klik untuk ke blog di alam angker
Showing posts with label cinta tak kenal siapa. Show all posts
Showing posts with label cinta tak kenal siapa. Show all posts

Sunday, July 17, 2011


16SX Pics-Aduhai.. Melayu Ku Mandi Bogel Beramai-Ramai Di 

Kolam


AS buka entry ni bukan berniat nak aibkan sesiapa sekalipun. Jauh sekali nak jadikan blog suci ini sebagai blog lucah! Ini blog AS, AS ada hak untuk bersuara yang mana AS rasa patut disuarakan.

AS cuma nak lahirkan rasa terkilan remaja-remaja melayu ini 

dimana mukanya boleh dikatakan wanita Islam yang dah

hilang jati diri nampaknya apabila sanggup bermandi 

beramai-ramai dalam keadaan separa bogel. Apa persepsi

penganut agama lain terhadap Islam dan kesopanan orang

melayu yang kita jaga selama ini?AS yakin jika mereka baca 
komentar ini, mereka akan memberi alasan bahawa hanya mereka sahaja di kawasan itu. Masalahnya, hangpa ambil telah ambil gambar secara beramai-ramai dengan posing murahan dan tayangkan kepada seluruh alam!



Wednesday, February 10, 2010

ALiA
bahagian 23

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 
"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


“Wah!!!! Cantiknya permandangan,” Alia bersuara kagum sebaik terpandang permandangan petang dari bilik yang mereka sewa.

“Ermmmm. Memang cantik. Tak sangka tempat ni cantik. Kita honeymoon kat sini ye?” Syah bersuara perlahan sambil memeluk pinggang Alia. Alia tersentak.

“Ehhh…Jangan nak merepek. Alia tak nak. Nanti kalau awak tinggalkan saya, saya yang rugi.” Alia berusaha menepis tangan Syah.

“Apa pulak rugi. Alia tetap jadi isteri saya sampai bila-bila,” Syah mencium pipi Alia.

“Siapa tahu. Kita tunggu awak habis belajar dulu. Baru kita fikirkan tentang masa depan kita.” Syah mengeluh.

“Kenapa susah sangat nak terima saya dalam hidup Alia?” Soalnya perlahan sambil membetulkan anak rambut Alia yang menutupi mata isterinya.

“Kita beri masa pada diri kita untuk melihat dunia luar. Bolehkan? Takkan 5 tahun tak dapat nak sabar?” Alia memujuk Syah.

“3 tahun?” Syah cuba memendekkan masa.

“Kenapa? Sama saja. Takde beza” Alia terus menolak.

“Susahlah macamtu. Kalau tunggu 5 tahun lagi, umur saya dah 30 tahun. Dapat anak masa umur 31 tahun.
Lambatlah saya nak dapat anak ni,” Syah melepaskan pelukannya dan bercekak pinggang menghadap Alia.

Alia tersengih.

“Alia muda lagi tau. Lagipun, Alia nak juga berseronok macam mereka yang lain. Alia belum bersedia lagi nak ada anak. Kawan-kawan Alia pun belum tahu tentang perkahwinan kita ni,” Alia pula bercekak pinggang.

“Tapi…. Alia sukakan, kahwin dengan saya?” Soal Syah lembut sambil menyentuh dagu Alia. Alia gelabah. Gugup seketika bila Syah berbicara romantic dengannya. Alia geleng kepala sambil matanya memandang kakinya.

“Bohong. Imah bagitau saya, Alia terima seadanya jika terpaksa kahwin dengan saya. Betulkan?” Syah terus menggosok dagu Alia lembut. Alia angkat sedikit wajahnya dan menjeling tajam ke arah Syah yang sedang tersenyum.

“Bila awak jumpa Imah? Awak ada cakap apa-apa dengan dia?” Syah tersenyum kemudian keningnya terangkat.

“Takde apa-apa. Saya bagitau dia yang saya dah jatuh cinta pada kawan dia yang comel ni,” Syah mencubit pipi Alia.

“Hahhhhh…Dia cakap apa? Habislah Alia nanti,” Alia tepuk dahi kemudian berbaring di atas katil. Syah tersenyum melihat gelagat Alia. Dia turut sama berbaring disebelah Alia.

“Jangan risau. Takde apa-apalah. Lagipun saya takde kat sini nanti.” Syah menepuk paha Alia.

“Yelah tu,” Alia melempar bantal ke arah Syah.

“Alia…. Sini. Tengok ni. Obor-obor,” Syah menarik tangan Alia. Mereka duduk mencangkung melihat obor-obor yang terdampar di pantai.

