klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, November 26, 2009

Tinggalan Loke Chow Kit



MASIH kukuh berdiri dan kekal dengan fizikal asalnya, bangunan ini pada mulanya merupakan milik Loke Chow Kit.

BANGUNAN yang didiami Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di Jalan Tangsi, Kuala Lumpur, pada hari ini pada asalnya merupakan rumah agam orang kaya Kuala Lumpur, Loke Chow Kit.
Dibina pada 1907 di kawasan perumahan mewah warga Inggeris ketika era penjajahan British, bangunan dua tingkat yang pernah dikenali sebagai Dewan Loke itu dikatakan satu-satunya bangunan milik warga tempatan di kawasan yang dikenali sebagai European Quarter itu.

selanjutnya :

Tinggalan Loke Chow Kit



MASIH kukuh berdiri dan kekal dengan fizikal asalnya, bangunan ini pada mulanya merupakan milik Loke Chow Kit.

BANGUNAN yang didiami Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di Jalan Tangsi, Kuala Lumpur, pada hari ini pada asalnya merupakan rumah agam orang kaya Kuala Lumpur, Loke Chow Kit.
Dibina pada 1907 di kawasan perumahan mewah warga Inggeris ketika era penjajahan British, bangunan dua tingkat yang pernah dikenali sebagai Dewan Loke itu dikatakan satu-satunya bangunan milik warga tempatan di kawasan yang dikenali sebagai European Quarter itu.

selanjutnya: http://pelikduniapelik.blogspot.com/
SEJARAH PETA AJAIB PIRI REIS


Pada tahun 1929, sekumpulan pengkaji sejarah telah membuat penyelidikan di istana Topkapi yang terletak di Konstantinopel, Turki. Di dalam istana itu, mereka telah menemui segulung peta yang berusia ratusan tahun, yang diperbuat dari kulit rusa berukuran 90 x 65 cm. Peta tersebut bertarikh Muharam 919 bersamaan 9 Mac-7 April 1513.

Di atas peta itu, mereka telah menemui beberapa perkara yang aneh dan menakjubkan. Peta tersebut memaparkan outline pantai Amerika Utara dan Selatan dengan pengukuran yang amat tepat. Peta itu juga memuatkan maklumat yang sangat terperinci mengenai Amerika, Lautan Atlantik, Eropah dan pantai-pantai Afrika yang belum dijelajah oleh penjelajah Eropah pada masanya! Satu lagi perkara yang menghairankan para pengkaji tersebut, ia juga memaparkan benua Antartika, padahal wilayah itu belum ditemukan hingga tahun 1818!

selanjutnya:http://pelikduniapelik.blogspot.com

Tuesday, November 24, 2009

ALiA
bahagian 6/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


Alia tidur nyenyak di kerusi belakang bas sekolah yang membawa 40 orang pelajar untuk menghadiri sukan antara sekolah yang berlangsung di stadium negeri. Mereka menginap di asrama SMK Padang sepanjang tempoh sukan antara sekolah tersebut berlangsung. Hari pertama sukan berlangsung semua acara saringan sahaja. Pada hari kedua, upacara perasmian sukan MSSM. Alia dan Ajay berdiri di hadapan selaku penolong dan ketua pasukan.

“Ajay… aku mengantuklah,” Alia merengek. Ajay memandang muka Alia.

“Aku pun mengantuk jugak. Apalah lama sangat berucap tu,” Ajay menguap.

“Kau rasa Alan ada ambil bahagian tak tahun ni?” Soal Alia serius. Ajay garu kepala yang tidak gatal.

“Entah. Aku dah lama tak hubungi dia. Tak tahu cerita terkini tentang dia. Maklumlah orang bijak, mana nak berkawan dengan kita yang tak seberapa bijak ni?” Ajay buat muka sedih. Alia tergelak.

“Ye tak ye jugak. Manalah ada masa nak bersukan lagi, kan?” Alia berkata perlahan.

“Tapi aku dengar, sekolah mereka jadi tuan rumah tahun ni. Mungkin dia ada ambil bahagian,” Ajay berkata perlahan.

“Boring betullah. Kalau mereka yang lain ikut serta, kan best. Diaorang tu, langsung tak minat sukan.” Alia muncung mulut ke arah temannya yang bertugas sebagai ahli bulan sabit merah. Mereka berempat hanya duduk di khemah ketika majlis perasmian berlangsung. Setengah jam berlalu, dan upacara menyalakan obor-obor pun tiba. Semua peserta mengeluh lega.

“Errrrr….Ajay, aku rasa nak pengsan ni. Aduh!!!!!! Cepat, tolong aku,” Badan Alia condong dah hampir terjatuh, tetapi sempat di sambut oleh Ajay.

“Hahahaaahhhaa. Kena tipu. Aku gurau je.” Alia kembali berdiri tegak dan tersenyum lebar.

“Alia!!!!!” Ajay merenung wajah selamba Alia dengan perasaan marah.

“Hihihihiiii. Kau marah? Aku boring tahap tenuk dah ni.” Alia gosok tengkuknya yang terasa lenguh.

“Sekali lagi kau buat macam tu, aku biarkan kau jatuh. Budak ni, kalau selalu macam ni, boleh kena sakit jantung aku dibuatnya,” Ajay membebel. Alia tergelak mendengar temannya membebel. Hilang rasa mengantuk. Setelah berdiri hampir 1 jam, mereka semua bersurai ke khemah masing-masing.

Sebelum acara dimulakan, Alia dan rakan-rakannya duduk agak jauh dari khemah mereka sambil menikmati keropok dan mendengar lagu dari MP3 nya. Alia tersentak bila seseorang memanggil namanya. Imah, Ros, Maziah dan Sara mendongak memandang wajah empunya suara.

“Alan?” Serentak mereka menyebut nama sahabat lama mereka.

“Eh…Alan. Kau ikut juga rupanya? Aku ingatkan kau dah tak minat bersukan lagi,” Ariy yang baru datang menepuk bahu teman lamanya itu. Mereka saling berpelukan.

“Alia… kau tak nak tegur aku ke?” Alan memandang Alia. Alia tersenyum kelat. “Hehehehehe. Sorry ye. Keropok ni sedap sangat. Lagi pun rasa tak percaya pulak bila tengok kau ada di sini jugak,” Alia buat muka blur. Alan tersenyum kelat. ‘Tentu dia masih marahkan aku,’ Bisik Alan lemah sambil merenung wajah yang semakin cantik itu. ‘Makin cantik pulak Alia ni?’ Alan leka seketika menatap wajah Alia yang semakin cantik dari 2 tahun lepas.

“Jum… kita jalan-jalan dulu. Acara kau, petang nanti, kan?” Soal Alan terus setelah agak lama mendiamkan diri.

“Mana kau tahu, acara aku petang nanti?” Soalnya pelik.

“Acara pecut semuanya pada sebelah petang. Dan aku masih ingat, kau hanya minat acara pecut. Betulkan?” Alan tersenyum. Alia angguk kepala. Alia cuba berlagak tenang dan menganggap Alan sebagai teman biasa seperti mereka yang lain.

“Err… kamu berdua berboraklah dulu. Tentu banyak hal yang kamu berdua nak ceritakan,” Maziah menarik tangan temannya yang lain.

“Eh… apa pulak. Jum ar… ikut sekali,” Alia hairan.

“Diaorang masih makan tu, kita beli ayam panggang dulu. Lepas tu, balik sini lagi,” Saran Alan. Alia angguk kepala.

Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat orang menjual makanan. Pelbagai cerita yang di kongsi bersama. Lupa segala sengketa yang berlaku 2 tahun lalu. Alia mula dapat menerima tindakan Alan meninggalkannya dulu.

“Kau ingat tak masa Affan di hukum berdiri dalam tong sampah dulu? Dah tu bawa penyapu pulak. Macam bodyguard kat pintu. Dia masih nakal macam dulu jugak,” Alia bercerita sambil tergelak mengenang kisah lalu.

“Ingat. Sampai bila-bila pun, aku akan ingat. Bila Zimah nak ke tandas, dengan selamba dia turunkan penyapu tu, kemudian bertanya, ‘Cik Adik Manis nak ke mana?’. Wajah Cikgu Rasidah, merah sangat waktu tu. Marah betul dia.” Alan turut ketawa bebas bila mengingatkan kenakalan sahabat lamanya.

“Selepas tu, dia dihukum berdiri di luar kelas. Kat luar kelas, dia usik kita yang sedang belajar kat dalam kelas pula.” Alia geleng kepala.

“Affan memang nakal sangat, yang terbaru, tahun lepas, dia kenakan cikgu Hadi, kita orang lupa bawa baju sukan. Cikgu Hadi hukum kami, suruh bongkokkan badan kemudian pusing 5 kali. Dia cakap tak tau. Lepas tu dia minta cikgu Hadi tunjukkan. Cikgu tu pun, tunjuklah. Sebenarnya cikgu tu tak tahu yang dia dimainkan oleh Affan. Kami yang lain tahu, hanya tersengih,” Alia tersenyum mengingatkan kenakalan Affan. Alan hanya tersenyum.

“Rindulah kemesraan lalu. Kalau aku tak berpindah sekolah, tentu kita semakin rapat, kan.” Ucap Alan perlahan sambil merenung wajah yang sentiasa tersenyum itu. Agak lama Alan merenung Alia. Timbul satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.

“Alaaa… jangan cakap macam tu, kita tetap kawan, kan. Lainlah kalau awek kau tak benarkan kita berkawan,” Alia menjawab sambil memandang wajah Alan yang leka merenungnya.

“Errrr… kenapa? Aku makin cantik sekarang, kan? heheheheeeee. Tentu kau menyesal tinggalkan aku dulu,” Alia berseloroh bagi menghilangkan rasa tidak selesa bila direnung oleh Alan. Alan tersenyum.
“Ye,” Jawabnya ringkas.

“Apa yang ya?” Alia bertanya pelik. Perangai Alan pelik sekali. Kalau dulu, Alan seorang yang periang dan selalu menghiburkan hatinya. Kini, Alan jauh berbeza.

“Ye aku menyesal tinggalkan sekolah lama. Dan, kau memang semakin cantik,” Ucapnya tenang sambil merenung tunak wajah Alia yang kemerahan itu. Merah sebab cahaya matahari atau kerana rasa malu, Alan kurang pasti.

