klik untuk ke blog di alam angker

Friday, October 16, 2009


 CINTA tak KENAL siapa

oleh kaira syuma 

episode 2




Sudah hampir setahun Azlan dan Sarah berpisah. Sarah juga sudah melangsungkan perkahwinan dengan anak Datuk Hamid. Azlan sudah tidak bekerja di Syarikat Sara Sdn.Bhd lagi. Dia mendapat tawaran bekerja di Syarikat Addin Sdn. Bhd. Sebagai Pegawai Executive. Mujur dia memanfaatkan peluang ketika bekerja di tempat lama dahulu dengan menyambung pengajian secara sambilan.

Kini Azlan mampu memiliki Proton Gen-2 warna biru metallic dan memudahkan dia hendak ke tempat kerja. Suatu hari, terjadi perkara tidak diingini, apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan melanggar Honda City milik seorang gadis. Lebih menyedihkan, gadis tersebut cedera parah dan terpaksa dimasukkan ke ICU untuk tempoh yang agak lama.

“Tuan, saya minta maaf kerana cuai sehingga menyebabkan anak tuan cedera parah.” Azlan memohon maaf. Wajah tua itu hanya tersenyum mesra.
“Sudahlah, nak. Memang nasib dia, kita tak tahu apa yang akan terjadi. Pak cik tahu, kamu tidak bersalah. Laporan kemalangan tu mengatakan anak pak cik tu yang bersalah. Jangan risau,” Lelaki tua itu menepuk mesra bahu Azlan. Azlan geleng kepala.
“Tidak tuan, saya juga bersalah, kerana gagal mengawal kereta saya.” Azlan tetap merasa bersalah sehingga menyebabkan anak lelaki tersebut terlibat dalam kemalangan.
“Sebenarnya, kami yang menyebabkan Erma kemalangan. Kami memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Pada hari itu, dia keluar rumah dalam keadaan marah-marah sehingga dia hilang kawalan. Kamu jangan salahkan diri lagi. Doctor pun cakap dia sudah agak stabil biarpun masih belum sedarkan diri,” Tuan Haji Rashid tersenyum ramah. Hajah Aminah juga turut sama tersenyum melihat kerisauan anak muda itu.

Semenjak itu, Azlan sering berulang-alik ke hospital menjenguk gadis yang bernama Erma itu. Erma disahkan koma dan tidak tahu bila akan sembuh. Kedatangan Azlan juga disambut baik oleh ahli keluarga Tuan Hj. Rashid. Azlan senang dengan layanan yang diberikan oleh keluarga tersebut. Walaupun mereka kaya, namun rasa hormat dengan orang lain tetap ada dan mereka juga suka merendah diri berbeza dengan ahli keluarga Sarah.


“Buatlah macam rumah sendiri. Pak cik nak ke atas dulu.” Tuan Hj. Rashid menyuruh Azlan duduk sementara dia sendiri terus ke tingkat atas menuju ke bilik. Sementara menunggu Tuan Hj.Rashid turun, Azlan memerhati gambar-gambar yang digantung di dinding rumah banglo itu. Gambar keluarga. Azlan leka memerhati satu persatu wajah di dalam bingkai itu. Setiap mereka tersenyum mesra dan seraut wajah yang lembut menyapa matanya. Senyuman yang memikat, dan renungan yang menusuk ke dasar hatinya. Azlan segera melarikan anak matanya dari merenung gambar gadis itu. Namun seketika kemudian dia memandang lagi. Perasaan yang sama datang kembali.

