klik untuk ke blog di alam angker

Friday, February 26, 2010

ALiA
bahagian 30

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 

"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

“Biar betul kau. Betul kau tak sukakan dia?” Maziah bertanya lagi. Alia tersengih dan menggaru kepalanya. Dia sendiri tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan.

“Nampak macam kau sukakan dia. Kalau tak, mustahil kau tak pernah bercinta dan menolak setiap pinangan dari orang kampung kau tu. Memang kau cintakan dia. Aku yakin,” Imah memandang wajah Alia. Alia gelisah. Memang dia cintakan Syah sejak dulu lagi, cuma dia tidak mahu menyekat kebahagiaan orang lain hanya untuk kepentingan diri sendiri.

“Entah. Ahhh… lupakan. Itu sejarah lama hidup aku. Aku harap korang faham, kenapa aku tak mahu ada apa hubungan dengan sesiapa. Sakit rasanya dikecewakan,” Alia merenung jauh kehadapan.

“Ok. Kita lupakan hal lalu. Kerja kau ok?” Sara memeluk bahu Alia. Alia tersengih. Macam kerang busuk.

“Kenapa? Jangan kata kau dah tak kerja kat situ lagi?” Sara merenung wajah Alia yang sudah mengangguk kepala. Sara geleng kepala.

“Kenapa kau berhenti. Setahu aku, kerja kau ok je. Gaji pun ok,” Alia tersenyum kelat.

“Memang ok. Yang tak ok nya, bos aku tu. Dia suruh aku layan orang-orang tua dari syarikat yang bekerjasama dengan syarikat kami tu. Tak nak aku. Kalau orang muda, ok jugak, ni, ada yang dah beruban, perut buncit macam orang mengandung 10 bulan,” Alia membebel.

“Mengandung 10 bulan? Kau ada jumpa perempuan mengandung 10 bulan ke?” Soal Fizan pelik. Mereka ketawa dengan gelagat Fizan yang masih tidak faham.

“Perumpamaan je,” Alia menolak bahu Fizan.

“Betul ke? Tak sangka bos kau tu orang yang macam tu. Betul tindakan kau tu,” Mereka yang lain angguk kepala.

“Sekarang macamana dengan perbelanjaan kau? Kereta kau siapa yang bayar?” Sara memandang wajah Alia yang tersenyum nakal.

“Jangan kau marah. Abang aku yang bayar. Lepas tu, tiap bulan dia bagi aku duit belanja Rm300.00.” Alia tersenyum bangga. Bangga sebab punya abang yang baik hati.

“Tak hairanlah, kalau kau tak nak bekerja lagi. Aku pun, kalau orang bagi duit kat aku tiap bulan macam tu, aku pun malas nak bekerja.” Sara bersuara perlahan. Ros juga bersetuju.

“Kahwinlah. Bila kau dah berkahwin, suami kau yang akan tanggung perbelanjaan harian kau. Kau duk kat rumah jaga anak,” Sara muncung mulutnya ke arah Hafiz. Hafiz tergelak.

“Huuhuuuu… tu je yang orang lelaki tahu. Suruh perempuan jaga anak. Mampukah diaorang nak bagi belanja kat isteri dia?” Sara bersuara bengang.

“Kalau kau cari lelaki yang tak bekerja, memanglah dia tak mampu nak tanggung perbelanjaan kau. Carilah lelaki yang bekerja. Tak perlu kerja bagus sangat, yang penting dia rajin bekerja,” Hafiz menasihati sahabatnya. Mereka yang lain angguk kepala.

“Errrr… Hafiz, selama aku kenal kau, hari ni baru aku sedar yang kau ni lelaki yang baik. Kata-kata kau juga memang masuk akal. Tak sangka kau akan berubah sampai macam ni sekali. Beruntung kau Imah.” Imah tersenyum bangga. Dia juga tidak menyangka jodohnya dengan Hafiz kuat. Sangkanya dahulu, Hafiz hanya main-main untuk menjadikan dirinya teman hidup. Sekarang mereka semakin bahagia sejak berkahwin.

“Kita kena berubah. Jika mahu orang yang kita sayang gembira dan bahagia selalu,” Hafiz menggenggam tangan Imah. Mereka saling berbalas senyum.

“Aku nak korang sediakan hadiah yang besar untuk anak kami. Tak lama lagi kami akan ada anak.” Hafiz teruja memberitahu berita gembira itu. Mereka semua memandang wajah Imah yang sudah memerah itu.

“Wah!!!! Cepatnya. Tak sangka korang berdua dah nak timang anak. Aku jugak yang belum jumpa calon suami. Huhhuuhuu,” Ros pura-pura mengesat airmatanya. Mereka yang lain tergelak melihat Ros yang pura-pura menangis.

“Kau bila lagi nak kenalkan teman wanita kau kat kita orang ni, Ajay.” Ajay yang dari tadi senyap hanya tersenyum.

“Tunggulah. Belum ada masa yang sesuai.” Ajay menjawab sambil tersenyum

“Cari gadis yang faham perangai kita tau. Supaya dia tak cemburu dengan aku. Aku ni kan selalu rapat dengan kau. Nanti tak pasal-pasal bergaduh,” Ajay angguk kepala.

“Alia, kau masih berhubung dengan Pn.Hamidah?” Rupa-rupanya Maziah masih tidak berpuas hati dengan penerangan Alia. Mereka yang lain turut sama menanti jawapan dari Alia. Alia angguk kepala.

“Upsss… aku ingatkan dah habis tentang aku tadi,” Alia angkat bahu sebelum menjawab tenang.

“Ye. Masih. Tapi, selama aku berhubung dengan ma.. ups..Pn.Hamidah, aku tak pernah dengar berita tentang dia. Mereka dah janji takkan sebut tentang dia lagi depan aku. Jadi aku tak tahu perkembangan dia sekarang,” Alia menerangkan satu-persatu sebelum mereka bertanya.

“Mungkin dia dah bahagia dengan pilihan hati dia. Aku saja yang masih belum jumpa lelaki yang mampu buka pintu hati aku untuk bercinta. Errrrr.. korang tak marahkan aku. Tentang kisah silam aku tu?” Alia bertanya dalam keadaan takut. Mereka geleng kepala.

“Aku tak sangka kau rahsiakan semuanya dari kami. 8 tahun kau simpan rahsia tu sorang diri. Kami langsung tak tahu,” Imah geleng kepala tidak percaya.

“Dulu kita dah berjanji takkan rahsiakan apa-apa yang melibatkan perasaan. Dulu tentang Alan, kau berahsia juga. Dengan cikgu Syah pun kau berahsia. Apa yang kau fikir sebenarnya?” Maziah bertanya hairan. Alia terlalu berahsia. Walaupun mereka rapat, namun Alia lebih senang menyimpan rahsianya sendirian.

“Aku takut korang tak mahu berkawan dengan aku lagi,” Alia meluahkan kebimbangannya. Mereka geleng kepala.

“Itulah gunanya kita berkawan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjjing. Sentiasa bersama dalam susah dan senang,” Maziah mewakili teman-tamannya. Alia memeluk tubuh Maziah. Begitu juga Ros, Sara dan Imah. Mereka saling berpelukan.

“Terima kasih kawan-kawan. Koranglah kawan aku dunia akhirat.” Alia mengesat airmatannya. Setelah suasana sedih berlalu. Ariy tiba-tiba bersuara meminta perhatian rakan-rakannya.

“Errrrrr… kawan-kawan.” Mereka memandang wajah Ariy. Ariy menghampiri Maziah.

“Errrr.. sebenarnya kami berdua nak buat pengakuan jugak.” Mereka yang lain memandang wajah Ariy dan Maziah yang tersipu malu.

“Kami berdua akan bertunang dan sekaligus berkahwin pada hujung bulan ni,” Ariy berkata perlahan. Rakan-rakannya terlopong. Mereka memandang wajah Ariy dan Maziah yang tersenyum bahagia.

“Kenapa baru sekarang kamu berdua bagi tau. Sejak bila korang berdua bercinta?” Hafiz menanti penjelasan dari sahabatnya itu. Ajay tersenyum. Dia sudah lama mengetahuinya.

“Baru saja. Kami bercadang nak kahwin terus. Bercinta selepas berkahwin. Baru seronok. Tak membuang masa,” Ariy menjawab mewakili Maziah.

“Betul ke Yah. Kenapa kau tak bagi tau kita orang?” Alia pula bertanya. Maziah tersenyum malu.

“Errrrr.. aku nak Ariy sendiri yang cakap. Baru aku ada kekuatan nak bagi tau korang. Lagipun, kami bercadang nak kahwin terus. Bercinta kemudian.” Teman-temannya mengucap tahniah pada mereka.

“Siapa lagi yang ada rahsia. Hari ini adalah hari untuk kita buat pengakuan. Tiada rahsia antara kita,” Fizan bersuara lantang. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.

“Ok. Tiada sesiapa yang ada rahsia. Kita mulakan majlis potong kek, aku dah lapar sangat ni,” Fizan mencapai pisau lalu memotong kek perjumpaan mereka. Mereka semua tersenyum melihat Fizan yang sentiasa gelojoh bila sebut tentang makan.

***************************

Wednesday, February 24, 2010

TAKDIR 

episode 6




“Tahniah Shima. Kan aku dah kata, jodoh kau dengan Yusri tu. Kau tak percaya. Mulai sekarang, kau kena belajar menyintai dia.” Irna begitu gembira bila mendengar berita tersebut.

“Aku harap begitu jugak. Tapi yang penting aku dapat selamatkan diri dari pasangan suami isteri yang tak betul tu,” Shima berkata riang.

“Aku nak ucap terima kasih kat En.Azmy tu. Kalau dia tak mengorat kau, agaknya bila baru kau nak kahwin,” Irna ketawa.

“Malas aku nak berterima kasih kat orang tua tak sedar diri tu. Dia ingat aku ni kilang buat anak ke? Orang kaya macam dia tu, kalau nak anak ramai, banyak lagi cara yang tidak menyusahkan orang lain.” Shima membebel. Irna hanya ketawa besar.
“Shima, kawan kau tu dah sampai tengahari tadi. Kami dah berbincang dan setuju yang perkahwinan dan pertunangan kamu tu nanti diadakan serentak. Mereka nak tanggung semua perbelanjaan perkahwinan kamu kelak,” Shima terdiam mendengar ibunya bercerita.

“Mereka dah datang? Kenapa dia tak bagi tau aku?” Shima hairan.

“Mak, betul ke mereka dah sampai? Kalau ikut perancangan kami berdua, kami setuju untuk kongsi perbelanjaan tu nanti,” Shima memberitahu ibunya apa yang mereka telah bincangkan.

“Takde pulak mereka kata macam tu. Mereka kata, hantaran yang mereka bagi 10 ribu, dan belanja untuk kenduri pulak lain.” Shima mula rasa tidak senang duduk.

“Siapa yang datang hari tu, mak?” Shima bertanya lagi.

“Isteri dan keluarga makcik, pak cik dia. Patutlah mak mimpi ular yang luar biasa.” Ibunya berkata perlahan. Hendak menolak, anaknya sudah bersetuju. Hendak marahkan anaknya, rasanya mereka keluarga yang baik, dan bakal madu anaknya juga baik, sebab sanggup meminang perempuan lain untuk suami sendiri.

“Isteri? Yusri dah kahwin?” Shima bertanya hairan.

“Yusri?” Soal ibunya pula. “Mak, siapa yang datang meminang tu? Bukan orang tua Yusri yang datang?” Shima tidak senang duduk. Seluruh badan terasa panas dan peluh dingin mula mengalir di dahinya.

“Nama isteri dia, Mira, bakal suami kamu tu, Azmy.” Telefon bimbit yang di pegang terlepas dari tangannya. Shima terduduk. Dunia terasa gelap.