“Errrrrrr. Malunya,” Alia sentuh kedua-dua pipinya dengan tangannya. Kemudian Alia tersenyum.
“Mana ada cantik. Aku masih seperti dulu jugak.” Alia kembali serius.
Alan tergelak. Lucu dengan gelagat Alia.

“Kau masih tak berubah. Tetap suka merendah diri,” Alan geleng kepala.

“Laaaa…Aku memang rendah pun. Tak payah kau cakap, aku tau,” Jawab Alia sambil tersengih.

“Yelah tu. Jum, kita ke sana,” Alan menarik lengan Alia.

Sedang asyik leka menikmati ayam panggang dan berbual sambil bergelak ketawa bersama Alan, Alia terlanggar seseorang. Alia hampir jatuh dan sempat di sambut oleh Alan. Ketika itu juga, orang yang dilanggarnya tadi menoleh ke arah mereka berdua.

“Errr… cikgu buat apa kat sini?” Soal Alia gugup. Syah memandang hairan ke arah pasangan remaja dihadapannya itu. ‘Siapa pulak budak ni? Tak pernah nampak pun kat sekolah. Kekasih dia agaknya?’ Bisik Syah dalam hati. ‘Buaya darat jugak perempuan ni,’ Syah memandang sinis wajah Alia.

“Aihhhh. Saya yang patut tanya kamu soalan tu. Dating ye? Tak ada acara hari ni?” Soal Syah serius. Alan bingung.

“Alia, siapa ni? Cikgu korang ke? Tak pernah nampak pun kat sekolah dulu?” Alan hairan.

“Dia guru baru. Guru sandaran je. Anak pengetua,” Bisik Alia ke telinga Alan. Syah yang melihat terasa sakit hati. ‘Mengata akulah tu?’ Bisiknya tidak puas hati.

“Cikgu Hamidah ada datang tak?” Soal Alia ingin tahu.

“Ada. Agaknya dia kat khemah kamu. Kamu buat apa kat sini?” Syah mengulangi soalannya.

“Lapar cikgu,” Jawabnya ringkas. Syah merenung tajam wajah Alia sehingga membuatkan Alia tunduk. Gerun dengan renungan tajam dari guru yang sering mencari kesalahannya.

“Errr.. Kami pergi dulu ye cikgu,” Alia menarik tangan Alan. ‘Muda-muda lagi dah bercinta,’ Kutuknya dalam hati. ‘Kau cemburu?’ Suara lain pula menyampuk. Syah geleng kepala. ‘Takde maknanya aku nak cemburu,’ Syah geleng kepala. Alia mempercepatkan langkahnya. Alan mengejar dari belakang.

“Alia… Tunggulah. Kenapa ni?” Alan menarik tangan Alia. Alia menoleh dan sempat juga memandang sesusuk tubuh yang masih merenung tajam ke arah mereka berdua.

“Takde apa-apa. Cepatlah. Nanti mereka bising kita lambat bawa ayam panggang ni,” Alia meneruskan langkahnya. Alan segera mempercepatkan langkahnya.

 
KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 10

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




“Mira…kenapa ni?” Zuriana memeluk bahu Mira. Mira memandang sekilas wajah temannya.

“Aku tak apa-apa.” Mira berbaring menelentang merenung siling bilik mereka.

“Pernah tak kau rasa…..rasa ingin jumpa seseorang?” Mira tiba-tiba bertanya. Zuriana pandang wajah Mira. Tidak faham.

“Maksud kau?” Zuriana bertanya pelik. Mira mengeluh. Tidak tahu bagaimana harus menerangkan pada sahabatnya tentang apa yang dirasakannya saat itu.

“Tak tahu nak terangkan pada kau. Aku….rasa macam ada…ermmm…apa ye? Macamana nak cakap ye. Macam teringatkan seseorang. Tapi aku tak tahu siapa yang aku ingat tu. Kadang-kadang aku rasa macam ada kekurangan dalam hidup aku ni, tapi aku tak tahu apa yang kurang tu,” Mira garu kepala. Zuriana turut sama garu kepala.

“Kau pernah bercinta?” Zuriana bertanya serius. Mira geleng kepala.

“Mungkin mama kau yang sebut nama kau tu. Kau dah lama tak balik, kan? Ataupun, kau dah jatuh cinta pada seseorang tak?” Zuriana menepuk bahu Mira sambil tersengih.

“Eh!!!Merepeklah kau ni. Mana ada,” Mira berdalih.

“Nah. Buah hati kau,” Zuriana menayang sekeping gambar ke muka Mira. Kelam-kabut Mira cuba merampas gambar tersebut. Tergelak Zuriana melihat gelagat Mira.

“Buah hati aku? Siapa?” Mira bertanya bodoh kemudian merenung wajah Zuriana yang tersenyum sepanjang masa itu.

“Romantiknya. Macam pasangan Bollywood. Hihihihhh….Shah Rukh Khan dan Kajol,” Zuriana tergelak riang. Bibir Mira muncung bila melihat Zuriana ketawa besar. Dia berusaha merampas gambar tersebut. Ingin melihat siapa yang dimaksudkan oleh Zuriana.

“Bagilah aku, Zu. Kau ni kan…tak sayang aku ye?” Zuriana tersenyum. Mira buat muka sedih.

“Sebelum aku bagi gambar ni, bagi tahu aku siapa yang buat kau termenung sana, termenung sini. Buat aku susah hati. Biar aku ajar dia. Tak pun, aku bagi dia sebiji,” Zuriana duduk dihadapan Mira. Mira mencebik.

“Nak tahu sangat?” Mira menjeling sekilas sahabatnya sebelum dia meniarap membelakangi Zuriana.

“Ye. Cakap dulu,” Mira tersenyum.

“Dia yang ada kat dalam gambar tu. Shah Rukh Khan,” Mira menjawab selamba. Zuriana tergelak.

“Betul? Dia ni?” Zuriana turut sama meniarap sambil menunjukan sekeping foto kepada Mira. Mira tersentak lalu duduk tegak.

“Eh…Zu…bila…siapa yang tangkap gambar ni? Bila masa pulak ni,” Mira gugup. Zuriana tersenyum.

“Dah lupa? Ingat tak, sebelum kita balik tu?” Mira teringat petang selepas tamat sukan antara sekolah dahulu. Sebelum pulang, Azlan mengajak mereka menangkap gambar kenangan. Selepas itu, Akmal mendekatinya dan mempelawanya bergambar bersama. Tetapi dia menolak sebab marah dengan Azlan dan Zuriana yang suka mengusiknya sepanjang mereka mengambil gambar kenangan.

“Korang tangkap gambar ni masa dia ajak aku tangkap gambar bersama?” Mira bertanya lagi. Zuriana angguk kepala.

“Tapi aku tak sangka pulak dia akan tarik tangan kau, dan kau pulak menoleh. Aksi spontan yang cantik. Aku suka gambar ni." Zuriana tersenyum lagi. Mira tunduk malu. Dalam hati dia akui, gambar itu memang cantik.

“Betul kau rindukan dia ni?” Mira tersentak kemudian berpaling memandang wajah Zuriana.

“Eh!! Merepek je kau ni. Mana ada.” Mira berdalih. Zuriana jungkit bahu kemudian berdiri membetulkan urat saraf.

“Kau dah sembahyang?” Zuriana bertanya sebelum langkah kaki diatur menuju ke bilik air.

“Heheheeee….Sorry. aku cuti,” Mira tersengih.

“Awalnya. Aku belum lagi. Biasanya sama dengan kau,” Zuriana garu kepala.

“Mungkin esok. Tak pun, entah-entah petang nanti keluar lah tu,” Mira tersengih lagi. Ketika Zuriana berlalu ke bilik air. Mira sekali lagi melihat gambar tersebut. Wajah yang tenang dan bersahaja itu disentuh perlahan. Timbul satu perasaan yang sukar untuk dia tafsirkan.
Seminggu berlalu dengan pantas. Mira sekali lagi merasakan sesuatu akan terjadi pada dirinya. Tetapi dia tidak tahu apa yang bakal terjadi itu. Debaran di dada semakin kuat.

“Zu, aku rasa tak sedap hati, lah. Rasa macam ada seseorang sedang memanggil-mangil nama aku,” Mira gelisah. Zuriana hairan melihat temanya itu. Semakin hari, perangai Mira semakin pelik.

“Kenapa ni? Siapa yang panggil kau? Semakin hari, perangai kau semacam je aku tengok.” Zuriana juga bimbang melihat temannya itu.

“Zu…Kalau dia datang?” Mira tiba-tiba bertanya. Zuriana pandang wajah Mira.

“Siapa yang nak datang? Budak lelaki tu? Aku rasa, kalau dia datang ke sini, memang kau akan pengsan,” Zuriana tergelak. Mira berdengus. ‘Macamana jika betul Akmal datang?’ Mira garu kepala.

Friday, November 20, 2009

ALiA
bahagian 8/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

Hari ke-4 sukan antara sekolah berlangsung, acara pecut akhir pula sedang berlangsung. Alia begitu khusyuk bersenam meregangkan urat sebelum gilirannya mengambil acara.
“Hai Alia….” Suara halus kedengaran.
“Aiehhh. Siapa pulak yang panggil aku ni? Macam kenal je suara ni,” Alia menoleh. “Owhh!!!! Nita. Kau masih aktif juga ye?” Alia menyoal tanpa bertanya khabar.
“Kau apa khabar?” Alia tersengih bila terasa yang Nita sedang menyindirnya.
“Sorry. Aku ok. Sihat selalu. Kau apa khabar? Sihat je aku tengok. Makin cantik lagi,” Alia sempat memuji. Imah, Sara, Ros dan Maziah tersenyum bila Alia memuji musuh dalam selimut itu.
“Sebelum ni sihat je. Cuma rasa tak sedap hati je, bila tengok kau ada kat sini. Alan pun macam tak senang duduk aku tengok. Kau dah jumpa Alan?” Alia angguk laju sambil tersengih.
“Yups.” Alia tersenyum. Tahu yang Nita sedang marah.
“Patutlah. Aku pergi dulu. Kejap lagi acara 200 meter nak mula. Kau masuk final?” Soal Nita sebelum berlalu dengan wajah masam.
“Ye. Itukan acara wajib aku.” Alia menjawab selamba lalu meneruskan senaman.

