klik untuk ke blog di alam angker
Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Kickdefella

Kickdefella


Ancaman Nik Aziz Lebih Bahaya Dari Ancaman Komunis

18072011
Sebahagian daripada 600 ekar tanah yang dimajukan oleh Tauke Cina untuk Akademi Yakin
“Dulu ayah kami bangunkan tanah hutan ni, bila lepas merdeka, ada ancaman komunis, kita lari ke Gua Musang. Bila reda, kita balik semula dan terus bangunkan tanah ni. Sekarang ni, ancaman kerajaan PAS Nik Aziz, kami nak pergi ke mana?”

“Masa komunis, kita lari tapi boleh balik semula. Masa Nik Aziz, dia ambik terus bagi ke Cina… kami tak boleh balik dah ke sini….”, demikian keluhan daripada 5 orang penduduk Kampung Serasa, Kuala Krai kepada saya sewaktu saya dan Agen Johnson melawat ke kampung mereka, semalam.
Agen Johnson dan saya kembali ke Kelantan untuk menyiasat kes rampasan tanah yang dibangunkan oleh penduduk tempatan oleh tauke Cina.
Sewaktu melawat ke tapak tanah bukit yang telah dibersihkan, agen Johnson sempat menyamar sebagai pemburu haram dengan memikul senapang RELAnya dan berbual dengan seorang tauke Cina yang kebetulan berada di tapak itu.
Tauke Budiman bersama rakan ‘barunya’
“Tauke, ini tanah atas nama Mazlan Abdul Ghani, betul ke,” tanya Johnson.
“Tarak tau, ini saya bayar sendiri….” Jawab Tauke yang bercakap dengan pelat Kedah.
“Tauke bayar… bayar sama sapa…” tekan Johnson.
Menurut penduduk-penduduk kampung, tanah tersebut diberi milik kepada Akademi Yakin, sebuah agensi Kerajaan PAS Kelantan. Tetapi tanah itu terus dibangunkan oleh tauke cina dari luar Kelantan.
Ianya dikatakan melibatkan 3 blok dan yang menjadi kontroversi sekarang ialah apabila wakil dari pihak Kerajaan PAS Kelantan telah ‘menjual’ 1,000 ekar tanah itu kepada orang tengah dan kemudiannya diserahkan untuk dibangunkan oleh seorang tauke dari luar Kelantan.

Sunday, July 17, 2011

PENJELASAN SCORPENE TIDAK BOLEH SELAM | Military of Malaysia

PENJELASAN SCORPENE TIDAK BOLEH SELAM | Military of Malaysia




kapal selam Akula, 20 mati akibat kebocoran gas pemadam api
NOTA PENULIS : SAYA MOHON MAAF KERANA TIDAK UPDATE BLOG DISEBABKAN KESUNTUKKAN MASA DAN JUGA KERANA BLOG SAYA MENGHADAPI MASALAH TEKNIKAL SELEPAS UBAHSUAI THEME. SELEPAS INI SAYA AKAN UPDATE BLOG SEPERTI BIASA
1. Walaupun sudah banyak penjelasan di dada akhbar, majalah dan blog-blog pertahanan tempatan, saya perhatikan masih ada lagi pembaca yang percaya bulat-bulat bahawa kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dari jenis Scorpene telah rosak dan tidak dapat menyelam.
2. Lebih buruk lagi apabila ada yang menyangka bahawa kapal selam tersebut merupakan bahan terpakai dari Tentera Laut Peranchis sedangkan Malaysia telah menghabiskan wang sebanyak RM7.7 bilion untuk membeli dua buah kapal selam terbaru dan tercanggih di rantau ini. Sejumlah RM359 juta lagi dihabiskan untuk membeli kapal selam terpakai dari jenis Agosta.
3. Orangramai diprogram untuk percaya serta yakin bahawa kapal selam TLDM tidak dapat menyelam dan sedang mengalami kerosakkan besar.
4. Mereka juga dipaksa tanpa sedar bahawa pembelian kapal-kapal selam ini melibatkan isu pembunuhan seorang wanita, bagaimanapun kebanyakkan tuduhan dibuat tanpa asas, bukti dan sekadar cakap-cakap. Ia melibatkan beberapa orang individu yang bukan dalam lingkungan Kementerian Pertahanan Malaysia.
5. Hanya mempunyai kenalan seorang atau dua pegawai tentera, ramai sekali muncul sebagai penganalisis ketenteraan tidak bertauliah berdasarkan maklumat yang longgar dan “hear say”.
6. Bukan saya hendak menyalahkan pembaca sekalian, tetapi itulah senario politik di Malaysia, di mana persepsi memainkan peranan yang penting sedangkan parti-parti politik yang bertelagah ini sebenarnya tidak memberi manfaat yang berguna kepada rakyat kecuali kesedaran dan minat yang terlebih-lebih kepada perkhabaran angin.
MASALAH KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM
7. Kapal selam yang dikatakan bermasalah iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba pada Sept 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika selepas itu sehinggalah kapal itu didakwa tidak boleh menyelam oleh sekelian jentera propaganda parti-parti politik ini.

