klik untuk ke blog di alam angker

Friday, January 30, 2009

SaPA NAk JD SukaRELAwan



register kat ci ni ek!

http://www.salam.org.my

tentang CerIta HiDup maNUsia

cerita ni aku copy dari link nih : http://www.salam.org.my

aku copy coz cerita ni best...aku rasa aku pernah baca criter yang lebih kurang mcm ni...tentang orang bandar yang kena gi mengajar ke pendalaman sarawak....

selamat membaca.



‘Awak sanggup untuk tinggal di kawasan pedalaman ?’ ‘awak sanggup pulang ke kampung 6 bulan sekali ?’ ‘awak sanggup berada di kawasan yang langsung tiada talian telefon selama setahun ?’ ‘awak sanggup makan makanan yang jauh berbeza dari kebiasaan ?’ ‘awak sanggup tinggal bersama masyarakat yang berlainan anutan, bangsa, bahasa, budaya dan adat resam ?’ semua soalan-soalan ketika ditemuduga untuk menjadi sukarelawan IT ( teknologi maklumat ) di pedalaman Sarawak itu ku balas dengan anggukan kepala sambil menjawab ‘saya sanggup kerana itu adalah sebahagian dari tanggungjawab saya’. Aku sungguh berkeyakinan untuk melakukannya kerana aku memang sukakan cabaran.

08 Mei 2003, buat pertama kalinya aku menginjakkan kaki di Bumi Kenyalang. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sibu, kami menaiki pacuan 4 roda menuju ke Rumah Panjang King, Pakan Julau. Selama 3 jam kami melalui jalan balak yang bertanah merah, berkelikil, berlopak, berlubang, debu merah sentiasa berterbangan dan di kiri kanan adalah hutan dara yang masih belum diterokai. Perasaan aku tidak tenang, aku tahu sesungguhnya perjalanan ini memberi petanda awal bahawa aku akan berhadapan dengan pelbagai cabaran lagi.

Debaran semakin kencang, apabila mataku menangkap deretan rumah panjang di sebalik pokok-pokok hutan. ‘ ini agaknya’ getus hatiku. Kenderaan yang kami naiki di pandu semakin perlahan dan berhenti. ‘ok, kita dah sampai’ pemandu pacuan 4 roda itu keluar. Kelihatan anjing-anjing berkeliaran, keluar masuk rumah dengan bebas. Aku di perkenalkan kepada Penghulu Mambu yang merupakan keluarga angkat aku di sana, beliau memang peramah dan layanannya cukup mesra. Petang itu, ibu angkat meminta aku menyembelih ayam, ‘ sembelih ayam ?’ alamak ! aku langsung tidak tahu. Alhamdulillah, En. Ghani (Pengurus Operasi SALAM) masih berada di situ. Aku telah belajar sesuatu yang baru daripadanya. Tiba-tiba, aku terdengar suara aneh yang amat kuat. Rupa-rupanya, penghuni rumah panjang menangkap khinzir untuk menjadi menu utama sempena Majlis Makan Malam bagi meraikan kedatangan kami.

Malam itu, suasana rumah panjang sungguh meriah. Aku gembira dengan sambutan mereka, ramai yang datang menyapaku, bersalam dan mengajakku berbual. Tetapi aku hanya mampu membalas dengan senyuman kerana aku tidak tahu berbahasa Iban. Ketika jamuan dihidangkan, aku mula tidak senang duduk. Di hadapanku daging khinzir masak merah, sup katak dan ayam goreng. Perutku menggelodak dan mual. Aku cuba bertahan, aku paksa diri untuk makan nasi walaupun sedikit. Setelah selesai makan, tiba-tiba segelas air berwarna keruh disuakan kepadaku. ‘air tuak’ bisik En.Ghani. ‘macammana ni ?’ ‘minum la Mat.. minum..’ suara Penghulu Mambu singgah ke cuping telingaku. Aku minum juga air tapai yang diperam selama 6 bulan hingga setahun itu, demi menjaga hati. Masam.. lama kelamaan tekakku terasa panas dan kepalaku sedikit pening. Aduh ! Ini rupanya penangan air tuak…

