klik untuk ke blog di alam angker

Wednesday, October 28, 2009


 KEMBALI PULANG
 bahagian 1
oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/






“Kalau nak main, boleh. Tapi….. dengan satu syarat,” Akmal tersenyum sambil memandang wajah rakan-rakannya yang juga sedang tersenyum. Mereka semua angguk kepala dan tersenyum nakal ke arah kanak-kanak perempuan itu.



“Apa syaratnya?” Soal Mira berani. Akmal masih tersenyum.



“Syaratnya ialah……. Aku akan gigit tangan kau,” Akmal menyambar tangan Mira lalu menggigit sekuat hati tangan lembut itu. Mira menjerit kesakitan. Airmata mengalir dengan laju seiring dengan suara tangisannya. Selepas menggigit tangan Mira, Akmal berlari entah ke mana bila ternampak darah di tangan Mira.


“Kenapa, Mira?” Puan Kalsom merapati anak jirannya itu.


“Akmal……. Akmal gigit tangan Mira.” Mira menangis teresak-esak.


“Akmal lagi. Budak ni nak kena agaknya. Mari ikut mak cik balik rumah,” Mira mengekori Pn.Kalsom. Pn. Kalsom mencuci luka tersebut. Jelas kelihatan 8 kesan gigi di tangan Mira. Pn. Kalsom menggeleng kepala bila melihat kesan gigitan itu.


“Ok. Nanti kalau Akmal balik rumah, mak cik pukul dia cukup-cukup. 

Nah minum ni dulu,” Mira minum air tersebut dengan rakus sekali. Beberapa minit kemudian, Akmal masuk ke rumah secara sembunyi-sembunyi. Tetapi perbuatannya dapat di kesan oleh Pn.Kalsom.


“Ha… Balik pun kamu. Sini..” Akmal menurut bila tangannya di tarik oleh Pn.Kalsom.


“Cepat minta maaf kat Mira. Kalau tak, jangan harap Akmal dapat main kat luar lagi,” Ugut Pn.Kalsom kepada anaknya. Akmal mencebik, dan cepat-cepat dia minta maaf. Akmal duduk di sebelah Mira sementara ibunya mengambil air untuknya. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Mira. Giliran tangan Akmal menjadi mangsa gigitannya.


“Aaaaaaaaa… mak…” Akmal menjerit. Kemudian kedengaran tangisan Akmal di ruang tamu rumah papan itu. 

Mira meminta maaf sebelum berlari pulang kerumahnya. Pn.Kalsom berlari ke ruang tamu bila mendengar jeritan Akmal. 

Dia tersenyum bila melihat Mira berlari setelah menggigit tangan Akmal. 

Kanak-kanak riang yang selalu menghiburkan hatinya itu memang nakal,sama seperti Akmal.



****************************************

No comments:

Post a Comment