“Shima, kenapa ni?” Kak Mai terperanjat mendengar sesuatu terjatuh, rupa-rupanya Shima yang terjatuh.
Seminggu sudah berlalu, selepas kejadian hari itu, Shima pergi kerja seperti biasa. Dia menjadi seorang yang pemurung dan pendiam. Sementara menunggu hari perkahwinannya, Shima meletak jawatan dan balik ke kampung. Sudah puas Shima memujuk ibunya untuk menolak pinangan dari Azmy, tetapi pelbagai alasan yang di beri. Yusri juga menjauhkan diri darinya. Perkahwinan Shima menjadi buah mulut orang-orang kampung lebih-lebih lagi dia menjadi isteri nombor dua. Dan segala urusan tentang perkahwinannya diuruskan oleh ahli keluarganya dan Shima hanya menjadi pemerhati akan kesibukan ahli keluarganya menyiapkan segalanya.
********************

Majlis perkahwinan Shima dan Azmy berjalan lancar dan hanya diadakan di kampung Shima sahaja. Tiada senyuman yang terukir diwajah Shima melainkan riak wajah yang kelihatan hampa dan sentiasa sedih. Kadangkala dia mengesat airmatanya yang mengalir tanpa disedarinya. Azmy memandang sedih wajah jelita itu. ‘Maafkan saya Shima,’ Azmy berbisik halus ke telinga Shima. Shima hanya tunduk memandang lantai tanpa mempedulikan kata maaf dari suaminya itu. ‘Dasar lelaki buaya darat,’ Bisiknya dalam hati. Timbul kebencian dalam dirinya, dan Shima berazam akan membuat hidup lelaki itu menderita. Pelbagai aksi dirakamkan oleh jurukemera. Shima terpaksa memberi senyuman pada para tetamu.
Selama seminggu mereka menjadi suami isteri Shima belum juga menegur suaminya. Rasa sakit hati setiap kali wajah itu menjamah matanya. Walaupun layanan Shima sangat dingin sekali, namun Azmy tetap juga menyapa isterinya. Azmy terpaksa menjalani kehidupan di rumah mertua tanpa di bantu oleh Shima. Tetapi itu tidak menjadi masalah baginya, kerana keluarga Shima memang baik dan mudah menerima kehadirannya.
“Hati-hati memandu tu. Kalau ada masa, datanglah ke rumah ni.” Pesan ibu mertuanya. Azmy angguk kepala.
“Shima, jangan layan suami kamu macam tu. Mungkin dia ada sebab mengapa dia buat begitu. Mak nampak dia baik orangnya,” Shima menangis sambil memeluk ibunya.

“Doakan Shima tabah hadapi apa saja dugaan ye, mak,” Shima berkata perlahan sebelum masuk ke perut kereta. Mereka beredar meninggalkan perkarangan rumah dengan perlahan. Shima segera melelapkan matanya. Malas mahu menatap wajah lelaki yang telah menjadi suaminya itu. Betapa kecewanya dia bila terpaksa akur dengan permainan pasangan suami isteri itu. ‘Aku mesti kuat. Aku akan buat mereka membenci aku dan yang penting dia ceraikan aku.’ Shima berkata dalam hati. ‘Apa yang aku takutkan sudah terjadi. Menjadi isteri nombor dua, lebih baik aku tak kahwin terus,’ Fikiran Shima bercelaru. Dia tersentak bila pipinya diusap perlahan. Terus matanya terbuka luas dan merenung tajam ke arah Azmy.
“Jangan sentuh saya,” Shima menepis tangan Azmy. Azmy mengeluh lemah.
“Kita ke rumah Mira dulu. Ada sesuatu yang kita perlu bincangkan.” Azmy meneruskan pemanduannya. Shima tetap mendiamkan diri. Hatinya sudah keras seperti batu.
Malam itu mereka bermalam di rumah Mira. Amri tiada di rumah kerana dia di hantar ke rumah orang tua Mira. Hanya mereka bertiga sahaja. Shima mula mengesyaki sesuatu. Apalagi yang mereka rancangkan.
“Jadi awak kahwin dengan saya sebab nak saya jaga orang tua awak yang lumpuh? Jadi orang gaji?”Shima berdiri tegak sambil bercekak pinggang.
“Tak sangka. saya bernasib seperti ini. Dan orang yang cerdik pandai buat sesuatu yang tidak masuk akal,” Shima tergelak. Setitis lagi airmatanya menitis. Mereka benar-benar sudah melampau.
“Apalagi rancangan kamu yang saya tidak tahu. Dulu kata nak anak ramai, sekarang suruh jaga orang tua yang lumpuh?” Shima geleng kepala.
“Kamu berdua sanggup menghancurkan masa depan orang lain hanya kerana kepentingan kamu sendiri. Orang kaya yang berpelajaran tinggi, tapi memandang rendah orang yang tidak berpelajaran.” Shima tersandar sedih. Mira dan Azmy mendiamkan diri.
“Kami sanggup bayar berapa saja yang kamu minta untuk menjaga mama.” Shima memandang wajah cantik itu. Tidak sangka wanita yang kelihatan baik itu, mempunyai sekeping hati yang kejam.
“Kenapa tak ambil orang gaji atau jururawat peribadi kalau susah sangat nak jaga orang tua? Atau pun, hantar saja dia ke rumah orang tua-tua. Kenapa perlu perangkap saya masuk dalam hidup kamu yang penuh kepura-puraan ini?” Shima berkata sinis.

“Kami tidak percaya pada orang gaji dan orang luar yang tiada kaitan dengan kami,” Azmy menjawab tenang.
“Owhhh. Dengan mengahwini saya, awak ingat saya akan layan orang tua awak dengan baik? Bagaimana awak berfikir?” Shima membentak. Sakit hatinya bila masa depannya menjadi pertaruhan.
“Kami tahu awak seorang yang baik. Dan hanya awak yang layak menjaga mama saya.” Azmy memandang wajah yang tiada perasaan itu. Shima terdiam seketika. ‘Ya Allah. Aku anggap ini sebagai ujian dariMu. Kau tabahkan hatiku dalam menempuhi dugaan hidup ini,’ Shima meraup tangannya ke muka. ‘Kalau mereka buat rancangan untuk perangkap aku, aku patut guna sepenuhnya peluang ini.’ Shima nekad. Dia akan ajar mereka untuk menghormati orang lain.
“Baik saya setuju. Upahnya, saya takkan tetapkan, tapi harap kamu tahu berapa banyak pengorbanan yang saya buat.” Shima berkata tenang.
“Betul?” Mira bertanya gembira.
“Dan saya akan beri beberapa syarat untuk keselamatan saya,” Shima berkata tegas. Mereka berdua saling berpandangan.
“Saya akan buat surat perjanjian.” Shima memandang satu persatu wajah yang penuh tanda tanya itu.
“Syarat pertama, saya bukan isteri awak. Harap awak faham batas pergaulan kita.” Azmy angguk kepala.
“Yang lain nanti saya fikir lagi,” Shima duduk tenang. Dia akan ikut rentak permainan mereka.
“Kami bersetuju memberi awak RM30 ribu.” Mira menyerahkan cek kepada Shima. Shima menyambutnya.
“Tetapi dengan satu syarat?” Shima memandang hairan wajah mereka berdua.
“Doctor cakap penyakit mama itu akan sembuh. Cuma dia perlukan sokongan dan dorongan. Dan Rm30 ribu itu akan jadi milik awak sekiranya mama sembuh. Sementara waktu, duit itu awak simpan dalam akaun awak dulu. Dan kami juga akan beri Rm1500 setiap bulan untuk upah kamu.” Shima berfikir sejenak.
“Seribu setengah sebulan. Baik, kalau saya dapat sembuhkan orang tua awak, saya nak awak ceraikan saya.” Shima berkata tegas.
“Apa?” Azmy duduk tegak. Tidak menyangka Shima akan berkata seperti itu. Mira memandang wajah serba salah Azmy.
“Saya tak nak ada hubungan dengan orang seperti kamu,” Shima berkata selamba. Pasangan itu tidak menyangka Shima akan membuat keputusan seperti itu.
“Syarat yang lain akan saya kemukakan kemudian. Ada lagi yang perlu kita bincang? Saya anggap saya hanya jadi pelakon dalam hidup kamu berdua. So, kalau nak minta pertolongan saya, awak kena bayar lebih,” Shima berkata selamba. Wajahnya sudah tiada riak ceria atau marah, yang kelihatan hanya wajah tanpa perasaan.
“Owh… ya, kalau kamu nak saya jaga Amri, kamu kena bayar juga.” Shima memandang sinis lelaki dan wanita dihadapannya itu.
“Ok. Kami setuju. Awak akan tinggal di rumah mama. Dan saya mahu semua ini dirahsiakan dari sesiapa pun termasuk keluarga atau kawan rapat awak,” Azmy mengingatkan Shima.
“Jangan risau. Tiada sesiapa pun yang akan tahu. Saya tak punya sesiapa yang dipercayai lagi. Ok. itu saja, kan? Saya letih dan nak tidur. Saya nak tidur di mana ni?” Soal Shima sambil menggosok matanya. ‘Mengantuk betul,’ Ucapnya perlahan.

“Awak boleh tidur di bilik tetamu kat hujung sana,” Mira menunding jari ke bilik yang dimaksudkannya.

“Opsss. Sebelum saya lupa. Saya nak ingatkan, saya hanya jaga orang tua kamu, dan bukan orang gaji kamu.” Shima berlalu sambil menyanyi kecil. Malas mahu memikirkan perkara yang menyakitkan hatinya. ‘Yang penting, aku dibayar dan anggap je ini kerja.’ Shima merebahkan badannya ke atas katil. Shima menangis mengenangkan nasibnya. Segala yang ditakutinya selama ini telah berlaku dalam hidupnya. Kalau dulu dia tidak mahu berkahwin sebab takut berjumpa dengan lelaki yang tidak baik. Dia perlu bijak menangani masalah itu. Dia tidak harus rugi dalam menurut kehendak orang lain. Akhirnya Shima terlelap juga bersama mimpi ngeri yang baru saja bermula.

Tuesday, February 23, 2010

ALiA
bahagian 29

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 

"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

“Assalammualaikum,” Syah memberi salam. Keadaan rumah kampung yang sunyi itu begitu mendamaikan. Sudah lama rumah itu tidak dijejaknya. Walaupun sudah hampir 8 tahun berlalu, namun keadaan rumah itu tetap sama. Malah semakin cantik, mungkin sudah diperbaiki. Sekali lagi Syah memberi salam.
“Waalaikumsalam. Anak ni nak cari siapa?” Syah berpaling ke belakang bila mendengar seseorang menegurnya.

“Errrr..Ayah. ini Syah,” Syah menyalami tangan Pak Alwi. Pak Alwi merenung wajah pemuda dihadapannya itu. Kemudian dia memeluk erat bekas menantunya.
“Jemputlah naik. Dah lama ayah tunggu Syah datang ke rumah,” Pak Alwi menarik tangan Syah dan mereka berjalan seiringan menuju ke rumah. Syah memerhati keadaan rumah yang kemas dan teratur itu.
“Tiada yang berubah. Masih rumah yang sama,” Pak Alwi membawa dulang berisi air.
“Minumlah, Syah. Dah lama ayah tunggu saat ni,” Syah duduk di hadapan Pak Alwi. Wajah tua itu kelihatan bertenaga dan ceria.