“Kasian dia.” Alia berkata perlahan. Syah menampar dahi Alia lembut.

“Apa pulak kasian. Abang baru terfikir nak bawa balik ke bilik, buat umai. Sedap ni,” Syah membahasakan dirinya abang semenjak mereka sampai di situ.

“Abang buat sendiri. Alia tak nak,” Alia menjawab marah. Semalaman mereka bergaduh tentang cara panggilan mereka. Akhirnya Alia mengalah juga dan terpaksa memanggil Syah dengan panggilan abang bila Syah dengan sengaja mengungkit tentang anak. Pilih antara dua. Panggil Syah abang atau lahirkan anak untuk Syah.

“Yelah. Bawa balik pun bukan ada bahan nak buat umai tu,” Syah menarik tangan Alia. Mereka berjalan perlahan menyusur pantai.

“Abang, tengok tu. Ketam,” Alia berlari mengejar ketam tersebut.

“Alamak!!!! Masuk dalam batu tu.” Alia kecewa.

“Bukan dalam batulah, Sayang. Celah batu,” Syah menepuk bahu Alia.
“Sama je,” Jawabnya lemah.

“Takpe. Jum…. Kita pergi makan makanan laut,” Syah menarik tangan Alia. Mereka berjalan menuju ke restaurent makanan laut.

“Ok,” Mereka berdua berjalan seiringan.

Selama 5 hari mereka tinggal bersama, Alia merasakan satu perasaan halus menjalar dalam dirinya setiap kali Syah menyentuhnya. Debaran itu semakin kuat bila Syah dengan sengaja memeluk tubuhnya. Akhirnya 5 hari berlalu juga.

Tiba masa Syah berlepas ke Pakistan.

“Kirim salam dengan papa ye. Bagitau dia, mama kirim salam rindu.” Pesan Pn.Hamidah sambil memeluk dan mencium pipi anaknya. Alia mencebik bibir bila melihat Syah begitu manja dengan mamanya.

“Tunjuk juga gambar menantu dia. Cakap menantu dia cantik.” Pesannya lagi. Alia tersipu malu.

“Mama ni. Mana ada cantik isteri Syah ni.. masih budak-budak lagi,” Syah mengusap rambut Alia. Kawasan airport agak sunyi. Penerbangan malam memang kurang penumpang berbanding pada siang hari. Alia menepis tangan Syah.

Sepanjang minggu dia menghabiskan masa dengan keluarga Syah.

“Ingat pesan abang tau. Jangan nakal-nakal,” Syah mencuit hidung Alia. Lama dia merenung wajah Alia sebelum dia angkat kepala dan memandang mama dan datuknya.

“Ma, Syah nak jumpa Alia seorang sekejap, bolehkan?” Syah seperti budak kecil meminta kebenaran.
“Kenapa?” Soal mamanya pelik.

“Adalah. Mari Alia,” Syah menarik tangan Alia dan dibawanya ke tandas.

“Abang nak apa?” Alia bimbang melihat Syah yang gelisah semacam. Matanya liar memandang sekeliling. Setelah yakin tiada sesiapa berhampiran mereka, Syah mencium bibir Alia. Alia tersentak namun tidak menolak.

Alia menyentuh bibirnya. Syah gelisah bila Alia mendiamkan diri setelah dia selesai mencium bibir Alia. Ketika Alia hendak beredar, Syah menarik kembali tangan Alia lalu dipeluk dan leher Alia menjadi mangsa bibirnya. Alia turut sama membalas pelukan Syah. Sekali lagi mereka hanyut dalam desakan asmara.

“Hermmmm,” Alia dan Syah tersentak. Mereka menoleh ke arah suara yang menegur mereka sebentar tadi.
“Errr..Mama,” Syah bersuara gugup. Alia tunduk malu. ‘Malunya. Mana nak letak muka ni,’ Alia tunduk memandang lantai sambil menggigit bibirnya. Syah pula masih memeluk tubuh Alia.

“Dah puas? Mama ingatkan ada apa-apa terjadi kat kamu berdua. Buat mama risau je. Flight kamu dah nak berlepas tu,” Pn.Hamidah geleng kepala dan berlalu.

“Cepat sikit. Takkan cuti 5 hari tu masih tak cukup jugak,” Pn.Hamidah membebel. Sementara itu, Alia dan Syah sempat juga berbalas senyuman. Alia juga tidak menyangka Syah akan bertindak begitu.
“Abang punya pasallah tu,” Alia menjeling sekilas wajah selamba Syah.

“Bukan buat salah pun. Cium isteri sendiri.” Syah tetap mempertahankan haknya.

