klik untuk ke blog di alam angker

Saturday, May 8, 2010

TAKDIR 

episode 9




“Hello. Awak, cepat mandi, kejap lagi kita keluar. Ada kerja untuk awak,” Shima tercengang mendengar suara Azmy bercakap tanpa memberi salam terlebih dahulu. “Assalamualaikum,” Ucapnya tenang.

“Errr. Waalaikumsalam. Sorry,” Azmy meminta maaf padanya.

“Kerja apa tu. Masih awal lagi ni, mana ada orang mandi awal sangat ni,” Shima berkata malas.
“Takde alasan. Setengah jam lagi saya sampai, saya nak awak mandi dan berkemas cantik-cantik,” Azmy memutuskan talian.

“Suka hati dia je nak suruh aku mandi dan berkemas. Ingat aku ni apa ke? Rosak orang tua tu,” Shima membebel sambil kakinya melangkah menuju ke dapur. Dia terdengar suara orang menangis dari bilik ibu mertuanya. Perlahan Shima melangkahkan kaki ke bilik ibu mertuanya kemudian menjenguk dan ternampak Pn. Aznah sedang menangis sambil memeluk sesuatu.

“Mak cik, kenapa ni?” Soalnya ramah dan menyentuh bahu Pn.Aznah. Pn.Aznah tersentak bila di tegur oleh Shima.
“Keluar. Siapa suruh kau masuk bilik aku ni hahh,” Marahnya. Shima terkejut bila di tengking oleh wanita tua itu.
“Kita nak ke mana ni?” Soal Shima hairan.
“Mama awak macamana? Siapa nak temankan dia? Kak Arbi mana larat nak jaga mama awak tu?” Shima berkata keras.
“Kak Arbi dah biasa jaga mama.” Azmy menjawab tenang. Shima mengeluh. Sudahlah Azmy memandu kereta Farrari merahnya. Shima gembira juga kerana Azmy menurut kehendaknya. Senang sedikit urusannya bila ada kereta sendiri.
“Adalah. Kenapa pakai pakaian macam ni?” Soalnya kasar.
“Hoiiii…Cik abang, sesedap rasa je nak kutuk orang. Awak nak bawa saya ke mana ni? Nak jual saya dengan pelanggan syarikat kamu tu?” Soal Shima berang. Azmy tergelak mendengar Shima berkata demikian.
“Syarikat kami tu bukan jual manusia. Ikut je lah. Banyak tanya pulak dia,” Azmy malas mahu memberitahu Shima. Mereka singgah di sebuah butik kecantikan.
“Nura, tolong siapkan dia ni cantik-cantik. Ami tolong saya cari baju yang sesuai untuk dia ni ye,” Azmy mengarahkan dua orang pekerja kedai tersebut untuk membantunya memilih baju dan juga memasang make up untuk Shima. Shima pula seperti orang sasau mengikut sahaja apa yang dibuat oleh mereka ke atas dirinya.
“Huhhhrgggg…Bila lagi nak siap ni? Mengantuknya,” Shima menguap setelah agak lama mukanya di conteng dengan entah apa-apa.
“Teruk betullah perempuan ni. Duduk diam boleh tak?” Marah Azmy yang sedang memilih baju untuk dirinya sendiri pula. Sejam kemudian Shima di suruh mencuba busana muslimah pula.
“Wah!!!! Cantiknya.” Shima membelek baju yang ditayangkan dihadapannya itu.
“Puan nak pilih yang mana satu?” Soal Nura padanya. Azmy turut memilih bagi pihak Shima.
“Mi, I rasa dia sesuai guna baju ni.” Nura menunjuk baju warna krim yang lembut itu. Shima angguk kepala setuju.
“Ok. Awak pakai baju tu ye,” Shima angguk kepala. Kepalanya pula dilitupi kain selendang hitam berbunga halus yang di atur kemas. Azmy terpegun seketika melihat Shima yang cantik setelah dihias oleh sahabatnya. Perlahan Shima bergerak ke cermin untuk melihat wajahnya yang sudah diconteng bermacam-macam warna.
“Ahhhhh….” Shima menjerit. Semua pekerja di salon tersebut termasuk Azmy yang leka melihat kecantikan Shima terkejut bila mendengar jeritan Shima.