“Kulit wajah Nita tu, dah tak licin macam dulu lagi lah. Tak berseri aku tengok.” Ros memeluk bahu Alia. Alia jungkit bahu. Malas hendak memberi komen.
“Tak perasan pulak aku.” Alia menjawab selamba.
“Sombong betul. Macamlah dia hebat sangat. Aku rasa dia cemburukan kaulah. Dia ingat kau nak mengorat Alan lagi, tu sebab dia tegur kau,” Imah mencelah.
“Biarlah. Aku dah tak ada apa-apa dengan Alan tu. Dulu pun aku dan dia berkawan baik. Kalau tak kerana Nita, tentu kami berdua masih akrab seperti dulu,” Alia menjawab panjang lebar.
“Nampak sangat Nita tu queen control. Kasian Alan,” Alia tersenyum kecil dengan kata-kata yang keluar dari mulut Ros.
“Apa nak dikasihankan, pilihan dia sendiri,” Alia menjawab perlahan.
“Betul kau takde perasan lagi kat Alan tu?” Maziah menyoal Alia. Alia tersentak. Air yang diminumnya tersembur terkena muka Ros.
“Sorry… sorry… sorry sangat. Ros, sorry ye? Yah punya pasallah ni. Apalah kau ni, berapa kali aku nak cakap, aku malas nak fikir hal macam tu. Buat sakit kepala aku je,” Alia geleng kepala.
“Kau ni, kan. Huhhhhh. Kot ye pun nak sembur air tu, semburlah kat tempat lain. Ingat muka aku ni pokok bunga ke?” Ros menggosok mukanya yang basah dengan air minuman. Alia tersengih sambil merapatkan tapak tangannya meminta maaf. Mereka yang lain tergelak sakan melihat Ros memyembur air ke arah Alia pula. Sedang seronok bergurau senda, mereka tersentak mendengar suara Ajay memanggil Alia.
“Alia… Cikgu Asri panggil. Melapor diri kat garisan permulaan sana,” Suara Ajay menghentikan gurau senda mereka berlima.
“Ok. aku pergi dulu. Doakan aku Berjaya ok,” Alia berlari anak menuju kegarisan permulaan acara 200m Final ketogeri perempuan A. Alia merupakan atlit yang paling kecil antara mereka. Alia begitu bergaya dengan baju jaket dan berseluar tracksuit warna biru iaitu baju seragam untuk SMK Air Putih. Alia menanggalkan baju jaketnya. Sekarang Alia hanya berrbaju t-shirt dan seluar ketat paras lutut.
“Hai Alia. Kita bersebelahan rupanya.” Nita menegur Alia.
“Hai. Good luck,” Alia menghulur tangan untuk bersalam.
“Thank,” Ucap Nita selamba.

“Semua peserta, ambil tempat masing-masing. Acara akan dimulakan sebentar lagi,” Suara pengadil memberi arahan.
“Kegarisan.” Suara pengadil bergema di seluruh stadium bagi memulakan acara pecut perempuan akhir pada petang itu.
“Sedia..”

Tummmmmm. Bunyi pistol yang menandakan acara tersebut sudah bermula.

Kelihatan para peserta dengan pantas memecut dan berusaha untuk menghabiskan larian mereka. Suara sorakan dari penyokong masing-masing berlawan dengan suara nyanyian oleh pasukan yang merasakan jaguh mereka bakal berjaya mendapat tempat digarisan penamat. Syah berdiri bila melihat semua pelajar sekolahnya bersorak memberi sokongan kepada peserta harapan mereka. Dari jauh mereka dapat melihat Alia sedang mendahului peserta lain. Dan ketika sampai di garisan penamat, mereka melihat Alia jatuh tersungkur. Mereka tidak pasti sama ada Alia memenangi acara tersebut atau tidak. Kelihatan beberapa orang ahli PBSM datang membawa pengusung menghampiri Alia. Syah yang melihat kejadian tersebut, segera berlari ke arah mereka yang mengerumuni Alia.
“Alia, kau ok ke?” Soal Maziah bimbang.
“Kaki aku sakit,” Alia menjawab sambil airmatanya menitis membasahi pipinya yang mulus itu. Dalam kesibukan mereka memujuk Alia, Syah mengambil peluang tersebut untuk merakam vedio. Dia tersenyum melihat wajah Alia yang jelas keanak-anakan itu. Tidak cukup dengan vedio, Syah merakam pula gambar Alia dari pelbagai sudut dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya. Syah menghampiri anak muridnya itu setelah selesai menangkap gambar Alia.
“Sini saya tengok,” Syah dengan selamba membelek lutut Alia. Alia tersentak. Tidak sedar bila Syah berada di situ. Maziah memberi ruang kepada Syah untuk melihat kecederaan rakannya itu.
“Macamana luka dia? Teruk sangat ke?” Soal Pn.Hamidah bimbang.
“Tak teruk sangat, Cikgu,” Syah sedar situasi mereka. Dia harus membahasakan ibunya cikgu bagi mengelakkan kontroversi.
“Luka ni mesti dicuci. Nak saya bawa dia ke klinik?” Syah menawarkan diri. Pn. Hamidah termenung memikirkan tindakan yang harus di ambil.
“Bawalah. Kamu ada acara lagi petang ni?” Puan Hamidah bertanya sambil memandang wajah Alia yang jelas menahan kesakitan. Alia geleng kepala. Bibir digigit kerana sakit yang teramat sangat di lutut dan tangannya. Syah membelek luka di tangan Alia. Begitu perihatin sekali Syah mencuci luka di tangan Alia. Alia tertunduk malu. Maklumlah, guru yang selalu dikutuknya itu begitu mengambilberat tentang dirinya. ‘Memanglah dia tolong. Dia kan cikgu,’ Bisiknya dalam hati bagi mengelakkan rasa bersalah pada gurunya itu. Maziah membantu Alia berdiri dan berjalan menuju ke kereta Syah. “Maziah, awak ikut sekali,” Ajaknya. Maziah dengan pantas angguk kepala. Mereka berdua duduk di belakang.
“Lia, aku nampak Nita tolak kau tadi. Kau perasan tak?” Maziah memulakan perbualan sebaik sahaja kereta bergerak.
“Memang aku rasa ada orang tolak aku tadi. Tapi tak perasan pulak siapa. Betul ke dia tolak aku?” Alia bertanya lagi. Maziah angguk kepala.
“Kenapa dia tolak aku ye?” Alia garu dahinya. Maziah tersenyum.
“Dia cemburu bila tahu si Alan tu ada jumpa kau lagi. Aku terserempak dengan mereka kat tandas tengahari tadi. Tengah bergaduh. Cemburu punya pasallah tu,” Maziah berkata perlahan. Syah hanya menjadi pendengar.
“Laaa… Apasalahnya dia jumpa aku. Kami memang berkawan sejak dulu lagi. Budak ni nak masuk ICU agaknya,” Alia berkata geram.
“Kalau aku jumpa dia, aku belasah dia cukup-cukup,” Alia menggenggam tangannya. “Aduh!!!!” Alia melihat tangannya yang masih berdarah.
“Huhuhuuhuhu. Sakitnya,” Alia mengesat airmatanya yang menitis kerana terlalu sakit. “Itulah. Sakit-sakit macam tu pun, masih nak marahkan orang.” Syah memandang wajah Alia yang memuncungkan mulutnya dari cermin pandang belakang.
“Sibuk je!!!” Alia menjawab halus. Syah geleng kepala.
“Degil. Keras kepala,” Alia menjeling tajam wajah selamba Syah yang sedang memandu itu.
“Sudahlah. Kau ni tak pandai bersabar. Biasalah, perempuan, kalau kekasih dia jumpa perempuan lain, tentulah dia cemburu. Perkara biasalah tu,” Maziah menenteramkan sahabatnya. Wajah Alia masam. Syah tergelak kecil. Wajah Alia yang masam itu mencuit hatinya.
“Kenapa cikgu suka sangat ketawakan saya?” Alia bertanya marah. Sakit hatinya bila Syah asyik mentertawakannya.
“Takde apa-apa. Kenapa perempuan suka sangat ikut emosi dalam setiap perkara ye?” Syah bertanya kembali. Alia membuang pandang keluar cermin kereta. Malas mahu menjawab soalan Syah yang dirasakan hanya menyakitkan hatinya.
“Tu sebab aku tak nak fikir hal macam tu sekarang ni. Baru bercinta, dah sanggup buat orang macam tu. Kalau dah kahwin, agaknya dia sanggup bunuh orang hanya kerana hal kecil.” Alia betul-betul marah.
“Sudahlah. Memang perangai Nita macam tu. Lagipun kau dan Alan tu, takde apa-apakan?” Alia angguk kepala.
“Tapi aku tetap tak puas hati. Kalau dia bincang elok-elok, pastu tanya betul-betul apa hubungan aku dengan Alan, aku tak kisah. Ni, sakit kaki aku tau.” Marahnya lagi. Maziah geleng kepala. ‘Ingatkan dah reda. Sambung balik,’ Bisik Maziah malas.
“Ok. dah sampai. Simpan lagi marah kamu tu.” Syah berkata selamba sambil menoleh ke belakang. Alia dan Maziah memandang wajah Syah.
“Dapat berjalan?” Soal Syah terus menikam anak mata Alia yang galak itu.

