klik untuk ke blog di alam angker

Sunday, May 2, 2010

TAKDIR 

episode 26




“Mama, abang My dah balik?” Shima bertanya hairan. Puas sudah dia mencari kelibat suaminya di rumah mereka, masih juga tidak berjumpa. Sepanjang hari dia mendail nombor telefon suaminya, tetap juga tidak dapat dihubungi.
“Belum. Dah cuba call dia?” Shima angguk kepala.
“Dah banyak kali. Tapi tak dapat,” Shima bersuara bimbang. Bimbang perkara buruk menimpa suaminya. Dia juga merasa bersalah sebab keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Azmy. Dia ingin meminta maaf diatas kesalahan yang dia lakukan.
“Mungkin telefon dia habis bateri.” Shima merenung sepi telefon bimbitnya. ‘Abang, mana abang pergi ni? Maafkan Shima. Shima janji, takkan lukakan hati abang lagi,’ Shima berbisik sendirian. Dia terus setia menanti di halaman rumah. Pn.Aznah geleng kepala melihat menantunya yang gelisah itu. Dia tersenyum. ‘Shima...Shima.. Bila Azmy ada, dia jual mahal, sekarang bila tak nampak batang hidung Azmy sehari, dah gelisah semacam,’ Pn.Aznag geleng kepala. Dia tahu hubungan dingin Shima dan Azmy semenjak mereka bersama semula. Dia tidak mahu masuk campur, kerana baginya, biarlah mereka sendiri menyelesaikan masalah mereka. Sehingga jam 12 tangah malam, Shima masih juga menanti diluar. Walaupun terpaksa menahan kesejukan, dia teruskan juga menanti kehadiran suaminya. Kemudian bila hujan mula turun, Shima berlari masuk ke dalam rumah. Dia menanti Azmy di ruang tamu sehingga tertidur di sofa.
Shima tersentak bila telefon bimbitnya berbunyi. Dengan pantas dia menjawabnya.
“Abang...abang kat mana ni? Kenapa saya call telefon abang, tapi tak dapat?” Shima duduk tegak. Azmy hanya mendiamkan diri.
“Abang...abang dengar tak ni?” Shima hampir menjerit. Dia risaukan keselamatan suaminya itu.
“Ye. Abang dengar. Shima.....Abang minta maaf,” Shima tersentak. Terdengar suara Azmy yang sayu itu membuatkan Shima semakin rasa bimbang.
“Abang minta maaf sebab paksa Shima terima abang semula. Abang selalu membuat Shima menderita.” Shima mendiamkan diri bila mendengar suara tangisan suaminya. Perlahan airmata Shima mengalir di pipi. Dia sangat rindu pada suaminya.
“Abang.... Abang kat mana ni? Jangan buat Shima risau,” Shima berusaha menahan sebak di dada.
“Abang ada kat satu tempat. Bagi abang masa untuk fikir tentang kita. Abang hanya mahukan yang terbaik untuk Shima dan anak-anak,” Shima tersentak.
“Apa yang abang merepek ni? Abang, cakaplah, abang kat mana? Shima minta maaf jika Shima sakiti hati abang. Abang baliklah.” Shima merayu. Azmy mendiamkan diri.
“Tapi...Shima menderita bersama abang, kan?” Azmy bertanya bodoh.
“Esok abang mesti balik. Kalau tidak, jangan cari saya lagi,” Shima memutuskan talian. Kemudian dia mencampak telefon bimbitnya ke bawah. Akibatnya, telefon tersebut pecah berderai. Sama seperti hatinya. Shima menangis sehingga tertidur-tidur.
*****************************
“Shima, bangun nak. Shima tak turun kerja?” Pn.Aznah mengetuk pintu bilik menantunya. Namun tiada sahutan. Perlahan pintu bilik ditolak. Kelihatan Shima sedang enak tidur dan dibaluti selimut tebal. Perlahan Pn.Aznah menghampiri Shima. Direnungnya wajah pucat itu. Semenjak tinggal bersama, Pn.Aznah semakin sayang pada Shima dan menganggap Shima seperti anaknya sendiri. Perlahan tangan diletakan ke dahi Shima.
“Ya Allah ya Tuhan ku. Panasnya badan dia,” Pn.Aznah kelam-kabut, berlari ke ruang tamu dan sebelum tangannya sempat memegang telefon pada masa yang sama bunyi kereta parking dihalaman rumah membuatkan langkah Pn.Aznah semakin laju menuju ke muka pintu. Wajah Azmy yang lesu menyapa matanya.
“Azmy....Shima...Shima...” Pn.Aznah bersuara cemas.
“Kenapa dengan Shima mama?” Soal Azmy pantas. Langkah kaki dipercepatkan menuju ke bilik tidur. Sebaik sampai di bilik tidur, Azmy menerpa ke arah Shima.
“Shima, Shima...bangun sayang,” Azmy menepuk pipi Shima perlahan. Shima membuka matanya perlahan. Beberapa saat kemudian, Shima melelapkan matanya semula.
“Cepat My. Bawa dia ke hospital. Dia demam tu,” Azmy angguk kepala.
“Hati-hati bawa kereta tu. Nanti, apa-apa berita, call mama,” Pn.Aznah membantu Azmy membaringkan Shima di dalam kereta.
“Baiklah. Mama. My pergi dulu.” Kereta yang dipandu Azmy terus bergerak pantas menuju ke hospital.
***************************
“Bagaimana keadaan isteri saya, doktor?” Azmy menghampiri doktor wanita yang memeriksa isterinya.
“Alhamdulillah. Isteri encik selamat. Dia demam. Tapi sekarang dah ok. Baby dia pun ok,” Azmy tersentak. Dia merenung wajah doktor wanita itu dengan riak hairan.