“Ayah apa khabar?” Pak Alwi tersenyum. Senang dengan kehadiran bekas menantunya.
“Ayah masih sihat. Macamana hidup kamu. Dah lama tak dengar cerita. Bila balik ke Malaysia?” Pak Alwi begitu berminat untuk mengetahui tentang keadaan bekas menantunya itu.
“Setakat ni baik. Cuma sibuk sangat sejak balik ke sini. Hampir 1 tahun dah balik ke sini. Sekarang baru ada masa balik jumpa ayah.” Pak Alwi angguk kepala.
“Datuk dan Nenek apa khabar?” Syah bertanya bila merasakan kekurangan dalam rumah itu.
“Mereka dah lama pergi. 2 tahun lepas. Jarak sebulan je. Sakit tua,” Syah terkejut. Dia terkilan sebab tidak sempat meminta maaf dari mereka.
“Anak-anak ayah, mereka apa khabar?” Syah malu hendak bertanya tentang Alia. Pak Alwi pula tersenyum. Seperti mengetahui gelodak dihati anak muda itu.
“Azim masih belajar di Australia. Nak jadi Engineer. Alim dah bekerja dan berkahwin. Alia tinggal dengan Alim, jaga anak Alim.” Terangnya satu persatu. Syah angguk kepala. Dia bersyukur, entah kenapa dia rasa gembira dengan berita yang disampaikan oleh bekas bapa mertuanya. Alia masih belum berkahwin. Apakah Alia masih menanti kehadirannya? Syah terdiam sejenak. Adakah Alia merasa seperti apa yang dia rasa.
“Si Alia tu. Bulan lepas, dah 4 orang ayah tolak pinangan dari orang kampung ni. Tak faham ayah dengan perangai dia tu. Tak tahu bagaimana lelaki yang dia hendak. Suruh cari sendiri, tak juga mahu,” Pak Alwi terus mengadu. Syah terdiam.
“Belum sampai seru agaknya.” Syah bersuara perlahan.
“Syah berapa orang anak sekarang? Kenapa tak bawa mereka datang sekali?” Pak Alwi memandang wajah Syah yang tiba-tiba berubah muram.
“Kenapa? Ayah salah tanya ke?” Soalnya pelik. Syah geleng kepala.
“Isteri saya dah meninggal semasa melahirkan anak saya. Sekarang anak saya sedang sakit tenat.” Syah tunduk memandang lantai.
“Betul? Kasihannya.” Pak Alwi turut termenung.
“Syah tak berniat nak kahwin lagi?” Soal Pak Alwi serius. Syah angkat kepala.
“Belum rasanya. Saya nak luangkan masa untuk anak saya. Lagipun, takde perempuan nak kahwin dengan duda beranak satu ni. Anak pun sakit tenat.” Syah merendah diri. Pak Alwi terdiam seketika.
“Nak ayah tolong carikan?” Pak Alwi tersenyum. Syah geleng kepala.
“Takpe, yah. Syah belum bersedia lagi,” Syah menolak. Pak Alwi angguk kepala.
Semenjak dari hari itu, Syah sering pulang ke kampung melawat Pak Alwi. Dia tidak pasti dengan perasaannya. Bila berada di kampung tersebut, hatinya tenang, lebih-lebih lagi bila berada di tempat yang pernah menyimpan kenangan indah bersama bekas isterinya. Kadangkala Syah tersenyum sendirian bila mengingatkan kenangan dia bersama Alia.

**************************
“Alia, betul kau tak nak jumpa lelaki tu?” Maziah bertanya lagi. Alia tetap menggeleng kepala. Ros menghampiri mereka berdua.
“Kenapa tak nak? Sampai bila nak membujang ni? Kau tak teringin nak kahwin, punya keluarga sendiri? Aku yakin, lelaki yang Yah cari untuk kau ni, memang lelaki yang baik punya,” Ros memujuk temannya itu.
“Aku belum ada rasa nak kahwinlah. Lagipun, aku segan nak jumpa dengan orang yang aku tak kenal.” Alia menolak dengan baik. Ros geleng kepala. Ajay menghampiri sahabatnya itu.
“Kau sudah ada yang berkenan? Dah ada lelaki idaman?” Ajay bertanya serius. Alia tunduk membisu. Memang, hatinya milik seseorang. Rahsia yang lama di simpan tetap menjadi rahsia. Alia selalu mencari waktu yang sesuai untuk menceritakan tentang masa silamnya. Namun dia takut akan penerimaan mereka semua. ‘Aku harus bagitau mereka,’ Alia tarik nafas kemudian menghembusnya perlahan.
“Errr…Aku ada hal nak cakap dengan korang. Tak tahu nak mula dari mana,” Alia bermain dengan jari-jemarinya. Wajah setiap sahabatnya direnung dengan riak bersalah.
“Tapi…sebelum tu, korang janji, jangan marahkan aku. Aku takde kekuatan nak bagi tau korang sejak dulu lagi,” Alia membetulkan duduknya. Ketika itu, mereka sedang berkelah. Ia adalah perjumpaan mereka yang ke-8 setelah tamat sekolah. Setiap tahun mereka adakan perjumpaan. Ajay, Ariy, Hafiz, Fizan, Maziah, Ros, Imah dan Sara menanti dengan sabar. Alia semakin gelisah.
“Errrr…Aku pernah berkahwin….” Alia berhenti seketika. Mereka yang lain terlopong.
“Apa? Ulang semula?” Soal mereka serentak.
“Aku pernah kahwin dulu. Masa kita di tingkatan 5,” Alia menjawab perlahan. Temannya batuk. Ada yang membeliakkan mata tanda tidak percaya. Ros yang sedang mengunyah sosej berhenti mengunyah.
“Aku salah dengar ke? Alia pernah kahwin? Korang dengar tak?” Sara bertanya pada rakan-rakannya. Mereka yang lain angguk kepala. Semua mengelilingi Alia.
“Kau dah kahwin? Dengan siapa?” Soal Ajay pelik.
“Ye aku dah kahwin dan dah bercerai pun,” Alia tunduk.
“Hahhhhh,” Serentak mereka menjawab.
“Kalau aku bagitau, korang janji jangan bising,” Alia memandang satu persatu wajah rakan-rakannya. Mereka angguk kepala.
“Aku kena tangkap basah dengan lelaki tu. Kami terpaksa berkahwin. Tapi hanya keluarga terdekat saja yang tahu. Kami tak buat salah pun. Tapi mereka tak percaya.” Alia tarik nafas lagi. Mereka yang lain menanti dengan sabar.
“Kejadian tu berlaku masa aku kena demam campak. Jadi segalanya diurus masa aku sedang bercuti dan pengetua merahsiakannya dari pihak sekolah dan juga pihak pentadbiran. 3 tahun kemudian, kami bercerai, sebab dia berkahwin dengan gadis pilihan hati dia yang sama belajar dengannya. Selama ni aku rahsiakan sebab tak mahu kehilangan kawan yang baik seperti kamu semua. Tetapi kalau kamu tak sudi nak berkawan dengan aku lagi, aku tak dapat nak buat apa-apa,” Alia bersuara sedih sambil memandang wajah teman-tamannya yang sedang terdiam itu. Dia mengeluh lega kerana dapat meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
“Kau tak cakap pun siapa bekas suami kau tu?” Maziah bertanya mewakili mereka yang lain.
“Errrrrr….. kamu semua kenal dia,” Alia gigit jari. Wajahnya turut berubah menjadi merah.
“Siapa?” Serentak mereka bertanya.
“Cikgu Syah,” Mereka semua terlopong.
“Cikgu Syah Aiman? Anak pengetua kita dulu?” Imah bertanya lagi. Alia angguk kepala.
“Patutlah dia suruh aku tanya kat kau, apa perasaan kau jika terpaksa kahwin dengan lelaki yang kau tak cinta. Rupa-rupanya kamu berdua memang dah berkahwin,” Imah geleng kepala.
“Jadi, selama kita belajar bersama, kau kena marah oleh Cikgu Syah, masa tu, kau memang dah berkahwin dengan dia?” Ajay pula bertanya. Sekali lagi Alia angguk kepala.
“Kenapa dia tinggalkan kau?” Ros bertanya pula.
“Aku suruh dia lepaskan aku. Kalau dia nak kahwin dengan perempuan tu, dia mesti lepaskan aku. Aku cakap kat dia, aku tak cintakan dia juga dan aku nak cari lelaki yang cintakan aku,” Alia menjawab tenang. Mereka yang lain terdiam seketika.

Monday, February 22, 2010

TAKDIR 

episode 5




Kehidupan Shima kembali ceria. Yusri menjadi temannya berbual. Dia lupa sekejap lelaki yang selama ini menganggu hidupnya. Suatu petang Shima berjalan seorang diri di mall. Membeli bekalan untuk kegunaan harian. Sedang leka memilih keropok, Shima dilanggar oleh anak kecil. Keropok yang dipegangnya terjatuh.
“Amri!!!! Jangan berlari,” Shima geleng kepala melihat kanak-kanak riang itu. ‘Biasalah, budak-budak, memang aktif.’ Shima mengutip keropok yang terjatuh tadi
.
“Hai Aunty,” Shima tersentak. Glup!!!! Shima telan liur. ‘Siapa yang dia panggil aunty,’ Shima memandang kiri dan kanan. Tiada siapa di situ melainkan dirinya.

“Adik panggil saya?” Shima bertanya.

“Ye. Aunty tak ingat saya, ye?” Soalnya ramah. Shima garu kepala yang tidak gatal. ‘Anak siapa pulak ni? Aku kenal dia ke?’ Shima bingung.

“Amri, cepat minta maaf kat aunty tu,” Shima mendongak memandang wajah lelaki yang sedang memandangnya. ‘Alamak!!!!! Mamat ni,’ Shima terus berdiri.

“Hai. Kita bertemu lagi,” Shima senyum terpaksa. Lelaki itu menghadiahkannya senyuman yang manis sekali.
“Anak awak ye?” Shima bertanya gugup.

“Ye. Yang awak jumpa hari tu. Dah lupa?” Soalnya ramah.

“Owh!!!!” Anak kecil itu mencapai tangan Shima lalu di genggam erat.

“Abah, kita bawa aunty makan ye?” Amri tarik tangan Shima.

“Eh…. Tak perlu. Aunty dah makan,” Shima menolak.

“Mari. Kasihan anak saya ni, dia tak suka makan, kalau keluar bersama saya. Dari pagi belum makan lagi ni,” Azmy bersuara lembut. Shima memandang wajah Amri yang begitu mengharap.
“Jangan takut. Kejap lagi isteri saya datang. Dia pergi beli barang tadi,” Azmy berkata tenang bila melihat Shima yang gelisah.

“Betul, ke? Nanti tak pasal-pasal kena penampar sulung dari isteri awak,” Shima berkata bimbang. Dia tidak suka bila duduk berdua-duaan dengan lelaki. Lebih-lebih lagi lelaki dihadapannya yang sudah menjadi suami orang. Shima akhirnya mengekori langkah anak dan bapa itu.

“Hai!!! Sorry I lambat. Banyak betul orang di dalam sana,” Mira duduk dihadapan Azmy. “Banyaknya barang. Ni untuk sebulan ye Puan?” Soal Shima ramah.

“Ala… Shima ni. Seganlah bila dengar kamu panggil saya Puan. Rasa orang besar pulak. Panggil kakak ok jugak.” Shima tersengih.

“Ye. Sekarang je ada masa nak pergi beli.” Jawabnya dengan nada letih. “Bila dua-dua bekerja, memang susah. Lebih-lebih lagi bila cuti tidak sama,” Shima hanya tersenyum. Shima memerhati dengan pandangan senang kemesraan keluarga itu. Dia hanya tersenyum bila mereka bertiga bergurau senda. Timbul keinginan untuk berkeluarga dihatinya bila melihat hidup mereka begitu gembira.

Shima bosan di pejabat kerana Irna sudah bercuti. Dia melahirkan baby boy. Comel macam papanya. Sepanjang sebulan itu banyak juga tugasan untuknya. Dia bingung bila Pn.Mira meminta sesuatu yang mustahil untuk di terima akal. Pn. Mira selalu datang ke pejabatnya berborak. Kadangkala, Amri di tinggalkan bersamanya. Nak menolak tak sampai hati pulak. Amri semakin sayang padanya dan dia juga sudah ada perasaan sayang pada anak kecil yang bijak menghiburkan hatinya. Pn.Mira juga sering mengajaknya keluar dan kadang-kadang mereka sekeluarga sering menjemputnya ke rumah.

“Please….. Shima. Tolong kakak ye. Kakak kasihan kat Azmy tu. Dia nak sangat ada anak lagi. Tapi saya tak mampu beri dia zuriat lagi selepas kelahiran Amri. Doctor sahkan akak tak dapat lahirkan anak lagi. Risikonya tinggi.” Shima tergamam. Tidak menyangka kebaikkan pasangan suami isteri itu ada makna.
“Kakak sanggup?” Shima bertanya hairan. Mana mungkin seorang wanita merelakan suaminya menikahi perempuan lain.

“Ye. Akak sanggup, yang penting dia gembira.” Jawabnya tenang.
“Tapi saya tak sanggup. Saya tak suka merampas hak perempuan lain. Maaf. Saya tak boleh terima,” Shima berkata tegas.
“Akak carilah perempuan lain yang sanggup. Saya tak sanggup,” Shima geleng kepala. “Akak tau. Kamu bukan perempuan yang jahat. Memang Azmy tak salah pilih orang. Bila akak suruh dia cari isteri lain untuk beri dia zuriat, mulanya dia tidak setuju. Tapi suatu hari, dia bercerita tentang kamu. Akak seperti dapat merasakan sesuatu, rupanya dia meminati kamu. Katanya, dia ternampak kamu ketika kamu sedang leka melayan kerenah anak saudara kamu. Dia nampak ciri-ciri keibuan di wajah awak.” Shima tersentak.
“Tak mungkin. Dan saya takkan setuju. Maaf saya nak balik ke pejabat,” Shima terus beredar setelah membayar minuman mereka.

