klik untuk ke blog di alam angker

Monday, October 26, 2009

 CINTA tak KENAL siapa

oleh kaira syuma 

episode terakhir





“En.Azlan, ada orang nak jumpa. Sekarang dia sedang menunggu Encik di dalam bilik tetamu,” Nura menyampaikan pesan.

“Ok. Terima kasih,” Azlan terus menuju ke bilik tetamu. Nura memerhati langkah Azlan yang kemas dan teratur. Dia tertarik dengan penampilan ketuanya itu. dan sikap Azlan yang sentiasa menghormati orang lain, biarpun mereka berpangkat rendah darinya. Dan ramai pekerja yang memujinya dan menghormatinnya.
Sebaik sahaja pintu bilik tetamu terbuka, Azlan tersentak saat pandangan matanya menangkap seraut wajah yang sedang dirinduinya. Gadis manis itu tersenyum.
“Kenapa awak? Tak sangka saya datang sini?” Soalnya manja. Azlan tersenyum sambil berjalan perlahan menghampiri gadis tersebut.
“Erma apa khabar? Lama tak jumpa?” Azlan menjemput Erma duduk.
“Baik. Dah lama Bang Lan tak datang rumah. Mama dah bising tau,” Erma tersenyum lagi. Azlan merenung lama wajah yang murah dengan senyuman itu. Agak lama mereka berbalas renungan.
“Errrr… sebenarnya, Erma ada hal nak bagitau abang.” Erma memulakan bicara setelah agak lama mendiamkan diri.
“Apa dia?” Soal Azlan tenang. Wajah Erma kelihatan sedih.
“Saya akan ke Australia minggu depan tak tahu bila akan balik ke sini. Sebab tu saya datang jumpa abang ni.” Serta merta wajah Azlan berubah. Direnung wajah yang sedang tunduk itu.
“Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjadi teman berbual saya semasa saya sakit dulu. Kalau tak kerana abang, saya mungkin takde semangat nak hidup lagi,” Erma menyeka airmata yang menitis di pipi. Berat rasa hati hendak mengucapkan selamat tinggal buat insan yang berjaya mengetuk pintu hatinya.
“Kenapa ke Australia? Erma sambung belajar?” Soal Azlan perlahan sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Rasa kecewa kerana tidak dapat mengenali Erma dengan lebih rapat lagi.
“Saya nak cari kerja di sana. Lagipun papa dah benarkan.” Erma bersuara perlahan. Mengharapkan Azlan menghalangnya dari pergi. Namun semua itu hanya sia-sia, kerana Azlan tidak menyukainya.
“Jauhnya membawa diri. Sunyilah abang kelak,” Azlan merenung gadis manis itu. Rasa rendah diri menjarakan mereka. Azlan merasa dirinya tidak sesuai bergandingan dengan Erma yang sangat dikenali dan juga berharta.
“Errrr..abang…. sebelum Erma pergi. Erma ada perkara nak bagitahu abang,” Erma memandang wajah Azlan dengan riak tidak yakin. ‘Kalau aku tak luahkan, aku akan menyesal kelak. Kalau dia tolak, aku tak rugi apa-apa,’ Bisiknya dalam hati. Azlan menunggu dengan sabar.

“Saya cintakan abang,” Ucapnya perlahan namun masih mampu didengari oleh Azlan. Azlan tersentak, dia merenung Erma yang tunduk memandang lantai. ‘Betul ke apa yang aku dengar ni?’ Azlan pula tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Erma cakap apa tadi?” Soalnya inginkan kepastian. Erma tetap mendiamkan diri. Rasa menyesal ada jugak dan yang penting ras malu semakin menghimpit dirinya.
“Erma yakin dengan perasaan Erma?” Azlan bertanya.
“Anggap saja Erma tak pernah cakap. Erma minta diri dulu,” Erma segera mencapai beg tangannya dan bersedia untuk beredar.
“Tunggu,” Azlan menarik tangan Erma.
“Abang nak dengar sekali lagi. Ucap sambil pandang mata abang,” Azlan tersenyum. Erma terpana.
“Abang pun cintakan Erma, tapi abang tiada apa-apa. Abang tak beharta. Rupa pun tak hensem. Erma nak jugak?” Azlan bertanya sambil bergurau. Erma tunduk dan hanya bahunya sahaja yang kelihatan terangkat-angkat.
“Erma menangis?” Erma geleng kepala.
“Laaaa….Bisu pulak,” Azlan menepuk bahu Erma.
“Kalau Erma pergi, abang nak kahwin dengan siapa?” Erma angkat muka merenung Azlan yang tersenyum padanya.
“Abang….” Erma memandang wajah Azlan.
“Abang baru je nak suruh mak abang pergi pinang Erma Farhana binti Tuan Hj.Rashid untuk jadi isteri abang. Ingat nak batalkan bila Erma bagitau nak pergi jauh,” Erma pukul dada Azlan yang tersenyum senang.
“Abang jahat. Suka buat Erma sedih,” Erma peluk Azlan erat.
“Upsss.. tak boleh lagi. Batal air sembahyang,” Azlan menolak tubuh Erma. Erma tunduk malu.
“Terima kasih bang,” Azlan turut sama tersenyum kemudian ketawa bebas.
“So, macamana. Tak jadi pergi?” Azlan bertanya lagi. Erma geleng kepala. Kemudian mengeluarkan tiketnya lalu diserahkan kepada Azlan.
“Wah!!!! Hari ni nak pergi, baru nak cakap dengan abang?” Azlan mengoyak tiket tersebut tanpa sempat Erma menghalangnya.

“I love you,” Azlan pula mengucapkan kalimah keramat itu. Erma tersenyum bahagia.

“Terima kasih abang,” Mereka berbalas senyuman.


- Tamat-

No comments:

Post a Comment