“Maksud doktor?” Soalnya lagi.
“Owh!!! Encik tak tahu isteri encik tu mengandung lebih kurang empat minggu?” Azmy geleng kepala.
“Tak pernah bawa isteri encik ke klinik buat check up?” Doktor itu bertanya lagi. Azmy geleng kepala.
“Maknanya isteri encik mungkin belum tahu juga,” Doktor tersebut tersenyum. Azmy turut sama tersenyum. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan.
“Terima kasih doktor. Boleh saya jenguk dia sekejap?” Azmy meminta kebenaran. Doktor tersebut angguk kepala.
“Terima kasih sayang,” Ucapnya lembut ditelinga Shima. Shima membuka matanya perlahan bila mendengar ucapan terima kasih dari suaminya.
“Abang balik?” Shima bersuara perlahan.
“Ye. Abang balik. Abang takkan tinggalkan Shima lagi,” Ucapnya yakin.
“Janji?” Shima merenung wajah Azmy yang sudah basah dengan airmata. Azmy hanya mampu angguk kepala.
“Abang janji.” Shima menangis lagi dalam pelukan suaminya.
“Syuuu....Jangan nangis lagi. Jaga kesihatan. Jaga baby abang kat dalam tu?” Azmy tersenyum manis. Shima angkat kepala kemudian tanganya menyentuh perutnya. Azmy turut sama menyentuh perut Shima.
“Amir dan Amar akan ada adik. Sayang jangan marah lagi ye?” Azmy mencium dahi Shima. Shima angguk kepala.
“Sayang buat abang risau.” Azmy terus mengusap rambut isterinya kemudian mencium rambut itu melepaskan rindu yang semakin menyesakan dadanya.
“Abang pun sama. Shima minta maaf sebab keluar dengan lelaki lain tanpa izin abang. Shima rasa bersalah sangat dan bila abang tak jawab panggilan Shima, Shima risau takut sesuatu terjadi pada abang,” Shima bersuara sedih.
“Sudahlah. Jangan banyak cakap. Rehatlah.” Azmy mengusap belakang Shima.
“Abang rasa bersalah sebab paksa Shima kembali pada abang. Bila lihat Shima bergelak ketawa dengan lelaki lain, abang rasakan abang tak layak bersama Shima, sebab, semenjak kita bersama semula, Shima tak pernah ketawa dengan gembira.” Azmy pula meluahkan rasa hatinya.
“Shima rindukan abang,” Luahnya tanpa dapat ditahan.
“Abang pun sama,” Azmy tersenyum manis. Setelah membuat pemeriksaan rapi, dan disahkan sihat, Shima dibenarkan pulang. Semasa mereka hendak keluar, Shima terpandang seseorang.
“Abang, tengok. Kak Mira.” Shima menunding jari ke arah seorang wanita hamil yang menunggu giliran. Azmy tersentak. Dia menarik tangan Shima supaya beredar meninggalkan hospital.
“Kita jumpa dia sekejap,” Shima membuat muka sedih. Azmy keliru. ‘Takkan dia nak cari gaduh pulak?’ Bisiknya bimbang. Shima tersenyum bila melihat wajah bimbang Azmy. Tahu apa yang Azmy fikirkan.
“Abang. Shima nak jumpa dia. Nak tanya khabar dan ucapkan terima kasih sebab kembalikan ingatan abang. Shima takkan gaduh dengan dia,” Shima bersuara lembut sambil tersenyum. Lama Azmy merenung wajah isterinya sebelum mengangguk kepala. Mereka menghampiri Mira.
“Assalammualaikum,” Shima memberi salam. Mira tersentak bila melihat Azmy dan Shima berdiri tegak dihadapannya.
“Waalaikumsalam. Errrr...Shima..Azmy,” Mira gugup.
“Kakak apa khabar?” Shima duduk disebelah Mira. Mira tunduk memandang lantai. Malu dengan perbuatannya.
“Sihat. Kakak minta maaf sebab mengganggu rumahtangga Shima,” Mira menangis.
“Errrrr...Shima dah lama maafkan kakak.” Mira angkat muka.
“Tak mungkin semudah itu.” Mira geleng kepala. Shima menghembuskan nafas perlahan.
“Memang susah. Tapi, saya diajar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Lagipun, perkara lepas, saya tak nak ingat lagi. Dan saya juga nak ucapkan terima kasih sebab jaga abang Azmy semasa dia tidak sedarkan diri,” Azmy tersentak. Begitu juga Mira.
“Apa maksud Shima?” Azmy bertanya pelik. Shima tahu dia pernah tidak sedarkan diri beberapa bulan lepas.
“Kakak tolong jaga dia sebab, kakak rasa bersalah menyebabkan dia jadi begitu,” Mira mengesat airmatanya. Shima angguk kepala. Hampir 15 minit mereka berbual dan perbualan mereka terganggu bila nama Mira dipanggil.
“Kami pergi dulu. Bila cukup ni?” Shima sentuh perut Mira. Mira tersenyum.
“Bulan depan,” Mira menjawab tenang.
“Suami kakak tak ikut sama?” Mira tunduk memandang lantai.
“Isteri pertama dia baru lepas bersalin. Jadi dia tak dapat datang,” Shima angguk kepala. Kasihan melihat Mira. Nasib seseorang. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Mereka berdua berlalu meninggalkan Mira. Mira memandang sayu ke arah Shima dan Azmy yang berlalu meninggalkannya sambil berpimpin tangan. Azmy sedikit pun tidak memandangnya sepanjang mereka berbual.
********************

No comments:

Post a Comment