“Lama jugak kamu berdua kat sana? Apa kamu berdua buat?” Soal Datuk Zamri bila melihat cucunya berjalan sambil tunduk memandang lantai.

“Biasalah Yah. Orang baru kahwin nak berpisah lama. Melepas rindu,” Pn.Hamidah menjawab wakil anaknya yang sudah tertunduk malu.

“Mama ni. Syah lama kat sana nanti. Lagipun, bukan buat dengan orang lain. Dengan isteri sendiri. Takde masalah, betulkan?” Syah menjawab selamba.

“Mama tak kata salah pun. Dah… masuk lagi. Nanti kena tinggal pulak,” Syah menyalami tangan mama dan datuknya. Akhir sekali dia menghulur tangan pada Alia. Alia menyambutnya kemudian mecium tangan kasar itu.

“Ingat pesan abang tau. Jangan nakal. Selamat jalan,” Mereka melambai tangan ke arah Syah yang semakin menghilang.

**********************

Monday, October 26, 2009

 CINTA tak KENAL siapa

oleh kaira syuma 

episode terakhir





“En.Azlan, ada orang nak jumpa. Sekarang dia sedang menunggu Encik di dalam bilik tetamu,” Nura menyampaikan pesan.

“Ok. Terima kasih,” Azlan terus menuju ke bilik tetamu. Nura memerhati langkah Azlan yang kemas dan teratur. Dia tertarik dengan penampilan ketuanya itu. dan sikap Azlan yang sentiasa menghormati orang lain, biarpun mereka berpangkat rendah darinya. Dan ramai pekerja yang memujinya dan menghormatinnya.
Sebaik sahaja pintu bilik tetamu terbuka, Azlan tersentak saat pandangan matanya menangkap seraut wajah yang sedang dirinduinya. Gadis manis itu tersenyum.
“Kenapa awak? Tak sangka saya datang sini?” Soalnya manja. Azlan tersenyum sambil berjalan perlahan menghampiri gadis tersebut.
“Erma apa khabar? Lama tak jumpa?” Azlan menjemput Erma duduk.
“Baik. Dah lama Bang Lan tak datang rumah. Mama dah bising tau,” Erma tersenyum lagi. Azlan merenung lama wajah yang murah dengan senyuman itu. Agak lama mereka berbalas renungan.
“Errrr… sebenarnya, Erma ada hal nak bagitau abang.” Erma memulakan bicara setelah agak lama mendiamkan diri.
“Apa dia?” Soal Azlan tenang. Wajah Erma kelihatan sedih.
“Saya akan ke Australia minggu depan tak tahu bila akan balik ke sini. Sebab tu saya datang jumpa abang ni.” Serta merta wajah Azlan berubah. Direnung wajah yang sedang tunduk itu.
“Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjadi teman berbual saya semasa saya sakit dulu. Kalau tak kerana abang, saya mungkin takde semangat nak hidup lagi,” Erma menyeka airmata yang menitis di pipi. Berat rasa hati hendak mengucapkan selamat tinggal buat insan yang berjaya mengetuk pintu hatinya.
“Kenapa ke Australia? Erma sambung belajar?” Soal Azlan perlahan sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Rasa kecewa kerana tidak dapat mengenali Erma dengan lebih rapat lagi.
“Saya nak cari kerja di sana. Lagipun papa dah benarkan.” Erma bersuara perlahan. Mengharapkan Azlan menghalangnya dari pergi. Namun semua itu hanya sia-sia, kerana Azlan tidak menyukainya.
“Jauhnya membawa diri. Sunyilah abang kelak,” Azlan merenung gadis manis itu. Rasa rendah diri menjarakan mereka. Azlan merasa dirinya tidak sesuai bergandingan dengan Erma yang sangat dikenali dan juga berharta.
“Errrr..abang…. sebelum Erma pergi. Erma ada perkara nak bagitahu abang,” Erma memandang wajah Azlan dengan riak tidak yakin. ‘Kalau aku tak luahkan, aku akan menyesal kelak. Kalau dia tolak, aku tak rugi apa-apa,’ Bisiknya dalam hati. Azlan menunggu dengan sabar.

