klik untuk ke blog di alam angker

Wednesday, May 5, 2010

TAKDIR 

episode 27(terakhir)




“Shima tahu abang pernah tidak sedarkan diri sebelum ingatan abang pulih?” Azmy bertanya sebaik sahaja kereta bergerak meninggalkan perkarangan hospital. Shima tersenyum kelat.
“Tahu. Sebab saya yang sain surat supaya pembedahan dilakukan ke atas abang. Ayah dan mak yang paksa saya sain surat kebenaran tu. Selama abang tak sedarkan diri, saya hanya tengok abang dari jauh. Lebih-lebih lagi, bila nampak Kak Mira sedang jaga abang, saya pun baliklah,” Shima menerangkan segalanya pada Azmy.
“Owh!!!!Begitu? Kenapa Shima tak nak jaga abang masa abang sakit tu?” Azmy bertanya sekadar ingin tahu. Shima mengeluh.
“Shima tahu tak, bila abang buka mata, abang cari Shima. Sepanjang abang tak sedarkan diri, abang terbayang Shima menangis, dan segala perbuatan abang pada Shima semasa abang hilang ingatan betul-betul buat abang rasa bersalah sangat. Dan mungkin sebab inginkan kemaafan dari Shima, abang bersemangat untuk hidup,” Azmy menggenggam erat tangan Shima. Shima turut membalasnya.
“Errrrr...abang....boleh Shima tahu kenapa abang tak memohon hak penjagaan Amri?” Azmy tersentak. Dia tidak pernah menceritakan tentang Amri semenjak dia berpisah dengan Mira. Dan Shima pula tidak pernah bertanya tentang perkara tersebut. Azmy menyangka mamanya pernah menceritakan tentang Amri pada Shima
“Kenapa Shima nak tahu?” Azmy bertanya perlahan.
“Errrrrrr...Sebab, Shima hairan. Abang tak sayangkan Amri? Dia dah besar dan abang tak pernah bercerita tentang dia semenjak kita bersama. Dah 3 tahun. Amar dan Amir pun dah besar.” Semenjak dari dulu lagi, Shima ingin bertanya tentang Amri. Tetapi setiap kali dia ingin bertanya, Azmy pasti mengubah tajuk perbualan mereka.
“Dia bukan anak abang,” Azmy berkata perlahan. Shima tersentak.
“Maksud abang?” Azmy mengeluh.
“Kalau boleh, abang tak mahu ungkit cerita ni lagi. Tapi, abang tahu, selagi Shima tak tahu cerita sebenar, selagi itu, Shima akan rasa tidak puas hati. Dia anak Mira dan teman lelaki dia. Sekarang dah jadi suami dia,” Azmy menjelaskan pada Shima. Shima tergamam. Terkejut.
“Iye? Ya Allah. Kenapa kak Mira sanggup buat begitu?” Shima geleng kepala.
“Sekarang dah tahu semuanya, kan? Dah lupakan tentang mereka. Kita bina hidup baru,” Azmy tersenyum manis.
“Abang rindu sangat pada Shima. Tak sangka ye, isteri abang ni kuat merajuk. Macam-macam abang buat untuk pujuk Shima, satu pun tak jalan,” Shima tergelak.
“Abang ingat senang ke nak merajuk hari-hari. Sudahlah Shima rindu sangat kat abang, tapi, bila Shima ingat yang abang pernah lupakan Shima, rasa marah tu tak dapat dikawal.” Shima merenung wajah Azmy.
“Abang, kasihan kan, kak Mira tu. Terpaksa berulang-alik ke hospital seorang diri. Shima tahu bagaimana rasanya jadi orang nombor dua ni.” Shima teringat akan nasib Mira.
“Nasib seseorang. Situasi Mira dan Shima berbeza. Shima tak ingin jadi isteri abang dulu, kan? Tapi...Mira, dia memang cintakan lelaki itu.” Shima angguk kepala.
“Minggu ni kita balik kampung?” Shima pandang wajah suaminya.
“Kenapa?” Soal Shima pelik.
“Hari tu, bila abang nampak Shima dengan lelaki lain, tanpa sedar abang memandu balik ke kampung. Dengar nasihat dari ayah. Mereka juga rindu nak tengok cucu-cucu mereka,” Shima merenung wajah suaminya. Shima geleng kepala tidak percaya.
“Abang drive sampai ke kampung? Kenapa?” Shima bertanya pelik.
“Abang nak tenangkan fikiran.” Shima geleng kepala sekali lagi.
“Fikiran dia je yang dia fikir. Abang tahu tak, sepanjang malam Shima tunggu abang balik. Dail nombor telefon abang sampai lenguh jari jemari ni. Rupanya abang kat kampung?” Shima membebel. Azmy tersengih.
“Ye. Bila Shima ugut abang tak nak jumpa abang lagi, terus abang drive balik. Takut kehilangan orang yang abang sayang sekali lagi,” Azmy mencium jari jemari Shima.
“Abang memang.” Mereka saling berbalas senyuman.
“Banyak betul dugaan yang kita tempuhi sepanjang kita bersama ye. Abang berdoa semoga selepas ini, giliran untuk kita mengecapi bahagia pulak,” Shima angguk kepala.
***************************
“Mama, papa...” Amir dan Amar menjerit keriangan melihat papa dan mama mereka berjalan sambil berpelukan.
“Mama dah sihat?” Amir bertanya pantas sambil tangannya memeluk erat tubuh mamanya. Setelah 3 hari berada dihospital, Shima dibenarkan pulang. Azmy tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.