Mira mengejar dari belakang.

“Shima, Shima… Tunggu, Shima.” Mira menarik tangan Shima menyebabkan langkah Shima terhenti.
“Maaf Shima. Kakak terlalu pentingkan diri sendiri. Tetapi kakak juga tidak mahu Amri kesunyian seperti yang kakak rasa sekarang ni.” Shima senyap. Keputusannya muktamad. “Maaf, kak. Banyak lagi cara lain untuk kamu berdua dapatkan anak. Dunia dah moden, pelbagai cara dapat dibuat sekarang.” Shima berkata perlahan. “Lagipun, kakak tak takut kalau saya rampas terus suami kakak tu. Kita tak dapat nak agak apa yang bakal terjadi. Mungkin sekarang ni saya kelihatan baik, kelak macamana? Kita tidak tahu. Saya harap akak faham dengan pendirian saya.” Shima terus meninggalkan Mira yang masih tercegat.

*********************
“Yus, aku nak minta tolong kau. Aku ada masalah besar ni,” Shima memulakan bicara ketika mereka keluar pada suatu petang sabtu. Pantai Damai itu sungguh nyaman sekali udaranya. “Apa dia? Macam berat je aku tengok?” Yusri memandang wajah sugul temannya itu. “Setakat mana kau suka kat aku?” Shima bertanya terus. Yusri terkejut lalu memandang wajah Shima. “Kenapa?” Shima mendiamkan diri bila di tanya. “Ada orang sedang pikat aku sekarang ni. Dia nak ajak aku kahwin,” Shima berkata lemah. “Hahhhh. Kau nak kahwin?” Yusri bertanya sambil jari telunjuknya menunding ke muka Shima. “Bukanlah. Ada orang nak ajak aku kahwin. Tapi aku tak nak,” Shima mengesat airmatanya. “Siapa dia tu? Kau tak pernah cerita kat aku pun yang kau dah ada kekasih?” Yusri berkata sedih. “Mana ada. Dia bukan kekasih aku. Yus, kita kahwin ye?” Yusri terbatuk. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. “Please!!!” Shima buat muka sedih. “Kau nak kahwin dengan aku?” Yusri bertanya lagi. Shima angguk kepala. “Tapi kenapa aku? Kenapa kau pilih aku? Dan siapa lelaki yang melamar kau tu? Kenapa kau tak nak terima?” Soal Yusri bertubi-tubi. “Aku tak suka dia. Lagipun dia dah ada isteri. Tak mungkin aku akan terima dia jadi suami aku. Aku tak cintakan dia,” Shima menjawab marah. Geram bila mengingatkan perbuatan Azmy serta isterinya. “Habis tu, kau cintakan aku?” Yusri bertanya pula. Shima mendiamkan diri. Serba salah, sememangnya dia tidak mempunyai perasaan istimewa pada Yusri.
“Pelik. Sedangkan kau tidak menyintai aku, tapi kenapa kau pilih kau jadi calon suami kau? Dapat ke kau terima aku lebih dari seorang kawan?” Kata-kata Yusri membuatkan Shima hampir menangis. “Aku buntu. Aku tak mahu merampas suami orang. Dan, aku akan cuba belajar untuk menerima kau.” Shima seperti orang hilang akal. “Ini saja cara supaya aku terlepas dari rancangan bodoh pasangan suami isteri itu.” Shima memandang laut yang terbentang luas. ‘Ini peluang aku untuk memiliki Shima. Tapi kenapa aku tidak gembira dengan perkhabaran ini,’ Yusri berbisik sendirian. Dia memandang wajah Shima. Gadis yang dicintai dalam diam itu, semenjak kecil mereka berkawan dan semenjak mula kenal erti cinta, dia telah jatuh cinta pada Shima. Namun Shima susah untuk didekati sebagai kekasih. Untuk melupakan Shima, dia sering bertukar teman wanita. Namun dia masih tidak mampu melupakan gadis disebelahnya itu. “Bila kau nak kita kahwin?” Yusri bertanya serius. Shima menoleh pantas ke arah Yusri. “Betul? Kau setuju?” Shima tersenyum. Yusri angguk kepala. “Aku tak kisah. Yang penting, kita bertunang dulu,” Shima menjawab gembira. Yusri tersenyum.
“Assammualaikum, mak. Mak apa khabar? Sihat?” Shima memberi salam dan bertanya khabar orang tuanya sebelum mengkhabarkan berita penting itu. “Waalaikumsalam. Mak dan ayah kau sihat. Kau pula apa khabar?” Soal ibunya tenang. “Sihat mak,” Jawabnya perlahan. Dadanya berdebar kencang. “Shima, beberapa malam ni, mak asyik bermimpi. Mimpi yang pelik pulak tu,” Ibunya bercerita. “Mimpi? Mimpi apa, mak?” Soalnya ingin tahu. “Mimpi mak dikejar ular yang besar dan dan lain dari yang pernah mak jumpa.” Shima tergelak. “Apalah mak ni. Mimpi ular rupanya. Tentu penatkan kena kejar oleh ular tu, ye tak mak?” Shima tergelak. “Yang kamu suka sangat tu kenapa? Kamu tahu, kalau mak dah mimpi ular ni, alamatnya mak akan dapat menantu. Kakak-kakak kau dulu pun, mak mimpikan ular jugak masa mereka nak kena pinang,” Shima terdiam. ‘Biar betul,’ Shima garu kepala yang tidak gatal. “Mak, sebenarnya Shima ada hal nak bagi tau mak ni.” Shima menunggu ibunya bertanya. “Ada orang nak meminang kamu?” Soal maknya, membuatkan Shima terbatuk. “Mana mak tahu?” Shima mendengar ibunya ketawa di hujung talian. “Jadi betullah, kamu nak kahwin?” Shima mengiakan saja. Terdengar ibunya mengucap syukur. “Syukur pada Mu ya Allah. Akhirnya kahwin jugak anak perempuan aku ni,” Shima tergelak. “Nanti mereka datang ke rumah, pandai-pandailah mak ye. Mereka nak merisik dulu,” Shima berkata tenang. Dia sangat berterima kasih bila Yusri menyatakan hasratnya untuk menghantar orang tuanya merisik dirinya. “Owh… kalau macam tu, mak akan terima. Bagaimana agaknya pilihan anak mak yang sorang ni,” Shima tersengih. “Ala…. Orang biasa je mak,” Shima menjawab perlahan. “Ye ke? Tapi dalam mimpi mak tu, nampak macam luar biasa je,” Ibunya mengusik Shima. “Ada-ada je mak ni. Mimpi mainan tidur je mak. Tak usah percaya benda macam tu,” Shima mengingatkan ibunya. “Bila mereka nak datang?” Shima tepuk dahi bila di tanya ibunya. “Hehehe. Dalam minggu depan, mak?” Shima menjawab tenang. “Ok. Tahulah mak apa nak buat,” Ibunya tergelak. Shima terasa malu bila mendengar ketawa ibunya. “Asssalamualaikum, mak. Nanti Shima telefon lagi,” Shima mematikan panggilannya.

Friday, February 19, 2010

ALiA
bahagian 27

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 

"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

“Hello, kak, macamana ni? Su meragam. Badan dia juga panas ni,” Alia kelam kabut. Selama 2 bulan dia menjaga Suriani, bayi tersebut tidak pernah buat hal. Apabila kakak iparnya pergi outstation ke China, Suriani demam pula. Alim juga tiada di Malaysia membuatkan Alia semakin tertekan.
“Bawa dia ke klinik yang berdekatan. Demam agaknya budak tu. Kak ada seminar kejap lagi. Alia boleh uruskan ye?” Pinta Sitah penuh mengharap. Alia mengeluh.

“Ok. Alia cuba yang terbaik. Kakak jangan risaulah. Tahulah Alia apa nak buat,” Alia memutuskan talian. Kemudian dia menyediakan keperluan untuk membawa Suriani ke klinik. Kad kesihatan Suriani di simpan elok dalam handbegnya. Alia mengenakan baju t-shirt dan seluar jean ketat mendukung Suriani yang beratnya hampir 6 kilagram itu. Bersusah payah dia membawa bayi kecil itu. Sebaik keluar dari kereta, Alia terus menyerbu ke kaunter pertanyaan. Mereka yang melihat Alia tergopoh gapah hanya geleng kepala dengan penampilan Alia yang simple itu.

“Puan duduk dulu ye. Nah ini nombor giliran puan.” Alia menyambut cebisan kertas yang tertulis nombor 30 itu.
“Cik, berapa lama kena tunggu ni?” Alia bertanya cemas. Suriani juga sudah mula menunjukan tanda hendak menangis. Cepat-cepat Alia memujuk bayi comel itu.

“Sabar ye. Ramai lagi yang tunggu giliran tu,” Alia kembali ke tempat duduknya. Dia mendodoi Suriani sehingga bayi itu kembali tertidur. Alia turut sama tertidur akibat keletihan menjaga Suriani yang asyik menangis malam semalam.

“Suriani binti Alim,” Panggilan dari kaunter membuat Alia terjaga. Dia segera bergerak ke kaunter.
“Masuk bilik nombor 15. Doctor tunggu kat sana,” Alia angguk kepala dan segera masuk ke bilik yang di sebut oleh jururawat tersebut.

“Suriani binti Alim,” Alia angguk kepala.
“Errrrr.. awak ingat saya lagi?” Tiba-tiba doctor tersebut bertanya sebaik sahaja Alia duduk. Alia hairan. Dan dia merenung wajah lelaki dihadapannya itu.
“Errr…sorry. Saya kurang pasti. Kita pernah berjumpa?” Alia pula bertanya. Rambutnya yang lurus itu di ikat tinggi. Doktor tersebut tersenyum dan memeriksa Suriani yang sedang enak tidur.
“Kenapa dengan dia ni?” Doktor tersebut bertanya ramah.

“Tak tahu. Semalam dia kuat menangis, lepas tu tak nak menyusu. Puas saya pujuk dia, pagi tadi badan dia panas sangat. Bimbang saya dibuatnya.” Alia bersuara bimbang. Doctor tersebut tersenyum.
“Biasalah tu. Budak-budak. Demam. Selalu tak dia menangis malam?” Alia geleng kepala. Doktor tersebut menulis sesuatu di atas kertas setelah membuat pemeriksaan ke atas Suriani.
“Betul awak tak ingat saya?” Soalnya lagi sambil tersenyum. Alia merenung wajah itu sekali lagi. Kemudian dia geleng kepala.

“Ingat tak, awak hampir dilanggar oleh kereta adik saya. Dua bulan lepas, kalau tak silap saya. Kertas awak bertaburan di atas jalan. Saya tolong awak kutip, ingat?” Alia terdiam seketika.
“Oooowhhh..awak. ingat, ingat. Jadi awak doctor kat sini ye,” Alia tersenyum. Awan juga tersenyum.
“Saya Awan. Perempuan cantik macam awak, sukar untuk dilupakan,” Ucapnya perlahan. Alia tersipu malu.
“Mana ada cantik biasa je. Macam orang lain jugak. Sorry ye, sebab tak cam awak tadi,” Alia membetulkan kedudukan Suriani.

“Orang tak hensem macam saya ni, mana ada orang nak ingat. Betulkan?” Awan sengaja mengusik Alia. Alia tersenyum cuma.

“Saya memang pelupa. Awak jangan ambil hati tau. Nanti, kalau jumpa, tegur je.” Alia bersuara perlahan.
“Errrr..Ubat ni macamana? Kat mana nak ambil?” Alia bertanya setelah menyambut kertas yang dihulurkan oleh Awan.