“Kenapa?” Soal Azmy cemas lalu menghampiri Shima dan menyentuh bahunya. Shima membelek mukanya di cermin.
“Tak nak. Kenapa muka saya macam ni? Eiiii,” Shima mencari tisu untuk membersihkan make up diwajahnya.
“Eh… Jangan macam ni. Penat-penat orang buat untuk dia, senang je dia nak buang. Awak cantik macam ni,” Azmy menghalang Shima dari membersih segala make upnya itu. Mereka yang lain tersenyum dan ada yang tergelak halus melihat Shima memuncung bibirnya.
“Ni kenapa merah sangat, tak selesalah. Kat pipi ni, kenapa letak warna merah. Muka saya dah bertukar warna pulak ni. Dah macam badut pulak. Tadi ok je, ni kenapa jadi warna merah?” Soal Shima bodoh. Nura geleng kepala melihat gelagat isteri muda temannya itu.
Setelah menjelaskan bil, Azmy menarik tangan Shima lalu di bawa ke kereta mereka dan beredar menuju ke hotel Merdeka Palace. Dan sepanjang jalan Shima merungut bila tidak Berjaya membuang segala warna yang melekat diwajahnya. Bulu mata palsu yang dipasang juga membuat Shima bertambah tidak selesa.
“Kenapa saya mesti pergi dengan awak?” Soal Shima marah. Azmy tersenyum.
“Awak tak pernah bermake up ke?” Azmy tersenyum nipis tanpa menjawab soalan Shima. Shima bengang.
“Nak buat apa kat sini?” Shima bertanya pelik. Azmy tersenyum senang.
“Temankan saya hadir jamuan yang Syarikat buatlah. Awak pasangan saya malam ni,” Azmy berkata perlahan. Mereka masih berada di dalam kereta dan belum bersedia untuk masuk ke dewan.
“Isteri awak mana? Kenapa dia tak tamankan?” Soal Shima pelik sambil tangannya masih bermain dibibirnya.
“Kenapa dia letak warna merah kat bibir saya ni?” Shima muncung bibirnya. Rasa tidak selesa membuatkan dirinya seperti cacing kepanasan.
“La…Awak pun isteri saya. Apasalahnya saya ajak awak ke majlis ni. Mereka nak juga jumpa awak. Dah 5 bulan kita berkahwin, mereka belum kenal awak lagi,” Azmy berkata lembut sambil menghalang tangan Shima yang sedang menyapu bibirnya dengan tisu. “Eiii…Tak nak saya jadi isteri awak. Ingat, kita hanya berlakon. Saya tak nak ada ikatan apa-apa dengan awak,” Shima berkata tegas.
“Ye..Tahu. Mira ada kerja di Singapore, jadi dia tak dapat temankan saya.” Azmy menjawab malas.
“Kalau macam tu, ini saya anggap kerja, kan?” Shima angkat kening saat Azmy memandangnya dengan riak terkejut.
“Awak kena bayar untuk malam ni,” Shima bersedia untuk keluar. Tetapi perbuatannya terhenti bila tangan sasa Azmy menghalangnya.
“Kalau macam tu, awak kena layan saya malam ni. Dan saya akan bayar awak berapa saja yang awak minta,” Azmy mencengkam kuat tangan Shima.
“Hanya mereka yang melayan lelaki sahaja yang akan minta bayaran untuk layanan mereka. Awak pun nak jadi salah seorang dari mereka?” Shima tersentak dan membalas renungan Azmy yang tajam itu.
“Kenapa dengan awak ni? Saya bukan perempuan murahan.” Shima melenting. Wajah Azmy yang jelas tegang itu ditatap dengan perasaan benci.
“Hanya pelayan sahaja yang minta khidmat mereka dibayar. Apa bezanya dengan awak yang meminta bayaran walaupun hanya menemani suami sendiri ke majlis makan malam?” Azmy pula menyoal Shima sehingga membuatkan Shima terdiam membisu.
