klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, March 30, 2010

ALiA
bahagian 39


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

Alia berlari ke pintu lif yang hampir tertutup itu.
"Tunggu,” Jeritnya kuat sambil berlari laju ke arah lif. Sebaik sahaja berjaya masuk, Alia mengusap dadanya.
"Fuhhh..lega. Nasib baik sempat.” Alia tercunggap-cunggap. Alia tersenyum ke arah lelaki yang asyik memandangnya.
"Errrrrr... kenapa awak pandang saya macam tu?” Alia membalas renungan lelaki yang masih leka memandangnya.

“Errrrr...Sorry.” Ucapnya gugup. Alia geleng kepala. ‘Teruk sangat ke make up aku ni? Kak Sitah punya kerjalah ni, orang tak nak pakai, dia paksa jugak,’ Alia membebel dalam hati.
"Awak berhenti kat tingkat berapa?” Alia tersentak bila di tanya. Dia memandang butang lif. 'Aduh...Terlupa pulak nak tekan.’ Alia menepuk dahi.

"Errrr..Tingkat 5,” Lelaki tersebut menekan butang 5.
"Terima kasih,” Ucapnya sebaik sahaja pintu lif terbuka. Alia melangkah tanpa menoleh kebelakang. Dia mengejar masa, semalam dia tidur lewat kerana membantu kakak iparnya mengurus Suryani yang tiba-tiba tidak sihat.

"Alia, Bos panggil,” Asiah mencuit bahu Alia yang baru sahaja duduk menghilangkan penat.
"Cantik kau hari ni? Ada apa-apa ke?” Soalnya lagi. Alia tersengih.
”Nampak tak sekeliling mata aku ni lebam?” Alia menyentuh bahagian bawah matanya. Asiah turut merenung muka Alia.

”Yelah.. Kenapa?” Alia menoleh ke pintu bilik Bosnya yang sedang bercekak pinggang.
”Alamak, lupa pulak. Nanti kita cerita lagi.” Alia segera berjalan laju ke bilik bosnya. Asiah tersenyum melihat temannya kelam kabut. Hampir 10 minit Alia berapa di dalam bilik bosnya dan keluar dengan wajah muram.
”Kenapa ni? Dia marah?” Asiah bertanya cemas. Alia duduk sambil menongkat dagu dan matanya merenung ke pintu masuk.

”Minggu depan aku kena pindah ke pejabat baru. Mereka perlukan pekerja kat situ.” Alia menjawab lemah. Baru saja menyesuaikan diri dengan suasana di situ, dia terpaksa berpindah.
”Kat jalan Upland tu?” Asiah bertanya lagi. Alia angguk kepala.
”Jauhlah kita nanti? Tak best lah camni. Aku baru je nak kenal kau,” Asiah mengeluh.
”Haiiii...Asiah, takde kerja ye?” Mereka berdua tersentak.
”Ada. Nak pinjam pen dari Alia ni,” Asiah mencapai sebatang pen dari atas meja Alia.
”Kenapa perlu pinjam dari Alia, Syarikat tak mampu beli pen lebih?” Lelaki itu berdiri di sebelah meja Alia.
”Dah abis ink, En. Azlan. Saya nak buat kerja lah ni,” Asiah kembali duduk tanpa memandang wajah bosnya itu. Alia tersenyum melihat Asiah yang tunduk malu. Dia perasan yang mata En.Azlan asyik memandang wajah Asiah. ’Jangan-jangan, En.Azlan suka kat Asiah tak?’ Alia tersenyum.
”Alia, apa yang lucu tu? Awak takde kerja jugak?” Alia tersentak. Mati terus senyumannya berganti dengan muncung pula. Alia membuat kerjanya dengan tekun.

*************************************

”Assalamualaikum Sorry, lambat. Ada hal di klinik tadi,” Syah menarik kerusi lalu duduk.
”Waalaikumsalam. Takpe, saya pun baru sampai jugak,” Alia tersenyum.

”Tak sangka. Lama jugak kita tak jumpa ye?” Syah memulakan bicara. Alia angguk kepala. Selepas kejadian di KFC 2 bulan lepas, mereka tidak pernah berjumpa sehinggalah pada suatu malam, bila Syah menelefonnya dan mengajak Alia keluar makan. Mereka menikmati makan tengahari dengan berselera. Syah merenung Alia yang leka menghirup sup. Alia angkat muka bila merasakan seseorang sedang merenungnya.
”Alia, abang nak minta maaf atas segala yang...” Syah terdiam bila Alia mengangkat tangan.
”Tak perlu. Alia dah lupakan.” Alia terus memotong percakapan Syah. Syah mengeluh.

”Alia, abang tahu Alia masih simpan dendam pada abang. Kenapa Alia tak nak dengar penjelasan dari abang,” Alia tersentak. Merenung wajah Syah yang muram itu.

”Apa maksud awak? Kenapa pulak saya nak berdendam dengan awak?” Alia bertanya dengan nada yang tinggi. Beberapa pasang mata memandang hairan ke arah mereka. Syah merenung Alia yang sedang marah.
”Alia patut beri peluang pada abang untuk menerangkan semuanya. Abang tak nak salah faham timbul antara kita,” Syah berkata perlahan. Alia merasakan kelopak matanya hangat.

”Semua itu tak perlu. Saya suka dengan cara hidup saya sekarang,” Alia mengesat airmatanya.
” Hingga menimbulkan rasa bimbang pada keluarga Alia? Itu yang membuatkan Alia suka? Kalau Alia benar-benar tidak menyimpan dendam pada abang, kenapa Alia tak cari pengganti abang? Kenapa Alia tak berkahwin lagi?” Syah merenung wajah Alia yang pucat itu. Alia turut memandang wajah Syah. ’Sebab Alia tunggu abang balik,’ Namun kata-kata itu hanya bergema di dalam hatinya. Sekali lagi dia kecewa bila Syah tidak memahaminya dan tidak dapat merasakn cintanya.

”Kenapa saya belum berkahwin? Jika saya berkahwin, apa perubahan yang awak harapkan? Tak perlu risau, saya tak kahwin lagi bukan sebab kecewa oleh awak, saya Cuma belum jumpa lelaki yang benar-benar ingin hidup dengan saya. Bukan untuk sebulan dua, atau dua tiga tahun, tapi untuk selamanya.” Alia berkata tegas.
”Alia, abang....Errr,” Syah Mengeluh. Merenung wajah yang semakin tegang itu.

”Ok. Baik kita lupakan dulu hal itu. Tujuan abang ajak Alia jumpa ni, nak bawa Alia jumpa mama. Abang dah tinggal dengan mama sekarang. Dia tak berapa sihat.” Syah bersuara perlahan. Alia tersentak. Semenjak Syah kembali ke Malaysia, Alia tidak lagi menjenguk Pn.Hamidah.
”Betul ke? Mama sakit apa?” Alia bertanya cemas.

”Lemah jantung,” Syah menjawab lemah.

”Kenapa awak tak bagi tau saya awal? Awak dah suruh mama makan ubat? Dah bawa dia ke hospital? Awak ni, kan,” Alia geram. Syah tersenyum melihat riaksi Alia.

”Kenapa awak ketawa?” Alia bertanya bodoh. Syah terus tersenyum.
”Patutlah mama pesan jangan bagi tau Alia,” Syah masih tersenyum. Alia geleng kepala.
”Mama tu degil sangat. Dia tak suka makan ubat. Dulu masa dia sakit, susah payah Alia paksa dia makan ubat. Awak, pastikan mama makan ubat ikut jadual,” Alia berdiri.
”Ehhhh..Alia nak pergi ke mana tu?” Syah menarik tangan Alia. Alia berpaling.
”Cepatlah. Balik ke rumah jumpa mama,” Syah turut sama berdiri dan segera ke kaunter membayar bil.
”Kerja awak macamana?” Syah menyaingi langkah Alia.
”Kejap lagi saya call mereka di pejabat.” Syah jungkit bahu. Mengikut langkah Alia.
”Kereta awak?” Syah bertanya lagi.
”Saya tak bawa kereta hari ni. Abang Alim tolong hantar pagi tadi,” Syah angguk kepala. Syah memandu dengan tenang.
”Kalaulah kita tak berpisah dulu,” Luah Syah perlahan. Alia menoleh ke arah Syah.
”Apa awak kata?” Alia bertanya lagi.
”Takde apa-apa.” Syah memandang wajah Alia sekilas sambil tersenyum. Alia lebih senang mendiamkan diri dan memandang keluar.

**************************

Monday, March 29, 2010

James Cameron, Freemason, Mindcontrol... BHG 1

 

Ini adalah satu penjelasan secara dramatik perkaitan antara kerajaan rahsia Amerika-Dajal dengan kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia hari ini. Ia akan membawa anda kepada persoalan:

*Kisah kerjaya James Cameron (pengarah terkenal, menghasilkan filem-filem blockbuster seperti Titanic, Terminator, dan The Abyss) yang berkait dengan konspirasi plan Dajal dalam bidang mindcontrol.

*Projek-projek rahsia Amerika seperti MK-ULTRA, Philadelphia Experiment, Mindcontrol, Phoenix Project, HAARP dan lain-lain.


*Penglibatan organisasi rahsia (secret society) seperti Freemason dalam memandu puak-puak elit Amerika yang dijadikan kambing hitam atau hamba suruhan Dajal Laknatullah dalam merealisasikan impian Dajal menjadi Raja atau Tuhan Palsu di Bumi.


*Sejarah Freemason dan Illuminati, strukturnya dan puak-puak yang terdapat di dalamnya.


*Dan banyak lagi...


Rencana ini dipersembahkan dalam bentuk penceritaan bebas, dimana pengolahannya bercabang-cabang dan padat dengan informasi. Bacalah dengan teliti, dengan minda yang paling terbuka. Ini adalah rentetan kepada artikel-artikel yang pernah tersiar di dalam MistisFiles. Anda tidak perlu terkejut dengan artikel sebegini jika anda seorang pembaca Al-Quran dan Hadis Nabi. Ini adalah 'paperwork' Dajal dalam menjalankan pelbagai fitnah di Bumi.


-MO



Filem TITANIC keluaran James Cameron telah diterima oleh ramai manusia yang menyaksikannya sebagai salah satu filem yang berjaya di dunia ini. Ia telah berjaya memaparkan kesan-kesan yang telah membelenggu manusia dari aspek penggambarannya dan juga dari segi emosinya. Walaupun ada manusiayang telah mengesan kelemahan dalam sudut teknikal pembikinan filem itu, aspek pemaparan emosinya adalah lengkap sekali. Apakah sengaja dirancang begitu? Ada pihak yang berpendapat penggambaran kesan emosi dalam Titanic sengaja telah dimanipulasi untuk memaparkan kesan kegembiraan, kesugulan, kekeliruan, terperanjat dan marah di kalangan mereka yang menontonnya.

Kesan memanipulasi ini adalah satu aspek yang menarik daripada kesan kerja Encik Cameron. Bagaimana cara pun yang telah dilakukannya, kesan kerjanya itu elah menghasilakan ssesuatu yang menakjubkan dan mengikut Cameron ia merupakan satu kesan biografi hidupnya. Cameron lahir di Kapuskasing, Ontario Canadi pada 1954. james Cameron membsar di Niagara Falls. Dia memang cekal untuk melakukan yang terbaik sekali. Tidak kiralah apakah kerjanya itu kerja kelasnya ataupun permainan yang disertai bersama teman-temannya. Seperti yang tercatat dalam biografi rasminya: zaman kanak-kanaknya telah mencetuskan satu keazaman untuk melangkahi halangan hidup yang perlu dihadapinya yang akhirnya membantunya di zaman ramajanya.

Di waktu yang sama dalam lipatan sejarah, seorang insan lain yang berkongsi nama Cameron sedang berusaha mengkaji perilaku manipulasi kemanusiaan untuk kajian saintifik yang tertentu. Insan ini bernama Dr. Donald Ewen Cameron. Dr. Cameron memulakan kerjayanya dalam bidang psikologi sebagai seorang pembantu di Pejabat Perkhidmatan Khas (Office of Special Services - OSS), menyoal siasat para banduan Perang Dunia Kedua. Antara beberapa pesakit terkemukanya ialah Rudolf Hess, yang telah memandu pesawat udara German untk memasukki ruang udara Britain bagi tujuan menghasilakan kedamaian di antara Germani dan Pasukan Bersekutu. Hess telah ditawan, dipenjarakan dan kemudiannya disoal-siasat oleh beberapa pakar psikologi, termasuklah Dr. Cameron. Kebanyakan kajian Dr. Cameron tertumpu kepada teknik yang mampu mengubah dan mengawal polar perilaku manusia. Kajian beliau itu telah juga dihasilkan daripada beberapa kajian penyelidikan yang terlaksana ke atas banduan di pusat tahanan perang Nazi Jarman yang dibawa ke Amerika Syarikat setelah tamatnya Perang Dunia Kedua itu. Kerja-kerja itu telah dilaksanakan oleh OSS di bawah satu operasi yang diberi nama 'Operation Paper Clip'.

