klik untuk ke blog di alam angker

Monday, August 8, 2011

AZLI SHUKRI TODAY: Hancur Umat Islam Kalau Macam Ini - Ahli Akademik Melayu Sertai DAP



Kalau orang Melayu-Islam menyertai PAS - saya tidak hairan dan benci. Tetapi, apabila terdapat orang Melayu yang terang-terang menjadi ahli DAP, hati saya akan terus jadi panas. Ini jenis Melayu yang tidak guna dan tidak tahu apakah jenis ideologi pemikiran yang dipakainya. Di bawah ini saya petik daripada blog Agen DSAI, klik di sini.

Inilah contoh ahli akademik yang tidak ada otak untuk berfikir. Kalau benci UMNO sekali pun, janganlah sampai menyertai DAP - masuklah PKR atau pun PAS, itu lebih baik. Saya tidak pasti apakah ini merupakan salah satu strategi DAP dalam memancing undi orang Melayu dan apakah kemungkinan Dr Ariffin bakal menjadi calon parti tersebut dalam PRU ke-13 yang akan datang? Wallahualam. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR 7 OGOS : Tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP sekali gus meneruskan perjuangan menentang politik perkauman dan menggalakkan hubungan erat antara kaum. Beliau menyertai DAP atas keyakinan bahawa parti itu bukan sahaja ditegakkan atas dasar berbilang kaum tetapi juga mengamalkan politik yang menolak perkauman.

"Pemilihan parti ini bagi saya ialah kerana ia tidak mementingkan kaum sebaliknya berorientasikan kaum dan mewakili semua kaum"katanya.



“Selama lebih 30 tahun saya aktif dalam gerakan hak asasi manusia serta menentang korupsi dan salah guna kuasa serta menggalakkan amalan demokrasi,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Dr Ariffin, 62, adalah pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau yang dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang bersekolah di St Xavier’s Institution, sebelum ke Universiti Sains Malaysia untuk memperolehi ijazah sarjana muda (B.A.).

Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Singapore University dengan memperolehi ijazah sarjana (M.A.). Setelah mengajar di USM, beliau memasuki Australian National University untuk memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) pada 1991.

Beliau terkenal sebagai salah seorang pengasas gerakan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara Aliran pada 1977. Karya beliau yang terkenal serta menjadi rujukan kolej dan universiti antarabangsa ialah Bangsa Melayu: Malay Concepts of Democracy and Community 1945 – 1950 terbitan Oxford University Press, 1993. Beliau juga adalah pengarang buku Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu: Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur pada Tahun 1946 (2001, USM Press) yang memaparkan kajian tentang kejatuhan pemerintahan diraja di Sumatra Timur pada 1946, dan buku Bumiputra Policies: Dynamics and Dilemmas (2004, Kajian Malaysia) mengenai masalah negara yang berlaku akibat kerajaan mengenepikan keadilan sosial di Malaysia.

Dr Ariffin yang juga seorang Fulbright Fellow di University of Utah, Amerika Syarikat, kini sedang menulis buku mengenai hubungan antara kaum dan kebebasan beragama di Malaysia. Turut hadir dalam sidang akhbar itu adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari. - TVSNEWS

No comments:

Post a Comment