“Pn.Sitah pergi ke kaunter tu. Tunjuk kertas ni, nanti mereka bagi ubat.” Alia tergamam bila Doktor tersebut memanggilnya dengan nama Sitah. Lama dia mendiamkan diri kemudian Alia angguk kepala. Dia tersentak bila, telefon bimbit Awan berbunyi. Alia sedia untuk beredar.
“Ye…sekejap. Aku masih ada pesakit ni. Kau tunggu aku kat lobby ye. Kejap lagi aku datang,” Awan menghampiri Alia. Mereka berjalan beriringan menuju keluar. Alia terus bergerak ke kaunter pertanyaan.
“Awan, cepatlah. Nanti lambat pulak,” Syah menepuk bahu sahabatnya. Mereka bercerita dengan rancak sekali tanpa memandang sekeliling. Pada masa yang sama Alia menoleh ke arah suara lelaki yang bercakap itu. Suara yang sangat dirindu dan juga yang sering mengganggu tidur malamnya. Tetapi hampa bila lelaki itu membelakanginya. ‘Mungkinkah dia? Dia dah balik ke Malaysia tanpa pengetahuan aku,’ Alia berbisik sendirian. Dia termenung seketika. Airmata mengalir tanpa disedari. Dia hanya tersedar bila bahunya ditepuk oleh jururawat yang memanggilnya untuk mengambil ubat.

“Puan tak apa-apa?” Soalnya ramah. Alia geleng kepala dan mengesat airmatanya.
“Saya tak apa-apa. Cuma sedih tengok baby ni demam. Mama dia pulak takde kat sini,” Luahnya perlahan.
“Owhhh..” Jururawat tersebut hanya mampu tersenyum. Selepas membayar bil, Alia bergegas berjalan menuju ke kereta. Lama dia mendiamkan diri di dalam kereta. Termenung mengingatkan kenangan lama. 8 tahun berlalu tanpa disedari dan sudah 4 tahun dia tidak mendengar berita dari bekas suaminya. Biarpun sering menziarahi bekas mertuanya, namun mereka takut untuk bercerita tentang Syah. Dia juga langsung tidak bertanya, biarpun keinginan untuk mengetahui perkhabaran Syah semakin hari semakin meninggkat. Rindunya pada lelaki itu juga semakin menebal. Susah untuk dia melupakan lelaki yang pernah menjadi suaminya. Apa yang dia tahu, Syah memang sudah lama tidak pulang ke Malaysia. Sejak dia berkahwin dengan gadis dari Pakistan itu. Alia tersentak bila mendengar suara tangisan Suriani.

“Maafkan mak su, sayang.” Alia mencium pipi anak kecil itu. Dia terus memandu balik ke rumah. Untuk melupakan masalahnya, dia menyibukan diri dengan kerja rumah. Alia terkejut bila telefon berbunyi.
“Hello. Waalaikumsalam,” Alia menyahut salam dari si pemanggil.
“Ye. Dia demam. Tapi dah ok. Ada apa ayah telefon ni?” Alia bertanya. Dia mendengar dengan tekun kemudian mengeluh.

“Yah, Alia belum sedia nak kahwin lagi. Tolong buat apa yang patut. Cakap Alia dah ada calon ke, apa ke. Tolong ye,” Alia bersuara manja. Memujuk ayahnya. Dia tahu, dia terpaksa mengecewakan ayahnya. Termasuk itu, sudah 4 kali dia menolak pinangan orang. Setelah bertanya khabar, Alia memberi salam dan menamatkan perbualan.
‘Kenapa semua orang nak tengok aku kahwin. Pening kepala,’ Alia geleng kepala.

************************

Thursday, February 18, 2010

ALiA
bahagian 28

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 

"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


“Chan, macamana? Setakat mana virus tu menyerang?” Syah bertanya cemas. Dr.Chan geleng kepala.
“Mengikut laporan ni, dah semakin serius. Tapi, aku kagum dengan semangat dia untuk hidup seperti orang lain. Aku Cuma takut, kau tak dapat terima hakikat tu. Baik kau bersedia awal.” Syah geleng kepala.
“Aku tak dapat nak buat apa-apa. Aku berserah pada ketentuan Tuhan. Kalau dah ajal dia, kita tak dapat nak halang,” Syah berkata perlahan. Dr.Chan angguk kepala.

“Aku kagum dengan sikap kau. Sanggup jaga dia walaupun dia bukan anak kau,” Syah tersenyum kelat. Pada mulanya agak sukar untuk dia menerima keadaan Nura. Namun bila setiap hari dia menjaganya, perasaan sayang itu timbul dengan sendirinya. Walaupun marah dengan perbuatan Nadia, tetapi Nura tidak bersalah. Semuanya salah Nadia dan Jack yang terlalu mengikut nafsu, sehingga dia yang menjadi mangsa.
“Oklah. Terima kasih. Chan, aku nak jenguk dia sekejap,” Syah menepuk bahu temannya. Beberapa hari lepas, Nura dimasukkan ke hospital bila dia mengalami batuk berdarah.

“Hai sayang,” Syah duduk disebelah Nura. Sedih dia melihat keadaan Nura yang semakin tenat itu. Minggu lepas wajah itu bersih dan comel. Namun kini, sudah berubah, Nura nampak kurus dan matanya cekung.
“Papa, sakit,” Nura menggenggam tangan papanya. Kelopak matanya dipenuhi air mata.
“Sabar sayang. Papa ada kat sini.” Syah mengesat airmatanya yang sudah mengalir.

“Papa, kenapa papa menangis? Nura yang sakit, kenapa papa yang menangis,” Anak kecil berusia 3 tahun lebih itu bertanya. Petah sekali dia bertanya sehingga membuatkan Syah semakin sedih. Hampir 4 tahun dia menjaga Nura sehingga dia lupa kesakitan yang ditinggalkan oleh Nadia bila bersama Nura. Dari merah tapak kaki, sehingga Nura pandai merangkak kemudian berjalan dan yang paling dia ingat, bila Nura pertama kali memanggilnya papa. Bertapa saat itu, dia ingin memberitahu seluruh dunia betapa bahagianya dia. Namun kegembiraan itu semakin pudar bila Nura disahkan mengidap HIV positif. Gelap dunianya mendengar perkhabaran itu. Dan yang paling dia sedih, Nadia tidak memberitahu padanya tentang penyakit itu.
“Maafkan aku Syah. Masa tu, aku terlalu mengikut nafsu. Dan, Nadia, dia…dia datang padaku ketika aku sedang mabuk. Dan aku tak sangka, dia berniat nak perangkap kau.” Jack terbatuk. Badannya semakin kurus.

“Jadi, Nadia mengandung anak kau? Dan korang berdua sepakat tuduh aku yang meniduri dia?” Syah geleng kepala. Memang dia tahu kehidupan Jack sangat bebas. Meniduri pelbagai perempuan, yang dia kesali, mengapa teman serumahnya itu sanggup memerangkap dirinya. Dan Nadia sanggup memusnahkan masa depannya hanya untuk memiliki cintanya.

“Aku cadangkan kau buat pemeriksaan jugak. Mungkin kau terkena jangkitan melalui Nadia,” Pesan Jack perlahan. Syah geleng kepala.

“Aku tak pernah sentuh dia. Kau kan tahu, aku cintakan perempuan lain. Perkahwinan kami tak pernah bahagia. Aku tak dapat terima dia dalam hidupku,” Syah tunduk memandang lantai.
“Aku minta maaf. Tolong jaga Nura baik-baik. Jangan biarkan dia jadi seperti kami,” Pesannya lemah. Batuknya semakin menjadi. Syah angguk kepala.

“Papa….papa…” Syah tersentak. Kenangan lalu terbang melayang. Syah kembali ke alam nyata.
“Pak cik Awan panggil,” Syah mengesat airmatanya sebelum menoleh keluar pintu bilik.
“Ok. Papa pergi dulu ye. Nanti papa datang lagi. Rajin makan ubat tau.” Syah mencium dahi anaknya.
“Ye. Papa jangan nangis lagi. Ok,” Syah tersenyum melihat Nura yang sentiasa tersenyum biarpun sakit.
“Kita nak ke mana ni?” Syah bertanya hairan. Awan tersenyum penuh rahsia.
“Ikut jelah.” Syah merenung wajah Awan dengan pandangan curiga. Tentu sahabatnya itu membuat sesuatu tanpa pengetahuannya.

“Ok. Dah sampai. Aku nak kau duduk kat meja tu. Sekejap lagi ada perempuan akan jumpa kau. Kau berbuallah dengannya,” Awan menolak tubuh Syah menghampiri meja yang ditunjuknya. Syah berusaha melepaskan diri.

“Errr.. tak nak. Berapakali aku cakap, aku tak suka blind date. Aku boleh cari sendiri ok,” Syah cuba lari. Namun Awan sudah berjaya membuatkannya duduk di kerusi. Semua mata memandang ke arah mereka. Awan tersenyum ramah pada pelanggan lain yang memandang mereka.
“Jangan nak malukan diri sendiri. Cool beb, buat macam biasa,” Awan tersenyum. Syah menjeling tajam. Syah semakin gelisah menanti. ‘Kurang asam punya kawan. Pandai-pandai dia je buat temu janji untuk aku. Memang nak kena budak ni,’ Syah mengutuk sahabatnya. Hampir 15 minit menunggu, seorang gadis datang menghampirinya.

“Syah Aiman?” Soalnya perlahan. Syah berdiri tegak memandang gadis yang menegurnya.
“Errrr..Ye saya,” Syah gugup bila berhadapan dengan perempuan. Sudah agak lama dia tidak berbual dengan perempuan dalam keadaan begitu. Biasanya dia hanya melayan pesakit sahaja.

“Wowww… nampaknya Awan memang tak tipu. Awak seperti yang dia gambarkan. Tampan. Dan yang penting, awak ni pemalu ye,” Gadis itu tersenyum manis.

“Saya Shila. Kawan kepada isteri Awan,” Syah tersenyum.
“Owhhhh.. Saya tak tahu pula Awan dah atur semua ni,” Syah terus terang. Shila tergelak.
“Dia tak cakap apa-apa tentang ni?” Shila bertanya tidak percaya. Syah geleng kepala.
“Takpelah. Kita buat seperti orang lain.” Shila berkata yakin. Syah garu kepala.
“Saya tak pernah buat semua ni. Saya takde masa, sebab asyik jaga anak saya yang sedang sakit,” Syah bercerita tanpa di pinta. Wajah Shila yang tenang itu bertukar riak.

“Anak awak sakit? Sakit apa?” Syah merenung wajah Shila. ‘Kalau aku bagi tahu, tentu dia pengsan kat sini. Susah jugak aku dibuatnya,’ Syah berfikir sejenak. ‘Tapi bagus jugak, biar dia tahu awal, dan pertemuan ini pun berakhir awal,’ Syah tarik nafas perlahan.

“Sebenarnya, anak saya disahkan HIV Positif,” Shila yang sedang minum terkejut dan air yang diminumnya tersembur keluar terkena muka Syah.

“HIV Positif?” Semua mata memandang ke arah mereka. Syah terkejut dengan reaksi Shila.
“Jadi, awak pun mengidapnya sama. Saya nak balik,” Shila terus beredar tanpa meminta maaf. Syah tersandar lesu. Menunggu lebih lama dari mereka berbual. Tanpa sempat menerangkan hal sebenar Shila sudah beredar. ‘Kan aku dah cakap,’ Syah geleng kepala kemudian menghirup air yang di pesannya tadi. Awan menghampirinya.
“Kenapa kau bagitau dia penyakit Nura tu. Kau ni memanglah,” Awan geleng kepala.
“Baik dia tahu dari awal. Tak susah kemudian hari. Yang kau pandai-pandai atur temujanji dengan aku ni kenapa?” Syah memarahi temannya.
“Aku kasihan tengok kau. Sunyi tak berteman,” Awan tersenyum. Syah geleng kepala.
“Tak sangka pulak Shila tu terkejut sampai sembur kau dengan jus ni,” Awan tergelak. Syah tersenyum kemudian geleng kepala.
“Jangan buat macam tu lagi. Aku tak suka. Kalau dah sampai seru aku nak kahwin, aku akan kahwin,” Awan angguk kepala.
“Ok. Sorry,” Ucapnya perlahan. Mereka beredar setelah membayar bil.

***************************
TAKDIR 

episode 4





“Aku dah sampai. Turun lagi,” Suara Yusri kedengaran sebaik sahaja telefon bimbitnya melekap di telinga.
“Assalammualaikum,” Shima memberi salam. Yusri ketawa.
“Sorry… lupa pulak. Assalammualaikum,” Hihihiii. Yusri tergelak.
“Waalaikumsalam. Kejap lagi aku turun. Sabar ye.” Shima mengemas mejanya.
“Ok… aku pergi dulu ye. Bye… Hati-hati tau.” Shima sempat mengingatkan temannya yang sedang sarat mengandung itu. Irna angguk kepala.

