klik untuk ke blog di alam angker

Friday, October 30, 2009

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 3

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





“Kalau ikutkan hati, aku malas nak pergi. Kau tahu, kan. aku tak minat perkara macam ni?” Mira mengeluh sambil menompang dagu di atas mejanya.


“Alah… kau ni. Bukannya kita perlu berada kat padang tu. Kita duduk kat bilik rawatan je.” Zuriana berkata marah.


“Sekurang-kurangnya, kau dapat tengok keikhlasan Mazlan tu.” Zuriana mengapi-apikan sahabatnya.


“Er… jangan bagitau dia aku ikut serta ye. Aku tak suka. Nanti asyik tengok muka dia je kat bilik rawatan tu.” Mira berpesan kepada kawannya. Mira menghulur sebungkus nasi lemak kepada Zuriana.

Ketika itu dia terpandang parut ditangannya. Kesan gigitan yang tidak hilang sejak 10 tahun yang lalu. ‘Ke mana dia pergi ye,’ Bisiknya sambil menyentuh parut itu. Terasa debaran didadanya semakin kuat saat parut itu di sentuh. ‘Masihkah dia ingat kat aku?’ Mira melayan perasaan.

Leka seketika sehingga gelagatnya di perhatikan oleh Zuriana.


“Hoi.. yang kau termenung ni kenapa?” Zuriana menolak bahu temannya. Mira tersengih. Terlupa yang dia bersama Zuriana.


“Cantik parut kau. Bila kau dapat tu?” Soal Zuriana. Sekian lama soalan yang sama ingin ditanya. Mira tersenyum kecil. Dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun tentang parutnya itu.


“Ni, tanda persahabatan aku dengan seseorang.” Katanya sambil tersenyum.


“Tanda persahabatan atau tanda pergaduhan? Sampai macam tu sekali. Tentu sakit kan? Berdarah tak?” Zuriana bertanya bertubi-tubi.


“Mestilah sakit. Sampai berdarah dia gigit. Tapi lepas tu aku pulak gigit tangan dia. Baru adil,” Mira tersenyum.


“Siapa budak tu? Aku kenal ke?” Zuriana bertanya.


“Kau tak kenal. Ni lah tanda permulaan persahabatan kami. Selepas tu, kami jadi kawan baik. Baru kenal beberapa bulan, dia pulak berpindah. Dengar cerita ayah dia naik pangkat. 10 tahun dah berlalu, aku tak pernah dengar cerita tentang mereka lagi. Nama dia pun aku dah lupa.” Mira memandang ke depan.


“Hai Mira,” Mazlan menghampiri mereka berdua.


“Hai…” Jawabnya lemah. Lelaki tampan itu tersenyum manis. Mira tidak tahu kenapa Mazlan meminatinya. Sedangkan ramai lagi gadis lain yang terkejar-kejar cintanya, tapi Mira juga yang dia kejar.


“Cikgu Aliyah ada bagi tau tugas kau masa sukan kelak?” Soalnya sambil duduk dihadapan Mira. Merenung wajah bersih yang sukar untuk ditakluki hatinya.


“Owhhhh!!! Kau yang suruh Cikgu Aliyah beri tugas kat aku? Aku malaslah nak buat tu semua,” Mira menyandar di kerusi.


“Ye aku tau. Sebab tu aku suruh kau duduk kat bilik je. Mulanya dia nak letak kau jaga kat padang, aku bagi tau dia yang kau tak tahan panas.” Mazlan tersengih.


“Terima kasih banyak-banyak ye.” Ucap Mira separuh hati. ‘Nak ambil hati akulah tu,’ Bisiknya dalam hati. Mazlan tersenyum.



******************


No comments:

Post a Comment