“Hai, Azlan. Bila sampai?” Azlan tersentak bila di tegur oleh seseorang. Azlan berpaling.
“Hai. Abang Han. Saya baru juga sampai. Pak cik baru je naik ke bilik. Abang apa khabar?” Soalnya ramah. Farhan, anak sulong keluarga kaya itu. Dia memang ramah dan mudah mesra.
“Abang sihat. Isteri dan anak-anak abang pun sihat. Lan dah minum?” Soalnya sambil menjenguk ke dapur.
“Kak Mimah, sediakan air,” Laungnya dari ruang tamu.
“Macamana kerja? Ok?” Farhan bertanya sambil memandang wajah pemuda di sebelahnya itu.
“Alhamdulillah. Setakat ini ok. kadang-kadang je rasa susah sangat. Tapi nak buat macamana, dah kerja kita.” Azlan menjawab tenang. Farhan angguk kepala. Dia senang dengan perwatakan Azlan yang sederhana dan menghormati orang lain.
“Ha… Han, dah balik? Nisa dan budak-budak tu, tak ikut sekali?” Tuan Hj.Rashid menegur anak sulongnya.
“Tidak, Bah. Saya dari pejabat tadi dan tergerak nak singgah kat sini. Rupa-rupanya abah ada tetamu. Dah lama juga tak bersembang dengan Azlan ni.” Azlan tersenyum.
“Ye. Tu sebab abah ajak dia balik rumah sekejap. Baru tadi terserempak dengan dia kat hospital tu.” Tuan Hj.Rashid duduk sama. Kini sudah hampir 6 bulan Erma koma dan hubungan Azlan dan keluarga itu juga berjalan lancar. Ada keserasian antara mereka menyebabkan mereka mudah mersa.
“Lan, kamu selalu sangat ke hospital tu, kekasih kamu tak cemburu?” Soal Farhan tiba-tiba. Azlan terbatuk mendengar soalan yang tidak disangkanya itu.
“Siapa pulak yang nak cemburu. Kekasih pun takde lagi ni. Takde orang nak.” Jawabnya merendah diri. Farhan dan ayahnya tergelak bila melihat wajah Azlan yang merona merah. Malu mungkin.
“Mustahil orang tampan macam kamu ni takde kekasih. Takde orang minat?” Farhan mengusik Azlan yang jelas tersipu malu.
“Sekarang berapa umur kamu?” Soal Tuan Hj.Rashid.
“27 tahun, pak cik.” Jawabnya tenang. Walaupun perasaan malu bila di usik oleh Farhan masih bersisa lagi.
“Sama umur dengan Hanis. Anak nombor 3 pak cik. Erma tu, dia anak bongsu pak cik. Tahun ni dia dah 24 tahun. Dia manja dan sering menghiburkan kami semua. Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang yang pemarah dan degil semenjak dia belajar di Australia. Perangai dia berubah sama sekali. Dan pak cik berharap, kalau dia sedar nanti, pak cik akan jaga dia sebaik mungkin supaya dia kembali pada Erma yang ceria dan menghiburkan.” Azlan turut berdoa di dalam hati semoga Erma sedar dari tidurnya yang panjang itu.
Setiap hari, Azlan membawa sejambak bunga untuk di hadiahkan kepada Erma. Sebelum masuk kerja dan juga selepas habis waktu kerja, Azlan akan menemani Erma. Dia bercerita macam-macam dan juga membaca majalah atau surat khabar setiap pagi. Suatu hari, Azlan menerima panggilan dari Farhan yang mengatakan Erma sudah sedar dari koma. Ketika itu, Azlan tidak dapat balik ke Malaysia, kerana ada kursus di Beijing selama sebulan.

Walaupun rasa kecewa sebab tidak dapat berada bersama menyambut berita gembira itu, Azlan tetap berdoa semoga Erma sentiasa sihat walafiat. Azlan termenung seketika setelah perbualan mereka tamat. ‘Kenapa aku merasa sedih? Sepatutnya, aku gembira, sebab dia sudah sembuh dan keluarga dia sudah mampu tersenyum,’ Azlan bertanya pada dirinya sendiri. Sepanjang sebulan di Beijing, Azlan melawat tempat- tempat peranginan ketika tidak ada kursus. ‘Selepas ini, aku tidak akan berjumpa dia lagi, dan tidak dapat menatap wajah lembut itu,’ Bisiknya halus.

Azlan bingung dengan perasaannya. Rasa kehilangan sejak dia berada di Beijing, tetapi dia tidak tahu apa yang hilang itu.

                                                                                                                                                   ***bersambung

No comments:

Post a Comment