klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, October 29, 2009

 KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 2 
oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





“Wah!!!!! Kalau kau kekalkan corak larian kau ni, aku yakin kau ada harapan menang pinggat emas tahun ni,” Suara Zainal memuji rakannya yang keletihan digarisan penamat. Seminggu lagi, sukan antara sekolah akan diadakan. Semua sekolah menengah bahagian Zon 8 akan turut serta.


“Aku tak yakin sangat sebenarnya. Kita tak tahu aku ok ke tak waktu tu kelak,” Akmal merendah diri.



Ala… Aku yakin kau ok.” Zainal berkata yakin. “ Akmal, Zainal… sini kejap,” Cikgu Hasnol memeanggil mereka berdua. Meraka berlari menghampiri guru sukan mereka.



“Ni kertas acara hari sukan tu nanti.” Katanya sebaik sahaja kertas tersebut sampai di tangan mereka berdua.
“Nampaknya acara kamu semuanya berturut-turut. Selepas 200m, kamu kena lari 4 x 400m lagi. Saya rasa awak tak perlu ambil 4 x 400m tu. Takut nanti awak penat,” Cikgu Hasnol berkata perlahan. Akmal membelek kertas acara itu. Agak lama dia mendiamkan diri.




“Saya rasa saya nak ambil 4 x 400m je. Dan main bola masa kedua. Boleh kan?” Akmal bertanya. Cikgu Hasnol merenungnya.



“Hehh… apa pulak tak ambil 200m? Larian kau ok apa. Lagi pun masa rehat pun banyak. 4 x 400m tu, lama tau.” Zainal memarahi temannya.



“Bagi orang lain pulak. Aku tak yakin dapat menang.” Dengan selamba Akmal menjawab. Zainal geleng kepala.



“Kalau macam tu, kita suruh Roland je yang ganti kamu acara 200m tu,” Akmal angguk kepala. Mereka meneruskan latihan tanpa menghiraukan rakan-rakan yang lain.


“Al, tengok…. Dia datang.. dengan lenggang lenggoknya… dia datang,” Zainal menyanyi bila melihat seorang gadis datang menghampiri mereka sambil tersenyum.


“Alamak!!!! Mati aku,” Akmal tersenyum kelat. Dia bersedia untuk melarikan diri, tetapi sudah terlambat. Faridah terlebih dahulu menarik bajunya.


“Hai Akmal. Sukanya tengok awak dalam keadaan macam ni. Bila berpeluh, awak nampak semakin seksi,” Faridah tersenyum sambil merenung manja wajah Akmal. Akmal garu kepala sambil tersenyum paksa. Zainal buat muka geli.


“Terima kasih. Errr… saya nak teruskan latihan ni,” Akmal memberi alasan.


“Kenapa asyik nak elakkan diri ni? Dah lama kita tak berborak. Rindulah,” Ucapnya tanpa segan silu menarik tangan Akmal.


“Akmal, aku akan ikut korang jugak. Cikgu Asmah yang pelawa. Aku boleh jaga peti kecemasan. Jadi, dapatlah kita bersama,” Faridah tersenyum senang. ‘Dia pergi jugak?’ Akmal tersengih. Dalam hati dia mengutuk Faridah.


“Akmal, cepat lagi. Kita nak teruskan latihan ni,” Jerit Zainal marah.


“Ok.” Akmal bersedia untuk beredar.


“Eh…. Kenapa cepat sangat. Saya belum puas lagi berborak dengan awak.” Faridah menjerit marah bila Akmal meninggalkannya.


“Apalah kau ni. Kau tak malu ke buat macam tu. Semua orang pandang kau. Kami nak berlatih bukannya nak melayan kerenah perempuan macam kau ni,” Zainal berkata marah. Zainal memang tidak suka akan perangai perempuan yang mengada-ngada seperti Faridah itu. Faridah berdengus geram dan menjeling tajam wajah Zainal.



“Maaf Ida, kami nak berlatih ni. Bila ada masa nanti, kita berbual,” Akmal berkata lembut. 

Malas mahu melayan kerenah Faridah. Faridah tersenyum bila Akmal berlembut dengannya.


“Ok. Jangan lupa tau,” Katanya sebelum beredar. Akmal, Zainal dan rakan-rakan yang lain meneruskan latihan mereka.


****************************



No comments:

Post a Comment