“Awak sendiri yang menjadikan saya seperti ini. Kan saya dah kata dulu yang saya tak mahu berkahwin dengan awak. Dan saya dah anggap ini adalah pekerjaan saya dan awak serta isteri awak tu adalah majikan saya. Awak yang patut ingat perjanjian kita. Setiap kali awak perlukan saya, awak mesti bayar dan syarat yang utama, awak tidak dibenarkan menyentuh saya. Faham!!!!” Shima menepis kasar tangan Azmy yang sedang menggenggam erat lengannya. Shima memboloskan diri keluar dari kereta Farrari merah itu. Azmy mengeluh lemah.
Azmy menarik tangan Shima semula merenung wajah sedih itu. Shima sememangnya cantik tetapi tidak menonjol sebab Shima sendiri tidak suka bermake up. Cukuplah dengan memasang bedak asas dan sedikit pemerah bibir.
“Maaf. Tapi tolong ye, jangan malukan saya malam ni. Baiklah kita ikut seperti yang awak nak.” Shima menjeling sekilas wajah penuh mengharap lelaki yang sedang memujuknya itu. Akhirnya Shima angguk kepala. Malas mahu berdebat dengan lelaki yang tidak faham perasaannya. Tangan Shima tidak lepas dari genggamannya ketika masuk ke bilik jamuan. Beberapa orang begitu ramah menegurnya dan ada juga yang memujinya. Mereka tahu yang Shima adalah isteri nombor dua Azmy. Ada juga yang tersenyum mengejek, yang perempuan lah, dan bagi Shima itu perkara biasa. Sebab dia pernah lalui perkara yang lebih teruk dari itu.
Sepanjang majlis tersebut, Shima dan Azmy asyik berkepit sahaja sehinggakan ada antara mereka yang menegur mereka. Azmy tersenyum bangga bila mendengar orang memuji kecantikan Shima pada malam itu.
“Tuan, isteri tuan pandai menyanyi tak? Tolonglah nyanyikan sebuah lagu untuk majlis ni,” Salah seorang staf mereka memberi cadangan. Azmy tersenyum memandang Shima. Shima kerutkan dahi dan kemudian geleng kepala. Azmy buat muka kasihan, hanya mereka sahaja yang tahu bahasa isyarat yang mereka gunakan. Shima tetap menolak dan Azmy masih memujuk dan beberapa saat kemudian, dia berbisik ke telinga Shima.
“Ok. yang ini pun saya akan bayar,” Shima pandang wajah Azmy tidak percaya, Azmy angguk kepala. Shima mengeluh namun kemudian dia mengukir senyuman sambil mengangguk kepala.
Semua hadirin bertepuk tangan bila Shima berdiri dan naik ke pentas. Azmy tersenyum melihat Shima yang ayu sekali dan sesuai sangat dengan baju yang dipakainya itu. Semua mata tertumpu padanya membuatkan jantung Shima berdegup kencang. Muzik dimainkan setelah Shima memberitahu mereka lagu yang dia pilih. Suasana di dalam dewan senyap mendengar Shima menyanyi lagu ‘Wanita’ nyanyian Dato Siti Nurhaliza.

Tepukan gemuruh kedengaran di dalam dewan sebaik sahaja Shima tamat membuat persembahan. Azmy tersenyum bangga bila ada yang memuji kelunakan suara Shima menyanyi. Apabila Shima datang dekat dengannya, dengan selamba dia mengucup dahi Shima lembut di hadapan tetamu lain sehingga membuatkan keadaan riuh seketika melihat adegan romantis mereka. Shima yang terkejut dengan tindakan spontan Azmy hanya tunduk malu sementara Azmy pula tersenyum bila mengingatkan perbuatannya sebentar tadi. Keliru.

“Wah!!! Pasangan yang romantic dan secocok pada malam ini.” Suara pengacara majlis menambahkan lagi rasa malu Shima dan Azmy hanya tersenyum senang. Shima tersenyum manis, namun dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa geramnya dia bila Azmy sengaja mengambil kesempatan. Sepanjang majlis berlangsung sedikit pun Azmy tidak meninggalkannya sendirian dan itu membuatkan Shima tidak merasa terasing dalam suasana mewah itu.

*********************

No comments:

Post a Comment