klik untuk ke blog di alam angker

Monday, June 13, 2011




KEJATUHAN NEGARA ISLAM PAS 
 
By Dr. Mahathir Mohamad on June 10, 2011 2:40 PM 
 
Dipetik dari blog : Tun Mahathir







1. Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna "perjuangan untuk Negara Islam ala PAS" untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang PAS menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.

2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam - Karpal Singh) maka PAS menggugur Negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.

3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS, Nik Aziz tidak terima UMNO.

4. Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian PAS, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan PAS.

5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong PAS akan turut dimana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS.

6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan PAS untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.

7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya PAS dan Nik Aziz menolak Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.

8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS.

Sunday, June 5, 2011


Saintis dedah punca utama barah tekak






gambar : hanya hiasan semata2 oleh penulis blog.....bkn dr sumber berita...ngeee~~~~


COLUMBUS - Saintis mendapati seks oral lebih berisiko menyebabkan barah tekak berbanding penggunaan tembakau menerusi aktiviti merokok, lapor sebuah akhbar semalam.
Berdasarkan hasil kajian terbaru, saintis-saintis mendapati aktiviti itu merupakan punca utama barah tekak dalam kalangan individu berusia di bawah 50 tahun.


Tuesday, May 10, 2011

mStar Online : Siti Nurhaliza Adakan Konsert Jelajah Indonesia

mStar Online : Siti Nurhaliza Adakan Konsert Jelajah Indonesia


Siti Nurhaliza Adakan Konsert Jelajah Indonesia
SHAH ALAM: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, bakal mengadakan konsert jelajah Indonesia yang bermula pada 29 Jun hingga 7 Julai ini.
Menurut Siti, konsert kerohanian tersebut bakal diadakan di beberapa buah bandar iaitu di Jogjakarta, Banjamasin, Padang dan Jakarta.
“Selepas lima tahun tidak mengadakan persembahan di Indonesia saya fikir inilah masa yang paling sesuai. Ini kerana, ketika ke Indonesia Februari lalu, saya lihat ramai peminat saya di sana yang rindukan persembahan saya.
“Mereka terlalu teruja dan ingin tahu tentang perkembangan saya. Jadi tawaran yang diberikan oleh sebuah produksi penganjur di sana merupakan peluang yang baik,” katanya pada sidang media Malam Gala SimplySity di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Isnin.
Tambah Siti, dalam konsert tersebut dia bakal bergandingan dengan Opick dan Erwin Gutawa.
“Mereka telah memilih beberapa senarai artis yang akan bersama saya, malah malam kemuncak konsert tersebut yang akan diadakan di Jakarta juga merupakan malam istimewa kerana akan menyanyi bersama orkestra,” ujarnya.
Dalam pada itu, Siti turut mengakui ini merupakan masa untuknya kembali aktif semula dalam bidang seni suara.
“Selepas berkahwin saya ambil masa untuk jadi suri rumah selama dua tahun dan selepas itu saya sibuk dengan produk SimplySity.
“Banyak juga tawaran nyanyian terutamanya dari Indonesia yang saya terpaksa tolak atas sebab-sebab tertentu.
“Sekarang saya rasakan masa untuk saya kembali aktif terutama selepas album Inggeris saya berada di pasaran Jun ini,” katanya yang merancang mengadakan konsert di Malaysia selepas Hari Raya ini.
Sementara itu, bercakap tentang produk SimplySity, Siti memberitahu selama setahun beroperasi produk tersebut telah mencapai sasarannya.
Tambah Siti, mereka sedang merancang untuk mengembangkan pasaran mereka di Brunai dan Indonesia.
“Alhamdulillahlah, perkembangan produk ini selama setahun ini sangat memberangsangkan yang mana kami telah memasuki beberapa gedung jualan seperti Guardian dan Tesco.
“Dan Insya-Allah akan muncul nanti dengan beberapa produk lain seperti penjagaan badan dan pewangi,” ujarnya.
Sempena ulang tahun pertama, sebuah majlis Malam Gala SimplySity akan dianjurkan pada 9 julai ini di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, bagi memberi penghargaan kepada pengguna produk tersebut.
Antara artis yang turut terlibat dalam persembahan itu nanti ialah Amy Search, Aizat, dan Ana Raffali. Ia dikendalikan oleh Faizal Ismail sebagai pengacara majlis.