“Saya cintakan abang,” Ucapnya perlahan namun masih mampu didengari oleh Azlan. Azlan tersentak, dia merenung Erma yang tunduk memandang lantai. ‘Betul ke apa yang aku dengar ni?’ Azlan pula tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Erma cakap apa tadi?” Soalnya inginkan kepastian. Erma tetap mendiamkan diri. Rasa menyesal ada jugak dan yang penting ras malu semakin menghimpit dirinya.
“Erma yakin dengan perasaan Erma?” Azlan bertanya.
“Anggap saja Erma tak pernah cakap. Erma minta diri dulu,” Erma segera mencapai beg tangannya dan bersedia untuk beredar.
“Tunggu,” Azlan menarik tangan Erma.
“Abang nak dengar sekali lagi. Ucap sambil pandang mata abang,” Azlan tersenyum. Erma terpana.
“Abang pun cintakan Erma, tapi abang tiada apa-apa. Abang tak beharta. Rupa pun tak hensem. Erma nak jugak?” Azlan bertanya sambil bergurau. Erma tunduk dan hanya bahunya sahaja yang kelihatan terangkat-angkat.
“Erma menangis?” Erma geleng kepala.
“Laaaa….Bisu pulak,” Azlan menepuk bahu Erma.
“Kalau Erma pergi, abang nak kahwin dengan siapa?” Erma angkat muka merenung Azlan yang tersenyum padanya.
“Abang….” Erma memandang wajah Azlan.
“Abang baru je nak suruh mak abang pergi pinang Erma Farhana binti Tuan Hj.Rashid untuk jadi isteri abang. Ingat nak batalkan bila Erma bagitau nak pergi jauh,” Erma pukul dada Azlan yang tersenyum senang.
“Abang jahat. Suka buat Erma sedih,” Erma peluk Azlan erat.
“Upsss.. tak boleh lagi. Batal air sembahyang,” Azlan menolak tubuh Erma. Erma tunduk malu.
“Terima kasih bang,” Azlan turut sama tersenyum kemudian ketawa bebas.
“So, macamana. Tak jadi pergi?” Azlan bertanya lagi. Erma geleng kepala. Kemudian mengeluarkan tiketnya lalu diserahkan kepada Azlan.
“Wah!!!! Hari ni nak pergi, baru nak cakap dengan abang?” Azlan mengoyak tiket tersebut tanpa sempat Erma menghalangnya.

“I love you,” Azlan pula mengucapkan kalimah keramat itu. Erma tersenyum bahagia.

“Terima kasih abang,” Mereka berbalas senyuman.


- Tamat-

Monday, October 19, 2009

CINTA tak KENAL siapa

oleh kaira syuma 

episode 3



Sekembalinya ke tanahair, Azlan semakin sibuk dengan tugasan yang semakin mencabar sehingga dia tiada masa untuk menjenguk keluarga Tuan Hj.Rashid.

Setelah beberapa kali menolak jemputan dari Tuan Hj.Rashid, akhirnya Azlan tidak dapat menolak lagi dan sebetulnya dia juga sudah tidak terlalu sibuk. 4 bulan dia tidak bertemu dengan ahli keluarga itu dan itu maknanya, Erma juga sudah sedar selama 4 bulan.

Kehadiran Azlan di sambut mesra oleh keluarga Tuan Hj Rashid. Mereka membuat jamuan makan malam sempena ucapan terima kasih kerana Azlan sudi menjaga Erma ketika anak gadis mereka terlantar sakit selama lebih 8 bulan. Sepanjang berada di rumah tersebut, Azlan tercari-cari gadis yang telah lama tidak di tatap wajahnya. Sebelum menjamu selera, kerusi di sebelah Azlan kosong dan ahli keluarga tersebut tersenyum penuh rahsia padanya.

Sewaktu hendak makan, seseorang memberi salam. Azlan turut menyambut salam tersebut tetapi tidak memandang wajah orang yang sedang memberi salam itu.
Seseorang sedang duduk di kerusi kosong di sebelahnya dan pada masa yang sama Azlan mendongak dan gadis itu turut memandangnya. Mereka berbalas pandang agak lama sehingga dikejutkan oleh suara batuk ahli keluarga yang lain. Azlan tertunduk malu bila menyedari semua mata memerhati gelagat mereka.
“Terima kasih sebab jaga saya selama saya terlantar tidak sedarkan diri.” Suara gemersik menampar cuping telinganya. Azlan tersenyum mesra ke arah gadis tersebut. ‘Inikah Erma tu. Lain betul dari yang selalu aku tengok. Dia nampak lebih cantik dan wajahnya juga lembut dan tenang,’ Azlan berbisik di dalam hati.

