klik untuk ke blog di alam angker

Friday, November 6, 2009

ALiA
bahagian 1/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/






"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


 



Ros!!!! Jagalah kau. Kalau aku dapat kejar kau, aku patah-patahkan kau punya tulang, biar padan muka kau,” Fizan menjerit marah. Sara, Imah, Alia, Maziah, Hafiz, Ajay dan Ariy ketawa melihat gelagat Ros dan Fizan. Adegan kejar mengejar memang menjadi rutin mereka apabila tamat kelas.




“La… kamu berdua ni, dah takde keja lain ke? Tiap-tiap hari bergaduh. Macam budak kecil.” Sara menggeleng kepala.



“Apa nak dihairankan, hari-hari macam tu, hari ni giliran Ros dan Fizan, esok Ariy dan Imah, lusa pulak Alia dan Ajay. So, apa yang nak dihairankan. Dah jadi kebiasaan kita,” Maziah tergelak.




“Aduh!!!!! Mangkuk betullah. Sakit kepala aku ni.” Ariy marah bila kepalanya terkena sesuatu yang keras.



“Hahahahhaah… aku ingatkan batu tadi, sorry ye Ariy. Heheheehhe,” Dengan selamba Imah mengaku salah. “Sorry? Meh sini kepala kau, aku bagi kau rasa sikit,” Ariy mengejar Imah.



“Padan muka. Ariy, dia nak lontar kat aku, tetapi terkena kau. Maklumlah tangan Imah tu senget. Bila dia nak kenakan aku, asyik terkena orang lain je, tu yang dia bengang,” Ajay ketawa melihat wajah Imah yang mencuka.



“Kau je yang bernasib baik, asyik berlindung kat belakang Ariy.” Imah mengejek Ajay.



“Ariy, kenapa kau baik sangat dengan Ajay tu?” Imah bertanya sambil berpeluk tubuh. “Korang nak tau?” Alia menyampuk. Semua mata memandang wajah cerah milik gadis comel itu.




“Kenapa?” Soal mereka serentak.




“Sebab…… Ajay ni anak manja. Nanti kalau Ariy marah dia, balik rumah hujung minggu ni, dia mengadu kat mak dia. Ariy pulak yang kena marah.” Alia tersenyum lucu melihat wajah Ariy dan Ajay yang tidak puas hati.




“Apa punya jiranlah kau ni, tak dapat simpan rahsia betul,” Ajay dan Ariy mencubit pipi Alia yang nipis itu.




“Oiiiiii…… Sakitlah. Cubit tempat lain boleh tak, pipi aku jugak yang mangsa,” Alia menggosok pipinya yang kelihatan merah.




“Wah!!!!! Cantik pulak aku tengok pipi kau yang merah ni Alia,” Fizan meneliti wajah Alia. “Ha…. Ni kau punya cantik,” Alia memukul bahu Fizan yang semakin menghampiri mukanya.




“Fizan, yang kau jolok sarang tabuan tu kenapa?” Hafiz menyampuk. “Hafiz, kau diam. Nak kena jugak?” Alia sedia untuk bagi buah tangan ke muka Hafiz. Hafiz segera menjauhkan diri dari Alia. Alia memang garang. Tetapi dia baik hati.




“Garang nya. Lelaki pun takut nak dekat kat kau tau. Kalau kau tak berubah, alamatnya, membujanglah kau sampai ke tua,” Hafiz sengaja membuat Alia marah. Marah Alia seketika sahaja. Mereka bekejaran lagi. Riuh rendah sekali di sepanjang jalan menuju ke asrama.



“Yah, kau tau tak, kelmarin ada pelajar baru masuk kelas kami. Sombong giler. Muka boleh tahan jugak, tapi, bila Shila tegur dia, dia langsung tak layan. Fizan pun ada jugak tegur dia, dia senyum sikit camni,” Sara tersenyum sikit.




“Betul ke? Nanti kau tunjuk kat aku budak tu. Hensem sangat ke budaknya?” Maziah bertanya. Mereka yang lain leka kejar mengejar. Memang perangai mereka yang suka bergurau-senda ketika balik dari sekolah.




“Alia…. Hati-hati, ada….” Maziah tutup mulut. Mereka yang lain tergelak bila melihat Alia jatuh terduduk. Alia terus berdiri sambil meminta maaf.




“Maaf. Saya tak sengaja,” Alia mendongak memandang wajah lelaki yang dilanggarnya itu. Alia merenung wajah yang kurang jelas kerana terkena cahaya matahari.




“Buta ke? Hei… perempuan, mata kau letak kat mana ha? Kat kaki?” Alia tersentak bila dimarahi oleh lelaki tersebut.




“Aihhhh, Awak ni siapa? Tak sayang mulut ye? Memang mata saya letak kat kaki, Awak tak tahu ke?” Alia berdiri tegak sambil kedua-dua tangannya berada di pinggang. Lelaki tinggi lampai itu turut memandang Alia yang hanya setakat dadanya. Hafiz tarik tangan Alia untuk mengelak pergaduhan. Alia memang tidak suka mereka yang mudah melenting walaupun dia sudah minta maaf.




“Hafiz, lepaslah. Biar aku ajar dia sikit,” Alia semakin mara kehadapan sambil mendongak memandang wajah garang dan penuh jambang di mukanya, tetapi tetap hensem. ‘Harap muka je cantik, tapi perangai teruk,’ Syah Aiman berbisik sendirian. ‘Ni manusia ke monyet?’ Bisik Alia sambil tersenyum sikit. Bila mengingatkan lelaki tersebut memarahinya sebentar tadi, Alia mematikan senyumannya.
  

“Aku dah minta maaf tadi. Kau masih nak marahkan aku? Huhhhhh!!! Rugi betul aku minta maaf kat kau tadi. Kalau aku tau, jangan kata nak mintak maaf, aku tambah lagi… Monyet” Alia menyepak kaki lelaki tersebut.




“Padan muka,” Alia terus berlalu. Lelaki tersebut memandang hairan ke arah kumpulan pelajar tersebut.




“Sorry ye. Kawan saya tu memang panas baran sikit,” Ros memohon maaf sekali lagi bagi pihak Alia.




“Cakap kat kawan awak tu, jalan ni bukan tempat bergurau senda. Lagi satu, monyet kat hutan sana. Suruh dia belajar bezakan monyet dengan manusia, ye.” Pesan lelaki tersebut sambil menyapu sisa kotoran dikasutnya. ‘Perempuan apa yang perangai macam tu. Takde sopan santun langsung.’ Syah Aiman berbisik sendirian. Ros yang mendengar segera menghampiri lelaki itu dan duduk mencangkung dihadapannya.




“Heiii sedara…. Kalau kawan saya dengar apa yang awak cakap tu, confirm kena sebiji,” Ros menyentuh matanya kemudian berlalu meninggalkan lelaki tersebut.

No comments:

Post a Comment