Dalam tahun 1950-an kejayaan Dr. Cameron telah meloncatkan namanya untuk dilantik sebagai Ketua American Psychological Association (APA), Canadian Psychological Association (CPA) dan The World Psychological Association (WPA). Pada masa itu, OSS sudah bertukar nama atas arahan President Harry Truman dan dikenal pula dengan nama Central Intelligence Agency (CIA). Sememanngnya pada 1947 Dr. Cameron telah diberikan kontrak oleh CIA untuk terus melakukan kajian dalam manipulasi perangai/kelakuan di bawah satu nama projek berjodol 'Bluebird' dan 'Artichoke'. Projek ini akhirnya dikenali dengan nama MK-ULTRA pada tahun 1953.

MK-Ultra mempunyai bebrapa program sampingan, yang berjumlah 149 semuanya. Program ini merangkumi kajian biologi, dadah, aktiviti seksual, teknologi, fizik, psikologfi dan perfileman. Adalah bukannya satu kebetulan bahawa filem yang dikeluarkan pada era 1950-an telah diolah begitu rupa untuk menakutkan penonton akan bahaya serangan Komunis, dan pemutaran fikiran makhluk asing (dunia luar). Dunia perfileman Hollywood menjadi satu alat berkesan bagi MK-ULTRA.

Dalam dunia psikiatri, Dr. Cameron adlah seorang insan yang keras hati, ganas dan amat taksub dengan keinginan untuk mengetahui bagaimana mengawal perilaku manusia dan mahu mengawasinya. Eksperimennya yang paling berkesan ialah penggunaan dadah, penyekataan pancaindera, pembebanan pancaindera, dan juga penyelidikan psikologi di mana suaranya yang direkodkan dalam sessi yang lalu itu dimainkan semula secara berulang-ulang kepada para pesakitnya. Dr. Cameron pernah juga melakukan operasi mengganggu-daya-fikir dan kajian dalam bidang electro-convulsive shock treatments (kejutan letrik yang menyebabkan mangsa bertukar perangai - penterjemah).

Mengikut piagam CIA, kerja yang dihasilkan oleh Dr. Cameron terutama sekali dalam penyediaan calon "Manchurian Candidates" telah menyalahi peraturan yang menyekat operasi tempatan CIA dalam wilayah Amerika Syarikat. Dengan bantuan pihak kerajaan Canada dan pengarah CIA Allen Dulles yang pernah menjadi teman kerja Cameron di OSS dulu, Dr. Caemron telah mengalihkan pusat kajiannya ke Allen Memorial Psychiatric Institute di Montreal Canada pada 1957 dan menetap di sana sehingga 1963.

Sebagai catatan, Allen Dulles telah mengarahkan Cia sehingga berlakunya fiasko di Bay of Pigs (Kepulauan Cuba - penterjemah). Ketika itu beliau dan juga General Charles Cabell (adik kepada Earl Cabell, Datukbandar Dallas ketika itu telah dipecat oleh Presdien John F. Kennedy pada 1961. Seleps berlakunya tragedi pembunuhan John F Kennedy pada November 22, 1963 di Dallas, Dulles telah dilantik oleh Suruhanjaya Warren (sempena nama ketua Hakim Earl Warren) untuk membantu penyiasatan dalam pembunuhan itu dan menyelidik latar belakang tertuduh yang bernama Lee Harvey Oswald. Allen Institute itu akhirnya menjadi satu institusi tekenal kerana tindakan merobek otak para mangsanya seperti yang dikendalikan oleh Dr. Cameron. Ramai pesakit yang telah dikenakan pelbagai jenis deraan yang berlebihan sehingga membabitkan penggunaan dadah yang membuat mangsa menjadi koma untuk berbulan lamanya. Penderaan otak, penggunaan pancaran cahaya lampu yang berkuasa tinggi, alat bunyi penderaan daya pendengaran, tayangan gambaran yang bergerak dan deraan dengan menggunakan tekanan kejutan letrik yang berlebihan telah membunuh banyak mangsanya. Kedai sembelihan Dr. Cameron itu telah juga menggunakan pelbagai kaedah dadah yang menghayalkan, terutama sekali dadah jenis LSD.

Dr. Cemeron telah bersara dari tugasnya dan meninggalkan Montreal untuk melakukan kerja persendirian di Amerika Syarikat dan beliau telah menghilangkan dirinya daripada pengetahuan umum. Tetapi hasil kerja beliau berterusan sehinggalah MK-ULTRA ditutup secara rasminya oleh Pengarah CIA Richard Helms pada tahun 1973.

Helams telah mengusahakan agar beberapa dokumen MK-ULTRA dimusnahkan. Helms telah juga bertanggungajawab memberikan informasi yang diperlukan kepada E.Howard Hunt untuk menceroboh masuk Hotel Watergate pada tahun 1972. Tujuannya ialah untuk membantu Presiden Richard Nixon memusnahkan keperibadian Daniel Ellsberg. Ellsberg merupakan seorang pegawai di Pentagon yang telah membocorkan rahsia penglibatan Nixon meransang peperangan Vietnam. Kesan skandal Waergata itu akhirnya menjebak Nixon dan memaksanya meletakkan jawatan pada 1974. Dunia operasi risikan menjadi kelam apabila nama berubah untuk melindungi kerahsian sesuatu. MK-ULTRA betukar nama kepada MK-SEARCH dan terus menyambung operasinya dalam tahun 1984.

Di akhir 70-an, ketika MK-SEARCH (dulunya MK-ULTRA) bergerak di bahagian hadapan operasi risikan, seorang pemandu trak yang tidak dikenali di California yang bernama James Cameron telah mengambil tindakan untuk berhenti kerja dan menceburi bidang pembikinan filem. Mengikut catatan sejarah yang rasmi, James Cameron telah berpindah ke Brea, California pada 1971. Dia telah menyudahakan kajian sekolah menengah dan mampu menyudahkan hanya lima semester di Fulerton College di Orange County. Setelah gagal di maktab itu, beliau telah berjaya meyakinkan satu konsortium doktor gigi daripada Tustin, California yang sedang mencari perlindungan percukaian untuk membiayai pembikinan satu filem 35mm yang diberinya jodol 'Xenogenesis'. Perkataan "consortium" itu memang menarik sekali. Dalam kamus, perkataan itu memberi erti 'satu hubungan niaga bertaraf antarabangsa'. Oleh kerana doktor gigi itu datang daripada kawasan tempatan kenapakah mereka diberikan gambaran seperti yang digunakan dalam syarikat itu? Kalau perkataan 'niaga' itu disisihkan bererti persyarikatan itu sudah merangkumi satu organisasi bertaraf dunia. Penggunaan perkataan "Xenogenesis" sebagai jodol filem pertama Cameron itu adalah menarik juga kerana ia membawa makna "kelahiran makhluk asing". Yang sebenranya para doktor gigi itu adalah para doktor sakit jiwa dan mereka yang terlibat dalam operasi CIA di bawah program MK-ULTRA bersama Dr.Donald Ewen Cameron. James Cameron dan para doktor sakit jiwa itu memang kenal lama. Persaudaraan berahsia yang membiayai pembikinan filem pertama Cameron itu akan terus membantu kerjayanya. Dia telah menceburiorganisasi ini ketika berusia dua puluh satu tahun, beberapa tahun yang lampau. Majoriti insan yang menjadi masyarakat risikan termasuk Dr. Cameron sendiri adalah ahli satu organisasi yang sama yang lebih mudah dikenali dengan nama FREEMASONS.

Freemasons adalah satu organisasi persaudaran bertaraf global yang telah wujud untuk membantu sesiapa sahaja yang memilih menjadi anggota persatuan itu. Mengikut sumber yang dipercayai, pertubuhan Freemason ataupun Fremasonri telah dicipta pada tahun 1700-an di Eropah. Tetapi kalau kita menyelongkarlebih mendalam lagi akan asal usul sebenarnya kita akan sampai kepada satu kisah kewujudan satu tamadun yang lebih maju daripada tamadun sekarang. Tamadun itu diberi nama 'Atlantis'. Kebanyakan teknologi tinggi, pemikiran jauh dan pencernaan cetusan daya fikir berfalsafah telah diserahkan secara rahsia kepada beberapa generasi yang berlapi secara berahsia sebelum berlakunya satu 'Banjir Besar' yang menghancurkan Atlantis. Teknologi ini akan didedahkan kepada umum sekali lagi dalam satu waktu yang akan ditentukan. Adalah bukan sesuatu yang kebetulan betapa kewujudan abad ke dua puluh dulu melahirkan beberapa kejayaan teknologi dalam sejarah tamaddun kita. Abad ini telah menyerlahkan kejayaan manusia mengawal minda seperti yang telah dilaksanakan oleh CIA melalui eksperimen Dr. Cameron dan teknologi MK-ULTRA. Inilah sebabnya pihak konsortium telah memujuk Dr. Cameron untuk peluang menggunakan balik gambaran bawah sadar dan manipulasi emosi ke atas jumlah manusia yang besar dan menyediakan mereka bagi tujuan kejuruteraan masa depan.

James Cameron telah meneruskan kerjayanya dengan memasukki dunia Roger Corman. Studio perfileman Roger Corman bernama "New World Pictures" telah disingkatkan dengan nama 'New World'. Sengkatan ini adalah bertepatan dengan 'New World Order' satu frasa yang menghayati idealisma Fremasonri, satu kerajaan yang global. Frasa ini akhirnya disebut oleh Presiden George Bush (Bekas pengarah CIA dan 33rd Degree Mason) pada tahun 1991.

Cameron telah melakukan tugas pembikin barang kecilan (miniature builder), menjadi seorang pengarah Fotografi dan seorang pengecat dalam filem yang berjodol 'Battle Beyond the Stars'. Jodol filem itu adalah satu simbol kepercayaan di kalangan masyarakat UFO (Barang Terbang Yang Tidak Dicam) dan juga Freemasonri betgapa satu peperangan telah berlansung dalam sistem solar bebrapa ribu tahun yang lalu. Tujuan filem itu ialah menggunakan teknologi MK-ULTRA untu k memudahkan kefahaman masyarakat dunia kepada mempercayai kewujudan dunia lain bagi tujuan ketaksuban kepada 'New World Order' (Kefahaman Dunia Baru). Banyak lagi teknologi ini akan digunakan dalam kerjaya pembikinan filem Cameron itu.

Cameron semaki bersemangat untuk mengarahkan filem. Dia telah mengusahakan satu filem berbentuk fiksyen yang diberi nama simbolik 'Galaxy of Terror;. Dalam filem itu Cameron menjadi Pengarah Unit Penggambaran Kedua. Pada 1982, di awal pentadbiran Presiden Ronald Reagan (Ahli 33rd Degree Mason), Cameron telah menulis skrip "The Terminator' bersama dengan isteri keduanya bernama Gale Anne Hurd. Gale adalah ahli peraturan 'Order of the Easters Star' satu oraganisasi Fremason bahagian wanita pula.

Asas persiapan 'The Terminator' membabitkan seorang lelaki yang dihantar balik melalui terowong masa untuk menghalang seorang 'cyborg' yang cuba membunuh seorang wanita daripada melahirkan seorang bayi yang akhirnya akan menyelamatkan manusia daripada diperintah oleh jentera di dunia ini. Kiasan cerita ini telah diciplak daripada Kitab Injil di mana keadaan wanita yang hamil itu adalah bersamaan dengan keadaan Mariam yang akan melahirkan anak lelaki yakni Isa Al-Masihi.

Kiasan yang diterampilkan oleh Freemasonri dalam filem Terminator memang amat berkesan sekali. Salah satu simbol pertama ialah penggunaaan cahaya biru uang digunakan dalam suasana kegelapan. Ini akhirnya menjadi satu stail arahan Cameron. Cahaya biru itu melambangkan peningkatan Cameron daripada tiga 'degree' ataupun tahap martabat Freemasonri yang lebih dikenal sebagai tahap kebiruan yang memungkinkan kenaikan seseorang ke tahap yang lebih tinggi yang dikenali sebagai 'York Rite'.

Salah satu watak dalam The Terminator telah menggambarkan peralatan jentera sebagai satu order kebijaksanaan yang baru ( the new order of intelligence), Dari sinilah munculnya frasa "Order baru Dunia". Simbol yang paling menyerlah ialah nama pengedar filem tersebut. Walaupun Cameron berkerjasama dengan Hemdale dan HBO untuk membikin filem tersebut, pengedaran filem itu telah dilakukan oleh Orion Pictures. Orion adalah simbol Osiris, satu dewa Mesir kuno yang melambangkan kecerian dan kesuburan. Rakan setara Osiris adalah Isis, satu dewi Mesir kuno yang melambangkan Dunia. Kedua-dua lambang dewata ini adalah simbol pemujaan Freemasonri yang dilakarkan dengan lambang sesiku dan kompas - square and compass). Inilah lambang Freemasonri. Sesiku itu melambangkan 'Isis' dan kompas melambangkan 'Osiris'. Sebiji bintang yang diberi nama Sirius adalah juga simbol Isis. Kerana itu ahli Fremasonri amat mempercayai betapa mereka adalah warisan yang dilahirkan daripada keturunan Sirius.

