klik untuk ke blog di alam angker

Saturday, November 14, 2009

ALiA
bahagian 4/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
 
 
“Wah!!!! Kalau anak Pengetua, tentu hensem. Hihihiii. Maklumlah mak dia cantik. Aku dengar suami Cikgu Hamidah tu orang Pakistan.” Suara Imah bergema di dalam bilik nombor 6 Asrama Tun Teja ketika rakan-rakan yang lain sedang leka membuat kerja masing-masing. Maziah menghampiri Imah lalu duduk disebelahnya. 


“Betul ke? Wau… tentu ramai peminat dia nanti.” Sara dan Ros turut serta. “Tak sabar aku nak tengok bakal cikgu baru kita tu. Hensem sangat ke dia tu?” Sara berbaring di atas katil Imah sambil merenung siling bilik mereka.


“Eleh, kau apahal pulak tak sabar nak tengok muka cikgu baru tu, budak hensem kelas kamu tu macam mana? Kena reject ye?” Maziah menolak bahu Sara.


“La…. Apalah kau ni, aku hanya nak tahu bagaimana rupa anak Pengetua kita tu,” Sara menjawab sambil duduk memandang rakan-rakannya.


“Korang bayangkan, kalau bapa dia orang Pakistan, tentu bakal cikgu kita tu banyak bulu kat badan dia. Dan muka dia penuh bulu. Maklumlah orang Pakistan ni, kan banyak bulu. Macam mereka yang jual karpet kat pasar tu. Hihiiii gelinya,” Sara ketawa terbahak-bahak.

“Hoi minah…. Apa yang lucu sangat tu?” Sergah Alia yang baru keluar dari bilik mandi. Sambil mengeringkan rambutnya yang panjang itu, dia duduk di sebelah Maziah.


“Eiiii. Otak kau ni kotor betul. Tak patut kau cakap macam tu,” Ros buat muka jijik. Mereka yang lain hanya tersenyum.


“Apa yang jijik sangat tu?” Soal Alia hairan.

“Ni, kawan kita yang pemalu ni, ada ke patut, dia cakap yang anak Pengetua kita tu badannya berbulu macam orang Pakistan yang jual karpet tu,” Maziah buat muka buruk.


“Kalau berbulu dada ok jugak. Macho,” Imah pula menyokong Sara.


“Eiiii Ni lagi sorang. Lain dari yang lain,” Ros geleng kepala. Alia cuma tersenyum.


“Orang kata, lelaki yang berbulu dada ni, romantic, penyayang. Aku suka lelaki yang romantic tau,” Imah berangan.


“Lelaki yang penyayang dan romantic tak semestinya berbulu dada. Apalah korang ni, berdiri bulu roma aku dibuatnya.” Alia segera menyarung baju kebadannya. Kadangkala rakan-rakannya bercerita sesuatu yang melebihi had umur mereka.


“Sara, kau dah tegur secret admire kau tu?” Alia bertanya sambil memasang bedak kemukanya.

“Belumlah. Malas aku nak fikir. Simpan dalam hati je,” Jawab Sara malas. “Dah mengalah? Cepat betul? Aku ingatkan kau benar-benar nak tackle dia,” Maziah memandang wajah Sara.


“Aku malas nak fikir tentang hal itu lagi. Aku nak tumpukan perhatian pada pelajaran dulu. Cukuplah sekadar tengok dari jauh,” Sara menjawab tenang. Bagi Sara itu lebih baik kerana dia seorang yang tidak suka terjebak dalam soal hati dan perasaan.


“Bagus. Macam tu lah. Bila kita barada dalam keadaan sekarang ni, memang banyak dugaan. Bila hati kita sukakan seseorang, kita terpaksa kawal perasaan kita tu. Memang sakit,” Alia berkata sambil berpeluk tubuh. Semua mata memandang kearahnya.


“Alia, kau ni, bercakap macam ada pengalaman je aku tengok. Kau ada orang yang kau berkenan ke?” Maziah memandang wajah Alia. Begitu juga mereka yang lain.


“Kenapa?” Soal Alia pelik. Dahinya berkerut seribu. Dia membalas pandangan rakan-rakannya dengan pandangan pelik.


“Aku kan suka baca buku cerita. Kalau korang tak percaya, nanti aku suruh korang baca buku tu,” Alia berkata selamba.

“Tapi cara kau bercakap macam pernah mengalaminya. Betul ke kau tak pernah bercinta sekalipun?” Mereka berempat mencari kebenaran di wajah Alia. Alia tersengih. 