SiasahDaily: Perang media baharu, Pakatan Rakyat makin tergugat

SiasahDaily: Perang media baharu, Pakatan Rakyat makin tergugat


Perang media baharu, Pakatan Rakyat makin tergugat

Satu masa dulu, gerakan pembangkang menguasai dunia siber, dengan laman-laman web berita yang banyak dan sentiasa dikemaskini.


Kemudian, apabila blog menjadi popular, pemimpin-pemimpin pembangkang mendahului penggunaan alat ini dalam dunia politik negara.


Pada masa itu, selesa dengan akhbar dan saluran televisyen yang dikuasai, Umno dan Barisan Nasional kelihatan mengabaikan terus media baharu, kecuali satu atau dua saluran maklumat seperti laman Umno.


Laman-laman pembangkang walau bagaimanapun bukan semuanya kekal. Ada yang terus berkubur, ada yang muncul semula dalam bentuk lain, dengan beberapa masih kekal.


Tiba Pilihan Raya Umum ke-12, internet diraikan sebagai medan yang mencetuskan apa yang suka disebut sebagai "tsunami politik" yang mengubah wajah politik negara. Muncul kenyataan seperti "medan Pilihan Raya Umum ke-12 ialah di internet."


Selepas tiga tahun Mac 2008 berlalu, Umno dan BN semakin menyedari kepentingan media baharu. Secara tersusun dan bersungguh-sungguh, media baharu menjadi salah satu bahagian penting dalam jentera pemerintah.


Pemimpin-pemimpin Umno yang sebelum ini hanya sekadar mampu menyebut IT, kini sudah mampu menggunakan media baharu, bermula dengan blog, Twitter dan Facebook.

Wednesday, July 13, 2011


siapakah sebenarnya Ambiga Sreenevasan (Ambiga Srinevasan)!!!





Sedikit maklumat mengenai siapakah sebenarnya Ambiga Sreenevasan (Ambiga Srinevasan). Hasil kajian maklumat yang diperolehi daripada beberapa sumber rujukan.

Bekas  Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima  memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos  2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan  IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;

Monday, June 20, 2011

  
HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH
ALLAH  OLEH KRISTIAN 1

Mohd Aizam bin Mas od
Cawangan Aqidah 
Bahagian Penyelidikan 

 
Abstrak

 
Isu  tuntutan  penggunaan  kalimah  Allah  oleh  penganut  Kristian  di  negara  ini
seharusnya  ditangani  dengan  bijak.  Perbincangan  ilmiah  dengan  memahami
maksud  tersurat  dan  tersirat  terhadap  tuntutan  ini  harus  diselami  oleh  semua
pihak.  Kalimah  Allah  merupakan  kalimah  suci  yang  melambangkan  Islam  itu
sendiri. Umat Islam  semestinya  mempertahankan  penggunaan  kalimah  ini   agar
tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah  kewajipan bagi umat Islam dalam
mempertahankan kesucian  Islam itu sendiri.