Tujuan membenarkan Orion mengedarkan 'The Terminator'; ialah untuk menggunakan segala hasil kerjaya Dr. Cameron dalam pembikinan filem James Cameron. Filem itu dibikin untuk menonjolkan mesej terselindung untuk menyediakan pemikiran rakyat secara pukauan dan helah agar menerima kedatangan teknologi tinggi yang akan menjajah dunia di masa hadapan. Sesiapa yang menolak mesej ini akan dihapuskan. Ketika Cameron secara tidak sedar menerima bantuan kewangan daripad konsortium untuk pembikinan filem 'The Terminator' dia telah menyediakan dua skrip filem lagi.: 'Rambo: First Blood Part II' dan 'Aliens'. Jodol 'First Blood part II' daripada filem Rambo itu adalh satu simbol betapa Cameron telah naik setingkat lagi martabatnya dalam mencapai tahap 'York Rite'. Pembikinan 'The Aliens' pula merupakan satu usaha menyediakan penonton agar menerima kaedah manipulasi minda mengikut teknologi MK-ULTRA.

Setelah berjaya dengan 'The Terminators' Cameron telah mengarahkan 'The Aliens' dengan memulakan produksi di England pada tahun 1985. Penggambaran di England di itu dilaksanakan untuk membolehkan Cameron menerima penganugerahan York Rite di bandar York ketika penggambaran dihentikan untuk sementara.

Filem 'Aliens' adalah sambungan daripada 'Alien' sebuah filem bikinan tahun 1979 yang menceritakan kisah perantau daripada bumi mencari planet lain untuk tujuan mencari hasil bumi. Ketika tiba di sana mereka telah diserang oleh penghuni yang mempunyai darah yang mengandungi asid. Mereka bertembung dengan serangga dan parasit yang menyerupai ular ketika kecil yang menggunakan manusia sebagai hos dan kemudiannya memusnahkan manusia itu dengan cara tersembul keluar daripada dada manusia yang diseranginya. 'aliens' telah diedarkan untuk tayangan dalam tahun 1986. Filem ini telah mengaut keuntungan yang tinggi bagi filem yang ditakrifkan 'R'. Ia telah memenangi hadiah oscar bagi Kesan Visual yang Baik dan Kesan Bunyi Yang Baik. Amat menyerlah sekali, kemenangan yang dicapai oleh filem ini adalah hasil kajian manipulasi minda. Inilah kesannya usaha memberikan ingatan kepada manusia agar sanggup bersatu ketika menghadapi serangan daripada dunia luar dengan cara memaksa mereka bersatu padu.

Sebaik sahaja Cameron selesai membikin filem itu dia telah menerima York Rite daripada Fremasonri dan akhirnya melangkah ke tahap Scottish Rite pula. Eloklah dicatatkan di sini bagaimana dalam waktu yang sama di antara 1985 hingga 1987 Presiden Ronald Reagan yang menerima taraf 33rd Degee mason, telah membuat beberapa kenyataan umum secara kiasan akan bencana ancaman luar yang memerlukan dunia ini bersatu padu.

Sebelum Ronald Regan menjadi Gobenor California, dia dan isterinya telah menyaksikan satu UFO (piring terbang) yang meluncur di sebuah lebuhraya di Hollywood ketika mereka dalam perjalanan untuk makan malam dengan beberapa teman mereka. Regan dan isterinya telah terlewat tiba selama satu jam. Mereka telah menunjukkan perasaan yang terganggu sambil menceritakan pengalaman yang mereka lalui. Inilah yang merobah pandangan Regan terhadap masadepan dunia ini dan mempengaruhi aksi mereka dan cara mereka mengeluarkan kenyataan.

Kenyataan Regan terhadap ancaman daripada dunia luar telah menjadi sebahagian ucapannya pada 4 Disember 1985 di Fallston High School di Maryland.. Regan telah menceritakan pengalamanya berbincang secara persendirian selama lima jam dengan Perdana Menteri Soviet, Gorbachev. Regan telah menceritakan betapa dia mempengaruhi Gorbachev agar memikitkan akan bencana serangan daripada makhluk asing daripada planet yang lain.

Pada 21 Septrember, 1987; Regan telah berucap kepada Congress seperti berikut: "Dalam
ketaksuban kita terhadap antagonisma masakini, kita mudah terlupa akan cara menyatupadukan masyarakat dunia sejagat. Mungkin kita memerlukan satu bentuk ancaman daripada dunia luar untuk menyedari kepincangan kita ini. Saya kerap memikirkan betapa mudahnya perbalahan kita itu lesap kalau kita menghadapi ancaman daripada dunia luar."

Memang ada sesuatu yang begerak ketika itu. Bukan sahaja dalam filem bikinan Cameron malahan juga di kalangan kerajaan dunia seluruhnya. Terdapat projek filem yang lain bikinan Cameron yang berjodol 'The Abyss'. Filem ini mengisahkan satu kumpulan penggerudi minyak yang berjaya mengesan satu kapalselam berjanakuasa nuklear yang tenggelam. Sewaktu mereka cuba menyelamatkan kapalselam itu gelagat mereka telah diperhatikan oleh makluk pintar daripada dunia luar. Mesej filem itu mahukan makhluk bumi ini bersatu ataupun mereka dihapuskan. Dalam pernggambaran filem itu Cameron telah diasuh oleh pihak konsortium dalam segala teknik yang menyerupai kaedah penderaan yang meransang para pekerja dan pelakon untuk bekerja bersungguh-sungguh ke tahap yang paling maksima. Mengikut satu laporan yang diterbitkan, Mary Elizabeth Mastrantonio telah didera sehinggakan kini beliau cuba mengelak usaha Cameron untuk mendapatkan khidmatnya lagi. Ed Harris pula enggan bercakap mengenai pengalamannya berlakon di bawah arahan Cameron. Filem 'The Abyss' merupakan satu filem yang mula-mula sekali menggunakan teknik 'morphing' (daripada perkataan morphine bererti candu) di mana komputer digunakan untuk proses animasi yang mampu memukau penontonnya. Filem ini berjaya memenangi oscar bagi Kesan Visual yang tebaik . Sekali lagi ini membuktikan penggunaan teknologi MK-ULTRA yang telah diperbaiki dengan penggunaan teknologi komputer. Filem ini telah diedarkan pada 1989. Inilah tahunnya Presiden Bush mengangkat sumpah yang diikuti oleh episod pemansuhan Tembok Berlin di Jerman. Kedua-dua perisitwa itu telah dikendalikan oleh Fremasonri sebagai satu persiapan agar dunia bersedia untuk proses globalisasi. Jodol "ABYSS" itu adalah satu lambang bagaimana Cameron menjadi semakin bergelumang dengan beberapa maklumat yang sungguh rahsia yang hanya diketahui oleh pergerakan Freemasons.

Pada tahun 1990 Cameron telah sama menulis 'Point Break' (Titik Perpecahan) bersama isterinya yang ketiga yang merupakan ahli Order of the Eastern Star, Kathryn Bigelow yang juga menjadi pengarah filem itu. Dia hanya menjadi penerbit eksekutif filem tersebut. "Point Break" telah diedarkan pada 1991 dan berjaya memungut US$100 juta dan mengungguli carta filem video sewaan (video rental charts). Filem itu adalah mengenai satu kumpulan pencuri yang merompak bank. Terdapat banyak gambaran bawah sadar yang digunakan dalam pembikinan filem itu yang menyebabkan ia menjadi popular.

Satu syarikat baru telah ditubuhkan oleh Cameron dan diberi nama 'Lightstorm Entertainment'. Syarikat ini menerima bantuan kewangan daripada konsortium yang sama. Perkataan 'Lightstorm' adalah simbol yang menggambarkan kemunculan Terminator dalam filem 'Terminator'. Sebenarnya ia memberi gambaran betapa Cameron telah menerima maklumat yang lebih menyerlahkan mindanya daripada Kumpulan Freemasons. Filem pertama yang dikeluarkan oleh syarikat terbaru ini adalah "Terminator 2. Judgement Day." Inilah sambungan kepada filem 'The Terminator". Jodol filem terbaru ini adalah satu simbol akan peperangan yang mungkin berlansung di masa hadapan disebabkan kecanggihan teknologi. Ia berusaha menyediakan pemikiran manusia kepada kemungkinana munculnya kuasa pemusnah yang di luar keupayaan manusia mengawalnya. Filem ii telah menggunakan teknologi komputer mengikut kaedah 'morphing' yang membuatkan para penonton merasa seram dan menggigil. Ciri-ciri cahaya lampu industri dan silapmata telah ditonjolkan. "Lampu dan Silapmata" adalah simbol kepada rahsia yang terdapat dalam pergerakan Freemasonri.

Banyak lagi insiden pelayaran psikik telah berlaku. Salah satu peristiwa itu telah membabitkan Edward Furlong yang melakonkan peranan John Connor dalam filem itu. Dia telah dipujuk oleh sealah seorang anggota 'consortium' agar menggunakan satu minyak gosok ke atas bibirnya. Cameron telah mengarahkan satu aksi yang dilakonan oleh Furlong dan mengucapkan tahniah kepada Furlong kerana aksinya itu. Tetapi, secara tiba-tiba dia ternampakkan minyak gosok di bibir Furlong itu dan menjerit kepadanya kerana mencemarkan penggambaran. Akhirnya, Furlong telah membuat perakuan dalam satu temubual oleh sebuah majalah betapa beliau kebingungan untuk beberapa ketika dalam sebahagian akhir penggambaran itu. Ramai manusia yang tidak menganggotai keahlian 'consortium' itu sedar betapa teknik pengawalan minda telah semakin terserlah dan perlu dipengapkan. Skrip filem Cameron itu telah diubahsuai untuk menyorokkan teknologi bikinan MK-ULTRA. Salah satu contohnya ialah cara Sarah Connor diberikan rawatan kejutan elektrik ketika berada di dalam insititusi pesakit jiwa yang menggunakan teknik 'Elektro-convulsive- therapy'.


------------------------------------------------------

Bibliografi

*Marhaintua
*Minda Rakyat

 


Makluman :

Semua Artikel Ini Adalah Hak Milik Http://Mistisfiles.Blogspot.Com. Posting Dib Log Ini Hanyalah Untuk Bertujuan Menyebarkan Ilmu. Semua Yang Dipaparkan Memerlukan Anda Untuk Berfikir Dan Pihak Kami Tidak Memaksa Anda Untuk Menerima Pandangan Yg Diutarakan. Tq

TAKDIR 

episode 15



Azmy bersandar. Ingatannya melayang pada kejadian dirumahnya sejam lepas. Dengan langkah lesu dia memasuki rumah yang gelap gelita itu. Dia sebenarnya kecewa bila Shima tidak membalas cintanya dan dia harus menghormati hak Shima. Oleh sebab itu, dia tidak bermalam di rumah mamanya. Bimbang sesuatu terjadi ke atas mereka kerana dia sudah membayangkan sesuatu yang akan membuatkan Shima membencinya.
Azmy sengaja tidak memasang lampu dan berjalan menuju ke dapur untuk minum.
‘Azmy…Azmy… Apalah nasib kau teruk sangat. Orang kata, orang yang kacak senang dapat perempuan. Tapi aku…..mungkin aku tidak kacak,’ Azmy membebel menyesali nasib sendiri. Sewaktu dia menaiki tangga untuk ke bilik, dia mendengar suara perempuan ketawa. ‘Takkan ada hantu kat rumah ni?’ Bulu roma terasa berdiri. Seram. Tapi kemudian dia menjadi hairan. Kali ini dia mendengar suara lelaki pula. Seperti sedang bergurau dan suara itu datangnya dari bilik utama. Perlahan Azmy melangkah menuju ke bilik utama dan melekapkan telinganya ke pintu.

“Mira,”

Ucapnya perlahan. Azmy merasakan tahap kesabarannya semakin menurun dan dengan sekuat hati dia menendang pintu bilik itu. Ketika itu Mira berpaling kearahnya. Begitu juga lelaki yang meniduri Mira. Mereka tergamam. Mira menolak tubuh lelaki yang menindihnya itu. Azmy merenung tajam kearah Mira. Mira memadang Azmy dengan riak tidak percaya. Setahunya, sekarang, Azmy sepatutnya bermalam di rumah mamanya kerana itulah kebiasaan Azmy bila Mira ada tugasan luar.

“Mira, apa kamu berdua buat ni? Siapa lelaki tu?” Azmy bersuara lantang. Dihadapannya matanya, Mira sedang berasmara dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal. Namun seketika kemudian, dia seperti mengenali lelaki itu.