“Tak perlu terima kasih. Saya ikhlas dan juga rasa bersalah menyebabkan awak terlibat dalam kemalangan hari tu.” Azlan berkata perlahan. Mereka yang lain tersenyum melihat gelagat Azlan yang pemalu itu. Erma turut tersenyum.
“Memang betul apa yang mereka cakap tentang awak.” Erma bersuara manja. Azlan terpinga-pinga dan mereka yang lain tergelak.
“Susah nak jumpa lelaki pemalu ni.” Farhan adalah orang pertama yang mengusik Azlan. Azlan hanya mampu tersenyum bila dirinya di usik oleh mereka semua. Gelak ketawa bergema di rumah banglo itu.
Azlan menghampiri Erma yang sedang duduk merenung bintang di langit.
“Berapa jumlah bintang tu?” Soalnya lembut. Erma tersentak lalu menoleh. Dia menghadiahkan senyuman paling manis buat lelaki itu. Hatinya tiba-tiba rasa berdebar-debar saat menatap wajah bersih dan tenang itu.
“Tak terkira saya. Awak nak tolong saya kira?” Soalnya pula. Azlan tersenyum.
“Saya pun tak terkira. Banyak sangat.” Ucapnya perlahan. Erma tersenyum.
“Kita belum berkenalan dengan betul, kan?” Erma memandang lagi wajah tampan itu. Azlan angguk kepala.
“Baiklah. Kita mulakan, saya Erma Farhana,” Erma tersenyum menanti Azlan memperkenalkan diri. Azlan turut tersenyum.
“Azlan Syah. Orang panggil Azlan atau Lan. Ahli keluarga saya panggil Syah,” Azlan tersenyum manis.
“Owhhhh… Saya suka nama Syah tu. Boleh saya panggil awak Syah?” Soal Erma meminta kebenaran. Azlan tersenyum.
“Tapi itu untuk ahli keluarga saya sahaja,” Azlan sengaja mengusik Erma. Erma terdiam seketika. Kemudian dia bersuara.

“Kalau macam tu, saya nak jadi ahli keluarga awak juga. Saya nak panggil awak…… Abang Syah.” Erma membalas renungan Azlan. Debaran di hati masing-masing semakin kuat. Erma akhirnya mengalah.

“Takpelah. Kalau awak tak sudi saya panggil awak dengan nama tu,” Erma berkata perlahan pura-pura merajuk bila melihat Azlan mendiamkan diri. Azlan garu kepala yang tidak gatal.
“Ok. Awak boleh panggil saya macam tu. Adik saya pun panggil saya macam tu. Apa kata awak jadi adik saya?” Erma tersentak dan mendongak wajah Azlan. Beberapa minit kemudian Erma berdiri lalu beredar. Azlan hairan melihat tingkahlaku Erma yang tiba-tiba berlalu meninggalkannya. Azlan mengekori langkah Erma masuk ke rumah juga.
“Pak cik, mak cik, saya balik dulu.” Azlan meminta diri setelah agak lama singgah di rumah tersebut. Erma langsung tidak menjenguk semasa Azlan balik. Azlan pula tercari-cari wajah manis itu namun hampa.
Sebulan telah berlalu semenjak Azlan menziarahi keluarga Tuan Hj.Rashid. Namun bayangan wajah Erma masih segar diingatan.

‘Tak mungkin aku ada perasaan istimewa padanya. Terlalu capat dan aku sudah serik, kalau boleh aku tidak mahu bercinta dengan anak orang kaya,’ Azlan merenung kegelapan malam di hadapan rumah sewanya. Dan semenjak itu, dia menyibukkan diri dengan tugasan pejabat dan berusaha keras untuk berjaya kerana dia hendak membeli rumah pula. Bagi Azlan, dia berazam untuk mengumpul harta sebelum mendirikan rumahtangga. Kalau boleh, dia tidak mahu bakal isterinya susah payah mencari rezeki bersamanya.

*********************
“Lan, bila lagi nak datang ke rumah? Mak cik kamu dah bising, katanya pak cik tak jemput kamu ke rumah.” Tuan Hj.Rashid berkata perlahan semasa mereka menjamu selera di restaurant.
“Saya sibuk sejak kebelakangan ni. InsyaAllah, bila selesai kerja saya, saya akan jenguk mak cik sekeluarga.” Azlan tersenyum.
“Apa kata, Lan bekerja dengan pak cik je. Tolong pak cik uruskan syarikat tu. Nak harapkan abang Farhan kamu, dia tak minat langsung nak menguruskannya. Suami Hanis tu pun, sibuk dengan perniagaannya sendiri. Kalau kamu nak, pak cik akan beri jawatan pengurus kepada kamu.” Azlan tersentak. Namun, kemudian dia angkat muka dan menggeleng kepala.
“Maaf pak cik. Saya tak dapat terima. Saya tak layak menjawat jawatan tersebut. Lagipun, saya tak mahu mengambil kesempatan. Biarlah saya berjaya kerana usaha saya sendiri. Baru saya rasa puas hati,” Azlan berkata perlahan. Tuan Hj.Rashid angguk kepala menghormati pendirian Azlan.
“Baiklah. Pak cik tak nak paksa kamu. Tapi kalau kamu ubah fikiran, pintu syarikat pak cik tu sentiasa terbuka untuk kamu,” Tuan hj.Rashid memandang wajah Azlan.