Pendahuluan


Pada  31  Disember  2007,  pengarang  akhbar  Herald-The  Catholic  Weekly,  Pader i
Lawrence  Andrew  menyatakan  bahawa p ihak  Kementerian Dalam  Negeri  (KDN)
telah  memperbaharui  permit  penerbitan  akhbar  itu  tanpa  larangan  menggunakan
kalimah  'Allah'.  Bagaimanapun  kerajaan  menegaskan  bahawa  larangan
penggunaan  kalimah  Allah   masih  kekal.  Pada  3  Januari  2008,   kabinet
mengekalk an  larangan  bagi  semua  agama  kecuali  Islam  daripada  menggunakan
kalimah  Allah   dalam  pener bitan  akhbar  masing- masing.  Sebelu m  ini  Kabinet
telah  memutuskan keputusan  yang  sama  dalam  mesyuarat  pada  18 Oktober  dan  1
November    2006.    Pada  19  Mac  2008,  Gereja  Katolik  telah  memohon  d i
Mahkamah  Tinggi  untuk  melakukan  semakan  kehakiman  terhadap  larangan
penggunaan  kalimah  Allah .  Pada  5  Mei  2008,  Mahkamah  Tingg i  (Bahagian
Rayuan  dan  Kuasa- Kuasa  Khas)  telah  membuat  keputusan  membenarkan
per mohonan Gereja Katolik  untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang)
terhadap  larangan  menggunakan  kalimah  Allah   dalam  pener bitan  mingguan
Herald-The  Catholic  Week ly.   Oleh  itu,  artikel  ini  digarap  dalam  rangka
menyediak an hujah  menolak penggunaan kalimah  Allah  oleh penganut Kr istian. 


Alasan Gereja  Katolik Menggunakan Kalimah  Allah  

Dalam  akhbar   The  Sun   bertarikh  24  Disember  2007,  terdapat  laporan  bertajuk
Church  leaders  explain  use  of        'Allah'.   Terdapat  lima  alasan  utama  yang
dikemukakan  oleh  laporan  tersebut  mengapa  Gereja  Katolik  ingin  meneruskan

                                                    
 Artikel ini telah diterbitkan di dalam Jurnal Penyelidikan JAKIM Bil. 21 Tahun 2008.  1
1                               
penggunaan  kalimah  Allah   di  dalam  ak hbar  terbitan  mereka.  Alasan  yang
dikemukakan  ialah seperti berikut:

a)  Mendakwa  mereka  meng ikut  Bible.  Bible  dalam  bahasa  Melayu
menggu nakan  kalimah  Allah   sebagai  terjemahan  istilah  God  dan  Tuhan 
sebagai terjemahan untuk istilah Lor d. 

b)  Mendakwa  bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya
telah  pun  memiliki  buku-buku  doa  dalam  bahasa  Melayu  dan  kalimah
Allah   telah  digunakan  sebagai  ter jemahan  kepada  istilah  God.  Para
penganut  Katolik  Malta  juga  menggunakan  kalimah  Allah   u ntuk  merujuk
kepada Tuhan dan  demik ian  juga  masyarakat Kristian di Indonesia, Pak istan
dan  Asia Barat. 

c)  Mendakwa  ayat-ayat  al-Quran  sendir i  telah  menu njukkan  bahawa  golongan
bukan Islam juga  telah menggunakan  lafaz  Allah.

d)  Mendakwa  bahawa  segmen  (terjemahan)  dalam  bahasa  Malaysia
diwujudkan untuk  memenuhi keperluan kepelbagaian  etnik dan  bahasa  yang
wujud  di  Malaysia  sebagaimana  yang  wu jud  di  dalam  populasi  penganut
Katolik di Malaysia. 

e)  Mendakwa  kerajaan  tidak  mempu nyai  hak  u ntuk  campurtangan  dalam
urusan  dalaman  gereja  berdasarkan  hak  yang  diber i  oleh  Perkara  11( 3)A 
                         Perlembagaan Persekutuan

Hujah-hujah Menolak Alasan Pihak Gereja  Katolik

Alasan  pertama:     Mendakwa  mereka  mengikut  Bible.  Bible  dalam  bahasa
Melayu  menggunakan  Allah   sebagai  terjemahan  istilah  God  dan  Tuhan 
sebagai terjemahan untuk istilah Lord.  