“Oklah. Aku memang pernah sukakan seseorang masa kita di tingkatan 3. Aku tak tahu kalau itu dikatakan cinta.” Alia terdiam seketika mengingati kisah yang ingin dilupakan. Temannya setia menanti.

“Aku rapat sangat dengan dia. Ke mana sahaja kami tidak pernah berengang. Tetapi aku ingatkan kami hanya teman biasa. Kemunculan Nita dalam hubungan kami membuatkan aku sedikit keliru. Aku cemburu,” Alia tunduk sambil tersenyum lemah.


“Maksud kau? Lelaki tu Alan?” Soal Imah tidak percaya. Alia angguk kepala. “Kenapa kau tak bagitau kita orang?” Sara pulak menyampuk. “Tunggulah aku habis cerita dulu.” Alia marah.


“Ok..Ok… Sambung,” Alia menarik nafas panjang.

“Semakin hari hubungan aku dengan Alan semakin renggang. Kemudian, dia bagi tau aku yang dia nak belajar betul-betul, supaya dapat masuk sekolah yang lebih baik. Dia tak mahu terus leka bila bersama dengan aku. Aku kan minat bersukan.” Alia tersenyum pahit. Masih terakam kejadian 2 bulan sebelum peperiksaan percubaan PMR.


“Alia, mulai hari ni, kita jangan berjumpa lagi ye. Aku nak tumpukan perhatian pada pelajaran aku. Aku dan Nita bercadang nak memohon sekolah Sains yang sama. Aku dah bagi surat letak jawatan dalam bola sepak dan olahraga.” Alan berkata serius.


“Betul ke? Kau nak lepaskan begitu saja? Selama ni result kita ok je. Kau ada masalah lain ke?” Alia bertanya sebagai kawan. Semenjak Alan berkawan rapat dengan Nita, perangainya juga berubah dan mudah marah tidak tentu pasal.


“Boleh tak kau jangan menyibuk. Kau tahu tak, kerana kau, Nita selalu marah kat aku. Dia kata kau cuba nak mengorat aku. Kalau pun kau suka kat aku, aku anggap itu sebagai buang masa. Kita hanya kawan,” Alan berkata tegas. Alia yang mendengarnya terasa hati. Tahulah dia kini, Alan sudah berubah dan sedikit pun dia tidak pernah menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Alia terus beredar tanpa mempedulikan Alan yang memanggilnya. Semenjak itu dia terus menjauhkan diri dari Alan. Ajay dan Ariy yang menjadi temannya. Rakan sekampung dan sepermainannya itu saja yang tahu kejadian itu.


“Kasihan kawan aku ni,” Ros memeluk tubuh Alia setelah Alia habis bercerita. “Patutlah kau agak pendiam hujung tahun tu. Kita orang ajak pergi berkelah pun kau tak ikut,” Maziah bersimpati dengan nasib temannya itu. Alia membalas pelukan Ros. Air mata jatuh jua akhirnya. Melihat keperihatinan teman-tamannya, Alia merasa gembira. Dia ketawa.

“Sebab tu aku tak mahu terikat dengan sesiapa pun. Aku nak tunjukkan yang aku pun boleh berjaya biarpun bersekolah biasa,” Alia mengesat airmatanya.

“Tak patut betullah kau ni. Kenapa tak bagi tau kami,” Sara pulak bertanya. Alia tersenyum.

“Aku tak nak korang belasah budak perempuan tu. Dan gaduh dengan Alan. Lagi pun aku anggap tu sebagai cinta monyet je. Kenangan masa lalu. Nasib baik result PMR aku ok je,” Alia ketawa.

“Lain kali, kalau kau sukakan seseorang, bagi tau. Jangan nak simpan dalam hati. Nanti kecewa merana diri,” Ros menolak kepalanya. Alia buat muka selamba.

“Jangan risau. Untuk 5 tahun akan datang ni, aku malas nak fikir tentang hal macam tu lagi.” Alia nekad. 

“Sara, kalau kau sukakan seseorang, baik kau terus terang. Aku tahu bagaimana rasanya menyukai seseorang dalam diam. Sakit kat dalam sana,” Alia menepuk dadanya. Sara memeluk Alia erat.