“Errrrr…kami…I…” Mira gugup dan tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan.
“Sampai hati You. Ini balasan you diatas kesetiaan I. You memang perempuan tak guna,” Azmy berlalu meninggalkan Mira yang masih tergamam.

Tuk..tuk..tuk..
“Encik tak apa-apa?” Azmy tersentak bila cermin keretanya diketuk. Dua orang anggota polis berpakaian seragam menegurnya. Azmy geleng kepala dan mengucap panjang. Entah berapa lama dia berhenti di tepi jalan. Dia memandang sekeliling kemudian memandang jam. ‘2.30 am.’ Azmy meraup mukanya.

“Saya ok. Terima kasih,” Azmy beredar selepas mengucapkan maaf pada anggota polis tersebut.

*********************

Sebulan berlalu namun Azmy tidak menelefonnya dan juga tidak menjenguk dia di rumah mamanya. Amri juga sudah lama tidak datang ke rumah itu. Hendak menelefon suaminya, Shima merasa malu. Bimbang disalahertikan. Akhirnya Shima membuat kesimpulan, Azmy sibuk dengan kerjanya. Shima teringat akan tugasnya. Dia sedar, Azmy menikahinya hanya untuk menjaga mamanya yang lumpuh itu. Tidak labih dari itu. Mungkin sampai masanya dia pergi. Pn.Aznah juga sudah dapat berjalan biarpun tidak sepantas orang biasa dan itu satu perkembangan yang baik.
Semasa semua orang keluar, Shima membawa barang-barangnya keluar. Dia mengambil keputusan untuk pergi dari rumah banglo itu tanpa pengetahuan orang lain. Shima memandang buat kali terakhir rumah yang didiaminya sejak dua tahun lalu. Tidak sangka, sudah lama juga dia tinggal bersama keluarga Azmy. Secebis nota ringkas ditinggalkan buat suaminya dan juga borang perceraian yang sudah ditandatanganinya.

Assalamualaikum,
saya minta maaf jika pernah menyakiti hati awak. Halalkan makan minum dan segala duit yang awak begi pada saya. Saya sudah menjalankan tugas saya. Di sini saya tinggalkan borang perceraian kita. Bila sudah sain kelak, tolong hantar ke alamat rumah saya. Kereta tu, saya tak sempat nak tukar hak miliknya. Bila ada masa, saya akan datang tukarkan namanya,
akhir sekali, terima kasih sebab menghormati hak saya.

Yang benar,
Shima.

Shima membelek surat tawaran bekerja yang diterimanya minggu lepas. Akhirnya dia berjaya juga mendapat pekerjaan tetap. Biarpun jauh dari pusat bandar, dia bersyukur, sekurang-kurangnya, dia dapat lari dari kenyataan hidup yang semakin meyeksakan.

Lima bulan bekerja di tempat baru, Shima sudah dapat membiasakan diri. Biarpun agak kekok sebab terlalu lama tidak bertugas di pejabat, tetapi rakan setugas banyak membantu. Shima membeli sebuah motorsikal bagi memudahkannya berulang alik ke tempat kerja. Dia bersyukur sebab rumah sewanya tidak jauh dari tempat kerja dan juga pasar. Boleh dikatakan, kehidupannya semakin teratur. Cuma masalah hidup saja yang belum selesai. Shima juga belum menerima surat perceraiannya dari Azmy. Untuk menelefon Azmy, dia merasa malu. Sepanjang dia pergi, Azmy tidak pernah menghubunginya. Itu menandakan Azmy sudah melupakannya dan perpisahan itu memang sangat diharapkannya.

Suatu hari, keinginan untuk mengetahui perkembangan si suami memaksa Shima melayari laman web Syarikat Suria. Dia membaca artikel yang ditulis oleh mereka. Dan ada sesuatu yang menarik minatnya untuk terus membaca.
‘En.Azmy dan Pn.Mira berpisah kerana pihak ketiga’ Shima membaca berulang kali tajuk besar itu. ‘Mereka berpisah kerana aku?’ Bisiknya pelik. Dia terus membaca keseluruhan berita tersebut.

“Astargfirullahalazim,” Shima mengucap.

Tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Perlahan Shima mencapai telefon bimbitnya dan mencari nama Azmy. Baru dia teringat, dia sudah membuang nombor lelaki itu. Shima mengesat airmatanya yang tiba-tiba mengalir. ‘Bagaimana aku nak menghubungi dia,’ Shima rasa bersalah dan semakin gelisah bila fikirannya buntu. ‘Telefon mama dia,’ Shima mencari nombor telefon mama Azmy. dia bersyukur sangat bila mendengar suara Pn.Aznah.

“Assalammualaikum,” Shima memulakan bicara.

“Waalaikumsalam,” Suara dihujung talian menjawab.

“Hello… Mak cik… errrrr…ini Shima,” Shima memperkenalkan dirinya dengan suara yang tersekat-sekat.

“Shima…” Tidak lama kemudian, suara itu bertukar menjadi sebak dan akhirnya menangis tanpa henti.

“Mak cik kenapa? Apa yang terjadi sebenarnya?” Shima bertanya cemas.

“Azmy…. Dia…Mira….. kena tangkap khalwat dengan lelaki lain di hotel,” Shima mengucap panjang.

“Azmy macamana? Dia ok?” Shima bertanya bimbang.

“Dia nampak macam ok. Tapi dia berubah menjadi pendiam. Mama tak tahu macamana nak pujuk dia, Shima balik ok. Kembali pada Azmy,” Shima serba salah.
“Tak boleh mak cik. Saya dengan dia dah takde apa-apa hubungan lagi. Saya bukan isteri dia lagi,” Shima mengesat airmatanya.

“Siapa cakap? Azmy tak pernah lepaskan Shima. Dia cintakan Shima dan sayang Shima. Dulu dia pernah cakap yang dia nak bahagiakan Shima. Baliklah. Mama pun sayangkan Shima. Semenjak Shima pergi, kaki mama bertambah baik. Tapi apa maknanya jika Shima tak ada di sini,” Pn.Aznah memujuk menantunya. Shima senyap. Hanya sedu sedannya yang memenuhi corong telefon.

“Errrr…Ma..mama, boleh tolong bagi nombor telefon dia. Saya nak bercakap dengannya,” Shima bersuara perlahan.

“Ok..Sekejap,” Shima menyalin dengan pantas nombor yang diberi oleh ibu mertuanya.

Sepanjang malam Shima berfikir untuk menelefon atau tidak. Dia mundar mandir di dalam bilik sambil membelek telefon bimbitnya. Kemudian Shima duduk di atas katil, mengatur posisi dan bersedia untuk mendail nombor telefon Azmy.

“Assalamualaikum,” Azmy memberi salam. Perlahan Shima menjawab salam tersebut.

“Awak sihat?” Shima bertanya lembut.

“Ye. Awak?” Azmy pula bertanya.

“Saya pun sihat,” Mereka sama-sama mendiamkan diri. Hanya deru nafas yang saling berbalas. Shima terseksa dengan keadaan itu.

“Kenapa awak tak bagi tau saya tentang kak Mira?” Shima bertanya agak marah. Marah kerana Azmy sedikit pun tidak menceritakan masalahnya. Azmy mendiamkan diri.

“Awak kat mana sekarang ni? Boleh kita jumpa?” Shima tersentak. Lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab.

“Kenapa?” Soal Shima bodoh.

“Saya nak jumpa awak. Saya nak ceritakan segalanya pada awak.” Shima senyap. Tidak tahu, apa yang patut dijawab. Agak lama Shima mendiamkan diri sebelum memberitahu alamatnya. Setelah selesai memberi alamatnya, talian telefon terputus. Shima memandang telefonnya tanpa kata.

Awal pagi keesokan harinya, dia menerima tetamu yang tidak dijangka kehadirannya.

“Awak?” Shima tersentak.

“Boleh saya masuk?” Azmy bertanya lembut. Shima angguk kepala. Azmy masuk sambil membawa dua buah beg besar. ‘Aihhhh…Kata nak jumpa je. Ni macam nak pindah je,’ Bisiknya dalam hati bila melihat 2 buah beg besar itu.

“Jemput minum. Saya tak sempat nak buat sarapan. Kedai pun belum buka lagi,” Shima menghidang air milo panas. Jam baru pukul 5.45 pagi.

“Saya nak sembahyang dulu,” Azmy berdiri dan bersedia untuk mengambil wuduk. Shima terkejut. Kemudian dia menunjuk bilik air. Semasa Azmy sedang berwuduk, dia menghampar sejadah di dalam biliknya.

“Errrr…Shima dah sembahyang?” Azmy bertanya ikhlas. Shima geleng kepala.

“Kalau macam tu, kita solat sama-sama,” Azmy berkata yakin. Shima tersentak dan memandang wajah Azmy dengan rasa ragu.

“Tak mengapa ke? Kita dah berpisahkan?” Shima bertanya perlahan.

“Saya tak pernah lepaskan awak. Awak masih isteri saya yang sah,” Azmy tersenyum manis. Lama mereka berbalas senyuman dan akhirnya Shima angguk kepala.
Pertama kali semenjak mereka berkahwin, Azmy mengimamkan solat mereka. Shima merasa tenang sekali saat mencium tangan Azmy dan juga saat dahinya dikucup mesra.

“Awak tak kisahkan, tinggal seorang kat rumah ni. Saya nak ke tempat kerja. Hari ni saya kerja,” Shima yang sudah bersiap hendak ke tempat kerja memandang wajah letih suaminya. Azmy angguk kepala. Perjalanan yang jauh itu sangat memenatkannya. Dari Kuching dia memandu sehingga ke Mukah.
Shima menyalami tangan Azmy lalu mencium tangan kasar itu. Azmy mengucup dahi dan pipinya. Shima tunduk malu. Debaran di dada hanya Tuhan yang tahu. Dan sepanjang hari bekerja, fikirannya melayang. Mujur juga hari tersebut hari jumaat. Masa bekerja juga singkat. Shima seperti tidak sabar untuk pulang ke rumah sewanya. Sebaik sahaja sampai, dia mencium bau masakan.

“Assalamualaikum,” Shima memberi salam. Azmy tersenyum manis padanya. Shima terpegun seketika bila melihat Azmy memakai apron sambil sebelah tangannya memegang senduk. Beberapa saat kemudian, Shima tergelak.

“Awak memasak?” Shima menghampiri Azmy. Lelaki itu hanya tersenyum

“Banyaknya perubahan awak. Baru 5 bulan kita berpisah. Awak hampir memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya.” Shima berkata perlahan. Azmy menghampiri Shima yang sedang bersandar di antara dapur dan ruang tamu.

“Untuk menjadi lelaki idaman Shima, saya sangup buat apa saja,” Ucapnya romantic. Shima tersenyum manis melirik pada Azmy yang tersenyum.

“Betul?” Soalnya perlahan. Azmy angguk kepala.

“Ok. Ada apa yang perlu saya tolong?” Soalnya ramah sambil meyingsing lengan baju bersedia hendak membantu Azmy.

“Shima dah solat?” Azmy bertanya sambil memandang jam tangannya. Hampir pukul 5.30 petang.

“Dah. Sebelum balik tadi,” Shima membantu Azmy membasuh sayur dan memotong bawang.

“Amri apa khabar?” Azmy angkat muka. Wajah yang tadinya ceria berubah suram. Shima yang leka memotong bawang tidak menyedari perubahan wajah suaminya.

“Dia bersama Mira,” Jawabnya perlahan. Kemudian dia mengeluh. Shima angkat muka memandang pelik Azmy yang sedang termenung.

“Owhh… Kak Mira dapat hak penjagaan Amri?” Shima mengetuk pisau. Azmy berpaling dan memandang wajah Shima.

“Ye. Sekarang saya tinggal seorang, tak berharta dan tak bekerja. Awak masih nak bersama saya?” Azmy memandang sayu wajah Shima yang sentiasa tenang itu.

“Errrrrr..Kalau awak masih ….mahu saya menjadi isteri awak. Saya tak kisah,” Jawabnya gugup. Lama Azmy merenung mencari keikhlasan di wajah tenang itu. Walaupun gugup namun Shima masih mampu bertenang.

“Awak tak menyesal?” Azmy bertanya lagi. Shima angkat muka dan membalas renungan suaminya.

“Kalau kita berpisah, saya rasa takde orang nak kat saya lagi. Baik saya teruskan dengan awak je,” Shima angkat kening sambil tersenyum. Azmy menanggalkan apron dan menghampiri Shima. Shima gelabah. Aura lelaki itu seolah-olah sedang memukaunya. Membuatkan Shima merasa seperti diawangan.

“Kalaupun Shima minta perpisahan, abang takkan lepaskan Shima. Shima dah jadi sebahagian dalam hidup abang. Cahaya yang menerangi dunia abang yang gelap ini,” Azmy menghadang Shima dengan tangannya bila Shima cuba melarikan diri dari tempat duduknya. Shima telan liur melihat senyuman dibibir Azmy. Rasa seram sejuk bila Azmy membahasakan diri abang dengannya.