“Kau tu. Cuba-cuba belajar menerima Yusri tu. Manalah tahu, jodoh kamu berdua,” Irna meninjau Shima yang sedang menuruni tangga.
Oleh kerana tergesa-gesa, Shima terlanggar seseorang. Terasa badannya tidak dapat bergerak. Bila Shima mendongak, wajahnya serta-merta merah kerana malu. Dia sedang di peluk oleh seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah L.I nya. En.Azmy. Shima segera menolak lelaki tersebut.
“Maaf. Saya tak sengaja. Saya nak cepat ni,” Shima beredar setelah meminta maaf. Dengan langkah yang laju, Shima tercungap-cungap bila sampai di sisi Yusri. Yusri kehairanan.
“Kau berlari ke?” Soalnya sambil menghulurkan helmet. Shima tunduk. Sebelah tangannya memegang pinggang.

“Kejap… penat belum hilang ni. Aku terlanggar orang tadi.” Shima mengurut dadanya. “Ok…helmetnya,” Shima berusaha mengetatkan lagi tali helmetnya. Yusri yang melihat gelagat Shima yang tergopoh-gapah itu segera membantu. Dari jauh, sepasang mata memandang dengan perasaan cemburu adegan romantic antara mereka berdua. Di tingkap pejabat pula, Irna tersenyum senang. Yusri memang sesuai menjadi pelidung Shima.

“Thank.” Shima mengucap terima kasih bila Yusri selesai membetulkan helmetnya. “Pakai helmet pun tak pandai,” Marah Yusri. Shima tersenyum.
“Mana ada. Aku sengaja nak kenakan kau. Minta tolong sikit pun nak berkira,” Shima menjelir lidah ke arah Yusri. Yusri geleng kepala.

“Dah… naik lagi. Aku tinggal nanti,” Yusri menghidupkan enjin motosikalnya. Dengan pantas Shima naik. Hari itu Shima memakai blaus longgar warna biru muda di padan dengan seluar warna hitam dan tudung warna putih biru. Nampak berseri wajahnya.
Semasa berada di atas motosikal, telefon bimbit Shima berbunyi. Shima membaca mesej tersebut.
‘Seronok ye. Takpe,saya akan pastikan awak jadi milik saya,’ Shima tersentak. ‘Alamak. Kenapa dengan dia ni,’ Shima resah.
‘Jgn terlalu sombong, maaf, saya bukan perempuan yg mdh utk di gertak,’ Shima membalas mesej tersebut.
Shima menyangka lelaki tersebut sudah berhenti untuk mengganggu hidupnya. Tetapi ternyata dia tidak akan berputus asa.
‘sy akan guna cara lain pulak,’ Shima semakin gelisah.
‘Agaknya dia nak bomohkan aku tak, supaya aku syok kat dia?’ Shima berbisik sendirian.
“Hoi…tak nak turun ke. Atau nak duduk atas motor ni sambil peluk aku?” Suara Yusri mengejutkan Shima. Shima segera turun dari motor lalu menanggalkan helmet yang dipakainya.
“Senyap je. Kau ada masalah?” Yusri menyoal temannya. Shima geleng kepala.
“Takde. Nak tengok cerita apa ni?” Shima menukar topic.
“Cerita hantu ok jugak.” Shima buat muka takut.
“Tak nak lah. Kita tengok cerita lucu nak tak? Dapat hilangkan tension,” Shima berkata riang sambil buat muka kasihan. Yusri ketawa dengan gelagat Shima yang masih kebudak-budakan itu.
“Yelah…. Kita tengok cerita lucu. Entah apa yang buat kau tension sangat tu,” Yusri membebel. Shima hanya tersengih. Yusri memang selalu beralah dengannya. Sebab itu dia selesa bersama dan berkawan dengan Yusri. Tetapi untuk menjadi kekasih Yusri, itu adalah mustahil. Shima tidak tahu mengapa dia tidak dapat menerima Yusri sebagai kekasih. Mereka berjalan seiringan menuju ke kaunter tiket.
“Nak makan kat mana ni? Lapar dah perut aku,” Shima menyentuh perutnya. Kemudian dia bergerak menuju ke kaunter KFC.
“Tak nak makan nasi ke?” Yusri bertanya bila melihat Shima memilih beberapa hidangan.
“Takpe kan?” Shima tersengih. Yusri geleng kepala.
“Bagi saya dinner plate dan air coke. Dan kentang ni ye,” Dengan pantas Shima memesan makanan kegemarannya.
“Kau?” Shima bertanya sambil memandang wajah Yusri.
“Yang ini 2 ketul. Spicy ye. Air pepsi. Tu saja,” Yusri dan Shima mencari tempat duduk setelah membayar makanan mereka. Mereka begitu rancak bercerita tentang zaman persekolahan dan juga tentang perkembangan rakan-rakan yang lain.
“Ada dengar tentang rakan-rakan yang lain nak kahwin tak?” Yusri bertanya. Shima geleng kepala.
“Kenapa? Kau ada dengar ke? Atau kau nak kahwin ye?” Shima buat serkap jarang. “Hiysss… Aku pulak. Aku tunggu kau lah,” Yusri menjawab selamba.
“Kalau kau tunggu aku, sampai berjanggut pun belum tentu kau sanggup tunggu,” Shima membalas.
“Jodoh di tangan Tuhan,” Yusri menjawab selamba.
“Ok,” Shima angkat bahu. Malas hendak bertekak. Beberapa minit mereka mendiamkan diri. Tiba-tiba Shima terbatuk.
“Kenapa?” Soal Yusri cemas sambil menghulur gelas minuman ke mulut Shima. Sementara tangannya menggosok belakang Shima.
“Err… takde apa-apa.” Shima menjawab gugup. “Kau ni. Tak pernah nak bersopan sikit masa makan,” Yusri memarahi temannya.
“Assalammualaikum.” Mereka berdua serentak menjawab salam dan mendongak memandang orang yang memberi salam itu. Wajah Shima pucat. Di hadapannya berdiri 3 orang manusia yang begitu mesra sekali.
“Awak pun makan kat sini jugak?” Soalnya sambil memandang wajah Shima. Shima angguk kepala.
“Kenalkan ini isteri saya, Mira. Dan yang comel ni, anak saya, Amri,” Shima dan Yusri menyambut tangan yang dihulurkan.
“Shima,” Shima memperkenalkan dirinya.
“Ni kawan saya, Yusri,” Mereka berjabat tangan.
“Baru habis tengok wayang ye?” Soal Mira ramah.
“Ye puan,” Shima menjawab. Yusri hanya memerhati. Perasaan ingin tahu siapa yang berada dihadapan mereka itu jelas diwajahnya.
“Segan pulak awak panggil saya Puan. Panggil saya kakak baru seronok. Saya teringin nak ada adik. Tak seronok jadi anak tunggal ni,” Mira berkata ramah.
“Ye ke? Kasihan. Tapi kalau ramai sangat macam keluarga saya, susah jugak.” Shima tersenyum.
“Aduh!!!!! Apa ni? Sakit tau?” Shima menampar bahu Yusri. Yusri tergelak.
“Padan muka. Tu, tengok, cawan aku kan?” Yusri muncung mulutnya.
Bila tersedar akan kesalahannya, Shima hanya tersengih.
“Takpe kan, dulu pun selalu jugak kita kongsi makan,” Shima buat muka lucu. Yusri geleng kepala.
“Perangai masih tak berubah.” Yusri tersenyum panjang.
“Err…. Kami pergi dulu ya. Nak bawa Amri makan kat sana. Dia teringin nak makan pizza.” Azmy segera mengajak isteri dan anaknya beredar.
“Ok, bye adik,” Shima menghulur tangan kepada Amri untuk bersalam. Dengan ramah Amri menyambut sambil mencium tangan Shima.
“Wah… mesranya. Sini kejap, kakak nak cium,” Shima mencium pipi anak kecil berusia 5 tahun itu. Amri tersipu malu. Shima memang sukakan budak-budak kerana dia sentiasa dikelilingi anak saudaranya yang berusia antara 1 hingga 6 tahun. Azmy dan Mira saling berpandangan. Hairan dengan keberanian Amri. Amri yang selalunya takut pada orang yang tidak dikenali boleh begitu mesra dengan Shima.
Shima dan Yusri terus menikmati hidangan yang mereka pesan sebentar tadi.
“Shima, siapa mereka tadi?” Soal Yusri ingin tahu.
“Klien syarikat kami,” Shima menjawab malas.
“Owh…. Ramai jumpa klien yang kaya-kayalah kau ye?” Yusri bertanya.
“Ramai jugak. Kenapa?” Shima bertanya sambil menguyah kentang goreng.
“Mereka okey ke tak?” Shima garu kepala.
“Maksud kau? Tak fahamlah,” Shima buat muka blur.
“Kau ni kenapa? Asyik buat blur je. Sakit hati aku tengok tau. Dah macam orang dungu pulak aku tengok,” Yusri menolak kepala Shima. Shima menepis tangan Yusri.
“Apa ni? Orang dah besar tau, malulah kalau orang tengok. Asyik kepala aku je yang kena,” Shima memuncung mulutnya tanda protes. Yusri ketawa riang.
“Shima… Shima… Patutlah sampai sekarang aku masih tak percaya yang kau ni dah besar. Perangai masih macam budak-budak.” Shima angkat kening lalu menghabiskan ayam KFC nya.
Setelah menghabiskan seketul KFC nya, Shima bersandar. Kekenyangan. Badan yang kecil, jadi Shima tidak kuat makan. Tetapi dia akan makan selalu.
“Nak pergi mana lagi ni? Baru pukul 9.00 malam.” Yusri melihat jam tangannya. “Temankan aku beli something kat mall, boleh?” Shima buat muka sedih.
“Jalan lah. Banyak tanya pulak dia,” Yusri menarik tangan Shima. Shima tersenyum. Dia sengaja bertanya. Padahal dia tahu, Yusri takkan menolak apa saja permintaannya. Cuma Shima yang tidak mahu mengambil kesempatan di atas kebaikan Yusri. Mereka berdua masuk ke kedai kasut. Pelbagai jenis kasut dicuba. Namun satu pun tidak menarik minat Shima. Akhirnya, Shima membeli sepasang selipar untuk dia berjalan di dalam pejabat.
“Lagi? Kau nak beli apa lagi?” Yusri memandang Shima yang leka membelek selipar yang baru dibelinya.
“Aku ingat nak beli barang perempuanlah. Kau nak ikut tak?” Shima menjeling nakal wajah Yusri.
“Ha…. Malaslah aku nak masuk sana. Aku tunggu kat luar je. Malu tau tak?” Yusri terkejut.Shima tergelak.
“Okey… bos tunggu kat luar ye. Jangan masuk tau, Nanti kalau kau dah kahwin, baru boleh ikut isteri kau masuk. Pilih pakaian yang sesuai. Hahahhahaa,” Shima terus beredar masuk dan mencari keperluan hariannya. Hampir 15 minit Shima memilih barang yang hendak dibelinya, Yusri yang menunggu dengan sabar di luar hampir dilupakan.
“Hoi.. Mak cik, bila lagi nak balik ni? Nanti kau bising pulak bila dah lewat malam,” Shima tersengih bila Yusri menelefonnya.
“Sekejap ye pak cik, tak tau nak beli yang mana satu, banyak sangat pilihan. Nak tolong aku cari yang sesuai nak tak?” Shima bertanya sambil tergelak.
“Mimpilah kau. Cepat sikit. Nanti risau pulak kakak kau kat rumah,” Yusri bersuara tegas.
“Ok boss,” Shima segera membawa barang yang dibelinya ke kaunter. Dari jauh Yusri sedang duduk dengan sabar menanti kehadiran Shima.
“Jum balik,” Shima dan Yusri beredar, “Banyak barang yang kau beli,” Yusri mencuri pandang beg plastic yang di bawa oleh Shima.
“Ehhh.. apa tengok-tengok?” Shima memeluk beg plastiknya. Yusri tergelak.
“Dengan aku pun nak berahsia.” Yusri berkata selamba. Shima tolak bahu Yusri.
*******************

Tuesday, February 16, 2010

ALiA
bahagian 26

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 

"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

“Papa, Nura nak makan gula-gula,” Anak kecil berambut ikal itu memeluk lengan ayahnya.
“Tak boleh sayang. Nanti sakit gigi,” Si ayah melarang anaknya memakan gula-gula.
“Sikit je,” Si anak masih memujuk ayahnya.
“Nope,” si ayah geleng kepala.