“Maafkan kami kerana tidak mengambil berat tentang kamu Alia,” Mereka berlima saling berpelukan. “Ok… sekarang aku rasa semakin ok. Terima kasih Alia, aku akan pastikan perkara ini tidak menjadi penghalang untuk aku mencapai kejayaan,” Sara berkata penuh semangat.
KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 8

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




Akmal menyanyi kecil sambil bersiap ala kadar. Zainal hairan melihat rakan baiknya gembira sekali malam itu.

“Kau ni kenapa? Seronok semacam aku tengok. Ada apa-apa yang kau tak bagi tau aku ye?” Zainal serkap jarang. Akmal hanya tersenyum.

“Kau belum kemas lagi? Kau tak nak keluar ke?” Akmal merapikan rambutnya. Zainal geleng kepala melihat senyuman dibibir Akmal.

“Aku macam ni pun dah ok,” Zainal dan Akmal keluar dari bilik menuju ke tasik yang menjadi tempat remaja berkumpul.

“Errrr…mari,” Zainal ikut langkah Akmal yang pantas menghampiri dua orang pelajar perempuan.

“Siapa tu? Kau kenal mereka?” Zainal berbisik di telinga Akmal. Akmal angguk kepala.

“Assalammualaikum,” Mira dan Zuriana menyambut salam tersebut dan menoleh ke belakang.

“Errrrr….Awak,” Mira gugup seketika. Akmal tersenyum.

“Tak sangka jumpa kat sini,” ujarnya perlahan.

“Boleh kami duduk?” Akmal bertanya sopan.

“Duduklah,” Zuriana menjawab mewakili Mira yang jelas terkejut. Akmal tersenyum.

“Kenalkan ini kawan saya. Zainal. Nal, kenalkan,” Zainal hulur tangan untuk bersalam.

“Zuriana,” Mereka berjabat tangan.

“Syamira,” Mira pula memperkenalkan diri. ‘Kenapa dengan Akmal ni? Lain macam je aku tengok,’ Zainal berbisik sendirian. Dia asyik melihat Akmal yang sedikit gelisah itu.

“Dah lama kenal Azlan?” Mira bertanya bagi memecah kesunyian antara mereka berempat.

“Kawan masa di tingkat satu hingga tingakatan tiga. Kami satu sekolah dan satu kampung,” Akmal menjawab perlahan.

“Mira….” Zuriana menyiku lengan Mira. Mira tersentak.

“Kenapa?” Soal Mira pelik. Akmal dan Zainal turut sama kehairanan.

“Mazlan…. Tu..” Zuriana muncung mulut ke arah sepasang remaja yang bergelak ketawa. Mira tersenyum.

“Biarlah. Hak dia,” Mira berkata perlahan.

“Memang tak tetap pendirian,” Ujar Zuriana sambil geleng kepala. Akmal dan Zainal berpandangan sesema sendiri.

“Siapa tu?” Akmal bertanya.

“Peminat,” Mira tersenyum.


“Owhhhh!!!!” Akmal angguk kepala.

“Al, tu…macam si Faridah. Betulkan?” Giliran Zainal pula menyiku Akmal. Akmal memandang ke arah yang ditunjuk oleh Zainal.

“Kan aku dah cakap, dia memang jenis yang tak setia,” Zainal membebel. Akmal tersenyum. Mira dan Zuriana hairan.

“Siapa tu? Kekasih awak ye?” Soal Mira sambil tersenyum. Namun dadanya berdegup kencang. Mengharapkan Akmal menidakkan tanggapannya.

“Peminat,” Akmal dan Mira sama-sama tersenyum. Mereka saling berbalas senyuman. Zainal dan Zuriana seperti dapan mengesan sesuatu dari padangan mata Mira dan Akmal.

“Al, aku nak berjalan-jalan dulu. Kau jumpa kat sini nanti ye,” Zainal berdiri. Tiba-tiba, Zuriana turut sama berdiri.

“Mira, aku pun nak jalan-jalan jugak. Awak tak kisahkan, saya ikut,” Zuriana memandang wajah Zainal. Zainal angguk kepala.

“Tapi…” Mira cuba menghalang temannya, namun Zuriana dengan pantas mengejar langkah Zainal. Akhirnya Mira duduk kembali. Mira dan Akmal sama-sama membisu.

“Awak selalu datang ke sini?” Akmal bertanya perlahan.

“Ermmm… ye. Saya suka suasana yang sunyi dan aman. Tenang jiwa,” Mira merenung dada langit yang dipenuhi bintang.

“Saya juga suka suasana sunyi macam ni, tapi…ada masanya, saya tak suka.” Akmal turut sama memandang ke langit. Dan jarinya mengetuk meja kayu tersebut. Mira menoleh kearah Akmal.

