu pasal.


“Boleh tak kau jangan menyibuk. Kau tahu tak, kerana kau, Nita selalu marah kat aku. Dia kata kau cuba nak mengorat aku. Kalau pun kau suka kat aku, aku anggap itu sebagai buang masa. Kita hanya kawan,” Alan berkata tegas. Alia yang mendengarnya terasa hati. Tahulah dia kini, Alan sudah berubah dan sedikit pun dia tidak pernah menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Alia terus beredar tanpa mempedulikan Alan yang memanggilnya. Semenjak itu dia terus menjauhkan diri dari Alan. Ajay dan Ariy yang menjadi temannya. Rakan sekampung dan sepermainannya itu saja yang tahu kejadian itu.


“Kasihan kawan aku ni,” Ros memeluk tubuh Alia setelah Alia habis bercerita. “Patutlah kau agak pendiam hujung tahun tu. Kita orang ajak pergi berkelah pun kau tak ikut,” Maziah bersimpati dengan nasib temannya itu. Alia membalas pelukan Ros. Air mata jatuh jua akhirnya. Melihat keperihatinan teman-tamannya, Alia merasa gembira. Dia ketawa.

“Sebab tu aku tak mahu terikat dengan sesiapa pun. Aku nak tunjukkan yang aku pun boleh berjaya biarpun bersekolah biasa,” Alia mengesat airmatanya.

“Tak patut betullah kau ni. Kenapa tak bagi tau kami,” Sara pulak bertanya. Alia tersenyum.

“Aku tak nak korang belasah budak perempuan tu. Dan gaduh dengan Alan. Lagi pun aku anggap tu sebagai cinta monyet je. Kenangan masa lalu. Nasib baik result PMR aku ok je,” Alia ketawa.

“Lain kali, kalau kau sukakan seseorang, bagi tau. Jangan nak simpan dalam hati. Nanti kecewa merana diri,” Ros menolak kepalanya. Alia buat muka selamba.

Jangan risau. Untuk 5 tahun akan datang ni, aku malas nak fikir tentang hal macam tu lagi.” Alia nekad. 

“Sara, kalau kau sukakan seseorang, baik kau terus terang. Aku tahu bagaimana rasanya menyukai seseorang dalam diam. Sakit kat dalam sana,” Alia menepuk dadanya. Sara memeluk Alia erat.

“Maafkan kami kerana tidak mengambil berat tentang kamu Alia,” Mereka berlima saling berpelukan. “Ok… sekarang aku rasa semakin ok. Terima kasih Alia, aku akan pastikan perkara ini tidak menjadi penghalang untuk aku mencapai kejayaan,” Sara berkata penuh semangat.

No comments:

Post a Comment