Hari pertama sesi pengajaranku, sambutan cukup baik. Lebih kurang 30 orang kanak-kanak dan orang dewasa hadir. Dengan menggunakan 5 buah komputer, aku memulakan Modul Pengenalan. Semakin hari, aku semakin risau kerana kehadiran pelajar semakin merosot. Kadangkala hanya seorang dan lebih teruk lagi tiada langsung. Bagi mengatasi masalah tersebut, aku berkunjung dari rumah ke rumah untuk memberi penerangan dan mempelawa mereka ke kelas tersebut. Ada sedikit perubahan, kehadiran memuaskan antara 5-10 orang, tetapi tidak sampai seminggu masalah yang sama berulang kembali. Masalah ini lebih kritikal apabila Pertandingan Sabung Ayam diadakan, mereka sanggup berada di gelanggang dari pagi hingga ke petang

Aku mencari alternatif lain untuk menarik perhatian mereka. Oleh itu, aku merancang mengadakan Kem Motivasi khusus bagi pelajar sekolah menengah dan rendah yang tinggal di situ. Dengan bantuan beberapa pemuda kampung, persediaan program telah dibuat. Aku tidak sabar untuk menanti ia berlangsung dan tidak sabar juga untuk melihat hasilnya. Sehari sebelum program berlangsung, telah berlaku kecurian di tanah perkuburan berhampiran tapak kem. Adat orang Iban, jika seseorang meninggal dunia, barangan berharga milik si mati akan disemadikan bersama. Barangan itulah yang dicuri. ‘susah kita nak buat ni Mat.. jika ada kecurian di kubur, roh tak akan tenteram, mungkin dia akan mengamuk, bahaya. Aku rasa kita batalkan sahaja kem ini demi keselamatan kita semua’. Pandangan dari salah seorang rakan itu membuatkan aku kecewa, tapi apa yang boleh aku buat, aku perlu menghormati permintaan masyarakat setempat.

Aku kembali berseorangan di dalam kelas, semangatku hilang, buntu dan sedih. Ketika itu ingin sahaja aku terbang kembali ke Semenanjung, meninggalkan semua yang sia-sia ini. Aku berjalan keluar kelas dan terus duduk di anak tangga. Tidak semena-mena, aku terpandang deretan rumah panjang yang berhampiran dengan rumah panjang ini. Bagaimana jika aku membuka pendaftaran untuk mereka ?. hatiku berbisik. Serentak dengan itu, aku bangun mencari Penghulu Mambu dan menyatakan hasrat tersebut, penghulu bersetuju dan membawaku ke sana dan kami berbincang. Esoknya, kelas ku penuh. Sambutan dari mereka amat tidak kuduga. Mereka telah memberi komitmen yang tinggi di setiap sesi pembelajaran. Keadaan ini membuatkan aku kembali teruja, yakin dan bersemangat untuk terus berkhidmat. Akhirnya aku berjaya membuka mata segelintir masyarakat pedalaman terhadap pengetahuan semasa ini. Aku gembira, melihat mereka boleh mengenali komputer, boleh menaip, melayari internet, menghantar e-mail dan sebagainya. Walaupun hanya segelintir sahaja dari ribuan, aku tetap berpuas hati.

Seingat aku, ketika berada di sana terdapat tiga kematian berlaku di rumah panjang itu. Kematian umpama keramaian, sesak rumah panjang dibuatnya . Selama 3 hari mayat berada di tengah rumah dan menerima pelawat. Selama itu juga semua pelawat dan penghuni akan dijamu dengan menu khinzir, arak, tuak dan sebagainya. Bagiku, itu adalah salah satu cabaran yang perlu ku tempuh. Bukan mudah untuk tinggal bersama orang mabuk. Jika seorang dua mungkin tidak mengapa, tetapi jika sebahagian besar ?.Walaupun pelbagai cabaran ditempuh. Hakikatnya,sepanjang aku tinggal bersama masyarakat Iban, aku benar-benar mengkagumi budaya hidup mereka. Sifat tolong-menolong, berbudi bahasa, saling menghormati, rajin dan kuat bekerja memang wajar dicontohi. Aku turut belajar tentang erti kesungguhan, kesabaran, kematangan dan kasih sayang.

