klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, October 1, 2009

.




RAHMAT DISEBALIKNYA SIRI I


SEGALANYA MILIK ALLAH
SETIAP KEJADIAN ADA RAHMATNYA DAN ADER PETUNJUKNYA...


GEMPA DI PADANG SUMATERA,INDONESIA


BIAR GAMBAR MENCERITAKAN DERITA YG SEBENAR.
AL FATIHAH BUAT MANGSA GEMPA BUMI.
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.









75 korban gempa di Sumatera

SUMBER UTUSAN MALAYISA

JAKARTA 30 Sept. - Sekurang-kurangnya 75 terbunuh manakala beribu-ribu lagi terperangkap dalam sisa runtuhan akibat gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter menggegar bahagian barat pulau Sumatera hari ini.

Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengumumkan jumlah kematian tersebut pada sidang akhbar di Padang, sejam selepas kejadian gempa berlaku.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa berlaku pada kedalaman 87 kilometer di bawah laut pada pukul 5.16 petang (6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, tetapi kemudiannya menarik balik amaran tersebut.

Gegaran dapat dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.

Tiada laporan tentang ombak besar atau kecederaan setakat ini.

Gegaran turut merobohkan bangunan, memusnahkan rumah, meruntuhkan jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.

"Beratus-ratus rumah roboh, beberapa bangunan hotel musnah dan jambatan telah runtuh," kata ketua Geofizik Indonesia dan agensi meteorologi amaran tsunami, Rahmat Triyono. - Agensi

No comments:

Post a Comment