klik untuk ke blog di alam angker

Friday, October 16, 2009

 CINTA tak KENAL siapa

oleh kaira syuma 

episode 1



“Sarah, tunggu dulu. Please, jangan tinggalkan saya.” Azlan menarik tangan Sarah. Gadis yang dicintainya sejak dua tahun lalu.

“Sudahlah, Lan. Saya dah letih menunggu. Saya sudah tidak menaruh harapan lagi pada awak. Kita berpisah saja. Ianya baik kita berdua. Tapi kita tetap berkawan. Saya tak boleh tunggu lama sangat dan umur kita pun semakin meningkat.” Sarah merenung wajah sedih itu. Bukan niatnya untuk berpisah dengan Azlan, pemuda itu terlalu banyak berkorban untuk dirinya. Namun, dia harus akur dengan pilihan keluarganya untuk menjodohkannya dengan orang yang sama taraf dengan keluarganya. Begitu banyak rintangan yang mereka lalui sepanjang tempoh dua tahun ini, namun nampaknya, semua itu menjadi sia-sia.
“Saya tahu, saya tidak kaya seperti keluarga awak. Dan atas sebab itu, mereka menghalang perhubungan kita. Sungguh tak sangka, setelah saya cintakan awak sepenuh hati, ini kesudahannya.” Azlan berkata perlahan seolah-olah menyesal dengan apa yang telah terjadi. Sarah mendiamkan diri. Rasa bersalah kerana memaksa Azlan menerima cintanya dahulu.

Empat tahun lalu Azlan merupakan anak muda kampung yang mencari rezeki di Bandar. Pertemuan pertama mereka ketika Azlan menunggu bas untuk ke tempat kerja. Sarah pula baru keluar dari kereta dan tiba-tiba ada sebuah motorsikal di pandu laju dan hampir melanggar Sarah. Azlan yang melihat kejadian itu segera menarik Sarah ke tepi. Dan Sarah yang merasa terhutang budi pada Azlan menghulurkan salam perkenalan.
Pertemuan mereka bukan setakat itu sahaja, rupa-rupanya, Syarikat Nur Sara Sdn. Bhd. tempat Azlan bekerja adalah anak Syarikat Nur Fatin Sdn. Bhd. Iaitu syarikat yang dimiliki oleh ayah Sarah, Tan Sri Ahmad seorang ahli perniangaan terkenal di Bandar tersebut.

Semakin hari hubungan mereka semakin rapat dan Sarah mula meluahkan perasaannya pada Azlan. Bagi Azlan pula, menerima Sarah adalah sesuatu yang mustahil memandangkan mereka berbeza taraf. Lebih setahun Sarah cuba memikat Azlan sehingga Azlan akhirnya mengalah dengan kuasa cinta Sarah. Perhubungan mereka juga tidak berjalan lancar, kerana banyak penghalang. Terutama ahli keluarga Sarah sendiri yang mahukan anaknya berkahwin dengan lelaki yang sama taraf dengan anak mereka. Seringkali hati Azlan terluka dengan kata-kata yang dilemparkan oleh ahli keluarga Sarah. Akhirnya, apa yang ditakuti oleh Azlan terjadi juga.

“Maafkan saya, Lan. Bukan niat saya membuat Lan sedih. Tapi saya dah cuba hidup sederhana dan belajar hidup susah. Namun memang saya tak mampu, dan saya tak mahu awak kecewa suatu masa nanti. Lebih baik kita akhirinya dengan secepat mungkin. Segala kenangan bersama awak akan saya simpan dalam hati.” Sarah berlalu meninggalkan Azlan yang tertunduk lemah. Retak seribu hatinya mengenangkan cinta pertamanya tidak sampai kepenghujung.

‘Aku mesti kuat. Dia memang bukan jodoh ku. Aku tak layak bersamanya. Kalaulah dulu aku bertegas tidak menerima cintanya, mungkin semua ini tidak akan terjadi.’ Azlan berbisik sendirian.

“Hai. Beb, kenapa ni? Monyok semacam je aku tengok? Kena tinggal kekasih?” Suara Norman menampar cuping telinganya. Azlan hanya mampu tersenyum.
“Entahlah Man. Memang benar apa yang kau cakap dulu. Kami memang takde jodoh.” Azlan berkata perlahan. Norman duduk di sebelahnya sambil menepuk bahu temannya itu.
“Kau nak kongsi masalah dengan aku? Ceritalah, jangan simpan dalam hati,” Norman memang sahabat yang baik. Dia adalah teman serumah yang cukup memahami dan sering member nasihat yang berguna padanya. Kalau tidak kerana Norman, dia mungkin sudah menjadi salah seorang Mat Rempit. Dengan pengalaman yang cetek, hidup di kota besar itu, hampir membuatkan ramai pemuda hilang pertimbangan dan mudah terjebak dengan gelaja buruk.
“Keluarga dia nak jodohkan dia dengan anak kawan mereka. Aku dengar, anak rakan kongsi bapak dia.” Azlan tersandar lesu di kerusi.
“Sudahlah. Tak payah difikirkan lagi. Mungkin jodoh kau dengan gadis yang jauh lebih baik dan lebih cantik dari Sarah.” Norman menepuk bahu Azlan. Azlan tersenyum lemah.

“Ye. Harap-harap doa kau dimakbulkan.” Azlan turut berdoa di dalam hati.


                                                                                         ***bersambung
 

No comments:

Post a Comment