klik untuk ke blog di alam angker

Saturday, March 14, 2009

KAMEN RAIDER a.k.a SURIA BAJA HITAM

nih aku sertakan skali bagi peminat kamen rider a.k.a suria baja hitam.
satu lagi hero nostalgik aku........

best....nak layan!


nih sket info dier....


Kamen Rider Kiva (仮面ライダーキバ Kamen Raidā Kiba?, Satria Bertopeng Kiva) adalah tajuk bagi drama televisyen tokusatsu Jepun 2008 yang dihasilkan oleh Syarikat Toei and Ishimori Productions. Drama ini mula disiarkan pada 27 Januari 2008 selepas berakhirnya siri Kamen Rider Den-O. Ia juga merupakan sebahagian siri bagi segmen "TV Asahi's 2008 Super Hero Time" bersama-sama dengan siri Engine Sentai Go-onger. Iklan bagi siri ini juga adalah berunsurkan filem seram sebagai satu motif bahawa Kamen Rider Kiva adalah "Pontianak". Slogan yang digunakan bagi siri ini ialah "Bangkitlah! Musnahkan rantai takdir". (Wake Up!宿命(さだめ)の鎖を解き放て Ueiku appu! Sadame no kusari o tokihanate?). Episod pertama bagi siri bermula untuk memperingati sempena hari ulangtahun ke-70 Shotaro Ishinomori.

Sinopsis

Dua puluh tahun selepas kehilangan ayahnya, Wataru Kurenai (dilakonkan oleh Koji Seto) tinggal di sebuah rumah usang di mana dia ditakdirkan sebagai Kamen Rider Kiva untuk bertarung dengan Puak Fangire yang pernah bertarung dengan bapanya beberapa tahun dulu sebelum menghilangkan diri. Wataru juga terpaksa menghadapi cabaran daripada satu lagi Kamen Rider dalam siri ini yang dikenali sebagai Kamen Rider IXA (仮面ライダーイクサ Kamen Raidā Ikusa?) yang juga merupakan salah seorang ahli daripada sebuah organisasi yang memburu Fangire. Kisah dalam siri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu cerita Wataru pada masa sekarang (2008) dan cerita ayahnya iaitu Otoya Kurenai pada masa lepas (1986), dan membongkar secara perlahan kisah di sebalik kaitan antara Puak Fangire dengan Kiva.

Watak Utama


Watak utama dalam siri Kamen Rider Kiva terbahagi kepada dua tempoh masa berbeza yang mana ia berhubung kait antara satu sama lain. Ia adalah cerita Otoya Kurenai (sebagai Kamen Rider Ixa Ver. I) dan pemburu Fangire iaitu Yuri Aso pada tahun 1986 yang mengakibatkan pelbagai jenis Fangire yang wujud pada masa sekarang iaitu pada tahun 2008 di mana anak kepada Otoya iaitu Wataru (sebagai Kamen Rider Kiva) dan anak kepada Yuri iaitu Megumi (yang juga pemburu Fangire) terpaksa bertarung dengan Fangire tersebut untuk mengelakkan kematian manusia.


untuk malumat lanjut gi la baca kat sini : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamen_Rider_Kiva

nih video khas tok korang..........

2 comments:

  1. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh...salam bro

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Bro, aku hargai usaha dan minat ko, tp nk betulkan skit, jgn mrh aaa....

    Suria Baja Hitam yg kita tgk time kecik² dlu tu sbnrnya Kamen Rider Black yg maner mempunyai sambungan Kamen Rider Black RX...

    Info yg bro bg ni Kamen Rider Kiva, antara latest Kamen Rider yg dicipta...

    ReplyDelete