klik untuk ke blog di alam angker

Wednesday, June 22, 2011


JAWAPAN ARTIKEL ‘CINTA ASYURA DAN KARBALA’ 


Mohd Aizam bin Mas’od 
Caw. Aqidah 
Bah. Penyelidikan JAKIM 


Penulis agak terkejut apabila terbaca artikel bertajuk ‘Cinta Asyura dan Karbala’ 
tulisan wartawan Utusan Malaysia, Helmi Mohd. Foad (HMF) bertarikh 7 Januari 
2009
1
. Apakah ia suatu dakyah Syiah atau keikhlasan untuk menyatakan 
kebenaran? Kalau pun jawapannya sebuah keikhlasan, ia masih boleh diragukan. 
Mengapa dibangkitkan isu aqidah Sunni-Syiah di sebalik apa yang melanda bumi 
Gaza? Mengapa pula isu Palestin dikaitkan dengan semangat Asyura dan Karbala? 
Apakah umat Islam perlu disyiahkan agar Zionis mampu ditumbangkan?  
Jelas! Artikel ini hanya menyajikan fakta yang dangkal sama sekali. Tidak diketahui 
sama ada ia ditulis oleh seorang penganut Syiah atau kerana tertarik dengan Syiah. 
Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli  Sunnah Wal-Jamaah 
supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di 
Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap. HMF cuba beralasan dengan 
mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang 
juga tiada dalilnya menurut al-Qur’an dan al-Sunnah. 
Kiasan palsu yang direka oleh HMF ini langsung tidak mengenai ‘illah (alasan) antara 
dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah ialah sambutan 
memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah 
dari Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam 
tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini. 
Justeru, apa pula  ‘illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan? 
Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut? 
Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu 
ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan 
mereka sendiri! 
Bid’ah Asyura tajaan Syiah 
Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharram sebagai hari  memperingati peristiwa 
Karbala juga amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW 
pada hari tersebut. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadith Rasulullah SAW 
yang sahih: “Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi 
berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharram), maka beliau bertanya: “Hari 
apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana 
Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari 
itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk 
mengagungkannya.” Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak  atas Musa daripada 
kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya”. (Riwayat 
Bukhari dan Muslim)  
                                                
1http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=R
encana&pg=re_02.htm 


selanjutnya klik ikon di bawah:

Tuesday, June 21, 2011

Surat Tun M kepada MB Kelantan menjelaskan kenapa


Hudud sukar dilaksana di Malaysia




 

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994
 


Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan(al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1.       Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).”Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2.       Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui,KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3.       Tidak perlu bagi saya menyatakan di sini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4.       Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:-

(i)       Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secocok dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii)       Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia di waktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi di sebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5.       Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam . Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6.        Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan di negara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7.        Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Monday, June 20, 2011

  
HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH
ALLAH  OLEH KRISTIAN 1

Mohd Aizam bin Mas od
Cawangan Aqidah 
Bahagian Penyelidikan 

 
Abstrak

 
Isu  tuntutan  penggunaan  kalimah  Allah  oleh  penganut  Kristian  di  negara  ini
seharusnya  ditangani  dengan  bijak.  Perbincangan  ilmiah  dengan  memahami
maksud  tersurat  dan  tersirat  terhadap  tuntutan  ini  harus  diselami  oleh  semua
pihak.  Kalimah  Allah  merupakan  kalimah  suci  yang  melambangkan  Islam  itu
sendiri. Umat Islam  semestinya  mempertahankan  penggunaan  kalimah  ini   agar
tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah  kewajipan bagi umat Islam dalam
mempertahankan kesucian  Islam itu sendiri.


Pendahuluan


Pada  31  Disember  2007,  pengarang  akhbar  Herald-The  Catholic  Weekly,  Pader i
Lawrence  Andrew  menyatakan  bahawa p ihak  Kementerian Dalam  Negeri  (KDN)
telah  memperbaharui  permit  penerbitan  akhbar  itu  tanpa  larangan  menggunakan
kalimah  'Allah'.  Bagaimanapun  kerajaan  menegaskan  bahawa  larangan
penggunaan  kalimah  Allah   masih  kekal.  Pada  3  Januari  2008,   kabinet
mengekalk an  larangan  bagi  semua  agama  kecuali  Islam  daripada  menggunakan
kalimah  Allah   dalam  pener bitan  akhbar  masing- masing.  Sebelu m  ini  Kabinet
telah  memutuskan keputusan  yang  sama  dalam  mesyuarat  pada  18 Oktober  dan  1
November    2006.    Pada  19  Mac  2008,  Gereja  Katolik  telah  memohon  d i
Mahkamah  Tinggi  untuk  melakukan  semakan  kehakiman  terhadap  larangan
penggunaan  kalimah  Allah .  Pada  5  Mei  2008,  Mahkamah  Tingg i  (Bahagian
Rayuan  dan  Kuasa- Kuasa  Khas)  telah  membuat  keputusan  membenarkan
per mohonan Gereja Katolik  untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang)
terhadap  larangan  menggunakan  kalimah  Allah   dalam  pener bitan  mingguan
Herald-The  Catholic  Week ly.   Oleh  itu,  artikel  ini  digarap  dalam  rangka
menyediak an hujah  menolak penggunaan kalimah  Allah  oleh penganut Kr istian. 