Alia angguk kepala. Dia berusaha keluar dari kereta sambil dibantu oleh Maziah. Syah mendukung Alia bila melihat anak muridnya itu begitu susah untuk berjalan. Alia terkejut. Begitu juga Maziah. Tindakan spontan Syah itu membuatkan mereka berdua terdiam tanpa kata.
“Ehhhh. Lepaslah. Orang pandai jalan sendirilah,” Alia berusaha untuk melepaskan diri dari dukungan Syah. Syah tidak mempedulikan rengekan Alia. Akhirnya Alia mengalah. Sakit tangan dan kakinya bertambah dengan sakit dihatinya. Syah tersenyum. Maziah juga tergelak bila melihat Alia muncung mulut.
“Nurse, tolong dia ya. Kaki dia luka sebab terjatuh tadi,” Syah berkata perlahan. Nurse tersebut tersenyum dan angguk kepala. Seketika kemudian, seorang doctor datang menghampiri mereka sambil tersenyum ramah.
“Kenapa kaki ni?” Soalnya ramah sambil menyentuh lembut kaki Alia yang berbalut itu. “Terjatuh,” Jawab Alia pendek. Doktor muda itu tersenyum.
“Nakal sangat ye, tu sebab jatuh ni. Betulkan?” Doktor Adam bertanya. Alia tunduk malu. Dengan perlahan dia membuka pembalut luka Alia dan mencuci luka tersebut. Syah yang melihat keramahan doctor muda itu, berasa kurang senang.
“Tak pun, bergaduh dengan boyfriend ya?” Doktor muda itu menoleh ke arah Syah yang berwajah gelisah. Maziah sudah tersenyum. Sementara Syah dan Alia tersentak sambil memandang wajah masing-masing sebelum memandang wajah Dr.Adam semula.
“Ehh. Mana ada. Saya terjatuh masa berlari dalam acara olahraga tadi.” Jawab Alia pantas. Syah angguk kepala mengiakan.
“Betul ke? Mana cikgu kamu?” Maziah menunding jari ke arah Syah. Dr. Adam terkejut sambil memandang wajah Syah yang tersenyum.
“Kamu?” Soalnya lagi. Syah angguk kepala.
“Saya ingatkan kamu teman lelaki dia ni!” Katanya jujur.
“Hahh. Dia?” Alia dan Syah saling berpandangan.
“Berapa umur kamu?” Soalnya sambil mencuci tangan setelah siap membersihkan luka Alia.
“25 tahun. Saya guru sandaran je kat sekolah mereka,” Jawab Syah tenang.
“Saya ingatkan masih belasan tahun tadi.” Mereka tergelak. Setelah membayar bil, mereka bertiga beredar.
“Ingat, jangan lupa cuci selalu luka tu” Pesan Dr.Adam.
“Ye. Terima kasih Doktor,” Ucapnya sebelum berlalu.

Alia berjalan perlahan sambil dibantu oleh Maziah. Syah hanya memerhati dari belakang. Syah mahu mendukung Alia tadi, tetapi Alia menolak. Syah tersenyum melihat kaki dan tangan Alia yang berbalut. Macam orang hendak bertinju lagaknya. Ketika berada di dalam kereta, Syah tidak mampu menahan keinginan untuk ketawa. Akhirnya dia ketawa besar.
“Kenapa cikgu?” Soal Maziah hairan. Alia juga memandang hairan ke arah Syah.
“Bila tengok Alia macam tu, teringat kat kawan saya masa kat U dulu. Dia masuk acara tinju. Kalau tengok betul-betul, memang sebiji macam orang nak pergi bertinju.” Alia terkejut. Begitu juga dengan Maziah. Beberapa saat kemudian, Maziah turut ketawa. “Cikgu!!!!!” Marah Alia sambil memukul bahu Syah yang duduk dihadapannya. “Aduh!!! Apa ni? Marah sikit nak pukul orang,” Syah menggosok bahunya. Alia yang tersedar akan tindakan kasarnya tertunduk malu.
“Padan muka. Siapa suruh ketawakan saya?” Alia menjeling tajam. Maziah dan Syah masih ketawa dan Alia pula tersandar malas.

Wednesday, November 18, 2009

ALiA
bahagian 7/37  


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/

 





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....
biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"



“Aihhhh. Cepatnya kamu berdua pergi beli ayam panggang. Sini… aku dah lapar ni,” Ros menyambut bungkusan ayam panggang yang dihulur oleh Alia
.
“Korang tau tak…” Alia duduk di sebelah Maziah.
“Kau tak bagi tau lagi, manalah kita orang tau,” Jawab Imah selamba.
“Laaaa… Aku tak bagi tau korang ye?” Alia membalas selamba juga.
“Ceritalah. Cerita sensasi ke? Kau terserempak cikgu Asri dengan awek cun ke?” Soal Hafiz pula.

“Sabar.. Aku belum habis cakap lagi korang dah menyampuk.” Alia buat muka marah. Mereka yang lain hanya tersenyum.
“Cikgu Hamidah ada datang untuk memberi sokongan kepada kita,” Jawab Alia sambil tersenyum.
“Itu saja? Aku ingatkan gosip tadi.” Ajay geleng kepala. Alia tergelak melihat riak kecewa diwajah teman-temannya.

“Aku mana pandai nak bergosip,” Alia tergelak lagi. Ros yang berhenti mengunyah ayam panggangnya tadi segera menyambung kembali sambil membebel.
“Tadi… Masa aku dan Alan beli ni semua, aku terlanggar lagi Si Harimau merangkap monyet tak jadi tu. Ala putera monyet sekolah kita tu,” Alia menerangkan satu persatu. Mereka yang lain tergelak bila teringatkan gelaran baru yang Alia sedekahkan untuk guru sandaran baru mereka.

“Yang kau asyik langgar dia tu kenapa? Memang cari nahas betullah budak ni,” Ariy menolak kepala Alia. Alia muncungkan mulutnya.
“Eh… mana ada, aku tak sengaja terlanggar dia. Kalau tak percaya, tanya Alan tu. Betulkan, Lan,” Alia menoleh ke arah Alan. Alan angguk kepala.
“Punyalah ramai manusia kat stadium ni, dia jugak yang kau langgar. Tak faham aku,” Imah geleng kepala.
“Oiiiiii… korang, Cikgu Hamidah panggil,” Terdengar suara lantang Asrul memanggil mereka.

“Okey, Alan, kami pergi dulu ya,” Mereka beredar menuju ke khemah sekolah mereka. “Alia, dia ada kat situ jugaklah,” Ros menyiku lengan Alia.
“Taulah. Aku belum buta lagi.” Marah Alia sambil menggosok lengannya yang terasa sakit terkena siku Ros. Ros tersengih.

“Bagaimana prestasi hari ni? Okey?” Soal Cikgu Hamidah ramah. Semua pelajar angguk kepala. Syah mencuri pandang wajah Alia yang kemerahan terkena cahaya matahari. ‘Cantik jugak budak tu. Tapi tak sesuai dengan perangai.’ Bisik Syah dalam hati.

Syah duduk agak jauh dari mereka, namun masih dapat mendengar suara-suara anak-anak muridnya yang sedang rancak bercerita itu. Mereka semua rancak berbual merancang strategi yang akan digunakan dalam acara lari berganti-ganti kelak. Syah pula leka memerhati tingkahlaku Alia dan rakan-rakan yang masih keanak-anakan itu.
“Alia, mari sini. Ikat rambut pun, tak pandai. Macamanalah kau jadi perempuan,” Ajay membebel. Alia dengan selamba duduk di hadapan Ajay. Dari jauh dua pasang mata memandang dengan perasaan cemburu ke arah mereka.

“Ajay, dulu… waktu ada Alan, dia yang tolong aku ikat rambut tau,” Alia bercerita tanpa dipinta. Ajay tergelak.

“Alan?” Soalnya tidak percaya.

“Yup,” Alia angguk kepala.

“Pandai ke dia ikat rambut? Cam tak caya je?” Ajay sangsi sambil mengemaskan lagi ikatan rambut Alia.
“Betul. Tapi sekali sekala je,” Alia tersengih menayangkan giginya yang putih bersih itu. “Thanks,” Ucapnya puas hati bila rambut yang panjang dan lurus itu sudah diikat kemas. “Ni yang aku sayang sangat kat kau,” Alia mencubit pipi Ajay. Ajay menepis tangan Alia. Gelagat mesra mereka menjadi tontonan beberapa pasang mata.

“Ajay!!!! Kau ikat rambut Alia lagi?” Ariy menegur kembarnya.
“Yups…. Kenapa?” Soal Ajay pelik.

“Berapa kali nak cakap, biar dia sendiri yang ikat rambut tu. Sampai bila nak pandai ikat, kalau asyik orang lain yang tolong dia ikat rambut,” Ariy membebel. Alia menjelirkan lidah.

“Kau cemburukan? Ajay lebih sayangkan aku dari kau. Hahhahahaa,” Ejek Alia sambil memeluk lengan Ajay. Di sudut yang lain, Syah memandang dengan perasaan yang sukar untuk difahaminya. Hatinya terasa panas. Seperti sesuatu sedang menggelegak dan menunggu waktu untuk meletup bila melihat adegan romantic Alia dan Ajay. ‘Kenapa dengan aku ni? Tak pernah aku rasa sakit seperti ini.’ Bisiknya sambil matanya terus memandang kumpulan pelajarnya itu.

“Aku tolong dia ikat pasal tak tahan tengok rambut dia yang tak terurus ni. Kalau dibiarkan, nanti bila dia berlari, sampai saja kat garisan penamat, orang yang tengok dia, semua pengsan. Dengan rambut yang mengerbang ditiup angin, mengalahkan hantu pontianak. Macam terkena kejutan electric ada jugak.” Ajay menjawab perlahan sambil membetulkan lagi ikatan rambut Alia. Alia tersenyum menang. Teman yang lain geleng kepala melihat Alia yang agak manja dengan Ajay dan Ariy.
“Jangan risau Ariy. Aku sokong kau. Alia ni memanglah. Tak tahulah kenapa dia tak pandai ikat rambut. Orang lain semua pandai ikat rambut. Dia ni je lain dari yang lain,” Imah menyokong Ariy.

“Dia memang tak pandai ikat. Sebab dari kecil dia berambut pendek sehingga dia masuk ke sekolah ni. Bila kenal korang, baru dia simpan rambut panjang. Itupun dengan syarat korang yang tolong ikatkan.” Ajay membuka rahsia Alia.
“Alaaa… nak buat macamana? Aku sorang je perempuan kat rumah. Nenek pulak, tak suka sangat nak ikat rambut aku ni. Nak mengajar pun dia malas,” Alia buat muka sedih.
“Nanti kalau dah habis belajar, siapa yang nak ikat rambut kau tu, kalau sekarang kau tak nak belajar macamana nak ikat rambut?” Maziah menolak kepala Alia. Geram dengan sikap sahabatnya yang terlalu sambil lewa dengan kecantikan sendiri. Biarpun Alia bukan seorang yang gemar menjaga rambut seperti perempuan lain, tetapi ramai pelajar perempuan yang cemburu dengan kecantikan rambutnya. Panjang dan lurus serta hitam berkilat. Bila diterbangkan angin, makin terserlah kecantikan wajahnya. Cuma dia agak pendek dari temannya yang lain, kalau tidak memang dia sangat layak menjadi model.