“Dan surat perceraian tu, abang dah koyakkan dan bakar. Surat cinta Shima tu, abang masih simpan. Untuk kenangan,” Wajah Azmy yang semakin hampir itu membuatkan Shima hampir pengsan.

“Errrrr…Saya nak mandi. Awak habiskan memasak ye.” Shima tunduk lalu melepaskan diri dari Azmy. Azmy geleng kepala bila melihat Shima sanggup membongkok demi untuk mengelakkan diri dari direnung.

*******************

Friday, March 26, 2010

ALiA
bahagian 38


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


“Selamat datang ke Syarikat Sinar Indah,” Alia tersenyum sambil menyambut tangan wanita yang masih nampak cantik walaupun agak berumur itu.
“Terima kasih. Saya akan cuba yang terbaik untuk syarikat ini,” Alia berkata yakin. Wanita itu tersenyum senang kearahnya.
“Ok. Malisa, tunjukan tempat duduk Alia. Kenalkan dia dengan staff yang lain, ok,” Malisa menghampiri Alia.
“Selamat datang,” Ucap mereka semua.
“Terima kasih,” Alia tersenyum ramah pada pekerja lama. Dengan bantuan dari kawan Maziah, Alia diterima bekerja di Syarikat Sinar Indah. Sebuah syarikat binaan.


***************************


“Alia, kau cakap anak cikgu Syah tu mengidap HIV, dia sendiri macamana? Tentu dia pun mengidap penyakit yang sama? Betulkan?” Sara bingung. Bila mendengar cerita dari Alia. Agak lama juga mereka tidak berkumpul dan bercerita panjang lebar.

“Itu yang aku tak faham. Dia cakap isteri dia yang membawa penyakit tu. Dia tak cerita banyak sangat tentang arwah isteri dia. Bila aku tanya je pasal arwah isteri dia, dia ajak tukar topik lain, malas aku nak tanya lagi. Mungkin dia sedih bila terkenangkan kisah lama tu,” Alia mengunyah burgernya.
“Kenapa kau panggil dia cikgu lagi, dia sekarang dah jadi doctor. Panggil doctor. Alia, dulu kau panggil dia apa?” Tiba-tiba Ros bertanya.

“Errrrrr…..hehehheee,” Alia tersengih. Rakan-rakanya yang lain menanti dengan sabar. Hari itu, mereka keluar bersama sebab meraikan Alia yang sudah mendapat pekerjaan.
“Owhhhhh…mesti kau panggil dia, abang, kan? Lepas tu, dia panggil kau sayang,” Imah meneka. Alia angkat kening sambil tersenyum.

“Alia, cikgu…errrr..salah pulak. Dr.Syah tu mesti romantic, kan? Dulu, kamu berdua pernah buat perkara tu tak?” Ros memeluk bahu Alia.

“Perkara apa?” Soal Alia hairan. Ros tersenyum penuh makna dan agak lama masa yang diperlukan oleh Alia untuk memproses pertanyaan Ros itu. Beberapa minit kemudian,Alia menolak kepala Ros.
“Mana ada. Merepek je kau ni. Aku masih belajar masa tu, lagipun kita orang musuh. Ingatkan?” Alia menjeling tajam ke arah Ros yang tergelak. Wajahnya berubah.

“Manalah tahu. Walau bermusuhan pun, bila dah tidur berdua, tentu ada perasaan lain yang muncul.” Maziah dan Sara geleng kepala melihat Ros yang sengaja mengusik Alia.

“Alia, bila kau nak kenalkan kita orang dengan ex-husband kau tu. Dah lama tak jumpa cikgu Syah,” Imah bersuara teruja.

“Yelah, tentu semakin hensem. Aku ingat lagi, masa kat sekolah dulu, ramai betul pelajar perempuan nak mengorat cikgu Syah tu. Siapa nama cikgu perempuan tu, ala, yang crazy kat cikgu Syah tu, siapa ye….” Imah garu kepala yang tidak gatal. Kemudian tangannya mengusap perut yang semakin membesar itu.
“Cikgu Salmah,” Alia menjawab lambat.

“Aihhhhh… kau masih ingat? Owhhhhh… tentu kau cemburu bila dapat tahu Cikgu Salmah sukakan Dr.Syah tu. Hahaahhaa” Maziah pula ketawa. Alia muncung mulutnya.

“Mana ada. Aku ingat kat dia pasal dia pernah marahkan aku. Sebab aku rapat dengan Pengetua. Lepas tu, dia memang benci sangat kat aku. Tak tahu kenapa?” Alia menghirup air minumannya pula.
“Memanglah. Kadangkala, cikgu Syah tu, nampak sangat suka kat kau. Lagi pun, kau ramai peminat kat sekolah dulu,” Imah tersenyum.

“Peminat konon. Seksa hidup aku, asyik kena kejar je,” Alia berdengus. Mereka yang lain ketawa.
“Sekarang kau panggil Dr.Syah tu dengan panggilan apa?” Alia angkat muka mendengar soalan dari Ros. Dia menggaru kepalanya sambil berfikir.

“Entah. Aku pun tak perasan.” Alia jungkit bahu. Kemudian termenung memikirkan perkara itu. Beberapa ketika kemudian, Alia tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi.
”Assalammualaikum,” Ucapnya sopan. Rakan-rakannya yang lain memandang hairan kearahnya bila nadanya berubah lembut.

”Waalaikumsalam. Alia kat mana ni?” Suara dihujung talian bertanya. Ros memasang telinga kemudian tersenyum.

”Kat KFC.” Jawabnya sambil menolak muka Ros yang tersengih memandangnya. Mereka yang lain bertanya, namun Alia hanya buat muka tak tahu.

”KFC kat mana, abang kat Wisma Satok ni.” Syah bersuara perlahan.
”Dekatlah. Kita orang kat depan tu je,” Alia garu kepala. Tabiat yang sukar dibuang bila dia merasa malu.
”Ok. Kejap lagi abang sampai. Tunggu ye,” Syah menamatkan perbualan. Alia memandang sepi telefon bimbitnya.

”Kenapa Alia, dia nak jumpa ke?” Soal Maziah teruja. Begitu juga mereka yang lain. Alia angguk kepala. Lima minit kemudian, Alia tersenyum bila matanya menangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Langkah kaki yang teratur dan tenang itu membuatkan dadanya berdebar kencang. Senyum dibibir Syah juga membuat Alia hampir pengsan.

”Assalammualaikum,” Syah tersenyum. Wajah-wajah bekas pelajarnya dipandang satu persatu. Mereka tersenyum. Sungguh tak sangka 8 tahun kemudian mereka berjumpa lagi.
”Waalaikumsalam. Duduklah,” Serentak mereka menjawab. Alia tersenyum cuma.
”Masih ingat saya lagi?” Syah bertanya lucu. Mereka yang lain angguk kepala.
”Mana boleh lupa. Cikgu yang terhangat dipasaran,” Ros menjawab mewakili mereka yang lain. Syah tergelak.

”Ros...masih tak berubah,” Ros tersipu malu.
”Cikgu masih ingat kat saya?” Ucapnya bangga. Syah angguk kepala. Kerana hubungannya dengan Alia, maka semua yang berkaitan dengan Alia menjadi sebahagian dari hidupnya. Alia suka bercerita tentang meraka semua.
”Imah, Maziah dan Sara. Betulkan?” Mereka angguk kepala.
”Alia bagi tau kita orang, cikgu dah bekerja sekarang. Doktor ye?” Sara ingin mengetahui perkembangan bekas guru sandaran mereka itu.

”Alia bercerita tentang saya? Dia cerita perkara yang baik atau perkara buruk?” Syah memandang Alia yang terbatuk mendengar kata-kata dari mulut lelaki itu. Dia menjeling tajam ke arah Syah.
”Tentulah yang baik. Cikgu...ehhh..salah pulak. Nak panggil apa ye?” Imah mengusap perutnya.
”Apa-apa je, saya tak kisah,” Syah tersenyum.

”Wah!!!! Imah, kahwin tak jemput saya ye? Berapa bulan usia kandungan kamu tu?” Syah tersenyum memandang Imah yang tersipu malu.

”Lima bulan.” Jawabnya perlahan. Mereka yang lain tersengih melihat Imah tertunduk malu. Mereka bercerita tentang perkembangan masing-masing. Peluang yang ada digunakan sepenuhnya oleh Syah untuk menatap wajah Alia. Alia pula merasa tidak selesa kerana Syah asyik merenungnya.

”Kalau cikgu berkenan, pergilah masuk meminang. Alia masih single tu,” Imah sengaja menyakat Alia. Dia perasan mata Syah tidak lari dari merenung Alia. Renungan yang membawa maksud yang mendalam. Alia tersentak mendengar cadangan Imah itu. Syah tersenyum.

”Apa yang kau merepek ni Imah.” Alia menjeling tajam wajah Imah yang tersenyum itu. Syah tersenyum. Memang, kalau ikutkan hatinya, memang dia ingin melamar Alia menjadi suri hatinya. Namun dia tidak mahu terburu-buru. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Dia ingin hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

”Manalah dia sudi nak kahwin dengan saya. Saya tak sesuai untuk dia.” Ucap Syah lemah sambil tersenyum. Alia merasakan jantungnya berhenti berdegup. ’Katakan saja, abang tak dapat lupakan isteri dan anak abang,’ Alia berkata dalam hati. Dia terluka dengan ucapan yang keluar dari mulut Syah. Syah merenung wajah yang berubah muram itu.

”Errrrr... aku nak balik. Dah lama kat luar ni. Nanti bising pulak abang aku kat rumah tu,” Alia mengemas makanannya.

”Masih awal lagi ni.” Maziah genggam tangan Alia. Alia seperti ingin menangis.
”Kenapa ni? Tunggulah sekejap.” Ros juga menghalang Alia dari beredar. Syah melihat dengan rasa bersalah.
”Sorry. Kalau saya menyebabkan Alia terasa hati. Takpelah, biar saya yang pergi. Lagipun, saya dah janji nak jumpa kawan saya. Ok semua, bye.” Syah berdiri dan sedia untuk beredar. Alia hanya memandang Syah beredar. Beberapa langkah kemudian Syah menoleh. Alia tunduk memndang lantai.

”Kejarlah. Alia, kasian dia.” Sara menepuk bahu Alia. Alia geleng kepala.
”Maaf. Aku rasa sedih sangat tadi. Tak tahu kenapa?” Alia duduk kembali.

”Hati aku sakit bila dia cakap macam tu.” Alia mengesat airmatanya. Kemudian dia ketawa.
”Bodoh betul. Kenapa pulak aku menangis.” Mereka yang lain hanya memerhati Alia mengesat air matanya.
”Sebenarnya, aku yang tak sesuai untuk dia. Dia memang tak pernah ada perasaan cinta kat aku. Cuma aku saja yang perasan sendiri,” Ucapnya sambil ketawa. Mereka yang lain merenung wajah muram itu dengan perasaan pelik.