Terima kasih SALAM, terima kasih semua. Aku tidak menyesal bergelar sukarelawan, walaupun tidak diganjarkan dengan wang ringgit. Aku tetap berbangga kerana aku kini memiliki pengalaman yang sangat bernilai dan ia tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila.

Nukilan ; Ahmad Fansuri Mohamad Nasir

Ahmad Fansuri Mohamad Nasir salah seorang sukarelawan yayasan salam malaysia.


Thursday, January 29, 2009

aPa KaTa SuRVey!!

baca je la.....

1)status of you and the last person you sent a text to.

.:ninie@qas@anak pakcikbahar@adikkamal:.

2)do you have any plans for saturday?

.:nope.entah ler.x plan lagi!!!:.

3)when was the last time you got flowers?

.:konvo degree 2007..:.

4)has anyone told u that u looked like someone famous?

.:aderla...tuh si Kamal. ader ker dier kata muka aku yang ensem nih macam Nubhan AF.ceh!!
siap perli perli aku habisan jek...siot tol:.

5)Do you love anyone?

.:ahaks!! tapi ramai sgt...checklist ar...:.

6)Are you sad or happy?

.:entah ler...blur siot..:.

7)Are you in love?

.:love my entah aper aper:.

8)Have you read the book Twilight?

.:nope...movie tgk ar:.

9)If you had a chance to get back together with your ex, would you?

.:maybe...my 1st love-diploma:.

10)Do you think your attractive?

.:encem kurang tapi manis ader:.

11)What do you like about yourself?

.:semua la...anugerah dow..:.

12)Is there someone on your mind?

.:alwayz.. huhu.. bersilihganti orangnya.. bole??:.

13)Do you think someone is talking behind your back?

.:biasa la...kalo kita x ngata org,org akan kata kita,xkisah la baik ke x..:.

14)Do you like it when gurls have egos?

.:sket2..coz aku pun ader ego gak...moto ego x der:.

15)Do you hate your friends?

.:kawan???ader kot...tapi kawan baik aku benci jap je...pastu ok...hahahaha. x gaduh x best:.

16)Do you remember your first crush's name?

.:..x mungkin aku lupakan..:.

17)What are you?

.:simple guy with big ambition:.

18)did you kiss anyone today?

.: my bayang2 la...nak kiss sape...giler!!:.

19)are you a mean person?

.:sometimes..:.

20)are you excited for anything?

.:certain things..tgk gak..:.

21)have you let someone down in the last week?

.:entah ler...ader kot. tapi da ok..:.

22)are you close with your siblings?

.:kurang sket...aku da dok asrama masa darjah lima lagi...hehehe:.

23)do you get along with your parents?

.:yup.. they are my world n my heaven..:.

24)are you in a good mood right now?

.: so so ler.why??..:.

25)who was the last person you spoke on the phone for over an hour?

.:my bapak from sarawak...:.

26)do you like to make the first move?

.:tgk keadaan..kekadang kot:.

27)do you hate it when people smoke around you?

.:dont mind:.

28)whats something you really want right now, be honest:

.:i want duit to make my dream come true la:.

29)whats the longest you've ever talked on the phone?

.:50min...bil celcom baru sampai kat umah...rm117.00 january 2009:.

30)has anyone ever sang to you?

.:ada...sapa lagi kalo bukan kamal...lagu x penah sampai abis...sumbeng:.

31)do you get emotional easily?

.:im cancerian.. tgk org gak...n time:.

32)has anyone ever told you you have pretty eyes?

.:ader kot...lama dulu...a nice mata sepet...cinese look..hahahaha:.

33)is there a person of the opposite sex who means alot to you?

.:yup...iyo ler. ingat ape?:.

34)has someone ever made a promise to you and broken it?

.:of course le ada..member aku gak. tapi dah takdir:.

35)do you want someone back in your life?

.:i dunno.. kekadang bla aku tgh moody:.

entah aper2 survey ni...aku copy paste dari friendster bulletin..jawapan aku sendiri..