“Bila habis belajar nanti, aku potong pendek. Korang tak dapat nak halang. Hehhehee. Yelah masa tu, kita dah jarang berjumpa, kan?” Alia buat mimik muka jahat. Rakannya geleng kepala.

“Aku doakan dia ni dapat suami yang baik, perihatin. Yang suka jaga dan ikat rambut dia,” Ajay mengusap perlahan rambut Alia. Dan Alia seperti anak kucing yang dibelai bulunya. Menanti dengan senyuman.

“Ajay, kau rasa lelaki yang macamana sesuai untuk dia ni. Kita minta tolong mama, suruh cari lelaki yang baik untuk dia, nak tak?” Ariy menyarankan kepada Ajay. Ajay angguk kepala.

“Betul. Aku pun fikir macam tu jugak.” Jawab Ajay sambil angguk kepala seperti burung belatok.

“Tak boleh,” Alia menjerit lalu berdiri sambil mencekak pinggang.
“Mana boleh. Aku nak cari sendiri. Lagipun, abah dan abang-abang aku kan ada. Takkan nak menyusahkan mama. Nanti mama cari yang macam korang berdua ni. Tak nak aku,” Alia berkata tegas. Semua rakannya tergelak melihat wajah masam Alia.

“Apa kata kau je yang kahwin dengan dia,” Sara memberi cadangan.
“Gila apa?” Alia, Ariy dan Ajay serentak menjawab. Semua mata memandang mereka bertiga dengan pandangan yang pelik.

“Kenapa?” Soal Sara pula. Syah yang dari tadi mencuri dengar perbualan anak-anak muridnya itu semakin tertarik dengan topic yang dibincangkan.
“Budak nakal ni nak jadi isteri aku, jadi adik bolehlah. Dengan perangai budak-budaknya yang mengalahkan budak umur 5 tahun tu, boleh gila dibuatnya,” Ajay menjawab lantang. Alia duduk kembali.

“Ahhh. Kenapa pulak? Korang kan takde pertalian saudara?” Maziah pula bertanya. Mereka bertiga saling berpandangan.

“Kami tak bagi tau kamu semua ye?” Ariy bertanya.
“Apa dia?” Soal temannya serentak.

“Alia ni, memang rapat dengan keluarga kami, masa dia kecil mak dia meninggal dunia ketika lahirkan dia,” Alia buat muka sedih.
“Mama kami bagi tau yang kami tak boleh kahwin, sebab kami berkongsi susu. Alia menyusu mama kami sejak kami berdua lahir lagi sehingga umur kami 2 tahun tau. Mama cakap, Alia ni kuat menyusu. Nak tangok gambar kami bertiga masa kecil tak?” Ariy bercerita panjang lebar. Rakannya yang lain terkejut dengan berita yang baru di dengar itu. Ariy mengeluarkan sekeping gambar dari dompetnya begitu juga Alia dan Ajay. Gambar mereka bertiga duduk di atas sofa. Comel sekali. Alia yang paling montel dengan gaun warna merah.

“Owh… patutlah korang mesra ye.” Sara berkata sambil kepalanya terangguk-angguk. Syah yang mendengar tersenyum tanpa menyedari Imah sedang memerhati gelagatnya.

“Alia, Cikgu Syah asyik pandang kau dari tadi. Aku tengok pun rasa geli tau. Lepas tu senyum sorang diri. Apa agaknya yang dia fikir ye?” Imah berbisik ke telinga Alia. Alia terkejut. Dia menoleh sekilas ke arah Syah. Ketika itu, Syah juga sedang memandang mereka. Alia segera melarikan pandangannya. Wajah Alia merona merah bila berbalas pandang dengan Syah. Alia tersentak bila pinggangnya di cuit. Alia memandang wajah Ros pula.

“Oiiii…geli lah.” Alia menampar bahu Ros.

“Alia, dari tadi si Alan tu pun asyik tengok kau je,” Ros pula berbisik ke telinga kiri Alia.

“Apa? Alan?” Soal Alia kurang jelas. Ros angguk kepala.
“Dulu dia ikut sekali gurau senda kita, tentu dia teringat kisah lama tu. Mesti dia cemburu sebab tak dapat ikut serta,” Alia menjawab sambil tersenyum. Fikirannya masih mengingati kenapa Syah merenungnya tadi.
“Tapi aku tengok macam marah je bila kau dan Ajay bergelak mesra. Cemburu kot?” Ros meneka.

“Aihhh. Tak mungkinlah. Nita tu nak campak kat mana? Kalau dia syok kat aku pun, bukan masalah aku.” Alia menjawab selamba.

“Cikgu Syah tu, macam minat kat kau juga. Aku nampak dia tengok kau macam nak ditelannya, waktu kau peluk tangan Ajay tadi.” Imah masih menganggap Syah ada perasan istimewa untuk Alia.

“Dahlah. Malas nak fikir tentang tu. Nanti syok sendiri pulak aku. Aku nak bersenam ni,” Alia berdiri sambil meregangkan kaki tangannya.

Tuesday, November 17, 2009

ALiA
bahagian 5/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

‘Ehhhhh. Macam kenal je lelaki tu? Apa dia buat kat sekolah ni?’ Ros berbisik sendirian. Dia mengekori lelaki tersebut. Ketika matanya leka memerhati lelaki itu, Ros terlanggar seseorang.

“Rosma? Apa kamu buat kat sini. Jalan tak tengok orang,” Cikgu Hanif memarahi Ros.

“Errrr. Maaf cikgu. Hehehehehe. Er… Cikgu, siapa lelaki tadi tu?” Dengan gugup Ros bertanya.

“Budak ni, tanya soalan macam tu. Dia guru ganti cikgu Roziah. Nantilah kamu berkenalan dengan dia,” Cikgu Hanif beredar. ‘Dia guru ganti cikgu Roziah? Jadi dia anak Pengetua? Alamak!!!!! Alia mampus kau kali ni!!!!’ Ros berlari laju menuju ke kelas 5A. Belum sempat masuk kelas, loceng pun berbunyi.


“Alia.” Ros menjerit di depan kelas 5A. Semua mata memandang ke arah Ros.


“Rosma kenapa terjerit-jerit ni? Masuk kelas kamu lagi,” Cikgu Zamri yang mengajar subjek Sejarah itu memarahi Ros. Semua pelajar kelas 5A tergelak melihat Ros beredar dengan langkah longlai.


“Nasib kau Alia,” Ros berkata lemah. “Sara, kau nak tahu satu cerita sensasi tak?” Soalnya perlahan. Sara yang duduk di hadapan Ros, menoleh seketika.


“Mestilah aku nak. Cerita apa?” Soal Sara perlahan. Bimbang akan di dengar oleh guru mereka. “Lelaki yang Alia sepak kaki hari tu, anak Pengetua. Cikgu baru tu. Tentu dia ingat kita, kan.” Ros menjawab serius.

“Apa?” Sara menjerit.



“Sara… kenapa menjerit ni. Kalau nak bermain, berdiri kat luar sana,” Marah cikgu Ana.


“Errr. Maaf cikgu,” Sara tunduk malu. Semua mata memandang mereka. Sara dan Ros tunduk. Masing-masing memikirkan apa yang bakal berlaku jika Alia tahu.


“Alia dah tahu?” Soal Sara lagi. Ros geleng kepala.


“Tak sempat nak bagi tau dia,” Jawabnya perlahan.


“Eh… Sara, Ros. Cuba kamu tengok kat luar tu, Pengetua dan lelaki hari tu lah,” Ariy pula bersuara.

“Takkanlah dia guru ganti tu?” Soal Ariy keliru.

“Wau… hensemnya guru baru tu,” Terdengar suara pelajar perempuan yang memuji ketampanan guru sandaran tersebut. Ariy, Sara dan Ros gelisah.

“Kau rasa dia balas dendam tak?” Soal Sara sambil memandang wajah Ariy.

“Entahlah. Tapi kalau dia berfikiran macam budak-budak, memang dia akan balas,” Ariy berkata sambil tersenyum.

“Tentu Alia terkejut beruk. Hari tu, jambang sana sini. Hari ni, nampak hensem giler. Hihiiii.” Ros memuji. Sara menjeling tajam ke arah Ros.


Sementara di kelas 5A, pelajar membuat kerja masing-masing. Pengetua masuk kemudian diikuti oleh guru sandaran tersebut.

“Ok…. Kelas, ambil perhatian sekejap, kelas kamu akan di jaga oleh cikgu yang baru untuk sementara. Perkenalkan ini cikgu Syah Aiman. Beliau akan mengajar subjek Matematik dan juga guru kelas kamu. Saya harap kamu semua beri kerjasama dengan dia,” Puan Hamidah memandang wajah anaknya.


“Sekarang saya serahkan kelas ini untuk pengawasan kamu. Kalau ada apa-apa masalah, bagitau saya nanti. Untuk bantuan, kamu boleh rujuk melalui Amri selaku ketua kelas. Amri… tolong apa yang patut ya,” Puan Hamidah beredar. Syah berjalan tenang menuju ke meja guru. Semua mata memandang ke arahnya.


“Baiklah, kalau ada apa-apa pertanyaan tentang saya, tanyalah. Sekarang masanya. Kerana, bila saya mula mengajar, saya takkan layan soalan lain selain soalan tentang subjek yang saya ajar,” Syah bersandar dimejanya.


“Cikgu, dulu cikgu belajar kat mana?” Soal salah seorang pelajarnya.


“Saya bersekolah di Bandar, sekolah campur,” Jawabnya ringkas.

“Cikgu baru habis belajar ye?” Suara lain pula bertanya.

“Belum. Sekarang saya cuti. Dalam 5 tahun lagi tamat. InsyaAllah,” Syah menjawab tenang.

“Lamanya. Tak jemu ke belajar lama sangat. Cikgu ambil jurusan apa?” Maya menyoal sambil wajahnya jelas kelihatan kurang percaya.

“Hermmmm. Saya ambil jurusan perubatan. Cita-cita nak jadi doctor,” Syah menjawab sambil tersenyum.
“Owhhhh. Patutlah lama.” Mereka yang lain angguk kepala.