********************************

Thursday, March 25, 2010

TAKDIR 

episode 14




 “Wau…. Cantiknya,” Shima keluar dari kereta dan berjalan perlahan menuju ke depan kereta. Azmy mengekorinya di belakang.
“Banyaknya burung. Indahnya,” Shima kagum dengan ciptaan Tuhan. Azmy bersandar disebelahnya. Mereka sama-sama mendiamkan diri memerhati burung-burung berterbangan dan menyaksikan matahari terbenam.
“Saya cintakan awak,” Azmy berkata perlahan. Shima menoleh seketika ke arah Azmy yang sedang merenungnya.
“Awak cakap apa tadi?” Soalnya ingin kepastian.
“Saya cintakan awak.” Ucapnya yakin. Terasa dunia ini berhenti berputar. Yang ada dihadapan matanya hanya wajah Azmy yang mengharap jawapan darinya.
“Errrrr… awak keliru agaknya. Mungkin awak merasa sunyi sebab kak Mira selalu bekerja di luar,” Shima menyangkal. Azmy terdiam namun matanya terus merenung Shima yang semakin kalut. Azmy menghampiri Shima, merangkul pinggang ramping itu. Deru nafasnya semakin tidak teratur. Shima menolak tubuh Azmy yang menghimpitnya.
“Saya yakin dengan hati saya. Saya memang mencintai awak,” Shima semakin tidak keruan. Tangan Azmy menyentuh dagu Shima. Shima pejamkan mata. Tidak sanggup membalas pandangan suaminya itu. Perlahan Azmy mencium dahi dan menjalar ke sekitar wajah Shima sebelum mendarat ke bibir halus yang sedang menggigil itu.
“Kita mulakan hidup baru. Lupakan perjanjian itu.” Azmy bersuara lembut di telinga Shima. Shima merenung ke dasar hati Azmy. Mencari kebenaran kata-kata dari mulut lelaki itu. Perlahan Shima membalas pelukan Azmy. Azmy memeluk erat tubuh Shima.
“Abang janji, abang akan berlaku adil pada Shima dan Mira.” Luahnya yakin. Perlahan Azmy mencium pipi Shima. Shima menangis dalam pelukan suaminya.
“Errrrrr..awak. awak…..” Shima menepuk bahu Azmy yang dari tadi mendiamkan diri. Azmy tersentak dan memandang wajah Shima yang jelas kehairanan.
“Kenapa dengan awak? Senyap je. Awak ada masalah?” Shima bertanya bimbang. ‘Aku bermimpi rupanya,’ Bisiknya perlahan. Dia merenung wajah Shima lagi. Kalaulah semua itu menjadi kenyataan, alangkah bahagianya. Tapi bagaimana penerimaan Mira, aku dah berjanji untuk setia padanya seorang.’ Azmy berbicara sendirian. Serba salah dengan sikapnya yang semakin tidak dapat mengawal perasaan. Kenangan lalu datang tanpa diundang.
“Kalau you nak kahwin dengan I, You mesti janji akan setia pada I seorang sampai bila-bila,” Azmy angguk kepala. Dia memang akan setia pada Mira seorang. Itu janjinya jika Mira menerima lamarannya. Bertahun-tahun dia menanti Mira membuka pintu hati untuknya, namun Mira tidak pernah memcuba menerima cintanya, sehingga suatu hari, Mira datang padanya.
“You nak kahwin dengan I?” Ketika itu Azmy sedang mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakan-rakannya. Azmy tersentak mendengar kata-kata dari Mira. Tanpa berfikir panjang, dia terus bersetuju.
“Ok. You uruskan perkahwinan kita. I nak dalam minggu ni jugak,” Mira terus beredar. Azmy kaku dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Rakan-rakan yang lain senyap.
“Azmy, betul ke apa yang kita dengar ni? Kahwin bukan perkara yang mudah. Kau kena fikir masak-masak. Dia tak sesuai dengan kau,” Rosman menasihati sahabatnya. Azmy hanya geleng kepala. Dia terus lupa segala pesanan sahabatnya, yang penting dia akan berkahwin dengan Mira, gadis yang dicintai sejak mereka melanjutkan pelajaran di UK. Semuanya berjalan dengan lancar. Mereka berkahwin dalam suasana yang sederhana. Ahli keluarga yang berada di Malaysia hanya menerima berita tersebut setelah mereka selamat diijabkabul.
“Awak…. Awak.. saya nak balik. Dah lewat ni,” Shima bersuara keras ditelinga Azmy. Azmy tersentak dan memandang sekeliling. Dia mengelamun lagi rupanya.
“Awak ni kenapa? Dari tadi senyap je?” Shima memandang pelik wajah Azmy yang jelas memendam masalah. ‘Mungkin memikirkan masalah di pejabat, barangkali,’ Shima masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan Azmy yang masih leka memandang matahari yang semakin tenggelam. Shima menekan hon kereta sehingga membuatkan Azmy terkejut. Shima tergelak melihat Azmy hampir melompat terkejut bila di hon. Azmy merenung tajam ke arah isterinya yang sedang ketawa besar di dalam kereta. Dia segera masuk ke dalam kereta, Shima masih tersenyum. Azmy geleng kepala. Dia senang melihat Shima tersenyum. Hilang segala masalah yang melanda hidupnya. Semenjak kenal Shima, hatinya yang sunyi kembali terisi. Dia merenung Shima yang masih tersenyum disebelahnya.
“Saya cintakan awak,” Ucapnya yakin. Shima tersentak. Tidak pernah ada lelaki yang mengucapkan kata keramat itu padanya. Matanya semakin mengecil merenung Azmy yang turut memandang wajahnya.
“Jangan nak mulakan. Dah kita balik. Saya tak suka gurauan seperti itu.” Shima terus memandang kehadapan. Azmy mengeluh perlahan. Keras sungguh hati itu. Sukar untuk dia takluk. Namun dia tidak memaksa Shima. Dia tahu bagaimana rasanya hidup dengan orang yang tidak menyintai dirinya sepenuh hati. Dia inginkan cinta yang suci dari Shima. Dia ingin Shima menerima dirinya seadanya. Selama hidup bersama Mira, dia tahu Mira tidak menyintainya sepenuh hati. Kadang-kadang, dia merasakan Mira seperti tidak menyintainya. Apakah dia tidak layak menyintai dan dicintai. Kedua-dua wanita dalam hidupnya tidak menghargai cintanya. Azmy memecut kereta meninggalkan kawasan indah itu.
“Awak, perlahan sikit bawa kereta tu.” Shima menampar lengan Azmy. Azmy memperlahankan kelajuan kereta. Tersedar yang dia bukan seorangan di dalam kereta tersebut. Wajahnya yang semakin tegang itu membuatkan Shima hairan. Mereka mendiamkan diri sehingga sampai di hadapan rumah.
“Awak tak masuk dulu?” Shima bertanya sebelum membuka pintu kereta.
“Kirim salam pada mama.” Azmy beredar terus. Shima hairan dengan sikap Azmy. ‘Tadi ok je. Kenapa dengan dia tu,’ Shima geleng kepala. Rasa sunyi bila Azmy meninggalkan dirinya tanpa ciuman didahinya. Kebiasaan yang Azmy lakukan selama tinggal bersamanya.
‘Salam. Awak, saya minta maaf jika saya sakitkan hati awak’ Shima menghantar mesej kepada suaminya. Beberapa minit dia menanti dengan sabar balasan dari Azmy. namun dia kecewa. Beberapa kali dia merenung skrin telefon bimbitnya, tetapi hanya wajah comel Amri yang menghiasi skrin telefonnya.
‘Kalau dah sampai rmh, hntr msj’ Shima sekali lagi menghantar mesej. Bimbang sesuatu terjadi pada suaminya. Walaupun tiada rasa cinta pada suaminya itu, Shima tetap rasa dia perlu mengambil berat tentang Azmy. Shima termenung seketika. Teringat lafaz cinta yang Azmy lafazkan untuknya tadi. Walaupun dia suka mendengarnya, kemudian dia sedar kedudukannya dalam perhubungan mereka.
‘Mungkin dia hanya nak mengambil kesempatan keatasku,’ Hati Shima berbisik sendirian. Dia merenung bantal disebelahnya. Bantal yang menjadi tempat untuk Azmy mengalas kepala setiap malam. Dia kagum dengan tahap kesabaran Azmy. Walaupun setiap malam mereka tidur sekatil, namun Azmy tidak pernah menyentuhnya. Mungkin juga Azmy serik terkena tendangan sulung darinya. Shima tergelak bila mengingatkan kejadian itu. Malam pertama mereka tidur bersama, Azmy secara tidak sengaja terpeluk tubuhnya. Dengan sekuat tenaga, Shima menyepak celah kaki Azmy. Azmy menjerit kesakitan sehingga terjatuh dari katil. Bila diingatkan kejadian itu. Dia tergelak seorang diri. Selama 3 hari Azmy bercuti dibuatnnya. Dan yang paling dia tidak dapat lupakan bila Azmy berkata padanya. ‘Boleh mandul saya dibuatnya,’ Azmy menahan kesakitan di bahagian sulitnya. Shima tergelak namun dia memalingkan mukanya ke arah lain.
Segala kenangan bersama Azmy bermain difikirannya. Tiba-tiba perasaan ingin dibelai dan membelai datang mengganggu fikirannya. Perlahan dia memeluk bantal Azmy dan tangannya meraba tempat yang kosong itu.
‘Maafkan Shima. Kita tak harus bersama.’ Air mata mengalir perlahan. Shima terjaga bila telefon bimbitnya berdering. Lama dia merenung skrin telefon tersebut bila membaca nama yang tertera di skrin telefonnya. ‘Kumilikmu’. Nama yang sengaja Azmy letak dalam telefon bimbitnya. Perlahan Shima menekan butang hijau kemudian meletakkan ke telinganya.
“Assalammualaikum.” Shima memberi salam.
“Waalaikumsalam. Shima belum tidur?” Soalnya tenang. Shima bersandar di katil.
“Belum. Awak dah sampai rumah?” Azmy senyap. Hanya deru nafasnya yang agak teratur itu sahaja kedengaran. Shima menanti dengan sabar.
“Ermmm. Sudah,” Mereka sama mendiamkan diri. Tiada apa yang hendak dibualkan.
“Saya teringatkan awak. Tak mengapakan?” Azmy bertanya perlahan. Shima pejam mata. Dia juga sedang teringat tentang lelaki itu. ‘Kenapa dengan aku ni,’ Bisiknya dalam hati.
“Hello…. Shima. Shima dengar tak. Atau….. saya mengganggu?” Azmy bertanya camas.
“Hermmm.. saya tak kisah.” Akhirnya Shima bersuara.
“Awak tak pernah teringatkan saya bila kita berjauhan?” Azmy menanti dengan sabar jawapan dari isterinya.
“Errrrr…Kak Mira dah balik?” Shima mengubah topic perbualan. Terdengar keluhan dari Azmy. Shima turut terdengar bunyi deruan kereta.
“Awak kat mana ni? Awak tak balik ke rumah?” Soal Shima pelik. Dia duduk tegak.
“Saya tak apa-apa. Jangan risau,” Azmy menjawab lemah. Kemudian dia memberi salam dan memutuskan talian. Shima termangu merenung telefon bimbitnya. Perlahan Shima merebahkan kepalanya di atas bantal.

Wednesday, March 24, 2010

AMARAN!!!




Artikel-artikel di dalam MistisFiles kebanyakannya berkisarkan perkara-perkara yang berselindung di balik senario dunia hari ini. Ia ibarat program virus yang berjalan senyap-senyap dalam sesuatu aplikasi komputer. Sebahagiannya memperihalkan secara terperinci kegiatan Al-Masih Ad-Dajal secara teknikal, di ulang; secara teknikal. Kita diberitahu secara gambaran kasar tentang kemunculan Dajal di mana setiap nabi dan rasul yang pernah wujud di muka bumi diperingatkan tentang bahaya fitnah Dajal(atau dikenali sebagai AntiChrist oleh orang Kristian). Persoalannya siapakah Dajal?Apakah bentuk fitnah yang dibawanya?Apakah taktik dan strategi Dajal?Dajal pernah berkata dia ingin menguasai dunia ini. Dia ingin menjadi Tuhan. Tetapi bagaimana?MistisFiles akan membawa anda jauh ke dalam pusaran konspirasi Sang Dajal. Kami akan membawa anda mengembara jauh kepada sejarah, kepercayaan, pegangan, ideologi, pembohongan, aktiviti, strategi dan plan besar si Dajal Laknatullah ini ke atas bumi. Dajal telah menggunakan pelbagai kepercayaan pagan seperti penyembahan bintang sirius, orion dan juga matahari untuk memperdayakan manusia moden hari ini. Pelbagai konspirasi seperti para makhluk jin dan syaitan yang digambarkan seperti alien dan 'makhluk pintar luar angkasa', master race, tamadun yang hilang dan pelbagai lagi drama yang dimainkan oleh Dajal. Mangsanya, adalah kita termasuk rakyat Amerika yang malang, menjadi bahan eksperimen, bahan mentah, 'patsies' , kambing hitam, hamba suruhan dan pelbagai lagi konotasi yang kadang-kadang akal yang sihat tidak dapat menerimanya kenapa satu bangsa yang dikatakan cerdik pandai di Amerika boleh terjerumus ke dalam perangkap Dajal. Setiap tahun beribu-ribu kanak-kanak di Amerika hilang tanpa sebab. Anda harus menerima kenyataan ini. Apa yang dikatakan di dalam Al-Quran adalah amat-amat benar sekali. Ingat!Kami tidak menghidangkan semata-mata kepada anda istilah-istilah keagamaan; jika anda terlalu sekular dan prejudis terhadap kemurnian agama. Tetapi kami akan membentangkan anda secara teknikal, bukan sekadar teori ataupun khutbah agama, secara sains dan teknologi, bukan sekadar hadis-hadis, firman dan sabda (jika anda seorang sekularis tulen dan pekat; yang pesimis terhadap agama khasnya Islam) ini adalah hadiah untuk anda. Berfikirlah sebentar, renung-renungkan. Selamat Datang ke Dunia Pemikiran Baru...


Makluman :

Semua Artikel Ini Adalah Hak Milik Http://Mistisfiles.Blogspot.Com. Posting Dib Log Ini Hanyalah Untuk Bertujuan Menyebarkan Ilmu. Semua Yang Dipaparkan Memerlukan Anda Untuk Berfikir Dan Pihak Kami Tidak Memaksa Anda Untuk Menerima Pandangan Yg Diutarakan. Tq

Tuesday, March 23, 2010

ALiA
bahagian 37


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
 
 
Sebulan selepas Nura meninggaldunia, Syah kembali bertugas seperti biasa. Namun riak sedih masih tergambar diwajahnya. Hubungannya dengan Alia juga semakin baik. Hampir setiap malam dia bertandang ke rumah Alia atas jemputan Alim.