“Kenapa?” Soalnya hairan. Pada anggapannya, Akmal tentu suka suasana sunyi berdasarkan sikapnya.

“Kerana kesunyian membuatkan saya terkenang kenangan lalu.” Mira angguk kepala.

“Tentu kenangan sedih yang awak maksudkan?” Mira garu keningnya. Akmal tersengih.

“Walaupun kenangan sedih, tetapi kadang-kala, saya ingin mengingatinya. Sebab, ada sedikit kebahagiaan dalam kenangan sedih itu,” Akmal bersuara perlahan.

“Ye. Saya setuju dengan pendapat awak tu.” Mira menyentuh pergelangan tangannya. Parut yang menjadi kenangan paling indah dan sukar untuk dilupakan. Akmal memerhati perlakuan Mira dan dia tersentak bila melihat kesan parut di pergelangan tangan Mira.

“Mana awak dapat parut tu?” Soalnya gugup. Mira merenung wajah Akmal yang jelas terperanjat itu. Kenangan lalu datang tanpa diundang.

“Mak aku cakap, lesung pipit aku ni pemanis wajah. Bila dewasa kelak, aku akan jadi lelaki kacak ,” Budak lelaki berusia lapan tahun itu berkata bangga.

“Perasan. Kacak pun tak berguna, kalau jahat,” kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu mencebik.

“Dah besar kelak, aku kan jadi lelaki baik,” Jawabnya pantas.

Akmal merenung cantik yang dimiliki oleh Mira. Mata yang mengembalikan ingatanya pada seseorang.

“Mak aku pun cakap mata aku cantik…dia cakap perempuan bermata cantik akan…” Kata-kata itu terputus bila Akmal menyampuk.

“Akan menjadi milik lelaki kacak macam aku,” Akmal menyambung kata-kata kanak-kanak itu.

“Perasan. Tak ingin aku jadi milik kau. Jahat.” Kanak-kanak perempuan itu menjelirkan lidahnya.

“Ehemmm…Kamu berdua tak nak balik. Dah lewat ni,” Mira dang Akmal tersentak. Masing-masing tertunduk malu. Zuriana dan Zainal tersenyum penuh makna melihat rakan mereka gugup seketika.

“Mari…” Mira menarik tangan Zuriana dan berjalan pantas meninggalkan Akmal dan Zainal.

“Nal, aku rasa…aku nak pindah sekolah,” Akmal berkata yakin. Zainal terpinga-pinga.

“Pindah sekolah? Sekolah mana? Kenapa?” Soalnya hairan. Akmal tersenyum kemudian berlalu.

“Hoi!!!Kau belum jawab lagi soalan aku,” Akmal berlari terus meninggalkan Zainal yang kebingungan.
ALiA
bahagian 3/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


Setiap hari rabu, sekolah mereka mengadakan rotong-royong pada awal pagi sebelum kelas bermula. Peluang tersebut digunakan sepenuhnya oleh Maziah dan Sara untuk menegur pelajar baru yang dikatakan sombong itu. 


“Mana dia? Tak nampak batang hidung dia pun, yang ada muka orang lama dan tak hensem,” Maziah marah bila merasakan Sara menipunya.


“Sabar. Kejap lagi kau akan nampak dia. Ha….ha… Tu, kau nampak tak budak yang bawa tong sampah tu, yang dengan Amir tu. Hensem tak?” Sara memeluk lengan Maziah.


“Owhhh. Yang itu, memang hensem. Kau berkenan kat dia ke? Kalau ye, nanti aku tolong kau,” Maziah offer diri untuk jadi postwomen tak bergaji.


“Takpe la. Aku mana layak bergandingan sama dengan dia. Lupakan saja. Lagipun, sombong semacam je aku tengok,” Sara geleng kepala. Maziah jungkit bahu. “Suka hati kau. Aku dah offer nak tolong tadi. Kau sendiri tak nak, jangan salahkan aku kalau Shira yang dapat dia dulu,” Gertak Maziah. Dia cuba menguji perasaan Sara.


“Betul, aku tak kisah. Lagipun kita kena study hard. Axam dah dekat ni. Aku mana ada masa nak layan perasaan ni. Cukuplah sekadar mencuci mata. Nanti korang kata aku tak normal pulak,” Sara menjawab selamba. Maziah geleng kepala. Temannya itu terlalu merendah diri. Tidak yakin akan kemampuan diri.