“Cikgu dah kahwin ke belum? Dah ada calon atau tak?” Suara Affan yang nyaring membuatkan pelajar lain tersenyum. Affan yang terkenal dengan perangai gila-gilanya itu sering membuatkan kepala cikgu yang mengajar pening.

“Saya belum berkahwin. Masih belajar lagi, kalau saya kahwin, isteri saya nak makan apa? Saya belum bekerja. Masih minta duit dari mak saya,” Syah tergelak. Semua pelajar kelas itu tergelak sama.

“Sekarang giliran saya pula tanya kamu. Perkenalkan diri kamu masing-masing.” Syah memandang wajah-wajah muda belia di dalam kelas tersebut. ‘Mana budak tu? Tak nampak pun. Dia bukan kelas ni ke?’ Syah memandang setiap seorang pelajar yang memperkenalkan diri mereka. Di luar kelas kedengaran bunyi orang berlari sambil ketawa.

“Aku dulu. Hahahahahahh. Padan muka. Lembab…. Werkkkk,” Alia menjelir lidah ke arah Ajay. “Takpe. Lain kali aku kalahkan kau,” Ajay menjawab sambil tercungap-cungap.

“Ehemmmm,” Syah berdehem. Alia dan Ajay berpaling ke arah suara tersebut. Hampir jatuh Alia saat terpandang mata lelaki itu. Mata yang dia kenal. Mujur juga Ajay sempat menyambut tubuh Alia yang hampir terduduk. ‘Alamak!!!!!! Ajay… lelaki yang aku sepak hari tu,’ Bisik Alia ke telinga Ajay. ‘Tentu dia terkejut. Padan muka. Sekarang bukan monyet lagi, lelaki macho idaman gadis. Hehehehehehe,’ Syah tergelak di dalam hati. Lucu melihat Alia yang tergamam tanpa kata.

“Errrr… boleh kami masuk?” Ajay meminta kebenaran. Syah angguk kepala. Mereka berdua segera menuju ke kerusi masing-masing.

“Kamu berdua dari mana? Kenapa lambat masuk kelas?” Soalnya tegas.

“Kami dari bilik guru. Jumpa cikgu Asri.” Ajay menjawab mewakili Alia. Alia hanya tunduk tanpa sedikit pun memandang wajah yang sudah bersih dari jambang itu. “Baiklah. Awak boleh duduk. Dan…. Awak..tunggu kejap,” Alia dan Ajay serentak memandang wajah guru baru mereka.


“Saya ke?” Alia bertanya. Syah angguk kepala. ‘Alamak!!!!! Dah mula dah….’ Alia garu dagu yang tidak gatal sambil merenung takut wajah serius itu.

“Kenapa pergi bilik guru tu? Awak berdua ada buat salah?” Soal Syah terus. Alia angkat muka.

“Eh… mana ada. Kami berbincang tentang persediaan untuk menghadapi sukan antara sekolah dua minggu dari sekarang,” Jawab Alia berani. ‘Ingat aku takut?’ Alia tersenyum mengejek.

“Owhh. Okey. Kamu boleh duduk.” Syah malas untuk bertanya lagi. ‘Masa masih panjang,’ Bisiknya. “Kamu berdua belum kenalkan diri. Sila kenalkan diri kamu,” Alia dan Ajay terkejut.

“Nama saya Fazli. Rakan-rakan panggil Ajay.” Ajay terlebih dahulu menjawab. Kemudian Alia pula.
“Nama saya Alia,” Alia terus duduk setelah memberitahu namanya.

“Aih… pendek je? Nama penuh?” Soal Syah selamba. Terbuka luas matanya bila mendengar pertanyaan guru barunya. Pelajar lain memandang hairan wajah Alia.

“Nama penuh jugak?” Alia bertanya dengan riak tidak selesa. Syah angguk kepala.

“Alia Najwa binti Alwi,” Jawab Alia lantang. “Okey. Awak boleh duduk,” Syah tersenyum dalam hati. ‘Keras kepala betul,’ Bisiknya.

“Terima kasih cikgu,” Ucap Alia perlahan bila menyedari dia berada di dalam kelas. “Hari ni untuk sesi perkenalan dulu. Besok saya akan mula mengajar.” Syah duduk di kerusi yang disediakan di kelas tersebut.

“Siapa ketua kelas dan penolong ketua kelas?” Syah bertanya sambil memandang ke hadapan. “Saya ketua kelas,” Seorang pelajar lelaki berdiri kemudian diikuti oleh seorang pelajar perempuan. “Nama kamu? Lupa pulak,” Syah garu kepalanya. “Amri,” Jawabnya ringkas. “Kamu?” Syah memandang pelajar perempuan pula. “Maya,” Maya menjawab perlahan.

“Okey. Nanti kalau ada apa-apa, saya akan tanya kamu berdua.” Syah berjalan mengelilingi kelas tersebut.
“Kamu buatlah kerja masing-masing, saya belum habis baca laporan cikgu Roziah lagi,” Syah berkata tegas. Syah ramah menegur anak muridnya. Ada yang buat ulangkaji. Dan ada juga yang sedang berborak kosong. Syah memandang sekilas ke arah Alia. Ketika itu Alia sedang leka menulis sesuatu dibukunya.
“Alia, kau okey ke?” Maziah menepuk bahu Alia. Alia tersentak dan melatah.

“Eh… mak badak jatuh longkang.” Semua mata memandang Alia. Syah memandang Alia sambil tersenyum mendengar Alia melatah. Alia tunduk malu.

“Yah….. kau ni. Malu aku tau. Janganlah pukul aku kuat sangat. Sakit tau,” Alia mengosok bahunya. Maziah tersengih.


“Kau ni, melatah pulak dia. Sejak bila kau melatah? Buat malu aku je, jadi kawan kau,” Maziah menolak kepala Alia. Alia buat muka masam. “Sejak korang selalu kejutkan aku.” Alia menjawab selamba.

“Aku tak apa-apa. Jangan risaulah.” Alia tahu kebimbangan temannya itu.
KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 9

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





“Kenapa nak pindah sekolah?” Puan Kalsom bertanya hairan. Anak bongsunya itu kelihatan sedikit berbeza dari beberepa bulan lepas. Semenjak balik dari sukan antara sekolah sebulan yang lepas, Akmal menjadi pendiam dan suka menyendiri. Tuan Adnan hanya mendiamkan diri.

“Boleh kan ayah.” Akmal memujuk ayahnya. Tuan Adnan melipat surat khabar sambil merenung wajah anak bongsunya itu.

“Nanti, kalau saya berpindah disana, saya akan tumpukan perhatian dalam pelajaran. Tak terlibat dengan sukan. Sebab mereka tak kenal saya. Lagi pun jika tinggal di asrama, saya dapat belajar sungguh-sungguh,” Akmal bertongkat dagu di hadapan ayahnya.

“Ayah tak halang. Yang penting, kau kotakan kata-kata tu. Dan ayah akan suruh Zainal ikut sekali. Biar dia jadi spy ayah,” Akmal memeluk erat ayahnya. Dan mencium pipi Puan. Kalsom. Tuan Adnan geleng kepala melihat anaknya begitu gembira sekali.

“Terima kasih ayah. Mak,” Ucapnya girang.

“Nal,” Akmal memeluk bahu Zainal.

“Kau ni kenapa? Gembira tak tentu pasal,” Zainal hairan. Akmal tersengih.

“Kita akan berpindah sekolah. Ayah benarkan kita pindah sekolah.” Akmal tergelak riang.

“Apa yang gembira sangat ni Al,” Mak Senah meletak dulang yang berisi air dan biskut di atas meja.

“Mak cik, Al nak bagi tau mak cik. Ayah izinkan Al dan Zainal pindah ke sekolah berasrama penuh. Supaya kami dapat belajar dengan bersungguh-sungguh.” Zainal tersentak.

“Owh!!!..Itu. mak cik tak kisah. Yang penting niat kamu betul,” Zainal menjeling tajam kea rah Akmal yang tersenyum.

“Ingatkan apa tadi. Kau nak kejar pelajar perempuan tu?” Bisik Zainal perlahan. Akmal angguk kepala.

“Kau biar betul. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Kau cintakan dia?” Zainal bertanya serius. Akmal geleng kepala.

“Entah. Tapi…. Sebelum ni aku tak pernah rasa seperti ini terhadap mana-mana perempuan yang aku kenal. Bila berjumpa dengan dia, aku rasa lain. Rasa sesuatu. Tak tahu macamana nak terangkan pada kau. Dan kadangkala aku rasa seperti seseorang memanggil namaku. Aku rasa seperti ada sesuatu yang mengikat kami untuk saling mengingati.” Akmal berkata perlahan sambil menyentuh parut dilengannya. Zainal mendiamkan diri.

“ Macamana, kalau dia tidak merasa apa yang kau rasa? Bila kita berada disana kelak, dia sedang bercinta dengan lelaki yang sering mengejar dia tu?” Zainal menduga sahabatnya. Akmal mendiamkan diri. Berfikir akan kemungkinan kata-kata Zainal itu.

“Perempuan ni, Al, hati mereka lembut. Jika dipujuk selalu, mereka akan mengalah.” Zainal menepuk bahu Akmal.

Saturday, November 14, 2009

ALiA
bahagian 4/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
 
 
“Wah!!!! Kalau anak Pengetua, tentu hensem. Hihihiii. Maklumlah mak dia cantik. Aku dengar suami Cikgu Hamidah tu orang Pakistan.” Suara Imah bergema di dalam bilik nombor 6 Asrama Tun Teja ketika rakan-rakan yang lain sedang leka membuat kerja masing-masing. Maziah menghampiri Imah lalu duduk disebelahnya. 


“Betul ke? Wau… tentu ramai peminat dia nanti.” Sara dan Ros turut serta. “Tak sabar aku nak tengok bakal cikgu baru kita tu. Hensem sangat ke dia tu?” Sara berbaring di atas katil Imah sambil merenung siling bilik mereka.


“Eleh, kau apahal pulak tak sabar nak tengok muka cikgu baru tu, budak hensem kelas kamu tu macam mana? Kena reject ye?” Maziah menolak bahu Sara.


“La…. Apalah kau ni, aku hanya nak tahu bagaimana rupa anak Pengetua kita tu,” Sara menjawab sambil duduk memandang rakan-rakannya.