“Alah..Syah, bagila dia makan sikit. Bukan banyak pun,” Awan menepuk bahu sahabatnya.
“Kau jangan nak buat hal Awan. Kalau dia sakit gigi, aku juga yang susah,” Syah bersuara tegas.
“Kedekut. Anak nak makan pun dia tak bagi,” Awan mengejek sahabatnya.
“Syah, aku rasa dah tiba masa kau cari calon mama untuk anak kau ni.” Awan membelai rambut kanak-kanak itu. Syah tersenyum kelat. Semenjak Nura lahir, dia yang membesarkan anak kecil itu dengan sempurna tanpa bantuan seorang perempuan.

“Dia tak perlukan itu semua,” Syah duduk tenang.

“Ye. Dia tak perlu. Tapi kau tu, perlu sangat. Aku hairan, kenapa kau setia sangat pada perempuan tu. Hebat sangatkah dia sampai sekarang kau tak dapat lupakan dia. Seingat aku, Nadia pun kau tak pernah sentuh walaupun korang dah kahwin. Siapa dia tu?” Awan cuba mencungkil rahsia sahabatnya itu. Sekian lama Syah menyimpan rahsia hidupnya. Dan hanya kawan rapatnya sahaja yang tahu rahsia kelahiran Nura.
“Dia seorang yang sangat istimewa. Cinta pertama dan terakhir aku. Kalau kau jumpa dia, kau tentu rasa apa yang aku rasa,” Syah membayangkan Alia yang tersenyum manis dan gelak ketawa Alia masih dapat didengarinya.

“Bercakap tentang perasaan tu, siang tadi aku jumpa awek cun. Cantik beb. Kalau kau jumpa dia, sure kau lupakan cinta pertama kau tu. Nasib baik aku dah kahwin, kalau tak, memang aku usaha dia habis-habisan.” Awan bercerita perkara yang terjadi padanya siang tadi. Mereka sekarang berada di klinik yang mereka usahakan sejak 3 tahun lalu. Dan Syah baru setahun

“Kau ni. Ingat kat anak dan isteri kau tu. Kesian mereka,” Syah tersenyum melihat sahabatnya berangan sesuatu yang tidak pasti.

“Mestilah aku ingat. Susah payah aku bina hubungan kami. Tak salah berangan.” Awan tersengih.
“Ajmal macamana. Dah ok?” Syah teringat tentang Ajmal yang baru saja putus cinta.
“Budak tu. Malas aku nak cakap. Angin satu badan. Buat pening kepala aku je bagi nasihat kat dia. Dia buat tak dengar. Biarlah dia berehat dulu. Kalau ada jodoh kahwinlah dia.” Syah tersenyum
“Tahu pun. Perkara tu, tak perlu di paksa. Bila ia datang, susah kita nak halau dia balik. Biar waktu yang mengubahnya,” Syah menasihatkan sahabatnya. Awan tersenyum dan angguk kepala bersetuju dengan kata-kata Syah.

*********************************
“Alia masuk bilik saya sekejap,” Alia segera berlari ke bilik majikannya. Kelam-kabut dia bila majikannya itu memanggilnya. Semenjak bekerja di Syarikat Gigih Usaha sebagai setiausaha, Alia sentiasa sibuk dan kadangkala tiada masa untuk berhibur dengan rakan-rakannya. Lebih-lebih lagi bila dirumah dia menjadi baby sister. Menjaga anak saudaranya yang baru lahir 2 bulan lepas.

“Siapkan surat yang saya bagi tu. Petang ni, temankan saya jumpa wakil dari Syarikat Sempurna Bhd.” Alia mencatit segala tugasan yang di beri.

“Ok. Itu saja. Awak boleh keluar,” Alia mengeluh lega bila waktu rehat tiba.
“Pening betul. Bila agaknya aku boleh keluar dari Syarikat ni,” Alia bersandar di kerusinya. Penat dengan tugasan dan maki hamun majikannya itu.

“Itulah. Aku ajak kau kahwin, kau jual mahal. Kalau kau jadi isteri aku, sekarang kau duduk rumah goyang kaki je tau,” Karim duduk di atas meja Alia. Alia mencebik.
“Goyang kaki goyang tangan. Goyang kepala sekali bila jumpa isteri kau,” Alia menjawab geram. Karim tersenyum.

“Isteri aku tu, ok je. Dia tak bantah pun kalau aku nak kahwin lagi,” Karim sengaja menyakitkan hati Alia. Alia gadis yang keras hati. Sudah lama dia cuba memikat Alia, namun tidak berjaya.

“Memang mulut mereka kata tak kisah. Dalam hati siapa tahu. Orang lelaki dengar je isteri kata boleh, terus dia cari calon. Si isteri cakap macam tu sebab tak mahu si suami buat dosa kering,” Alia berkata marah.
“Betul tu. Kau nak tahu, isteri aku, dia kata, kalau aku nak kahwin dengan perempuan lain, kahwinlah dengan artis terkenal. Biar dia terkenal juga. Nak jadikan madu dia batu loncatan untuk glamor,” Munir barkata selamba sambil disambut oleh gelak ketawa pekerja lain.

“Owh.. boleh pakai idea tu.” Normah menyokong. Alia tersengih. Mereka yang bekerja di situ semuanya sudah berkahwin. Tinggal dia seorang sahaja dan dia juga yang sering menjadi mangsa usikan mereka.
“Kau tak payah berangan Nor, suami kau tu hensem, dibuatnya dia cari artis muda yang baru, baru melongo kau dibuatnya,” Munir mengingatkan temannya.

“Aku bagi syarat kat dia, kalau nak kahwin dengan perempuan lain, cari perempuan yang berkedudukan tinggi.” Normah tergelak.

“Kalau dah dapat nanti, baru kau tahu,” Munir geleng kepala dengan gelagat Normah yang suka cakap lepas.

**************************

“Errrr..Bos, saya nak ke tandas sekejap,” Alia meminta kebenaran sebelum beredar. Majikannya angguk kepala. Mereka sedang menunggu wakil dari Syarikat Sempurna di sebuah restaurant makanan laut. Hampir 15 minit Alia ke tandas. Perutnya tiba-tiba meragam. Pasti selepas ni, En.Azhar memarahinya.

“Maaf. Sakit perut Bos,” Alia meminta maaf sebelum En.Azhar memarahinya. Wajah tua itu sudah kelat. Alia tersenyum memandang wajah-wajah tua yang sedang menjamu selera di hadapannya.

“Cantiknya pekerja kau. Peluang bagus kalau dapat bekerjasama dengan Syarikat kamu,” Salah seorang lelaki tua itu bersuara. Alia merasa tidak selesa dengan renungan tajam dari mereka dihadapannya itu. ‘Gatal. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Masih juga nak menggatal. Dasar orang tua tak sedar diri,’ Marah Alia dalam hati.

“Ye. Dia sorang je yang masih belum kahwin kat office saya tu.” En.Azhar tersenyum. Alia tersenyum dalam paksa bila majikannya menjeling tajam kearahnya.
“Apa kata kita berhibur malam ni? Masih awal lagi ni,” Salah seorang dari mereka memberi cadangan. Alia terbatuk.

“Bos, saya tak dapat ikut serta. Saya mesti balik rumah,” Alia bersuara perlahan.
“Awak mesti ikut saya malam ni. Kalau tidak, awak balik sendiri dan jangan datang kerja lagi,” En.Azhar bersuara keras namun hanya Alia yang mendengarnya. Alia terkejut. Tidak menyangka majikannya sanggup menggunakan dirinya sebagai bahan dagangan. Alia tiba-tiba berdiri tegak.
“Saya berhenti.” Alia terus beredar dengan tergesa-gesa dan terlanggar seseorang. Alia hampir jatuh namun sempat di sambut oleh lelaki yang dilanggarnya itu.

“Maaf,” Alia menolak tangan yang sedang erat memeluk pinggangnya itu.
“Awak tak apa-apa?” Soal lelaki itu ramah. Alia geleng kepala. Dia tersenyum lemah tanda ucapan terima kasih pada lelaki yang menyelamatkannya itu. Semua mata pengunjung memandang ke arah mereka berdua.

“Siapa perempuan tu?” Ajmal duduk di sebelah En.Azhar.
“Setiausaha saya.” Jawabnya perlahan.
“Kenapa dia pergi dengan tergesa-gesa? Kamu buat dia marah?” Ajmal bertanya pelik. Mereka yang lain hanya tersenyum.
“Budak kampung, dengar tentang berhibur, dia terus kecut perut,” En.Zakri menjawab sambil tergelak. Ajmal geleng kepala. ‘Kalau kau yang ajak dia berhibur, tentulah dia kecut perut, perut macam orang mengandung 9 bulan. Kepala dah macam padang golf tak cukup tanah,’ Ajmal mengutuk dalam hati. Umur macam tu, masih juga hendak berhibur. Memang tak sedar diri orang tua tu. Mereka meneruskan perbincangan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
****************************
“Assalamualaikum,” Alia memberi salam sambil menanggalkan kasutnya.
“Waalaikumsalam. Kenapa monyok je ni?” Sitah menepuk bahu adik iparnya.
“Letih kak. Saya dah berhenti kerja dengan orang tua miang tu. Saya nak cari kerja lain,” Alia melabuhkan punggungnya ke sofa.
“Apa yang dia dah buat?” Soalnya perihatin. Alia mengeluh.
“Dia suruh Alia layan orang tua dari Syarikat Sempurna tu. Dia ingat Alia ni perempuan murahan ke. Sekalipun dia bayar gaji, Alia tak sanggup buat kerja yang tak senonoh tu, hanya untuk dapatkan tender besar. Memang orang tua tu salah orang,” Alia membebel. Sitah geleng kepala. Dan dia bersetuju dengan tindakan Alia. Masih banyak lagi kerja lain jika rajin mencari.
“Abang Alim mana? Belum balik?” Alia menguap. Matanya liar memerhati rumah yang sunyi itu.
“Belum.” Sitah menjawab tenang.
“Suriani dah tidur?” Alia memandang kakak iparnya yang leka menonton tv.
“Dia dah tidur. Senang sikit kerja kakak. Apa kata, Alia jaga Suriani buat sementara waktu ni. Minggu depan, akak mula bekerja. Sementara belum jumpa pengasuh, Alia tolong jaga dia, boleh?” Sitah tersengih memandang adik iparnya. Lama Alia mendiamkan diri.
“Ok jugak. Alia nak berehat sekejap.” Alia bersetuju. Lagipun, Suriani senang dijaga, kerana dia memang rapat dengan Alia. Semenjak lahir Suriani memang dijaga olehnya. Sitah tersenyum lega.
ALiA
bahagian 25

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 

"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

“Hoi.. nak mati ke?” Alia mengurut dadanya sebaik sahaja berada di tepi jalan. Dia mengutip kertas yang bertaburan di atas jalan. Kereta Honda City hitam berhenti tidak jauh dari tempat barangnya terjatuh. Seseorang keluar menghampirinya.

“Cik tak apa-apa?” Lelaki itu bertanya sambil membantu mengutip kertas yang bertaburan di atas jalan.
“Errrr…Saya ok. Terima kasih.” Alia menyambut kertas kerjanya.

“Maafkan adik saya tu. Dia baru putus cinta. Tu yang dia angin satu badan. Sorry ye,” Lelaki itu merenung penuh minat wajah Alia yang memerah itu. ‘Cantiknya gadis ni. Nasib baik aku dah kahwin. Kalau tak, memang aku pikat kau habis-habisan,’ Dia merenung Alia yang gelisah semacam. Alia memakai baju blaus tanpa lengan dipadankan dengan skirt paras lutut. Serba putih. Rambut pula disanggul tinggi menampakan lehernya yang jinjang. Sebahagian rambut hadapannya dibiarkan bebas. Walau Nampak tidak kemas, namun tetap cantik.

“Errrr…Takpe. Saya aok. Saya pergi dulu,” Alia terus beredar tanpa menghiaaraukan panggilan lelaki tersebut.