************************* 

***bersambung

Friday, October 16, 2009


 CINTA tak KENAL siapa

oleh kaira syuma 

episode 2




Sudah hampir setahun Azlan dan Sarah berpisah. Sarah juga sudah melangsungkan perkahwinan dengan anak Datuk Hamid. Azlan sudah tidak bekerja di Syarikat Sara Sdn.Bhd lagi. Dia mendapat tawaran bekerja di Syarikat Addin Sdn. Bhd. Sebagai Pegawai Executive. Mujur dia memanfaatkan peluang ketika bekerja di tempat lama dahulu dengan menyambung pengajian secara sambilan.

Kini Azlan mampu memiliki Proton Gen-2 warna biru metallic dan memudahkan dia hendak ke tempat kerja. Suatu hari, terjadi perkara tidak diingini, apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan melanggar Honda City milik seorang gadis. Lebih menyedihkan, gadis tersebut cedera parah dan terpaksa dimasukkan ke ICU untuk tempoh yang agak lama.

“Tuan, saya minta maaf kerana cuai sehingga menyebabkan anak tuan cedera parah.” Azlan memohon maaf. Wajah tua itu hanya tersenyum mesra.
“Sudahlah, nak. Memang nasib dia, kita tak tahu apa yang akan terjadi. Pak cik tahu, kamu tidak bersalah. Laporan kemalangan tu mengatakan anak pak cik tu yang bersalah. Jangan risau,” Lelaki tua itu menepuk mesra bahu Azlan. Azlan geleng kepala.
“Tidak tuan, saya juga bersalah, kerana gagal mengawal kereta saya.” Azlan tetap merasa bersalah sehingga menyebabkan anak lelaki tersebut terlibat dalam kemalangan.
“Sebenarnya, kami yang menyebabkan Erma kemalangan. Kami memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Pada hari itu, dia keluar rumah dalam keadaan marah-marah sehingga dia hilang kawalan. Kamu jangan salahkan diri lagi. Doctor pun cakap dia sudah agak stabil biarpun masih belum sedarkan diri,” Tuan Haji Rashid tersenyum ramah. Hajah Aminah juga turut sama tersenyum melihat kerisauan anak muda itu.

Semenjak itu, Azlan sering berulang-alik ke hospital menjenguk gadis yang bernama Erma itu. Erma disahkan koma dan tidak tahu bila akan sembuh. Kedatangan Azlan juga disambut baik oleh ahli keluarga Tuan Hj. Rashid. Azlan senang dengan layanan yang diberikan oleh keluarga tersebut. Walaupun mereka kaya, namun rasa hormat dengan orang lain tetap ada dan mereka juga suka merendah diri berbeza dengan ahli keluarga Sarah.


“Buatlah macam rumah sendiri. Pak cik nak ke atas dulu.” Tuan Hj. Rashid menyuruh Azlan duduk sementara dia sendiri terus ke tingkat atas menuju ke bilik. Sementara menunggu Tuan Hj.Rashid turun, Azlan memerhati gambar-gambar yang digantung di dinding rumah banglo itu. Gambar keluarga. Azlan leka memerhati satu persatu wajah di dalam bingkai itu. Setiap mereka tersenyum mesra dan seraut wajah yang lembut menyapa matanya. Senyuman yang memikat, dan renungan yang menusuk ke dasar hatinya. Azlan segera melarikan anak matanya dari merenung gambar gadis itu. Namun seketika kemudian dia memandang lagi. Perasaan yang sama datang kembali.