“Korang bayangkan, kalau bapa dia orang Pakistan, tentu bakal cikgu kita tu banyak bulu kat badan dia. Dan muka dia penuh bulu. Maklumlah orang Pakistan ni, kan banyak bulu. Macam mereka yang jual karpet kat pasar tu. Hihiiii gelinya,” Sara ketawa terbahak-bahak.

“Hoi minah…. Apa yang lucu sangat tu?” Sergah Alia yang baru keluar dari bilik mandi. Sambil mengeringkan rambutnya yang panjang itu, dia duduk di sebelah Maziah.


“Eiiii. Otak kau ni kotor betul. Tak patut kau cakap macam tu,” Ros buat muka jijik. Mereka yang lain hanya tersenyum.


“Apa yang jijik sangat tu?” Soal Alia hairan.

“Ni, kawan kita yang pemalu ni, ada ke patut, dia cakap yang anak Pengetua kita tu badannya berbulu macam orang Pakistan yang jual karpet tu,” Maziah buat muka buruk.


“Kalau berbulu dada ok jugak. Macho,” Imah pula menyokong Sara.


“Eiiii Ni lagi sorang. Lain dari yang lain,” Ros geleng kepala. Alia cuma tersenyum.


“Orang kata, lelaki yang berbulu dada ni, romantic, penyayang. Aku suka lelaki yang romantic tau,” Imah berangan.


“Lelaki yang penyayang dan romantic tak semestinya berbulu dada. Apalah korang ni, berdiri bulu roma aku dibuatnya.” Alia segera menyarung baju kebadannya. Kadangkala rakan-rakannya bercerita sesuatu yang melebihi had umur mereka.


“Sara, kau dah tegur secret admire kau tu?” Alia bertanya sambil memasang bedak kemukanya.

“Belumlah. Malas aku nak fikir. Simpan dalam hati je,” Jawab Sara malas. “Dah mengalah? Cepat betul? Aku ingatkan kau benar-benar nak tackle dia,” Maziah memandang wajah Sara.


“Aku malas nak fikir tentang hal itu lagi. Aku nak tumpukan perhatian pada pelajaran dulu. Cukuplah sekadar tengok dari jauh,” Sara menjawab tenang. Bagi Sara itu lebih baik kerana dia seorang yang tidak suka terjebak dalam soal hati dan perasaan.


“Bagus. Macam tu lah. Bila kita barada dalam keadaan sekarang ni, memang banyak dugaan. Bila hati kita sukakan seseorang, kita terpaksa kawal perasaan kita tu. Memang sakit,” Alia berkata sambil berpeluk tubuh. Semua mata memandang kearahnya.


“Alia, kau ni, bercakap macam ada pengalaman je aku tengok. Kau ada orang yang kau berkenan ke?” Maziah memandang wajah Alia. Begitu juga mereka yang lain.


“Kenapa?” Soal Alia pelik. Dahinya berkerut seribu. Dia membalas pandangan rakan-rakannya dengan pandangan pelik.


“Aku kan suka baca buku cerita. Kalau korang tak percaya, nanti aku suruh korang baca buku tu,” Alia berkata selamba.

“Tapi cara kau bercakap macam pernah mengalaminya. Betul ke kau tak pernah bercinta sekalipun?” Mereka berempat mencari kebenaran di wajah Alia. Alia tersengih. 

“Oklah. Aku memang pernah sukakan seseorang masa kita di tingkatan 3. Aku tak tahu kalau itu dikatakan cinta.” Alia terdiam seketika mengingati kisah yang ingin dilupakan. Temannya setia menanti.

“Aku rapat sangat dengan dia. Ke mana sahaja kami tidak pernah berengang. Tetapi aku ingatkan kami hanya teman biasa. Kemunculan Nita dalam hubungan kami membuatkan aku sedikit keliru. Aku cemburu,” Alia tunduk sambil tersenyum lemah.


“Maksud kau? Lelaki tu Alan?” Soal Imah tidak percaya. Alia angguk kepala. “Kenapa kau tak bagitau kita orang?” Sara pulak menyampuk. “Tunggulah aku habis cerita dulu.” Alia marah.


“Ok..Ok… Sambung,” Alia menarik nafas panjang.

“Semakin hari hubungan aku dengan Alan semakin renggang. Kemudian, dia bagi tau aku yang dia nak belajar betul-betul, supaya dapat masuk sekolah yang lebih baik. Dia tak mahu terus leka bila bersama dengan aku. Aku kan minat bersukan.” Alia tersenyum pahit. Masih terakam kejadian 2 bulan sebelum peperiksaan percubaan PMR.


“Alia, mulai hari ni, kita jangan berjumpa lagi ye. Aku nak tumpukan perhatian pada pelajaran aku. Aku dan Nita bercadang nak memohon sekolah Sains yang sama. Aku dah bagi surat letak jawatan dalam bola sepak dan olahraga.” Alan berkata serius.


“Betul ke? Kau nak lepaskan begitu saja? Selama ni result kita ok je. Kau ada masalah lain ke?” Alia bertanya sebagai kawan. Semenjak Alan berkawan rapat dengan Nita, perangainya juga berubah dan mudah marah tidak tentu pasal.


“Boleh tak kau jangan menyibuk. Kau tahu tak, kerana kau, Nita selalu marah kat aku. Dia kata kau cuba nak mengorat aku. Kalau pun kau suka kat aku, aku anggap itu sebagai buang masa. Kita hanya kawan,” Alan berkata tegas. Alia yang mendengarnya terasa hati. Tahulah dia kini, Alan sudah berubah dan sedikit pun dia tidak pernah menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Alia terus beredar tanpa mempedulikan Alan yang memanggilnya. Semenjak itu dia terus menjauhkan diri dari Alan. Ajay dan Ariy yang menjadi temannya. Rakan sekampung dan sepermainannya itu saja yang tahu kejadian itu.


“Kasihan kawan aku ni,” Ros memeluk tubuh Alia setelah Alia habis bercerita. “Patutlah kau agak pendiam hujung tahun tu. Kita orang ajak pergi berkelah pun kau tak ikut,” Maziah bersimpati dengan nasib temannya itu. Alia membalas pelukan Ros. Air mata jatuh jua akhirnya. Melihat keperihatinan teman-tamannya, Alia merasa gembira. Dia ketawa.

“Sebab tu aku tak mahu terikat dengan sesiapa pun. Aku nak tunjukkan yang aku pun boleh berjaya biarpun bersekolah biasa,” Alia mengesat airmatanya.

“Tak patut betullah kau ni. Kenapa tak bagi tau kami,” Sara pulak bertanya. Alia tersenyum.

“Aku tak nak korang belasah budak perempuan tu. Dan gaduh dengan Alan. Lagi pun aku anggap tu sebagai cinta monyet je. Kenangan masa lalu. Nasib baik result PMR aku ok je,” Alia ketawa.

“Lain kali, kalau kau sukakan seseorang, bagi tau. Jangan nak simpan dalam hati. Nanti kecewa merana diri,” Ros menolak kepalanya. Alia buat muka selamba.

Jangan risau. Untuk 5 tahun akan datang ni, aku malas nak fikir tentang hal macam tu lagi.” Alia nekad. 

“Sara, kalau kau sukakan seseorang, baik kau terus terang. Aku tahu bagaimana rasanya menyukai seseorang dalam diam. Sakit kat dalam sana,” Alia menepuk dadanya. Sara memeluk Alia erat.

“Maafkan kami kerana tidak mengambil berat tentang kamu Alia,” Mereka berlima saling berpelukan. “Ok… sekarang aku rasa semakin ok. Terima kasih Alia, aku akan pastikan perkara ini tidak menjadi penghalang untuk aku mencapai kejayaan,” Sara berkata penuh semangat.
KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 8

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




Akmal menyanyi kecil sambil bersiap ala kadar. Zainal hairan melihat rakan baiknya gembira sekali malam itu.

“Kau ni kenapa? Seronok semacam aku tengok. Ada apa-apa yang kau tak bagi tau aku ye?” Zainal serkap jarang. Akmal hanya tersenyum.

“Kau belum kemas lagi? Kau tak nak keluar ke?” Akmal merapikan rambutnya. Zainal geleng kepala melihat senyuman dibibir Akmal.

“Aku macam ni pun dah ok,” Zainal dan Akmal keluar dari bilik menuju ke tasik yang menjadi tempat remaja berkumpul.

“Errrr…mari,” Zainal ikut langkah Akmal yang pantas menghampiri dua orang pelajar perempuan.

“Siapa tu? Kau kenal mereka?” Zainal berbisik di telinga Akmal. Akmal angguk kepala.

“Assalammualaikum,” Mira dan Zuriana menyambut salam tersebut dan menoleh ke belakang.

“Errrrr….Awak,” Mira gugup seketika. Akmal tersenyum.

“Tak sangka jumpa kat sini,” ujarnya perlahan.

“Boleh kami duduk?” Akmal bertanya sopan.

“Duduklah,” Zuriana menjawab mewakili Mira yang jelas terkejut. Akmal tersenyum.

“Kenalkan ini kawan saya. Zainal. Nal, kenalkan,” Zainal hulur tangan untuk bersalam.

“Zuriana,” Mereka berjabat tangan.

“Syamira,” Mira pula memperkenalkan diri. ‘Kenapa dengan Akmal ni? Lain macam je aku tengok,’ Zainal berbisik sendirian. Dia asyik melihat Akmal yang sedikit gelisah itu.

“Dah lama kenal Azlan?” Mira bertanya bagi memecah kesunyian antara mereka berempat.

“Kawan masa di tingkat satu hingga tingakatan tiga. Kami satu sekolah dan satu kampung,” Akmal menjawab perlahan.

“Mira….” Zuriana menyiku lengan Mira. Mira tersentak.

“Kenapa?” Soal Mira pelik. Akmal dan Zainal turut sama kehairanan.

“Mazlan…. Tu..” Zuriana muncung mulut ke arah sepasang remaja yang bergelak ketawa. Mira tersenyum.

“Biarlah. Hak dia,” Mira berkata perlahan.

“Memang tak tetap pendirian,” Ujar Zuriana sambil geleng kepala. Akmal dan Zainal berpandangan sesema sendiri.

“Siapa tu?” Akmal bertanya.

“Peminat,” Mira tersenyum.


“Owhhhh!!!!” Akmal angguk kepala.

“Al, tu…macam si Faridah. Betulkan?” Giliran Zainal pula menyiku Akmal. Akmal memandang ke arah yang ditunjuk oleh Zainal.

