klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, February 10, 2011


Gelombang benci agama


2011/02/10





ANGGOTA polis dan tentera membersihkan sekolah gereja yang dibakar pelampau agama di Temanggung, semalam.
ANGGOTA polis dan tentera membersihkan sekolah gereja yang dibakar pelampau agama di Temanggung, semalam.
Polis mula kawal luar gereja 

JAKARTA: Polis Indonesia berkawal di luar gereja semalam selepas satu gelombang jenayah kebencian agama melanda penduduk republik ini, mengejutkan masyarakat umum dan mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikritik kerana gagal menghapuskan keganasan itu, mengarahkan polis dan tentera ‘berhabis-habisan’ menentang puak pelampau di sebalik rusuhan itu.


“Setiap individu perlu diberi jaminan perlindungan dan keselamatan, apa saja pegangan, etnik, agama, kaitan politik atau kerjaya mereka,” kata bekas jeneral yang lemah lembut dalam satu ucapan kepada gabenor wilayah.
“Siri keganasan perlu dihentikan. Saya sudah mengarahkan semua ketua rantau, komander serantau polis dan tentera untuk melancarkan tindakan habis-habisan bagi menghalang tindakan ganas itu daripada berulang.”

Imej Indonesia sebagai kubu ‘sederhana’ keharmonian antara kepercayaan beragama tercalar dengan beberapa kejadian buruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tangan pelampau agama.

Gelombang jenayah kebencian menyasarkan penduduk Kristian dan minoriti lain memuncak Ahad lalu apabila ratusan penduduk yang berang membunuh dengan kejam tiga pengikut mazhab Ahmadiah di hadapan polis, yang tidak berbuat apa-apa untuk campur tangan.

Negara itu masih belum pulih daripada video mengejutkan serangan samseng apabila samseng lain menyerbu jalanan di Temanggung, Jawa Tengah kelmarin. 
Kali ini polis memberi tindak balas dengan menembak gas pemedih mata dan tembakan amaran, namun sekali lagi mereka gagal menghentikan samseng terbabit daripada membakar dua gereja dan merosakkan sebuah sekolah Katolik ketika menuntut hukuman mati ke atas seorang penduduk Kristian lelaki yang dijatuhi hukuman penjara kerana menghina Islam.

Duta Amerika Syarikat, Scot Marciel, berkata Amerika ‘menyertai majoriti besar penduduk Indonesia dalam menyatakan kekesalan terhadap keganasan’ ke atas golongan Ahmadiah dan ‘kebimbangan’ terhadap pembakaran gereja di Jawa Tengah. – AFP

No comments:

Post a Comment