Monday, June 13, 2011




KEJATUHAN NEGARA ISLAM PAS 
 
By Dr. Mahathir Mohamad on June 10, 2011 2:40 PM 
 
Dipetik dari blog : Tun Mahathir







1. Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna "perjuangan untuk Negara Islam ala PAS" untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang PAS menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.

2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam - Karpal Singh) maka PAS menggugur Negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.

3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS, Nik Aziz tidak terima UMNO.

4. Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian PAS, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan PAS.

5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong PAS akan turut dimana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS.

6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan PAS untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.

7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya PAS dan Nik Aziz menolak Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.

8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS.

Tuesday, May 10, 2011

mStar Online : Siti Nurhaliza Adakan Konsert Jelajah Indonesia

mStar Online : Siti Nurhaliza Adakan Konsert Jelajah Indonesia


Siti Nurhaliza Adakan Konsert Jelajah Indonesia
SHAH ALAM: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, bakal mengadakan konsert jelajah Indonesia yang bermula pada 29 Jun hingga 7 Julai ini.
Menurut Siti, konsert kerohanian tersebut bakal diadakan di beberapa buah bandar iaitu di Jogjakarta, Banjamasin, Padang dan Jakarta.
“Selepas lima tahun tidak mengadakan persembahan di Indonesia saya fikir inilah masa yang paling sesuai. Ini kerana, ketika ke Indonesia Februari lalu, saya lihat ramai peminat saya di sana yang rindukan persembahan saya.
“Mereka terlalu teruja dan ingin tahu tentang perkembangan saya. Jadi tawaran yang diberikan oleh sebuah produksi penganjur di sana merupakan peluang yang baik,” katanya pada sidang media Malam Gala SimplySity di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Isnin.
Tambah Siti, dalam konsert tersebut dia bakal bergandingan dengan Opick dan Erwin Gutawa.
“Mereka telah memilih beberapa senarai artis yang akan bersama saya, malah malam kemuncak konsert tersebut yang akan diadakan di Jakarta juga merupakan malam istimewa kerana akan menyanyi bersama orkestra,” ujarnya.
Dalam pada itu, Siti turut mengakui ini merupakan masa untuknya kembali aktif semula dalam bidang seni suara.
“Selepas berkahwin saya ambil masa untuk jadi suri rumah selama dua tahun dan selepas itu saya sibuk dengan produk SimplySity.
“Banyak juga tawaran nyanyian terutamanya dari Indonesia yang saya terpaksa tolak atas sebab-sebab tertentu.
“Sekarang saya rasakan masa untuk saya kembali aktif terutama selepas album Inggeris saya berada di pasaran Jun ini,” katanya yang merancang mengadakan konsert di Malaysia selepas Hari Raya ini.
Sementara itu, bercakap tentang produk SimplySity, Siti memberitahu selama setahun beroperasi produk tersebut telah mencapai sasarannya.
Tambah Siti, mereka sedang merancang untuk mengembangkan pasaran mereka di Brunai dan Indonesia.
“Alhamdulillahlah, perkembangan produk ini selama setahun ini sangat memberangsangkan yang mana kami telah memasuki beberapa gedung jualan seperti Guardian dan Tesco.
“Dan Insya-Allah akan muncul nanti dengan beberapa produk lain seperti penjagaan badan dan pewangi,” ujarnya.
Sempena ulang tahun pertama, sebuah majlis Malam Gala SimplySity akan dianjurkan pada 9 julai ini di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, bagi memberi penghargaan kepada pengguna produk tersebut.
Antara artis yang turut terlibat dalam persembahan itu nanti ialah Amy Search, Aizat, dan Ana Raffali. Ia dikendalikan oleh Faizal Ismail sebagai pengacara majlis.