“Kan aku dah cakap, dia memang jenis yang tak setia,” Zainal membebel. Akmal tersenyum. Mira dan Zuriana hairan.

“Siapa tu? Kekasih awak ye?” Soal Mira sambil tersenyum. Namun dadanya berdegup kencang. Mengharapkan Akmal menidakkan tanggapannya.

“Peminat,” Akmal dan Mira sama-sama tersenyum. Mereka saling berbalas senyuman. Zainal dan Zuriana seperti dapan mengesan sesuatu dari padangan mata Mira dan Akmal.

“Al, aku nak berjalan-jalan dulu. Kau jumpa kat sini nanti ye,” Zainal berdiri. Tiba-tiba, Zuriana turut sama berdiri.

“Mira, aku pun nak jalan-jalan jugak. Awak tak kisahkan, saya ikut,” Zuriana memandang wajah Zainal. Zainal angguk kepala.

“Tapi…” Mira cuba menghalang temannya, namun Zuriana dengan pantas mengejar langkah Zainal. Akhirnya Mira duduk kembali. Mira dan Akmal sama-sama membisu.

“Awak selalu datang ke sini?” Akmal bertanya perlahan.

“Ermmm… ye. Saya suka suasana yang sunyi dan aman. Tenang jiwa,” Mira merenung dada langit yang dipenuhi bintang.

“Saya juga suka suasana sunyi macam ni, tapi…ada masanya, saya tak suka.” Akmal turut sama memandang ke langit. Dan jarinya mengetuk meja kayu tersebut. Mira menoleh kearah Akmal.

“Kenapa?” Soalnya hairan. Pada anggapannya, Akmal tentu suka suasana sunyi berdasarkan sikapnya.

“Kerana kesunyian membuatkan saya terkenang kenangan lalu.” Mira angguk kepala.

“Tentu kenangan sedih yang awak maksudkan?” Mira garu keningnya. Akmal tersengih.

“Walaupun kenangan sedih, tetapi kadang-kala, saya ingin mengingatinya. Sebab, ada sedikit kebahagiaan dalam kenangan sedih itu,” Akmal bersuara perlahan.

“Ye. Saya setuju dengan pendapat awak tu.” Mira menyentuh pergelangan tangannya. Parut yang menjadi kenangan paling indah dan sukar untuk dilupakan. Akmal memerhati perlakuan Mira dan dia tersentak bila melihat kesan parut di pergelangan tangan Mira.

“Mana awak dapat parut tu?” Soalnya gugup. Mira merenung wajah Akmal yang jelas terperanjat itu. Kenangan lalu datang tanpa diundang.

“Mak aku cakap, lesung pipit aku ni pemanis wajah. Bila dewasa kelak, aku akan jadi lelaki kacak ,” Budak lelaki berusia lapan tahun itu berkata bangga.

“Perasan. Kacak pun tak berguna, kalau jahat,” kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu mencebik.

“Dah besar kelak, aku kan jadi lelaki baik,” Jawabnya pantas.

Akmal merenung cantik yang dimiliki oleh Mira. Mata yang mengembalikan ingatanya pada seseorang.

“Mak aku pun cakap mata aku cantik…dia cakap perempuan bermata cantik akan…” Kata-kata itu terputus bila Akmal menyampuk.

“Akan menjadi milik lelaki kacak macam aku,” Akmal menyambung kata-kata kanak-kanak itu.

“Perasan. Tak ingin aku jadi milik kau. Jahat.” Kanak-kanak perempuan itu menjelirkan lidahnya.

“Ehemmm…Kamu berdua tak nak balik. Dah lewat ni,” Mira dang Akmal tersentak. Masing-masing tertunduk malu. Zuriana dan Zainal tersenyum penuh makna melihat rakan mereka gugup seketika.

“Mari…” Mira menarik tangan Zuriana dan berjalan pantas meninggalkan Akmal dan Zainal.

“Nal, aku rasa…aku nak pindah sekolah,” Akmal berkata yakin. Zainal terpinga-pinga.

“Pindah sekolah? Sekolah mana? Kenapa?” Soalnya hairan. Akmal tersenyum kemudian berlalu.

“Hoi!!!Kau belum jawab lagi soalan aku,” Akmal berlari terus meninggalkan Zainal yang kebingungan.
ALiA
bahagian 3/37 

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


Setiap hari rabu, sekolah mereka mengadakan rotong-royong pada awal pagi sebelum kelas bermula. Peluang tersebut digunakan sepenuhnya oleh Maziah dan Sara untuk menegur pelajar baru yang dikatakan sombong itu. 


“Mana dia? Tak nampak batang hidung dia pun, yang ada muka orang lama dan tak hensem,” Maziah marah bila merasakan Sara menipunya.


“Sabar. Kejap lagi kau akan nampak dia. Ha….ha… Tu, kau nampak tak budak yang bawa tong sampah tu, yang dengan Amir tu. Hensem tak?” Sara memeluk lengan Maziah.


“Owhhh. Yang itu, memang hensem. Kau berkenan kat dia ke? Kalau ye, nanti aku tolong kau,” Maziah offer diri untuk jadi postwomen tak bergaji.


“Takpe la. Aku mana layak bergandingan sama dengan dia. Lupakan saja. Lagipun, sombong semacam je aku tengok,” Sara geleng kepala. Maziah jungkit bahu. “Suka hati kau. Aku dah offer nak tolong tadi. Kau sendiri tak nak, jangan salahkan aku kalau Shira yang dapat dia dulu,” Gertak Maziah. Dia cuba menguji perasaan Sara.


“Betul, aku tak kisah. Lagipun kita kena study hard. Axam dah dekat ni. Aku mana ada masa nak layan perasaan ni. Cukuplah sekadar mencuci mata. Nanti korang kata aku tak normal pulak,” Sara menjawab selamba. Maziah geleng kepala. Temannya itu terlalu merendah diri. Tidak yakin akan kemampuan diri.

“Hoiiii…. Korang tengok apa tu? Nampak best je, sampai aku panggil korang buat tak tahu je. Kecik hati aku ni tau,” Imah buat muka sedih. Maziah dan Sara tersenyum. “Pandailah kau buat muka sedih, kau nampak tak pelajar yang bawa tong sampah kat sana tu?” Maziah muncung mulut ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang mengutip sampah di hadapan bilik guru.


“Wah!!!!! Hensemnya. Pelajar baru ke? Dia belajar kelas mana?” Soal Imah bertubi-tubi. Maziah menoleh ke kiri memandang wajah Imah. “Kau ni Imah, semua pelajar baru kau berkenan. Ni, kawan kita yang syok kat dia tau. Satu kelas dengan Sara. Biarlah Sara yang tackle dia.” Maziah menepuk bahu Sara.


“Apa????? Aku salah dengar ye? Biar betul. Sara syok kat budak lelaki? Demam kah apa?” Imah sentuh dahi Sara. “Mana ada. Yah buat cerita tu. Jangan percaya cakap dia ni. Aku minat je. Dia hampir memenuhi ciri-ciri lelaki yang aku minat, tu je,” Imah angguk kepala.


“Owhhh. Kalau kau suka dia pun ok jugak. Tak sangka ada jugak lelaki yang punya ciri-ciri macam tu,” Imah garu kepalanya yang tidak gatal. “Hitam manis, tapi mata sepet. Ada jugak orang macam tu ye?” Imah tergelak. Maziah memukul bahu temannya.


“Alia. Pinjam buku Math. Buku aku lupalah.” Hafiz duduk di hadapan Alia.

“Nah,” Hulurnya. Suasana di dalam kelas agak bising kerana cikgu belum masuk kelas. Alia leka membelek buku rujukan matametik yang baru dibelinya hujung minggu lepas.


“Alia, petang nanti main bola jaring nak tak?” Ajay berdiri di sebelah meja Alia. Alia buat muka serius sambil mulutnya muncung. 


“Setuju ok. Mereka yang lain semua setuju.” Ajay memujuk. “Rasa malas ada jugak ni. Mata aku ni nak tidur je kerjanya. Camna ye?” Alia garu kepala. Sebenarnya dia hendak menguji Ajay.


“Apalah kau ni, biasa kau ok je. Hari ni nak berdalih pulak, main ok. Rehat nanti aku belanja ais krim. Nak tak?” Pujuk Ajay lembut.


“Ok. Ingat ais krim aku rehat nanti. Hehehehehhe,” Alia tersengih-sengih. Ajay mengeluh.


“Kau ni kan, kalau tak mencekik aku, memang ada yang tak kena kat kau ni. Aku kahwinkan kau sekarang ni, baru tau,” Ajay menolak kepala Alia. Alia hanya angkat kening. “Cubalah. Kalau berani,” Alia tunjuk buku limanya.


“Perhatian semua, mulai hari ini, cikgu Roziah cuti bersalin, jadi kelas kamu akan di jaga oleh guru kelas yang baru. Beliau adalah guru sementara yang akan menggantikan cikgu Roziah mulai minggu depan,” Puas Hamidah membuat pengumuman pada awal pagi tersebut


“Cikgu, bila cikgu Roziah bersalin? Baby dia lelaki atau perempuan?” Alia bertanya seronok. Puan Hamidah memandang wajah mulus itu.


“Malam semalam. Awal seminggu dari tarikh sebenar dia. Baby girl,” Jawabnya sambil tersenyum.
“Cikgu… Cikgu.. Aaaaa … guru ganti tu lelaki ke perempuan? Hehheheeheh,” Soal Zarul sambil tersengih.

“Kenapa?” Puan Hamidah memandang wajah Zarul.


“Nak juga tahu, supaya senang kami buat sambutan untuk dia,” Zarul menjawab mewakili pelajar kelas 5A. pelajar lain turut angguk kepala.


“Tak payah susah-susah. Dia guru lelaki dan…. Sebenarnya dia anak saya sendiri. Baru balik dari luar negeri. Sementara cuti, saya suruh dia ambil pengalaman mengajar dulu,” Puan Hamidah memberi sedikit maklumat tentang bakal guru yang akan mengajar di kelas 5A itu.

“Alia, jangan nakal tau. Saya nak ingatkan kamu, guru baru kamu tu, tegas orangnya.” Puan Hamidah sempat mengingatkan pelajarnya. Alia tersengih.