“Hai, Azlan. Bila sampai?” Azlan tersentak bila di tegur oleh seseorang. Azlan berpaling.
“Hai. Abang Han. Saya baru juga sampai. Pak cik baru je naik ke bilik. Abang apa khabar?” Soalnya ramah. Farhan, anak sulong keluarga kaya itu. Dia memang ramah dan mudah mesra.
“Abang sihat. Isteri dan anak-anak abang pun sihat. Lan dah minum?” Soalnya sambil menjenguk ke dapur.
“Kak Mimah, sediakan air,” Laungnya dari ruang tamu.
“Macamana kerja? Ok?” Farhan bertanya sambil memandang wajah pemuda di sebelahnya itu.
“Alhamdulillah. Setakat ini ok. kadang-kadang je rasa susah sangat. Tapi nak buat macamana, dah kerja kita.” Azlan menjawab tenang. Farhan angguk kepala. Dia senang dengan perwatakan Azlan yang sederhana dan menghormati orang lain.
“Ha… Han, dah balik? Nisa dan budak-budak tu, tak ikut sekali?” Tuan Hj.Rashid menegur anak sulongnya.
“Tidak, Bah. Saya dari pejabat tadi dan tergerak nak singgah kat sini. Rupa-rupanya abah ada tetamu. Dah lama juga tak bersembang dengan Azlan ni.” Azlan tersenyum.
“Ye. Tu sebab abah ajak dia balik rumah sekejap. Baru tadi terserempak dengan dia kat hospital tu.” Tuan Hj.Rashid duduk sama. Kini sudah hampir 6 bulan Erma koma dan hubungan Azlan dan keluarga itu juga berjalan lancar. Ada keserasian antara mereka menyebabkan mereka mudah mersa.
“Lan, kamu selalu sangat ke hospital tu, kekasih kamu tak cemburu?” Soal Farhan tiba-tiba. Azlan terbatuk mendengar soalan yang tidak disangkanya itu.
“Siapa pulak yang nak cemburu. Kekasih pun takde lagi ni. Takde orang nak.” Jawabnya merendah diri. Farhan dan ayahnya tergelak bila melihat wajah Azlan yang merona merah. Malu mungkin.
“Mustahil orang tampan macam kamu ni takde kekasih. Takde orang minat?” Farhan mengusik Azlan yang jelas tersipu malu.
“Sekarang berapa umur kamu?” Soal Tuan Hj.Rashid.
“27 tahun, pak cik.” Jawabnya tenang. Walaupun perasaan malu bila di usik oleh Farhan masih bersisa lagi.
“Sama umur dengan Hanis. Anak nombor 3 pak cik. Erma tu, dia anak bongsu pak cik. Tahun ni dia dah 24 tahun. Dia manja dan sering menghiburkan kami semua. Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang yang pemarah dan degil semenjak dia belajar di Australia. Perangai dia berubah sama sekali. Dan pak cik berharap, kalau dia sedar nanti, pak cik akan jaga dia sebaik mungkin supaya dia kembali pada Erma yang ceria dan menghiburkan.” Azlan turut berdoa di dalam hati semoga Erma sedar dari tidurnya yang panjang itu.
Setiap hari, Azlan membawa sejambak bunga untuk di hadiahkan kepada Erma. Sebelum masuk kerja dan juga selepas habis waktu kerja, Azlan akan menemani Erma. Dia bercerita macam-macam dan juga membaca majalah atau surat khabar setiap pagi. Suatu hari, Azlan menerima panggilan dari Farhan yang mengatakan Erma sudah sedar dari koma. Ketika itu, Azlan tidak dapat balik ke Malaysia, kerana ada kursus di Beijing selama sebulan.

Walaupun rasa kecewa sebab tidak dapat berada bersama menyambut berita gembira itu, Azlan tetap berdoa semoga Erma sentiasa sihat walafiat. Azlan termenung seketika setelah perbualan mereka tamat. ‘Kenapa aku merasa sedih? Sepatutnya, aku gembira, sebab dia sudah sembuh dan keluarga dia sudah mampu tersenyum,’ Azlan bertanya pada dirinya sendiri. Sepanjang sebulan di Beijing, Azlan melawat tempat- tempat peranginan ketika tidak ada kursus. ‘Selepas ini, aku tidak akan berjumpa dia lagi, dan tidak dapat menatap wajah lembut itu,’ Bisiknya halus.

Azlan bingung dengan perasaannya. Rasa kehilangan sejak dia berada di Beijing, tetapi dia tidak tahu apa yang hilang itu.

                                                                                                                                                   ***bersambung

 CINTA tak KENAL siapa

oleh kaira syuma 

episode 1



“Sarah, tunggu dulu. Please, jangan tinggalkan saya.” Azlan menarik tangan Sarah. Gadis yang dicintainya sejak dua tahun lalu.