“Mama, nenek cakap, nanti Amir dan Amar akan ada adik, betul ke?” Wajah Amir yang nampak teruja itu membuatkan Shima tersenyum bahagia. Dia hanya mampu mengangguk kepala.
“Jadi, jangan nakal dan jangan selalu buat mama letih.” Azmy mendukung tubuh Amir. Amir tergelak. Amar mengekori dari belakang. Shima tersenyum. Dia berdoa semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
**********************
“Assalamualaikum,” Azmy memberi salam sambil menghulur tangan pada isterinya.
“Waalaikumsalam. Kenapa lemah je ni? Abang okey?” Shima hairan melihat wajah muram suaminya sebaik sahaja pintu kereta dibuka. Azmy tersenyum lemah.
“Kenapa?” Shima angkat kening. Tidak puas hati melihat senyuman suaminya yang nampak tidak bermaya itu.
“Errrrr....Mira meninggaldunia semalam.” Azmy berkata perlahan. Shima tersentak kemudian mengucap panjang.
“Owh!!!! Inna lillahi wa inna ilaihi rajeun. Kalau tak silap, dia sudah cukup bulan nak bersalin. Dia meninggal selepas bersalin ye, bang?” Shima bertanya perlahan. Semenjak berjumpa dihospital hampir sebulan lepas, mereka tidak pernah mendengar berita tentang Mira lagi.
“Dia meninggal dunia semasa melahirkan anaknya. Dia bersalin di rumah seorang diri,” Azmy mengeluh perlahan. Sukar untuk dia fahami apa yang dia rasa sekarang.
“Betul? Ya Allah, mana suami dia? Mana abang tahu cerita ni?” Shima bertanya cemas. Tidak dapat dia membayangkan perasaan Mira yang melahirkan anaknya seorang diri.
“Abang dengar cerita dari mereka di pejabat tu. Tak sangka begitu kesudahan hidup Mira.” Shima turut merasa sedih. Dia tidak menyalahkan Mira sepenuhnya. Pada pandangannya, bila seseorang wanita menyintai lelaki itu, mereka sanggup melakukan apa saja dan berani menanggung risiko yang bakal terjadi.
“Anak dia macamana?” Shima masih tidak menyangka perkara seperti itu terjadi.
“Anak dia pun, hampir tidak dapat diselamatkan. Abang dengar, suami dia datang satu jam kemudian. Bayi dia masih dalam unit penjagaan rapi. Dia disahkan ada jangkitan kuman dalam darah dia.” Azmy menjawab tenang. Sebaik sahaja dia masuk ke pejabat petang itu, dia digemparkan dengan cerita tentang Mira. Dan mereka sepejabat pergi menziarahi Mira buat kali terakhir. Memandangkan Mira adalah bekas ahli lembaga pengarah Syarikat Suria sebelum dia memulangkan semua sahamnya kepada Azmy.
“Kenapalah suami dia tidak menghargai dia. Kalau tidak mampu berlaku adil, janganlah mencari penyakit dengan berkahwin lain. Akhirnya perempuan yang menjadi mangsa,” Shima berkata kesal. Azmy juga mengeluh.
“Abang pun hampir melakukan perkara yang sama. Sekali ni, abang janji, abang akan sentiasa ada disisi Shima ketika susah dan senang.” Azmy berjanji pada dirinya sendiri.
“Ingat janji abang tu,” Mereka saling berbalas senyuman.
“Abang nak ikut sekali bila sayang melahirkan anak kita ni nanti. Supaya abang turut sama merasakan keperitan seorang isteri bertaruh nyawa demi melahirkan zuriat untuk abang,” Azmy sentuh perut Shima yang masih belum membesar.
“Shima cintakan abang.” Shima mencium jari jemari Azmy. Azmy tersenyum bahagia bila mendengar ucapan cinta dari bibir nipis itu. Ucapan yang dia tunggu-tunggu dari mulut isterinya. Shima tersenyum manis. Dia tahu Azmy sangat gembira mendengar ucapan cinta darinya. Semenjak mengandung anak yang ketiga itu, Shima semakin merasakan cintanya pada Azmy semakin mendalam dan pada masa yang sama, dia ingin sentiasa berada disisi suaminya. Malah hampir setiap masa dihabiskan dengan berdua bersama suaminya sehingga anak-anaknya seringkali merajuk bila mereka terpaksa mengalah dengannya. Azmy pula memang sentiasa memberi perhatian yang lebih kepada isterinya dan berusaha memastikan anak-anaknya tidak merasa terpinggir. Azmy atau Shima, mereka sama-sama berdoa semoga kebahagiaan menjadi milik mereka setelah pelbagai dugaan yang dilalui sepanjang mereka bersama. Semua perkara yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Manusia hanya merancang, dan takdir hidup kita Tuhan yang menentukan.



- T A M A T -
· Nama dan watak di dalam novel ini adalah rekaan semata-mata. Saya harap kalian berpuas hati dengan novel ini. Sekiranya ada tersalah kata atau susunan ayat yang tidak menarik, terlebih dahulu saya meminta maaf.

Sekian terima kasih....

Hasil karya
     -kaira_syuma-

No comments:

Post a Comment