klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, November 24, 2009

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 10

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




“Mira…kenapa ni?” Zuriana memeluk bahu Mira. Mira memandang sekilas wajah temannya.

“Aku tak apa-apa.” Mira berbaring menelentang merenung siling bilik mereka.

“Pernah tak kau rasa…..rasa ingin jumpa seseorang?” Mira tiba-tiba bertanya. Zuriana pandang wajah Mira. Tidak faham.

“Maksud kau?” Zuriana bertanya pelik. Mira mengeluh. Tidak tahu bagaimana harus menerangkan pada sahabatnya tentang apa yang dirasakannya saat itu.

“Tak tahu nak terangkan pada kau. Aku….rasa macam ada…ermmm…apa ye? Macamana nak cakap ye. Macam teringatkan seseorang. Tapi aku tak tahu siapa yang aku ingat tu. Kadang-kadang aku rasa macam ada kekurangan dalam hidup aku ni, tapi aku tak tahu apa yang kurang tu,” Mira garu kepala. Zuriana turut sama garu kepala.

“Kau pernah bercinta?” Zuriana bertanya serius. Mira geleng kepala.

“Mungkin mama kau yang sebut nama kau tu. Kau dah lama tak balik, kan? Ataupun, kau dah jatuh cinta pada seseorang tak?” Zuriana menepuk bahu Mira sambil tersengih.

“Eh!!!Merepeklah kau ni. Mana ada,” Mira berdalih.

“Nah. Buah hati kau,” Zuriana menayang sekeping gambar ke muka Mira. Kelam-kabut Mira cuba merampas gambar tersebut. Tergelak Zuriana melihat gelagat Mira.

“Buah hati aku? Siapa?” Mira bertanya bodoh kemudian merenung wajah Zuriana yang tersenyum sepanjang masa itu.

“Romantiknya. Macam pasangan Bollywood. Hihihihhh….Shah Rukh Khan dan Kajol,” Zuriana tergelak riang. Bibir Mira muncung bila melihat Zuriana ketawa besar. Dia berusaha merampas gambar tersebut. Ingin melihat siapa yang dimaksudkan oleh Zuriana.

“Bagilah aku, Zu. Kau ni kan…tak sayang aku ye?” Zuriana tersenyum. Mira buat muka sedih.

“Sebelum aku bagi gambar ni, bagi tahu aku siapa yang buat kau termenung sana, termenung sini. Buat aku susah hati. Biar aku ajar dia. Tak pun, aku bagi dia sebiji,” Zuriana duduk dihadapan Mira. Mira mencebik.

“Nak tahu sangat?” Mira menjeling sekilas sahabatnya sebelum dia meniarap membelakangi Zuriana.

“Ye. Cakap dulu,” Mira tersenyum.

“Dia yang ada kat dalam gambar tu. Shah Rukh Khan,” Mira menjawab selamba. Zuriana tergelak.

“Betul? Dia ni?” Zuriana turut sama meniarap sambil menunjukan sekeping foto kepada Mira. Mira tersentak lalu duduk tegak.

“Eh…Zu…bila…siapa yang tangkap gambar ni? Bila masa pulak ni,” Mira gugup. Zuriana tersenyum.

“Dah lupa? Ingat tak, sebelum kita balik tu?” Mira teringat petang selepas tamat sukan antara sekolah dahulu. Sebelum pulang, Azlan mengajak mereka menangkap gambar kenangan. Selepas itu, Akmal mendekatinya dan mempelawanya bergambar bersama. Tetapi dia menolak sebab marah dengan Azlan dan Zuriana yang suka mengusiknya sepanjang mereka mengambil gambar kenangan.

“Korang tangkap gambar ni masa dia ajak aku tangkap gambar bersama?” Mira bertanya lagi. Zuriana angguk kepala.

“Tapi aku tak sangka pulak dia akan tarik tangan kau, dan kau pulak menoleh. Aksi spontan yang cantik. Aku suka gambar ni." Zuriana tersenyum lagi. Mira tunduk malu. Dalam hati dia akui, gambar itu memang cantik.

“Betul kau rindukan dia ni?” Mira tersentak kemudian berpaling memandang wajah Zuriana.

“Eh!! Merepek je kau ni. Mana ada.” Mira berdalih. Zuriana jungkit bahu kemudian berdiri membetulkan urat saraf.

“Kau dah sembahyang?” Zuriana bertanya sebelum langkah kaki diatur menuju ke bilik air.

“Heheheeee….Sorry. aku cuti,” Mira tersengih.

“Awalnya. Aku belum lagi. Biasanya sama dengan kau,” Zuriana garu kepala.

“Mungkin esok. Tak pun, entah-entah petang nanti keluar lah tu,” Mira tersengih lagi. Ketika Zuriana berlalu ke bilik air. Mira sekali lagi melihat gambar tersebut. Wajah yang tenang dan bersahaja itu disentuh perlahan. Timbul satu perasaan yang sukar untuk dia tafsirkan.
Seminggu berlalu dengan pantas. Mira sekali lagi merasakan sesuatu akan terjadi pada dirinya. Tetapi dia tidak tahu apa yang bakal terjadi itu. Debaran di dada semakin kuat.

“Zu, aku rasa tak sedap hati, lah. Rasa macam ada seseorang sedang memanggil-mangil nama aku,” Mira gelisah. Zuriana hairan melihat temanya itu. Semakin hari, perangai Mira semakin pelik.

“Kenapa ni? Siapa yang panggil kau? Semakin hari, perangai kau semacam je aku tengok.” Zuriana juga bimbang melihat temannya itu.

“Zu…Kalau dia datang?” Mira tiba-tiba bertanya. Zuriana pandang wajah Mira.

“Siapa yang nak datang? Budak lelaki tu? Aku rasa, kalau dia datang ke sini, memang kau akan pengsan,” Zuriana tergelak. Mira berdengus. ‘Macamana jika betul Akmal datang?’ Mira garu kepala.

No comments:

Post a Comment