“Adik, rugi betul adik tak keluar. Gadis cantik yang abang tegur tadi,” Awan bersuara perlahan. Adiknya hanya senyap. Malas meahu menjawab. Hatinya masih terluka dengan tingkahlaku kekasih hati yang curang dengan lelaki lain.

“Cantik tu yang buat mereka rasa berharga. Kalau setakat rupa, Adik malas nak layan.” Awan geleng kepala mendengar tanggapan adiknya pada perempuan cantik.

“Tapi yang tadi tu, lain dari yang lain. Kalau adik tengok, mesti tangkap lentuk punya.” Awan masih cuba menarik minat adiknya untuk mengenali gadis cantik tadi.

“Kalau jumpa dia lagi, abang nak adik pikat dia. Dari cara dia, nampak macam gadis baik-baik,” Pujinya lagi.
“Abang ni kenapa? Kalau abang nak, kenapa tak pikat dia tadi. Boring tau,” Adiknya membentak.
“Ajmal, abang nak adik tengok sekeliling tu. Tak semua perempuan macam si Safura tu. Masih ramai lagi yang jauh lebih baik dari dia. Mungkin Tuhan bagi petunjuk awal pada adik supaya tinggalkan perempuan yang tidak baik, untuk bertemu perempuan yang baik. Adik tak boleh terus mengalah dan membiarkan perkara kecil tu memusnahkan masa depan adik. Abang tak suka. Mama dan papa pun tak suka.” Panjang lebar ceramah yang diberikan. Ajmal tersandar malas. Kata-kata abangnya memang ada benarnya. Dia sahaja yang cuba lari dari menerima hakikat. Kesakitan yang ditinggalkan oleh Safura membuatkan dirinya tawar hati untuk jatuh cinta.

*****************************

Sunday, February 14, 2010

TAKDI

episode 3







Irna menghampiri Shima.
“Kenapa kau layan dia macam tu. Biasanya kau tak macam ni?” Shima mengeluh. “Takdelah. Aku malas nak layan orang yang banyak tanya.” Shima tersenyum. Irna angkat bahu.
“Sakit perempuan kot? Tu yang asyik marah-marah je,” Razlan menyampuk.
“Kau ni kan, memang nak kena penampar sulung aku,” Shima geram. Razlan tergelak. “Shima… Shima…. Patutlah sampai sekarang takde pak we, garang sangat. Cubalah lembut sikit,” Razlan menasihati temannya. Shima tertunduk.
“Aku tak kisah, kalau takde orang berkenan kat aku. Jodoh ditentukan oleh Tuhan. Tak rugi kalau tak berkahwin, kan?” Shima menjawab selamba.
“Memang tak rugi bagi orang tak betul macam kau. Kau tengok aku, seronok betul dapat mengandung anak orang yang aku cinta. Suami aku pun semakin sayang kat aku tau. Semua orang ambil berat tentang aku. Rasa seronok sangat,” Irna pejam mata menikmati keindahan berumahtangga.
“Nasib kau baik. Aku? Tak semua orang bernasib baik seperti kau tau. Bagaimana kalau aku berkahwin, lepas tu jumpa lelaki yang tak baik, masa mula-mula je baik, bila dah kahwin perangai dia teruk. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Belum dapat mulalah tunjuk baik, bila dah dapat, macam-macam cara dia nak seksa kita.” Shima meluahkan padangannya dengan wajah serius.
“Kalau kau berfikir macam tu, sampai bila-bila pun kau takkan berkahwin. Berkahwin memang ada risikonya. Semua perkara ada baik dan buruknya. Bukankah kau yang cakap, kalau ada masalah atau ujian yang datang dalam hidup kita, maknanya, Tuhan sayangkan kita.” Irna menepuk bahu temannya yang seperti takut untuk rapat dengan lelaki.
“Okey aku balik dulu. Cuba nasihatkan teman kau ni. Sampai bila dia nak bersangka buruk dengan lelaki. Bila umur dah makin meningkat, baru nak cari suami, dah terlambat tu,” Pesan Razlan sebelum beredar.
“Sibuk je. Blah lagi.. menyemak je kat sini,” Shima menghalau Razlan. Dia hanya tersenyum.
“Kalau kau tak kisah, kahwin je dengan aku. Itu pun kalau dah tekde pilihan lagi,” Razlan mengusik sebelum beredar. Shima berdiri bersedia untuk melontar pen ke arah Razlan. Razlan ketawa besar di sebalik pintu.
“Sebenarnya, apa yang membuatkan kau tak mahu bercinta?” Irna bertanya terus setelah hanya mereka berdua di pejabat. Shima merenung kosong skrin komputernya. Kemudian dia mengeluh.
“Bukan aku tak nak bercinta. Aku nak juga hidup macam orang lain. Bercinta, berkahwin ada anak. Di sayang dan menyanyangi. Tapi, aku tak tahu kenapa sampai sekarang takde lelaki yang nak dekat atau nak cuba hulurkan salam kat aku tau,” Shima memulakan luahan hatinya.
“Betul ke?” Irna bertanya pelik. Setahunya Shima pernah bercerita tentang kehidupannya di sekolah yang dikelilingi oleh lelaki. Tetapi memang Shima jarang bercerita tentang hati dan perasaan.
“Aku pun hairan jugak. Nak kata aku tak cantik, mungkin jugak kot. Tapi ada jugak orang puji aku. Atau orang sengaja nak sedapkan hati aku. Kau tengok aku, cantik tak? Ada mata, hidung, mulut, telinga semua lengkap, ok lah kan?” Shima bertanya bodoh. “Tak percaya aku, mungkin cara kau berpakaian yang terlalu simple. Make up pun tak pandai. Aku terus terang je,” Irna menjawab selamba.
“Mungkin jugak ye, mungkin orang ingat aku ni dah kahwin ye. Yelah, pergi dan balik kerja adik aku jemput.” Shima masih tidak mendapat jawapan pada soalan yang memeningkan kepalanya.
“Tuhan tahu kau belum bersedia untuk tanggungjawab itu. Atau pun, Tuhan ada takdir untuk kau. Aku sentiasa berdoa moga kau berjumpa lelaki yang baik,” Irna menggenggam tangan Shima.
“Aku pun harap hidup aku berjalan dengan baik dan lancar.” Shima teringat cerita yang hendak disampaikan kepada teman baiknya itu.
“Lupa pulak. Irna… Errr… L.I aku tu, memang sah dia nak mengorat aku.” Irna terkejut. Shima angguk kepala.
“Betul?” Irna bertanya kurang percaya. Shima angguk lagi.
“Masa dia hantar aku balik petang semalam, dia sempat rampas telefon bimbit aku, kemudian dia ambil nombor telefon aku tu,” Shima menerangkan satu-persatu. Irna mendengar dengan penuh minat.
“Kau rasa kenapa ye?” Shima bertanya bodoh. Irna garu kepala sambil berfikir sejenak. “Aku rasa dia gaduh dengan isteri dia. Lelaki memang macam tu, gaduh sikit, mulalah nak cari pengganti.” Irna berkata yakin. Shima geleng kepala.
“Tak mungkin. Isteri dia ada call jugak semalam. Mereka cakap elok je. Takde pulak macam orang tengah bergaduh.” Irna dan Shima termenung sambil memikirkan apa kemungkinan yang bakal berlaku.
“Nah.. baca sendiri mesej yang dia bagi kat aku,” Shima menyerahkan telefon bimbitnya kepada Irna. Irna tergelak bila membaca mesej tesebut.
“Banyak lagi dia bagi. Tapi aku dah buang. Aku tak tahu siapa dia. Tadi baru aku tahu,” Cebisan kertas yang di tulis oleh Azmy diserahkan kepada Irna.
“Apa maksud dia. Perkataan cacat tu. Huruf besar pulak,” Irna pandang wajah Shima yang tersengih.
“Hoi… Apa kau buat ni. Apa yang lucu sangat tu. Aku tanya kau tak jawab,” Irna menepuk bahu Shima.
“Aku sedang Chat dengan kawan baik aku ni. Kau tanya apa tadi?” Shima bertanya pula. “Ni… apa maknanya? Dia kutuk kau ke?” Irna inginkan kepastian.
“Owhh… itu. Hehhehhehe. Aku kutuk dia. Senang-senang panggil orang sayang. Aku panggil dia cacat.” Shima tersengih. Irna geleng kepala.
“Apa motif dia ye?” Irna pun keliru.
“Biarlah. Malas nak layan. Buat pening kepala. Baik aku layan kawan aku ni,” Shima meneruskan ceritanya dengan sahabat baiknya yang sedang belajar di KL.
*******************
Seminggu berlalu, Shima kembali kepada kehidupannya yang aman dan damai.
“L.I kau masih hantar mesej ke?” Soal Irna ingin tahu.
“Aku dah aman sekarang. Benar kata kau, dia memang nak lepas tension je bila dia nak berkenalan dengan aku. Dia gaduh dengan isteri dia lah tu. Lelaki memang macam tu,” Shima meneruskan bacaannya.
“Nasib baik aku ni sedar diri kan. Dan punya kawan macam kau ni, yang selalu tegur aku,” Shima memberi senyuman paling manis buat Irna.
“Ye… kau sendiri yang kena kuat. Jangan mudah mengalah dengan pujuk rayu lelaki yang kita dah tahu perangainya. Lelaki yang sudah berkahwin ni, tahu apa kelemahan perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan macam kau ni,” Irna berkata selamba.
“Kenapa dengan aku?” Shima buat muka blur. Irna tergelak bila melihat wajah Shima yang jelas penuh tanda tanya.
“Kau mana ada pengalaman dalam bab-bab bercinta ni. Bila lelaki mengorat kau lebih sikit, tentu kau lembut hati.” Irna berkata tenang.
“Aku nak ingatkan kau, kalau dah sampai seru kau nak kahwin, biarlah orang itu benar-benar sayangkan kau. Tak kira dia lelaki yang sudah berkahwin atau apa, yang penting dia sayangkan kau dengan setulus hati.” Irna memberi nasihat kepada teman baiknya itu.

“Petang ni aku nak balik awal. Nak tengok wayang dengan Yusri,” Shima memberitahu temannya.
“Ye ke. Kau nak keluar dengan dia? Satu perkembangan yang baik. Pukul berapa?” Irna pula teruja bila mendengar khabar yang selama ini di tunggu-tunggu olehnya.
“Apa hal happy sangat ni. Aku keluar dengan dia, sebab dia kawan baik aku tau. Jangan nak fikir yang bukan-bukan,” Shima berkata marah bila melihat wajah Irna yang jelas mentertawakan dirinya.
“Apasalahnya kalau ada apa-apa antara kamu. Aku tengok dia ok jugak. Baik. Hensem dan yang penting kau kenal dia dari kecil lagi,” Irna memuji Yusri.
“Sebab aku kenal dia dari kecillah, aku rasa tak ada fill lagi kat dia tau. Kecil sama, membesar sama sekarang pun masih sama. Dah macam adik beradik pulak.” Shima buat muka kurang senang.
“Kau je yang berperasaan begitu. Dia tentu mengharapkan hubungan kamu berdua bukan setakat kawan.” Irna masih cuba membuka pintu hati Shima untuk menghargai insan yang begitu hampir dengannya.
“Dia tak pernah pun serius nak couple dengan aku. Memang dia ada bergurau mempelawa aku jadi kekasih dia. Namun bila aku jawab, tak seronok bercinta sesama sendiri, dia terus mendiamkan diri.” Shima membelek fail pelanggan di atas mejanya. En. Hussien keluar negeri. Jadi mereka agak free. Bila bos tiada di pejabat, pelanggan juga kurang masuk. Ia agak memudahkan Irna dan Shima berbicara tanpa gangguan. “Memanglah dia diam je, kau tu, bukan tak tahu. Kalau kau tak suka orang tu, kau tunjukkan terus. Tak nak bercakap, senyap je, pastu nada suara pun lain je. Mungkin Yusri tak mahu kau lari dari dia. Biar dia jadi kawan kau supaya dia dapat dekat selalu dengan kau,” Irna berceloteh panjang lebar.
“Terima kasih sebab faham akan aku. Memang aku jenis yang macam tu. Kalau aku kata aku tak suka orang tu, jangan harap aku nak layan dia. Nak dekat pun badan rasa panas. Rasa nak marah je,” Shima bercakap sambil tangannya pantas menaip sesuatu di skrin computer.
“Bila nak ubah perangai tu?” Irna bertanya selamba. Shima tersengih.