“Hoiiii…. Korang tengok apa tu? Nampak best je, sampai aku panggil korang buat tak tahu je. Kecik hati aku ni tau,” Imah buat muka sedih. Maziah dan Sara tersenyum. “Pandailah kau buat muka sedih, kau nampak tak pelajar yang bawa tong sampah kat sana tu?” Maziah muncung mulut ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang mengutip sampah di hadapan bilik guru.


“Wah!!!!! Hensemnya. Pelajar baru ke? Dia belajar kelas mana?” Soal Imah bertubi-tubi. Maziah menoleh ke kiri memandang wajah Imah. “Kau ni Imah, semua pelajar baru kau berkenan. Ni, kawan kita yang syok kat dia tau. Satu kelas dengan Sara. Biarlah Sara yang tackle dia.” Maziah menepuk bahu Sara.


“Apa????? Aku salah dengar ye? Biar betul. Sara syok kat budak lelaki? Demam kah apa?” Imah sentuh dahi Sara. “Mana ada. Yah buat cerita tu. Jangan percaya cakap dia ni. Aku minat je. Dia hampir memenuhi ciri-ciri lelaki yang aku minat, tu je,” Imah angguk kepala.


“Owhhh. Kalau kau suka dia pun ok jugak. Tak sangka ada jugak lelaki yang punya ciri-ciri macam tu,” Imah garu kepalanya yang tidak gatal. “Hitam manis, tapi mata sepet. Ada jugak orang macam tu ye?” Imah tergelak. Maziah memukul bahu temannya.


“Alia. Pinjam buku Math. Buku aku lupalah.” Hafiz duduk di hadapan Alia.

“Nah,” Hulurnya. Suasana di dalam kelas agak bising kerana cikgu belum masuk kelas. Alia leka membelek buku rujukan matametik yang baru dibelinya hujung minggu lepas.


“Alia, petang nanti main bola jaring nak tak?” Ajay berdiri di sebelah meja Alia. Alia buat muka serius sambil mulutnya muncung. 


“Setuju ok. Mereka yang lain semua setuju.” Ajay memujuk. “Rasa malas ada jugak ni. Mata aku ni nak tidur je kerjanya. Camna ye?” Alia garu kepala. Sebenarnya dia hendak menguji Ajay.


“Apalah kau ni, biasa kau ok je. Hari ni nak berdalih pulak, main ok. Rehat nanti aku belanja ais krim. Nak tak?” Pujuk Ajay lembut.


“Ok. Ingat ais krim aku rehat nanti. Hehehehehhe,” Alia tersengih-sengih. Ajay mengeluh.


“Kau ni kan, kalau tak mencekik aku, memang ada yang tak kena kat kau ni. Aku kahwinkan kau sekarang ni, baru tau,” Ajay menolak kepala Alia. Alia hanya angkat kening. “Cubalah. Kalau berani,” Alia tunjuk buku limanya.


“Perhatian semua, mulai hari ini, cikgu Roziah cuti bersalin, jadi kelas kamu akan di jaga oleh guru kelas yang baru. Beliau adalah guru sementara yang akan menggantikan cikgu Roziah mulai minggu depan,” Puas Hamidah membuat pengumuman pada awal pagi tersebut


“Cikgu, bila cikgu Roziah bersalin? Baby dia lelaki atau perempuan?” Alia bertanya seronok. Puan Hamidah memandang wajah mulus itu.


“Malam semalam. Awal seminggu dari tarikh sebenar dia. Baby girl,” Jawabnya sambil tersenyum.
“Cikgu… Cikgu.. Aaaaa … guru ganti tu lelaki ke perempuan? Hehheheeheh,” Soal Zarul sambil tersengih.

“Kenapa?” Puan Hamidah memandang wajah Zarul.


“Nak juga tahu, supaya senang kami buat sambutan untuk dia,” Zarul menjawab mewakili pelajar kelas 5A. pelajar lain turut angguk kepala.


“Tak payah susah-susah. Dia guru lelaki dan…. Sebenarnya dia anak saya sendiri. Baru balik dari luar negeri. Sementara cuti, saya suruh dia ambil pengalaman mengajar dulu,” Puan Hamidah memberi sedikit maklumat tentang bakal guru yang akan mengajar di kelas 5A itu.

“Alia, jangan nakal tau. Saya nak ingatkan kamu, guru baru kamu tu, tegas orangnya.” Puan Hamidah sempat mengingatkan pelajarnya. Alia tersengih.