“Abang rasa segan pulak, selalu sangat makan kat rumah Alia,” Syah bersuara perlahan ketika mereka duduk di halaman rumah sambil memerhati bintang di dada langit. Alia pandang wajah Syah.
“Yelah. Lenguh tangan saya memasak. Biasanya, kak Sitah yang masak,” Alia berkata selamba. Niatnya ingin bergurau. Semua yang dilakukannya adalah untuk mengembirakan Syah. Syah pandang wajah Alia yang serius itu.

“Betul ke, saya ni menyusahkan?” Syah bertanya serba salah. Alia buat muka selamba dan mengangguk kepala.

“Abang minta maaf, kalau menyusahkan Alia. Nanti abang bayar segala penat lelah Alia tu,” Syah bersuara mendatar. Alia tersenyum. ‘Sejak bila orang tua ni sensitive sangat. Macamlah tak tahu aku bergurau je,’ Bisiknya dalam hati.

“Nanti Alia hantar bill ye,” Alia sengaja mengenakan Syah. Syah pula samakin rasa bersalah.
Lama Syah mendiamkan diri. Sedih sebab, Alia tidak ikhlas membantunya. Alia renung wajah Syah yang semakin muram itu.

“Awak, kenapa senyap?” Alia pula rasa bersalah. Tentu lelaki itu teringatkan arwah anak dan isterinya.
“Maaflah. Saya gurau je tadi. Saya ikhlas memasak untuk awak,” Alia sentuh bahu Syah. Syah tersentak. ‘Owh…dia kenakan aku,’ Bisiknya dalam hati. Lama direnungnya wajah serba salah itu. Dia hampir terlupa tentang perangai Alia yang satu itu. Walaupun mulutnya mengatakan tidak, tetapi dia tetap melakukan sesuatu perkara itu dengan ikhlas.

“Abang tak apa-apa. Esok bagi tau Alim, abang tak dapat datang.” Syah berdiri dan bersedia untuk beredar. Alia turut berdiri sambil memandang wajah Syah yang sedikitpun tidak memandang kearahnya. Syah sengaja mengenakan Alia pula. Dan bila Syah melangkah, spontan Alia menarik tangan Syah. Jari jemari mereka bertaut erat. Syah mengenggam erat jari jemari halus itu. Alia terasa berada diawangan. Sungguh, dia rindukan sentuhan hangat itu. Sentuhan yang sering membuatkan jantungnya berdegup kencang. Mereka saling berbalas pandangan. Perlahan-lahan, Syah mendekatkan wajahnya ke wajah Alia, semakin hampir, dan Alia juga terpaku dengan tindakan Syah itu. Hembusan nafas Syah terasa semakin hampir diwajahnya membuatkan Alia tersedar dari mimpi indah itu. Perlahan Alia menolak tubuh Syah. Syah tersentak dan menjarakan dirinya.
“Maafkan abang, Alia. Errrrr…Abang balik dulu. Kirim salam pada Alim,” Syah berlalu meninggalkan Alia yang masih tercegat di halaman rumah.

“Abang Syah mana?” Soal Alim hairan. Selepas makan tadi, Alia dan Syah keluar untuk menghirup udara malam. kemudian, yang masuk hanya seorang.

“Dia dah balik. Esok dia masuk kerja awal. Jadi nak berehat awal,” Alia menjawab perlahan sambil melangkah menuju kebiliknya. Alim hanya menggeleng kepala melihat tingkahlaku adiknya yang agak pelik itu.
“Alia tak apa-apa? Alia gaduh dengan abang Syah?” Alim bertanya lagi. Alia berpaling memandang abangnya.

“Mana ada. Dia nak balik, takkan Alia nak halang. Abang ni,” Alia membentak.
“Sudahlah tu, bang. Dia tak apa-apa. Jangan risaulah.” Sitah memeluk bahu suaminya.
“Tentu bergaduh tu. Dulupun, mereka selalu bergaduh. Kerana hal kecil pun mereka bergaduh. Alia tu manja sangat,” Alim membalas pelukan isterinnya. Sitah muncung bibirnnya bila Alim mencium pipinya. Alim tersenyum melihat wajah isterinya merah.
“Abang pun manja jugak,” Sitah menolak tubuh Alim dan mendukung Suriani yang tersenyum ke arah mereka.

“Manja abang lain,” Alim masih mahu menyakat isterinya. Dari biliknya, Alia tersenyum mendengar abang dan kakak iparnya bergaduh. Dia seronok melihat hubungan abang dan kakak iparnya itu.
Alia melirik jam di atas mejanya. Hampir pukul 10.30 malam. ‘Apa dia buat sekarang ni?’ Bisiknya perlahan. Ingatannya kembali ke zaman persekolahannya.
“Kak Alia, cikgu Syah panggil. Ehhhh..bukan, cikgu Syah cakap, Cikgu Hamidah panggil. Dia suruh kakak ke rumah sekarang jugak,” Alia pandang wajah pelajar tingkatan satu itu. Begitu juga rakan-rakannya yang lain. Ketika itu usia perkahwinan mereka mencecah satu bulan setengah.
“Betul ke? Akak sorang?” Alia bertanya lagi. Pelajar tersebut angguk kepala.
“Jum… temankan aku,” Alia menarik tangan Sara.
“Errrrr… malas. Aku nak tidur sekejap.” Sara menepis tangan Alia.
“Yah….” Alia buat muka kasihan. Maziah geleng kepala. Alia pandang Imah pula. Sahabatnya itu buat muka tak tahu. Ros juga begitu.
“Korang memang jahat. Nanti aku bawak makanan sedap, barulah korang nak kawan dengan aku.” Alia menjeling tajam ke arah rakan-rakannya yang hanya tersenyum.
“Pergilah sekejap. Mungkin ada perkara mustahak yang pengetua nak cakap tu. Tak pun, mungkin Cikgu Syah nak dating dengan kau. Dia sengaja gunakan nama mama dia. Hahahaha,” Ros tergelak. Alia membeliakan matanya. Mereka berempat berlari ke asrama meninggalkan Alia yang sedang menahan marah. Perlahan Alia melangkah menuju ke rumah pengetua yang agak jauh dari rumah guru-guru yang lain.
“Ha….. Alia, apa pulak tercegat kat situ. Naiklah,” Alia tersentak bila mendengar suara ramah Pn.Hamidah. Sebenarnya dia baru saja berniat hendak beredar. Perlahan Alia melangkah menaiki anak tangga satu persatu.
“Alia nak jumpa Syah?” Soal Pn.Hamidah lembut sambil memandang wajah terkejut Alia.
“Errrr….Tadi…ada budak cakap…. Cikgu ..” Alia tersentak bila matanya memandang Syah keluar dari bilik dan menghampiri mereka.
“Syah yang panggil dia, ma. Adahal sikit nak cakap kat dia ni,” Syah menarik tangan Alia lalu dibawanya ke bilik. Pn.Hamidah geleng kepala. Tentu Syah menggunakan namanya supaya dia dapat bertemu Alia. Semenjak kebelakangan ini, Alia jarang membantu Datuk Zamri mencabut rumput di halaman rumah itu.
“Syah…Syah…” Pn.Hamidah geleng kepala.
“Errrr..cikgu nak buat apa ni? Lepaslah. Cikgu Hamidah yang panggil saya tadikan?” Alia bertanya keras. Syah tersenyum.
“Bukan. Saya yang panggil. Budak tu cakap apa?” Syah sengaja mengusik Alia. Alia menggigit bibirnya tanda geram.
“Bencinya,” Alia menyepak kaki Syah.
“Aduh!!!!! Garangnya. Kalau macamni, alamatnya tempang kaki saya ni. Tak takut dapat suami tempang ke?” Syah menggosok kakinya.
“Itu hadiah sebab menipu. Cakap je kat budak tu, yang cikgu panggil saya. Susah sangat ke?” Alia bercekak pinggang. Syah tersenyum melihat Alia bercekak pinggang.
“Elehh… Kalau saya cakap, saya yang panggil, tentu Alia tak pergi.” Syah pula bercekak pinggang di hadapan Alia. Alia menjarakan dirinya.
“Salah ke, suami nak jumpa isteri sendiri. Nak melepas rindu ni,” Syah sengaja mengusik Alia dan menghampiri Alia. Alia semakin tidak keruan bila melihat senyuman manis dibibir Syah.
“Errrr….Awak jangan buat apa-apa pada saya,” Alia berundur kebelakang.
“Alia nak lari ke mana? Takde jalan keluar,” Kedua-dua tangan Syah menyentuh dinding bilik. Alia pula tersepit di antara dinding dan Syah.
“Awak nak apa? Saya nak balik ke asrama ni,” Alia berusaha untuk bertenang. Berhadapan dengan lelaki seperti Syah memerlukan ketenangan. Kerana kelakuan lelaki itu susah untuk dijangka.
“Cikgu…” Alia menjerit halus bila Syah mencium dahinya. Syah tersenyum.
“Ok. Awak boleh balik,” Ucapnya senang hati sebelum mencium pipi Alia. Alia merasakan wajahnya panas.
“Cikgu jahat,” Ucapnya marah bercampur geram. Syah memanggilnya semata-mata untuk menyakitkan hatinya.
“Alia…” Syah memanggil Alia dengan suara yang perlahan sekali. Alia berpaling seketika.
“Nah. Buka bila sampai kat bilik nanti,” Syah menyerahkan bungkusan hadiah.
“Apa ni?” Soalnya hairan sambil menggoncang bungkusan tersebut.
“Adalah. Sesuatu,” Syah tersenyum lagi. Alia beredar sambil memikirkan pemberian Syah itu.
Alia tersedar dari lamunan bila telefon bimbitnya berbunyi. Alia hairan bila melihat nombor yang tidak di kenali tertera di skrin telefon.
“Siapa pulak ni. Mengganggu betul. Orang nak berangan pun tak dapat.” Alia merungut sambil membiarkan telefonnya berdering. Alia melihat jam di atas mejanya.
“Lama juga aku berangan ye,” Ucapnya sorang diri sambil tersengih. Jam menunjukan pukul 11.15 malam.
Beberapa minit kemudian, mesej pulak masuk.
‘Slm, saya nak berkenalan dgn awk. Nm sy Ajmal,’ Alia garu kepala yang tidak gatal.
“Ajmal. Hai… siapa punya kerja ni?” Alia masih memerhati telefon bimbitnya.
“Malas nak layan,” Ucapnya perlahan lalu melempar telefon bimbitnya itu.
“Tidur lagi baik. Lepas tu mimpi tentang abang Syah,” Ucapnya perlahan sambil memeluk bantal dan tersenyum.
“Kenapa dengan aku ni?” Alia ketuk kepala sendiri.

Monday, March 22, 2010


PORTAL MASA, DAJJAL,KUASA MINDA,ALEISTER CROWLEY.........




Peranan Dajal dan sekutunya dalam Eksperimen Philadelphia telah mula terbongkar apabila beberapa saksi yang pada mulanya cuba dipadamkan ingatan oleh pakar-pakar kawalan minda kerajaan Dajal Amerika telah mula mengingati apa yang sebenarnya terjadi. Sesungguhnya kerakusan nafsu Amerika dalam membangunkan sistem peperangan yang hebat disambut baik oleh Dajal dan tentera-tentera syaitannya dengan menawarkan bantuan dari segi teori dan teknikal. Ini tidak menghairankan kerana para jin dan syaitan hidup lebih lama dari manusia dan tidak mustahil ilmu mereka dalam memahami ilmu fizik dan alam semesta lebih tinggi dalam beberapa aspek. Semua ini dikesan dengan penglibatan Aleister Crowley, ahli sihir yang terkenal di Barat di mana dia telah menubuhkan satu kumpulan kultus pemujaan syaitan yang besar di sebelah Barat yang menjadi asas kepada ajaran Church of Satan oleh Anton Szandor Lavey. Melalui ahli sihir inilah para saintis projek Montauk mendapat informasi dari makhluk-makhluk halus yang berhubung dengan Crowley dalam membangunkan teknologi canggih dalam projek-projek rahsia Amerika.

Ini telah disebut dalam Al-Qur'an bahawa para jin dan syaitan dahulunya kerap mencuri berita-berita dari langit. 'Berita-berita' ini mungkin saja maklumat-maklumat tentang hakikat benda dan konsep alam semesta, rahsia masa dan jarak. Malah si Dajal laknatullah itu juga pernah diajar oleh malaikat tentang rahsia alam dan umurnya yang panjang itu memungkinkan dia belajar banyak perkara tentang dunia ini.

Informasi di bawah adalah petikan dari buku seorang yang berminat mengkaji subjek ini setelah diceritakan oleh salah seorang saksi yang terlibat dalam projek-projek rahsia Amerika.

-MistisOrganization



Asal-usul Projek Montauk berbalik kepada tarikh 1943 di mana halimunan terhadap radar telah menjadi bahan kajian di atas kapal USS Eldridge. Sebagaimana Eldridge yang berlabuh di Pelabuhan Tentera Laut Philadelphia, maka segala kejadian yang berlaku berkaitan dengan kapal tersebut dirujuk sebagai, 'Eksperimen Philadelphia'.