Alasan Gereja  Katolik Menggunakan Kalimah  Allah  

Dalam  akhbar   The  Sun   bertarikh  24  Disember  2007,  terdapat  laporan  bertajuk
Church  leaders  explain  use  of        'Allah'.   Terdapat  lima  alasan  utama  yang
dikemukakan  oleh  laporan  tersebut  mengapa  Gereja  Katolik  ingin  meneruskan

                                                    
 Artikel ini telah diterbitkan di dalam Jurnal Penyelidikan JAKIM Bil. 21 Tahun 2008.  1
1                               
penggunaan  kalimah  Allah   di  dalam  ak hbar  terbitan  mereka.  Alasan  yang
dikemukakan  ialah seperti berikut:

a)  Mendakwa  mereka  meng ikut  Bible.  Bible  dalam  bahasa  Melayu
menggu nakan  kalimah  Allah   sebagai  terjemahan  istilah  God  dan  Tuhan 
sebagai terjemahan untuk istilah Lor d. 

b)  Mendakwa  bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya
telah  pun  memiliki  buku-buku  doa  dalam  bahasa  Melayu  dan  kalimah
Allah   telah  digunakan  sebagai  ter jemahan  kepada  istilah  God.  Para
penganut  Katolik  Malta  juga  menggunakan  kalimah  Allah   u ntuk  merujuk
kepada Tuhan dan  demik ian  juga  masyarakat Kristian di Indonesia, Pak istan
dan  Asia Barat. 

c)  Mendakwa  ayat-ayat  al-Quran  sendir i  telah  menu njukkan  bahawa  golongan
bukan Islam juga  telah menggunakan  lafaz  Allah.

d)  Mendakwa  bahawa  segmen  (terjemahan)  dalam  bahasa  Malaysia
diwujudkan untuk  memenuhi keperluan kepelbagaian  etnik dan  bahasa  yang
wujud  di  Malaysia  sebagaimana  yang  wu jud  di  dalam  populasi  penganut
Katolik di Malaysia. 

e)  Mendakwa  kerajaan  tidak  mempu nyai  hak  u ntuk  campurtangan  dalam
urusan  dalaman  gereja  berdasarkan  hak  yang  diber i  oleh  Perkara  11( 3)A 
                         Perlembagaan Persekutuan

Hujah-hujah Menolak Alasan Pihak Gereja  Katolik

Alasan  pertama:     Mendakwa  mereka  mengikut  Bible.  Bible  dalam  bahasa
Melayu  menggunakan  Allah   sebagai  terjemahan  istilah  God  dan  Tuhan 
sebagai terjemahan untuk istilah Lord.  


Sunday, June 19, 2011


 ROKOK PEMBUNUH




KATAKAN X NAK PADA ROKOK....ROKOK PEMBUNUH!!!



setereusnya


http://di-alam-angker.blogspot.com/2011/05/pembunuh-katakan-x-nak-pada-rokok.html#links

Thursday, June 16, 2011


SYIAH LAKNATULLAH : SYIAH SAMAKAN SOLAT AHLI SUNNAH DENGAN AKTIVITI ZINA



Terjemahan

Syi’ah: Tiada Perbezaan Sembahyang Ahlus Sunnah Dengan Perzinaannya

Daripada Hannan daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Tidak memberi apa-apa erti (sama sahaja) seorang Nasibi[1] itu sama ada ia bersembahyang atau berzina[2]. Ayat ini turun berkenaan mereka:

عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ (*) تَصْلَى نَارًا حَامِيَةً

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, (*) Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar)[3].[4]

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 160,161)

Kesimpulan:
  • Syi’ah mengatakan amalan Ahl as-Sunnah tidak memberikan sebarang erti kerana meninggalkan keimanan kepada imam-imam dua belas sebagaimana pegangan mereka.
  • Syi’ah telah melakukan penghinaan terhadap Ahl as-Sunnah kerana menyamakan amalan Ahl as-Sunnah yang baik dan dimuliakan oleh Allah iaitu sembahyang dengan amalan yang keji dan dimurkai Allah iaitu zina.
  • Syi’ah mengatakan amalan Ahl as-Sunnah sama seperti amalan orang kafir yang lain iaitu amalan mereka biar sebesar mana dan sebanyak manapun, ia menjadi sia-sia sahaja di hadapan Allah ta’ala di hari akhirat kelak.

==================================================

[1] Nasibi ialah gelaran yang diberikan oleh Syi’ah kepada orang yang tidak beriman kepada imam-imam Ahl al-Bait sebagaimana pegangan mereka. Golongan yang dimaksudkan di sini ialah Ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah.

[2] Dalam nota kaki yang dibuat oleh ‘Ali Akbar al-Ghifari penta’liq kepada kitab al-Kafi beliau mengatakan: “Ia adalah balasan yang sesuai dengan amalannya kerana kecuaiannya terhadap sebesar-besar syarat (penerimaan amalan seseorang-penterjemah berdasarkan riwayat rukun Islam di sisi Syi’ah) iaitu al-Walayah. Maka amalannya itu sama seperti orang yang sembahyang tetapi tidak berwudhu’”.

[3] Surah al-Ghasyiah ayat 3 dan 4.

[4] ‘Ali Akbar al-Ghifari mengatakan dalam nota kaki: “Zohirnya Imam Ja’far as-Sadiq maksudkan dengan an-Nasibah dalam ayat ini ialah orang yang menyatakan permusuhan Ahl al-Bait a.s.. Boleh jadi juga Imam a.s. maksudkan dengan makna keletihan iaitu mereka keletihan melakukan amalan-amalan yang rumit dalam keadaan ia tidak memberikan sebarang manfaat kepadanya”.

SUMBER : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3416

http://penaminang.blogspot.com/
cedokan dari :