“Sudahlah, Lan. Saya dah letih menunggu. Saya sudah tidak menaruh harapan lagi pada awak. Kita berpisah saja. Ianya baik kita berdua. Tapi kita tetap berkawan. Saya tak boleh tunggu lama sangat dan umur kita pun semakin meningkat.” Sarah merenung wajah sedih itu. Bukan niatnya untuk berpisah dengan Azlan, pemuda itu terlalu banyak berkorban untuk dirinya. Namun, dia harus akur dengan pilihan keluarganya untuk menjodohkannya dengan orang yang sama taraf dengan keluarganya. Begitu banyak rintangan yang mereka lalui sepanjang tempoh dua tahun ini, namun nampaknya, semua itu menjadi sia-sia.
“Saya tahu, saya tidak kaya seperti keluarga awak. Dan atas sebab itu, mereka menghalang perhubungan kita. Sungguh tak sangka, setelah saya cintakan awak sepenuh hati, ini kesudahannya.” Azlan berkata perlahan seolah-olah menyesal dengan apa yang telah terjadi. Sarah mendiamkan diri. Rasa bersalah kerana memaksa Azlan menerima cintanya dahulu.

Empat tahun lalu Azlan merupakan anak muda kampung yang mencari rezeki di Bandar. Pertemuan pertama mereka ketika Azlan menunggu bas untuk ke tempat kerja. Sarah pula baru keluar dari kereta dan tiba-tiba ada sebuah motorsikal di pandu laju dan hampir melanggar Sarah. Azlan yang melihat kejadian itu segera menarik Sarah ke tepi. Dan Sarah yang merasa terhutang budi pada Azlan menghulurkan salam perkenalan.
Pertemuan mereka bukan setakat itu sahaja, rupa-rupanya, Syarikat Nur Sara Sdn. Bhd. tempat Azlan bekerja adalah anak Syarikat Nur Fatin Sdn. Bhd. Iaitu syarikat yang dimiliki oleh ayah Sarah, Tan Sri Ahmad seorang ahli perniangaan terkenal di Bandar tersebut.

Semakin hari hubungan mereka semakin rapat dan Sarah mula meluahkan perasaannya pada Azlan. Bagi Azlan pula, menerima Sarah adalah sesuatu yang mustahil memandangkan mereka berbeza taraf. Lebih setahun Sarah cuba memikat Azlan sehingga Azlan akhirnya mengalah dengan kuasa cinta Sarah. Perhubungan mereka juga tidak berjalan lancar, kerana banyak penghalang. Terutama ahli keluarga Sarah sendiri yang mahukan anaknya berkahwin dengan lelaki yang sama taraf dengan anak mereka. Seringkali hati Azlan terluka dengan kata-kata yang dilemparkan oleh ahli keluarga Sarah. Akhirnya, apa yang ditakuti oleh Azlan terjadi juga.

“Maafkan saya, Lan. Bukan niat saya membuat Lan sedih. Tapi saya dah cuba hidup sederhana dan belajar hidup susah. Namun memang saya tak mampu, dan saya tak mahu awak kecewa suatu masa nanti. Lebih baik kita akhirinya dengan secepat mungkin. Segala kenangan bersama awak akan saya simpan dalam hati.” Sarah berlalu meninggalkan Azlan yang tertunduk lemah. Retak seribu hatinya mengenangkan cinta pertamanya tidak sampai kepenghujung.

‘Aku mesti kuat. Dia memang bukan jodoh ku. Aku tak layak bersamanya. Kalaulah dulu aku bertegas tidak menerima cintanya, mungkin semua ini tidak akan terjadi.’ Azlan berbisik sendirian.

“Hai. Beb, kenapa ni? Monyok semacam je aku tengok? Kena tinggal kekasih?” Suara Norman menampar cuping telinganya. Azlan hanya mampu tersenyum.
“Entahlah Man. Memang benar apa yang kau cakap dulu. Kami memang takde jodoh.” Azlan berkata perlahan. Norman duduk di sebelahnya sambil menepuk bahu temannya itu.
“Kau nak kongsi masalah dengan aku? Ceritalah, jangan simpan dalam hati,” Norman memang sahabat yang baik. Dia adalah teman serumah yang cukup memahami dan sering member nasihat yang berguna padanya. Kalau tidak kerana Norman, dia mungkin sudah menjadi salah seorang Mat Rempit. Dengan pengalaman yang cetek, hidup di kota besar itu, hampir membuatkan ramai pemuda hilang pertimbangan dan mudah terjebak dengan gelaja buruk.
“Keluarga dia nak jodohkan dia dengan anak kawan mereka. Aku dengar, anak rakan kongsi bapak dia.” Azlan tersandar lesu di kerusi.
“Sudahlah. Tak payah difikirkan lagi. Mungkin jodoh kau dengan gadis yang jauh lebih baik dan lebih cantik dari Sarah.” Norman menepuk bahu Azlan. Azlan tersenyum lemah.

“Ye. Harap-harap doa kau dimakbulkan.” Azlan turut berdoa di dalam hati.


                                                                                         ***bersambung