Objektif ujikaji ini adalah untuk menjadikan kapal tersebut tidak dapat dikesan oleh radar dan ketika perkara ini dicapai, di sana telah terjadi sesuatu yang tidak dapat dijangka dan membawa kesan sampingan secara drastik. Kapal tersebut menjadi bukan sahaja tidak dapat dikesan oleh radar malah ghaib dari pandangan mata kasar dan terkeluar dari ruang masa yang kita ketahui!Walaupun ini adalah pencapaian yang hebat dari segi teknologi, namun ia membawa bencana kepada sesiapa yang terlibat.

Para kelasi telah berpindah keluar dari dimensi yang biasa dan kembali semula dalam keadaan mental yang tidak stabil dan tidak ketahuan punca. Ada di antara mereka yang tertanam/terlekat pada badan kapal itu sendiri. Sesiapa yang terselamat pula berada dalam keadaan mental yang kurang normal dan menyebabkan kehilangan kepercayaan orangramai terhadap mereka mengakibatkan apa yang terjadi tidak dapat diceritakan atau terkubur begitu sahaja. Selepas perang, kajian disambung semula di bawah selian Dr. John Von Neumann yang bertanggungjawab terhadap aspek-aspek teknikal Eksperimen Philadelphia.

Tugasannya yang baru itu adalah untuk mencari apa yang menyebabkan minda seseorang itu terganggu dan mengapa manusia tidak berjaya dalam hal fenomena antaradimensi (bergerak dari satu dimensi ke dimensi yang lain) tanpa mendapat kebinasaan. Kajian besar-besaran ke atas manusia telah bermula di Brookhaven National Laboratories di Long Island, New York. Ia dikenali sebagai Projek Phoenix.

Von Neumann bukan sahaja perintis kepada komputer moden dan menjadi seorang yang genius dalam matematik; dia mampu untuk mengendalikan sumber-sumber yang besar dari kompleks industri ketenteraan yang mana termasuk pangkalan data yang luas mengenai kajian psikologi Nazi yang mana diperlukan oleh Pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua.

Ia berlawanan dengan latarbelakang ini yang mana Von Neumann mencuba untuk menggabungkan teknologi komputer dengan peralatan radio yang canggih di dalam usaha untuk menghubungkan minda manusia dengan mesin. Setelah masa berlalu, segala usahanya berjaya. Selepas bertahun-tahun membuat ujikaji, pemikiran manusia dapat diterima melalui penerima radio kristal esoterik dan disiarkan ke dalam komputer yang mana menyimpan pemikiran tadi dalam bentuk bit-bit maklumat.

Bentuk-bentuk pemikiran ini dapat ditayangkan kembali di paparan skrin komputer dan dapat pula dicetak di atas sehelai kertas!Cara ini telah dibangunkan dan teknik-teknik ini dikembangkan sehingga sebuah mesin pembaca minda maya dibina. Pada masa yang sama, teknologi telah dibangunkan di mana seorang ahli psikik dapat membaca apa jua pemikiran manusia yang keluar dari komputer dan berpotensi mempengaruhi minda manusia yang lain. Sesungguhnya Projek Phoenix terkandung pemahaman yang amat besar tentang bagaimana fungsi minda dan mencapai potensi yang menakutkan terhadap kawalan minda. Satu laporan penuh telah diajukan kepada Kongres yang mana mengarahkan projek ini dibubarkan, sekurang-kurangnya pada sebahagiannya berdasarkan kebimbangan dalam memiliki potensi kawalan minda sendiri.

Organisasi swasta yang menolong membangunkan projek ini tidak mengikut arahan Kongres lalu mencari jalan untuk memujuk atau menggoda pihak tentera dengan mengajukan idea bahawa teknologi ini dapat digunakan di masa perang untuk mengawal minda musuh. Satu organisasi rahsia dengan sumber-sumber kewangan yang besar dan ada kaitan dengan pihak tentera memutuskan mereka harus membangunkan satu kemudahan kajian yang baru di Camp Hero, satu stesen tentera udara yang ditinggalkan di Montauk Point, New York.

Lokasi ini dipilih kerana ia menempatkan antena radar Saga yang besar yang memancarkan satu frekuensi lebih kurang 400-425 Megahertz kebetulan julat yang sama digunakan untuk memasuki tahap kesedaran minda manusia. Pada lewat tahun 60'an, pengaktifan semula Camp Hero bermula meskipun tanpa pembiayaan dari pihak tentera. Pada tahun 1972, Projek Montauk telah sepenuhnya berjalan lancar dengan ujikaji-ujikaji kawalan minda yang melibatkan manusia, haiwan dan bentuk-bentuk kesedaran lain yang dianggap wujud.

Sejak bertahun-tahun, para pengkaji Montauk telah menyempurnakan teknik-teknik kawalan minda dan disambung kepada penyelidikan yang lebih jauh kepada mencapai potensi manusia. Melalui pembangunan keupayaan psikik oleh individu yang berbeza, ia pada akhirnya tiba kepada tujuannya di mana pemikiran seorang ahli psikik dapat diperkuatkan dengan menggunakan mesin dan ilusi dapat diwujudkan kedua-duanya secara objektif dan subjektif!Ini adalah termasuk penciptaan maya ke atas benda-benda. Semua ini tidak muncul dalam penceritaan sejarah yang biasa yang kita panggil "pengalaman manusia yang umum" tetapi sesiapa yang terlibat dalam menjayakan Projek Montauk tidak berhenti dalam perkara ini.

Mereka harus telah mencapai lebih jauh kepada keadaan yang luar biasa. Apabila ia telah dijumpai bahawa seorang ahli psikik dapat mewujudkan benda-benda, ia telah diperhatikan yang semua itu muncul dalam masa-masa yang berbeza, bergantung kepada apa yang ahli psikik tadi fikirkan. Jadi, apa yang berlaku jika seorang ahli psikik memikirkan sebuah buku tetapi buku yang muncul semalam?Ia adalah satu garisan pemikiran dan ujikaji yang mana memimpin kepada idea yang seseorang dapat mengherot masa itu sendiri. Jadi, di sinilah bermulanya kajian terhadap pengembaraan merentas masa. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, portal masa telah dibuka secara besar-besaran dengan ujikaji-ujikaji besar telah dilaksanakan. Projek Montauk akhirnya, menjadi satu klimaks yang mengerikan dengan pusaran masa (time vortex) dibuka kembali pada tahun 1943 dan Eksperimen Philadelphia yang asal.

Tiada daripada maklumat ini yang jelas kecuali kepada Preston B. Nichols, seorang genius dalam bidang elektronik di mana pada suatu hari dia mendapati dia menjadi mangsa secara tidak sengaja di dalam eksperimen itu. Bekerja dengan satu kontraktor dalam bidang pertahanan di Long Island, Preston mengkaji aspek telepati dalam bidang psikik dan menjumpai bahawa gelombang radio secara terus-menerus telah dipancarkan yang mana mengkakukan orang-orang yang bersama-sama bekerja dengannya. Sebagai seorang yang pakar dalam radio dan elektronik, Preston telah mengesan isyarat radio terus kepada Stesen Pertahanan Udara Montauk dan bermulalah satu kajian yang menyukarkan di mana ia berpanjangan lebih sedekad.

Dia memerlukan lebih daripada peralatan yang digunakan semasa Projek Montauk dan menemui sesuatu yang mencemaskan dirinya di mana banyak orang yang mengingati penglibatannya dalam projek itu. Ia menjadi satu kemuncak di mana suami sepupunya menuntut penglibatannya di Montauk. Dua lelaki hampir-hampir menyerang pendirian Preston yang berkeras tidak terlibat dalam Projek Montauk. Tidak lama selepas perdebatan ini, Preston mula menghadapi saat-saat sukar dalam hidupnya di mana dia tidak pernah menyangka akan terjadi begitu. Selepas menemui dan berbual dengan banyak saintis dan jurutera yang mempunyai kaitan dengan Projek Montauk, Preston telah dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku. Adakalanya dia hidup dalam dua garis masa yang berbeza. Pada satu masa, dia berkerja di Montauk; pada suatu masa dia berkerja di tempat lain.

Penemuan Preston telah disahkan oleh seorang lelaki yang aneh dengan menggelarkan dirinya Duncan Cameron telah muncul di muka pintunya pada tahun 1985. Duncan mempunyai sikap dan perawakan yang cerdik untuk kajian psikik dan akhirnya mendakwa telah dilatih dalam bidang tersebut oleh NSA (National Security Agency). Tanpa menyebut penderitaannya akibat Projek Montauk, Preston membawa Duncan ke Montauk dan terkejut dengan kemampuan Duncan mengingati keseluruhan kawasan itu dan mengingati bahawa dia pernah berkerja di situ. Duncan telah dipertimbangkan menjadi ahli psikik utama di dalam ujikaji merentas masa dan juga ingat telah berada di atas kapal perang USS Eldrige ketika Eksperimen Philadelphia yang asal dan juga adiknya (dikenali sebagai Al Bielek).

Menurut kenyataan kedua-duanya (Preston dan Duncan), Projek Montauk mencapai puncaknya pada 12 Ogos 1983. Satu portal masa telah berfungsi sepenuhnya, tetapi segalanya telah di luar kawalan dan Duncan telah memanggil sekumpulan orang dan berkeputusan untuk memusnahkan projek itu. Ketika duduk di Montauk Chair (satu peralatan yang disambung kepada penerima radio esoterik, di pangku dengan kristal-kristal yang dapat menghantar pemikiran keluar dari pemancar yang besar, Duncan melepaskan seekor raksasa besar dari minda bawah sedarnya yang mana memusnahkan segala peralatan dan apa saja berkaitan projek tersebut. Semua orang yang berkerja di dalam projek itu tiba-tiba meninggalkan tempat tersebut. Saluran udara dan pintu masuk utama ke dalam fasiliti bawah tanah pangkalan akhirnya dipenuhkan dengan simen. Apa yang terjadi sepenuhnya di sebalik semua ini tinggal sebagai misteri sehingga ke hari ini.

Walaupun satu video yang tidak berkebenaran telah diterbitkan secara meluas berdasarkan cerita ini dan beberapa ceramah telah diberikan di atas apa yang berlaku di Montauk, tiada buku pun yang ditulis khas untuk subjek ini. Penulis-penulis yang berbeza telah mencuba untuk menggalas tugas ini tetapi tidak berupaya dari segi ilmu yang berkaitan subjek ini atau takut untuk mendedahkan kebenaran. Seorang wartawan sains untuk New York Times telah memulakan projek ini tetapi menghentikannya apabila menemui dengan rasa terkejut bahawa projek ini benar-benar wujud.

Saya berjumpa dengan Preston ketika kajian sistem bunyi yang rumit yang dia menciptanya dan kemudiannya telah mendengar satu cerita yang mengkagumkan di mana sekurang-kurangnya lebih baik dari sains fiksyen yang pernah saya dengar. Selepas beberapa bulan, saya mengambil keputusan untuk mengambil tugas menulis buku The Montauk Projek: Experiment in Time. Buku ini ditulis tanpa berunding mengenainya selain dari Preston ( yang mahu melindungi sumber-sumbernya). Dengan penyiasatan yang memakan kos dan masa, strategi saya adalah adalah untuk mendapatkan maklumat secepat yang mungkin dan menggunakan buku ini untuk mendapatkan klu yang lain yang harus menguatkan dan pada akhirnya membuktikan kewujudan cerita yang menakjubkan ini.

Sebagaimana buku 'Projek Montauk' yang menimbulkan kajian yang lebih mendalam dan diteruskan dengan sesungguhnya mengesahkan di sana terdapat satu senario yang sebenar di sebalik semua informasi ini yang Preston katakan. Ini adalah rentetan kejadian dalam buku 'Montauk Revisited'. Tetapi bukti-bukti yang paling menggemparkan yang ditemui bahawa Projek Montauk secara kuatnya berkait dengan ahli sihir dan ahli kultus yang terkenal: Aleister Crowley, selalu di sebut "the wickedest man in the world"

Menurut laporan, Crowley dengan sendirinya menggunakan latihan praktik di dalam sihir seks di dalam usaha untuk memanipulasikan masa itu sendiri, berkomunikasi dengan makhluk halus dan mengembara antaradimensi. Di sana ada teori yang mengatakan keadaan antaradimensi di dalam Eksperimen Philadelphia harus terjadi dari ekspresi dari operasi sihir Crowler.


Makluman :

Semua Artikel Ini Adalah Hak Milik Http://Mistisfiles.Blogspot.Com. Posting Dib Log Ini Hanyalah Untuk Bertujuan Menyebarkan Ilmu. Semua Yang Dipaparkan Memerlukan Anda Untuk Berfikir Dan Pihak Kami Tidak Memaksa Anda Untuk Menerima Pandangan Yg Diutarakan. Tq